Salam semua,
Di sini saya sertakan kata2 dari insan yang tidak pernah saya kenali yang menyerang secara langsung peribadi saya dan siap dengan kata2 berbaur ugutan. Namun inilah yang dikatakan asam garam kehidupan. Apapun, perjuangan tetap perjuangan. Saya tetap akan bersuara sekiranya ianya perlu untuk menyatakan kebenaran. Biarlah pahit tetapku telan dan apa yang penting "Allah sentiasa bersama orang2 yang benar".
Selanjutnya anda boleh rujuk di alamat ini http://pewarisgayong.blogspot.com/2010/01/pssgm-perak-vs-serantau-perak.html
* saya doakan agar Allah SWT membuka pintu hati mereka untuk kesejahteraan bersama.
Buat kekanda Azizan.. tiada apa yang dapat saya nukilkan sekadar..bait-bait ini buat renungan.
ReplyDeleteBerjuang memang pahit kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya berkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang....
Ketaatan Hang Tuah pernah di fitnah...
ReplyDeleteKeadilan Hang Jebat pernah di pandang serong...
Cikgu Majid di Fitnah sehingga lahirnya PSSPGM
Cikgu Awang Daud dicemuh kerana ADMAA nya...
Namun yang pastinya diri pejuang di mana pun ada ketenangan..Di mana pun ada kebahagiaan.
Saudaraku khalifahgayong......Terima kasih di atas kata2 yang penuh bermakna....
ReplyDeleteSalam...kekadang ada yang kita buat tak semuanya betul...rasenya saudara ada juga membuat kesalahan yang menyebabkan ramai orang yang kecewa...Cikgu Amin sendiri pernah membuat kesilapan berkenaan dengan adab dan adat terhadap guru lama..Ini saya dengar sendiri dari guru guru lama perak yang x perlu saya sebut namanya..apepun jika yang diperkatakan itu ada yang kena kat batang hidung kita ..mohon lah ampun padaNYA ye...dan bawa bersabar..dan JANGAN MELATAH...
ReplyDeleteSalam....sebenarnya punca sebenar masalah semua ni adalah disebabkan oleh cakap2 dan dengar2. Ramai yang hanya dengar disebelah pihak sahaja. Hampir semua yang menghentam Ayahanda dan kritik saya sebenarnya tidak pernah bertanyakan kepada kami apa puncanya dan alasan dari pihak kami seolah2 hanya pihak mereka sahaja yang benar!
ReplyDeleteDan ditambah lagi,orang2 di pihak ketiga pulak yang banyak masuk campur.Yang confirm tidak mendapat fakta yang tepat kerana bersumberkan satu pihak sahaja.
Boleh tak sedara cerita secara jujur apa yang Ayahanda telah buat pada guru2 lama. Sapa Guru lama tu?kalau benar bagikan fakta.Jangan hanya pandai buat cerita dan sembang2 untuk penambah perisa. Saya tak nafikan ramai orang lama di Perak tu....tapi apa yang mereka semua buat pada 80-an ketika PSSGM Perak dah tamat tempoh? Sapa yang daftar semula dan hidupkan semula pssgm di bawah akta pendaftaran pertubuhan? Mana Guru2 lama tu? Nak harapkan ............, awal2 lagi dah tinggalkan Arwah Dato'. Bisnes mesti diutamakan....betul tak? Time Arwah Dato' terlantar kat hospital, sapa yang ambik peduli? Sebenarnya lama baru tu bukan ukuran,yang penting adalah yang mendapat KEPERCAYAAN ADMAR. Gelaran Apit Jinjang Mahaguru dan Sandang Panglima Singa Malaya(pengganti kepada Pak Andak dan Arwah Cikgu Mat Lazim) itu sudah cukup membuka mata para guru2 lama dan baru. Suatu pengiktirafan seorang Mahaguru buat muridnya yang dipercayai dan terbukti ilmunya. BUkan nak membangga2 kan guru saya,tapi itu hakikat yang perlu diterima oleh guru2 lama yang mungkin ada perasaan iri hati dan cemburu dengan pengiktirafan ini.
Berkenaan kes di kelantan,tidak ada seorang pun yang bertanyakan saya dan ayahanda saya tentang isu tersebut. Apa yang saya tahu cuma mendengar kritikan2 yang tidak diketahui punca asalnya. Nak saya ceritakan apa punca sebenarnya? Nanti kan ada pula yang terlompat2 bila dibongkar semua rahsia sebenarnya........seeloknya kita bincang elok2. Jgn cepat melatah. Biarlah saya rahsiakan dulu di ruangan ini. Saya yakin kami semua buat apa yang sepatutnya dibuat.
Nasihat saya buat sedara2 di pihak ketiga ni, jumpa dulu Hj.Mansor di kelantan, Datin Faridah & Mas Syarifah di Perak dan En.Kahar Redza di Selangor. Tanya mereka apa yang mereka xpuas hati sangat dengan Ayahanda Amin Hamzah. Kemudian datang jumpa Ayahanda Amin Hamzah pula. Kita bincang elok2 dan pastinya sedara semua dapat cerita dari sumber utama. Last skali, sedara pertimbangkanlah sendiri dan keputusan sedara adalah hak sedara.
