Thursday, February 3, 2011

KHATAM NUBUWWAH & DOA NURUN NUBUWWAH

Salamun Alaik......

Inilah Tanda Kenabian pada belikat NABI SAW yang dipanggil KHATAM NUBUWWAH. Asal bentuknya seperti bujur telur(puyuh). Tertera Kalimah "Allahuwahdahula syarikalah, Muhammadan abduhu warosuluh", sementara di luar bingkai tu tertulis "Tawajjahu Haithu Syi' tu Fa Innaka Manshuurun". Banyak fadhilat sekiranya kita tahu kaedah menggunakannya...... paling tidak,bayangkan KHATAM NUBUWWAH tersebut, InsyaAllah banyak kelebihannya.........



DOA NURUN NUBUWWAH pula dikenali sebagai IBU DOA. Doa ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan niat bagi pengamal2nya.


Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Antara kelebihannya seperti;


(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.
(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.
(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.
(4) Dimuliakan orang
Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”
(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.
(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.
(7) Bertemu para nabi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.
(8) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(9) Mengubat dari kerasukan.
Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.
(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.
(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.
(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.
(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.
(14) Sulit bersalin.
Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.
(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.
(16) Penawar gigitan ular
Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(17) Raja Jin.
Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.
(18) Terhindar dari Kekufuran.
Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.
(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.
(20) Penyelamat siksa neraka.
Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.
(21) Ingin mimpi yang indah.
Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.
(22) Awet Muda
Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.
(23) Memberi keselamatan.
Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.
(24) Menjadi kuat
Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(25) Gigitan yang kuat
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(26) Penyeri wajah.
Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.
(27) Binatang menjadi patuh.
Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.
(28) Melamar wanita.
Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.
(29) Harta dunia.
Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.


Wallahua'lam


39 comments:

  1. Assalamualaikum.

    doa Nurrunubuwwah ada dua versi.Doa yg diatas tak sama dengan makna yg dilampirkan.Sila periksa kembali.contohnya dlm doa tiada disebut walmustajabuluqmanulhakim tapi dlm makna ada pula yg mengijabah Lukmanulhakim.Begitu juga dengan tiada dlm doa wanunazzilu minal quran namun terdapat dlm maksud tentang ayat tersebut dlm makna.
    harap maklum

    ReplyDelete
  2. Wslm,

    Terima kasih di atas teguran. Mmg berlaku kesilapan.Ayatnya versi lain dan makna pula versi yg satu lagi........Sekurang2nya kita semua maklum ada 2 versi utama untuk Doa Nurun Nubuwwah ini..........

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bukan dua tapi banyak lagi. Versi yang dari keturunan wali-wali songo sendiri berbeza mengikut wali-wali berkaitan. Yang akan ada pula perbezaan bacaannya mengikut penggunaannya. Ada juga tawassulan yang berkaitan. Namun bagi penggunaan biasa, baca "wamustajaabala luqmaanal hakiim" 3x dan teruskan dengan dengan "wa mustajaabil qur aanil 'aziim" 3x. selepas baca al-Waduudu zul 'arsyil majiid. ulang balik dengan baca "Ya Waduud" 7x, teruskan dengan "ya AllaaH" 3x/29x/70x senafas. Bagi tujuan penyakit fizikal, di baca wa sohhih jasaadii. Jika untujk tujuan keseluruhan fizikal dan rohani, baca wa sohhih ajsaadii. Setiap habis 1 tu niat hajat. Lepas waqDhii haajatii tu baca doa yang kita nak secara jahar atau boleh sahaja dengan niat. Itulah ringkasannya. Selebihnya ada lagi, tapi sudah cukup asasnya dibuat seperti itu. Jika diizinkan Cikgu Azizan, saya ijazahkan secara umum kepada yang baca blog Cikgu Azizan ni dengan memohon redho dan izin AllaaH swt untuk tujuan yang diredhoi AllaaH sahaja. Jika melanggar syarat ini, maka terbatallah bai'aH ini. BihaqqillaaH, Kun fayaakun Cukup berniat "qabiltu, dan niat terima ijazah daripada saya Ustaz Saiful hazmi hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah. Dan biar tetap hati pada mohon pada AllaaH swt.

