Tuesday, April 12, 2011

PETUA #9

Assalamualaikum,

BACA GERAK

Dalam menguasai ilmu beladiri, kemahiran membaca gerak pihak lawan amat diperlukan supaya pesilat mampu untuk bertindak pantas dalam mematahkan setiap serangan dari pihak musuh. Secara asasnya, pesilat perlu berlatih membaca pergerakan tubuh lawan ketika saat mereka mula bergerak untuk melaksanakan serangan. Kalau serangan tangan, bagaimana liuk tubuhnya. Sama juga dengan serangan kaki. Kemudian, bezakan pula serangan menggunakan anggota kanan dan kiri. Itu adalah asas kepada ilmu BACA GERAK.

Dalam ilmu ini, terdapat banyak petua yang dijadikan formula BACA GERAK yang dipanggil PENANDA GERAK TUBUH. Yang paling asas adalah MELIHAT KEPADA PERGERAKAN BAHU MUSUH. Dengan mengguna Penanda Bahu ini, pesilat mampu mengagak dengan tepat serangan yang bakal dilepaskan oleh pihak musuh seperti;
  1. Bahu kanan ke depan - serangan tangan kanan
  2. Bahu kiri ke depan - serangan tangan kiri
  3. Bahu kiri jatuh ke belakang - serangan kaki kanan
  4. Bahu kanan jatuh ke belakang - serangan kaki kiri.
Walaupun nampak mudah, namun ianya perlu kepada latihan. Cuma, dengan berbekalkan PETUA ini, pesilat mampu untuk mematahkan serangan pihak musuh dengan lebih mudah dan tenang kerana setiap gerak awalan pihak musuh itu mampu dibaca oleh pesilat. Petua Baca Gerak ini pula terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap pelajaran pesilat. Penanda Bahu ini merupakan asasnya dan masih banyak lagi penanda-penanda yang lebih senang dan efektif.

Sebenarnya PETUA ini telah dijadikan pedoman oleh para Pendekar silam dalam teknik tempur mereka. Ilmu ini juga termasuk di antara ilmu-ilmu sulit yang dipanggil PAKAIAN PENDEKAR!


Wallahua'lam

6 comments:

  1. PUTERA LAUT SUMATERA TIMURApril 13, 2011 at 9:53 AM

    Selamat pg Cikgu.
    numpang bertanyo sedikit. kalo kita pula yg mau menyerang (pukul, tendang, dlsb), kata sebagian orang, sebaiknya pd waktu bahu dia turun/nafas dia keluar. mohon penjelasan, tksh, wassalam.

    ReplyDelete
  2. Wslm,

    Ya, itulah antara rahsianya, itu di bawah Rahsia Nafas....mana mungkin seseorang itu menumbuk/ menendang tanpa menarik nafas.....

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Putera Laut Sumatera TimurApril 13, 2011 at 11:46 PM

    Maksud saya Cikgu, menurut kata org yg biasa berkelahi, lebih mudah menjatuhkan org pd waktu nafas dia turun/keluar daripada pd waktu nafas dia naik/masuk. apa betul demikian ?

    ReplyDelete
  4. Putera Laut, saya kira betul petua itu. Bila tarik nafas/tahan nafas, bdan dpt menyerap pukulan/hentakan. ttp apabila nafas dikeluarkan, otot2 jd longgar & lemah ketika itu-pukulan akan mudah masuk. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah......perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. Macam mane nak bace nafas keluar atau masuk? Kat hulu kelang gelanggang gayung kat mane?

    ReplyDelete