Yang mana satu pilihan anda utk dijadikan GURU;
ReplyDelete1-Seorang yang paling lama berguru dgn ADMAR tapi pelajarannya hanya sekerat jalan....Tapi claim yang dialah paling senior...
2-Seorang yang suatu masa mendapat perhatian ADMAR,kemudian sanggup tinggalkan ADMAR dan buat hal sendiri.Siap mengaku yang dia dah buang air Gayong.....Tapi la ni terkial2 nak kan jawatan tinggi dalam Gayong selepas lebih 10 tahun ADMAR meninggalkan kita.
3-Seorang yang benar2 rapat dengan ADMAR dan siap tinggal sebumbung.Tapi sepanjang hidup ADMAR banyak dok main dari menuntut ilmu Gayong. Banyak ambil pelajaran dari sumber kedua tapi la ni claim yang dia belajar semuanya dari ADMAR
4-Seorang yang hanya belajar sampai bengkong hijau dengan ADMAR dan sempat dianugerah bengkong merah.Mendapat bengkong Hitam bukan di zaman ADMAR. Tetapi kini beliaulah antara yang meneraju pelajaran2 Silat Seni Gayong dalam pssgm.
5-Seorang yang senior tetapi xdelah tergolong dalam generasi terawal,tapi mendapat kepercayaan ADMAR sehingga diangkat sebagai apit jinjang Mahaguru dan diselempangkan sandang Panglima Singa Malaya,diasuh oleh ADMAR sebagai pengganti kepada Pak Andak Majid dan Arwah Ahmad Lazim sebagai Pengarah Gurulatih.Diikutnya ke mana sahaja ADMAR pergi dan arahkan sehinggalah riba nya dijadikan bantal bagi Jenazah ADMAR sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Taiping.Tapi kini sudah tiada tempat dalam pssgm,dicampaknya umpama sampah yang busuk.....dinafikan ilmu2 beliau termasuk sandang kegurulatihan yang dianugerahkan oleh ADMAR.
*Saya bukannya memilih Guru tapi enggan belajar dengan orang yang tak sepatutnya kita belajar.....
salam zizan,
ReplyDeleteBeri pandangan sikit, mereka-mereka ini adalah dikalangan anak-anak murid yang baru dan tidak dinafikan begitu taat kepada gurunya tanpa ada pemahaman, hasilnya, itulah dia, kita dikatakan salah dan tidak benar. Mereka mengatakan CA melanggar Kelantan didalam adat perlimau tapak, yakni ayah sor...adakah mereka tahu kenapa...mereka tidak tahu...
Perak memang ramai orang lama, tetapi hanya segelintir sahaja yg benar-benar berkorban utk ilmu, yang lain hanya mengejar nama dan kedudukan. Lihatlah Cikgu Ayazi, kemana halanya sekarang, lihatlah cikgu Mokhtar, kenapa nasibnya tidak terbela walaupun melahirkan atlit peringkat kebangsaan dan negara. Ini kerana kurang kepekaan terhadap membangunkan nilai-nilai murni setiap ahli gayong.
Mereka-mereka ini tidak melihat kepada yang asas, maka tiadalah hasil yang baik. bersambung sekiranya ada masa.....
siapa yer guru-guru lama di Perak tu...kenapa hendak dirahsiakan. Kami pewarisgayong ingin mendekati guru-guru lama ini sekiranya berilmu dan ikhlas......era 80an dulu pun rasanya yang bertungkus lumus membina gayong Perak, CA jer, yang lain menyepi dan mencari hala tuju masing-masing, Arwah Mat Lazim pun sibuk berniaga....keluar sekejap Gayong.....nak juga mendengar cerita guru-guru lama nie....yang kami dah jumpa, cikgu ayazi, cikgu amin dan cikgu mokhtar, yang lain tu masih dlm pencarian...nak gak berjumpa dgn pak ngah batu kurau, dengarnya beliau antara org-org lama yg berilmu gak...
ReplyDeleteSalam Buat Orang Lama, Orang Tua dan tiger Gayong..
ReplyDeleteSaya Wan Abdul Halim Bin Wan Omar...
merupakan anak jati kelantan..yang tahu masalah di negeri kelantan..kepada kamu semua...boleh saya tanya....apa maksud sandang panglima singa malaya?..apa yang kamu faham....jagan ingat kita orang lama semuanya betull..kalau kita hayati betul-betul banyak salahnya...kadang2 kerana orang tualah yang selalu memberi fakta yang salah kepada yang muda..untuk kepuasan nafsu sendiri..fahamlah maksud kata2 ini..orang tua tidak selalunya betull dan orang muda tidak selalunya salah..kamu hidup di zaman kamu dan jangan samakan dengan zaman kehidupan sekarang..saya mencelah disini kerana anda nampak sangat busuk hati dengan Ayahanda cikgu amin..kenapa? sebab cikgu amin banyak dapat ilmu dari dato' dan anda tidak ada apa2 yang Ayahanda cg. amin ada..jangan banding ilmu dengan saya..kalau setinggi manapun dapat ilmu Gayong tetapi x faham2faham tentang adat xde gunanya.kalau orang dah xsukakan kita begitulah sikapnya..kenapa xpuas hati sangat2.anda dah rasa tercabar ke?....boleh sy bertanya...siapa yang tua antara abu jahal dengan Rasulullah s.a.w.