    ----

    uNTUK TUJUAN IJAZAHAN UMUM INI, SILA DAPATKAN VERSI AMALANNYA DI http://www.mediafire.com/?3ma66n283gc7jn7

    Semoga bermanfaat.

    Wassalaam.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah , antara doa doa yang telah diamalkan setiap solat , banyak kelebihan doa ini . Amalkan lah .Mariam

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM..

    ALHAMDULILLAH.. sudah lama saya mencari seseorang untuk mendapatkan ijazah amalan ini..
    Qabiltu, saya terima ijazah daripada Ustaz Saiful hazmi hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah. insyaallah, saya akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA
    Terima kasih juga pada cikgu azizan untuk blog yang sangat berguna ini.
    Jika tidak keberatan bolehkah saya mendapatkan Email USTAZ SAIFUL HAZMI HASHIM untuk pertanyaan secara peribadi.. (Mohd Hafiz)

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM

    ALHAMDULILLAH dan syukur ke hadrat Ilahi kerana ustaz membenarkan penggunaan dan mengijazahkan amalan ini, sudah lama saya tercari2 ijazah amalan ini memandangkn sy hanya pernah dibacakan tetapi terlupa untuk meminta izin dari tuan punya masa tu.
    maka dengan ini,
    Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah.dan akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. Dan saya juga meminta izin dari ustaz untuk menggunakannya di jalan yang diredhai ALLAH swt.

    Juga jutaan terima kasih kepada Cikgu Azizan.

    (Ezuan)

    ReplyDelete
  7. salam...tumpang bertanya...doa ni kalau dibaca dalam bahasa melayu, khasiatnya lain ke atau tetap sama...sbb setahu saya la cikgu, asal maknanya sama,itulah yg kita doakan...maaf,betulkan saya klau saya silap...

    ReplyDelete
  8. Dari aspek kelebihan ilmu, tentulah dalam bahasa Arab (telah dimuliakan oleh Allah SWT utk merakamkan Kalamullah ).Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah.dan akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. Dan saya juga meminta izin dari ustaz untuk menggunakannya di jalan yang diredhai ALLAH swt. InsyaAllah

    Juga jutaan terima kasih kepada Cikgu Azizan.
    Boleh saya dapatkan email Ustaz Saiful Hazmi. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Maaf atas pertanyaan ini. saya nak tanya yang mana satu lebih afdal mengamalkannya. Sebab banyak versi (lebih dari 2 versi). Apakah yang ustaz saiful nyatakan di atas itu lebih baik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. mohon keizinan utk mngamalkan bacaan@ilmu ini..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah .. صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم , Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah. insyaAllah akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. Dan saya juga meminta izin dari ustaz untuk menggunakannya di jalan yang diredhai ALLAH swt. InsyaAllah


    terima kasih kepada Cikgu Azizan

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum pada ustaz,
    pada pendapat saya yang dhaif ini,tidak perlu disebut kelebihan cukup sekadar membacanya sahaja.ianya akan mengakibatkan ketaksuban pada sesuatu ayat.sebab setiap ayat itu ada khadamnya sendiri.tidak perlu juga bimbang akan membacanya dalam bahasa melayu sebab Allah Taala maha mendengar setiap permohohan hamba2nya..maaf sekiranya apa yg dikatakan ni menyinggung mane2 perasaan.bukan mudah untuk jadi penyampai tapi itulah tugasan yang mampu diberikan agar sama2 beri peringatan..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Saya mohon diijazahkan kepada saya doa nubuwwah ini dan kaifiatnya. Terima kasih. emel saya anishilmi@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.... sy mohon ijazahnya juga ustaz Saiful Hazmi.

