Assalamualaikum,
Makan Gerak bermaksud diri bergerak serang berasaskan petua Penanda Gerak ke arah Ibu Gerak musuh sebelum Gerak berpucuk menjadi Sifat..............................
*mohon pendita tambah yang mana tidak cukup.................
Wallahua'lam
Friday, October 30, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Blog PSSGM WPL
Assalamualaikum,
Pihak PSSGM WPL telah sepakat menghasilkan blog rasmi PSSGM WPL bagi menyampaikan info-info dan aktiviti-aktiviti semasa pihak PSSGM WPL. Sama-sama kita lawatinya.............
www.pssgmwpl.blogspot.com
Wassalam
Pihak PSSGM WPL telah sepakat menghasilkan blog rasmi PSSGM WPL bagi menyampaikan info-info dan aktiviti-aktiviti semasa pihak PSSGM WPL. Sama-sama kita lawatinya.............
www.pssgmwpl.blogspot.com
Wassalam
Sunday, October 4, 2009
KERIS dan GOLOK
Assalamualaikum,
Saya tertarik untuk membicarakan tentang hubungan senjata Keris dan Golok dengan Persilatan Melayu Nusantara. Bila berbicara tentang keris, semua sudah maklum yang keris merupakan suatu senjata simbolik yang mewakili kuasa Raja-raja Melayu dan merupakan satu senjata yang penuh dengan rahsia kehebatannya bermula dari;
- kaedah pembuatannya - kredibiliti dan ketinggian ilmu tukang/pandai keris, jenis-jenis besi yang digunakan (tujuh PA), pemilihan hari. ukuran badan si pemakai dan wirid-wirid bacaan tertentu.
- bentuk fizikal - bilangan lok, corak pamor, ukiran hulu dan sarung, kepanjangan dan jenis kegunaan.
- penggunaannya - cara pakai/sisip keris, langkah, kaedah menikam, sasaran, pantang larang, adat memandikan keris dan cara simpan.