    ReplyDelete
  16. Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah.dan akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. Dan saya juga meminta izin dari ustaz untuk menggunakannya di jalan yang diredhai ALLAH swt. InsyaAllah

    Juga jutaan terima kasih kepada Cikgu Azizan.

    ReplyDelete
  17. Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah.dan akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. Dan saya juga meminta izin dari ustaz untuk menggunakannya di jalan yang diredhai ALLAH swt. InsyaAllah

    Juga jutaan terima kasih kepada Cikgu Azizan.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum saya orang baru,baru tengok blog ini,saya nak minta izin amalkan doa ini dan saya berharap Cikgu ijazahkan buat saya doa khatam Nubuwwah ini..Sebenarnye sebelum keluar rumah saya selalu membaca yang pendek sahaja iaitu Allah Wahdahu laa sharikalu muhammadun abduhu warasuluh tawajjah haisu shikta painnaka mansurun lahawlawala quwatailla billa..tp di blog ini pnjg pula doanye...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....
    saya mohon ijazahnya juga ustaz Saiful Hazmi...

    ReplyDelete
  20. Qabiltu.alhamdulillah ustz.t.ksih krn mngizajahkn doa nurun nubuwwah ini.wlpn ia plbgai versi doanya yg pnting mndpt ptua yg smprna dr ustaz.izinkn sy beramal dgn syarat2 ini.biaunillah Ta'ala.amien

    ReplyDelete
  21. Qabiltu,saya mohon ijazah mengamalkannya ustaz

    ReplyDelete
  22. Qobiltu,mohon pengijazahan dan amalan doa nurun nubuwwah ni ustaz!

    ReplyDelete
  23. Qobiltu. Ada yg tau password dr link amalan nur nubuwwah dr ustad saiful? Soalnya terpassword

    ReplyDelete
  24. says mints izin juga, tq

    ReplyDelete
  25. says mints izin juga, tq

    ReplyDelete
  26. Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah.dan akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. Dan saya juga meminta izin dari ustaz untuk menggunakannya di jalan yang diredhai ALLAH swt. InsyaAllah

    ReplyDelete
  27. mohon ijazah kan ustad saya orang awam yg belum mengerti semua a..! mohon bantuan ustad untuk mengamalkan doa ini..!!🙏

    ReplyDelete
  28. mohon ijazah kan ustad saya orang awam yg belum mengerti semua a..! mohon bantuan ustad untuk mengamalkan doa ini..!!🙏 email saya qopar12@gmail.com

    ReplyDelete
  29. ASSALAMUALAIKUM

    ALHAMDULILLAH dan syukur ke hadrat Ilahi kerana ustaz membenarkan penggunaan dan mengijazahkan amalan ini, sudah lama saya tercari2 ijazah amalan ini memandangkn sy hanya pernah dibacakan tetapi terlupa untuk meminta izin dari tuan punya masa tu.
    maka dengan ini,
    Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah.dan akan berusaha untuk tidak melanggar syarat yang ustaz berikan. Dan saya juga meminta izin dari ustaz untuk menggunakannya di jalan yang diredhai ALLAH swt.

    Juga jutaan terima kasih kepada Cikgu Azizan.

    (Shafawi)

    ReplyDelete
  30. Qabiltu, saya menerima ijazah daripada Ustaz Saiful Hazmi Hashim dengan sempurna tahap dasar pengamalan dan aplikasi hikmaH Nuurun Nubuwwah.

    Saya dah Amal ayat ini hampir 30 tahun .

    ReplyDelete
  31. Saya mohon untuk terima pengijazahan ini.. moga segala kebaikkannya sama2 rasa.. insyaallah

    ReplyDelete
  32. Qobiltu Ustaz. Mohon mengamalkannya

    ReplyDelete