Siapa yang lebih muda antara Saidina ali k.w. dengan Abu lahab..siapa yang dapat Islam dahulu?yang tua mesti betulke atau yang nampak kebenaran itulah yang betul...kalau anda betul2 anak gayong jangan bertindak membabi buta..biar bersuara dalam keadaan waras..kalau orang muda lebih menghayati maksud Gayong itu lebih bagus dan terbaik daripada orang tua yang xfaham2 faham dengan Gayong itu sendiri...Saya selalu benci dengan orang yang selalu berkata..saya orang lama yang pernah belajar dengan Arwah dato'..tetapi nampaknya tidak mengikut dan xfaham2 juga dengan wasiat dan Amanah Dato'...satu lagi..saya nak tanya..sapa yang lebih faham dengan ilmu gayong..dia orang lama yang pernah belajar dengan Dato' tetapi tidak sehingga Arwah dato' Meninggal(berhenti sekerat jalan) dengan orang yang lewat sikit belajar dengan dato' tetapi selalu bersama Dato' sehingga ke akhir hayat..Pikir2kanlah...lepas tu dok jual sana-sini saya pernah belajar dengan dato'..Kenape eh sakit hati sangat dengan Saudara Chula Hitam? sebab dia lantang bersuara ke..habis tu nak jadi macam kamu semua..ikut je ape orang buat x kira salahke, xbetul ke, semuanya senyap...nak jadi "Orang Tua bisu"_ nak jadi mcm lembu cucuk hidung..ikut je..xpayahlah cakap saya orang lama..orang tua kalau kita sendiripun takut nak tegur benda yang salah..asyik cakap orang ni nak pecahkan Gayong nak huru harakan Gayonglah..tapi kau oranglah yang xfaham masalah...apelah kamu nak sebenarnya...aku yang buka Gayong serantau Malaysia di kelantan sebab arahan Pemegang amanh kita..masih hormat pada yang berhak..tetapi kamu...Cakap orang lama..tetapi mengajar orang biadap juga pada yang lama..xkira siapa senior.. tetapi suami A.Pn siti kalsum pun kamu xreti nak hormat ..make xde faedahnya kamu...bersilat... sebenarnya..sepatutnya kamu orang lama lebih faham dari yang midah..bukannya xfaham-faham jugak...Oleh itu Berfikir dahulu sebelum berbicara...lepas ni pasti kamu nak hentam saya juga sebab banyak sangat hentam kamu semua...hentamlah. saya sedia menunggu..kalau xpuas hati juga telefon saya..0139209358..kalau sayang kredit xtelpn xpe..sayapn sebenarnya xsuka bercakap dengan orang tua yang masih xreti bahasa...Kepada semua..dapatkanlah ilmu yang ada dengan Ayahanda Cg. Amin Bin Hamzah..banyak sangat ilmu yang dia ada yang masih kita tak tahu..janganlah bila dia sudah tiada barulah kita terhegeh2 nak belajar..maka gigit jarih jawapannya..rebutlah peluang ini sebelum terlambat..tapi kalau xndak jugak nak buat camne..lantaklah..good by & maaf kalau kecik hati dengan kata2 saye.selamat maju jaya buat saudara Chula Hitam..Ilngatlah Allah Sentiasa bersama dengan orang2 yang sentiasa menyanjunginya..
wasssalam
Hehehe...chula hitam dan wan abd halim memang tidak beradap..hehehe...inilah didikan gayong yang menjadikan manusia makin lupa dan terus lupa...hiduplah korang dalam angan-angan dunia...kejarlah dunia gayong...kejarlah sampai dapat..kahkahkah...teruskanlah kurang ajar anda dengan guru guru lama..kepada chula hitam...hehehe anda lawak...kepada wan abd halim..hormatlah semua guru...walaupun beliau bengkung hijau sekalipun..amalan anda yang begini menyebabkan anda akan terus terseksa dengan dunia gayong yang fana...DAH JUMPA IBU GAYONG?
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteKalau ikhlas utk berbicara perkenalkanlah nama sedara dan dari gelanggang mana sedara belajar. Nak juga kenal guru sedara yang dah jumpa Ibu Gayong tu. Jangan berjumpa dengan azazil udahlah.Guru kami mengajar kami untuk berkata apa yang benar walaupun akan ramai yang membenci dan memusuhi.(contohnya spt sedara sendiri). Mohon buat semua agar membaca dan meneliti setiap komen supaya faham maksud tersurat dan tersirat. Jangan baca ala kadar dan terus buat komen spt insan yg xde nama di atas.Memang saya akui kita semua perlu hormat guru kita walaupun bengkong apa sekalipun, tp ayat saya sebelum ini bukan bermaksud sedemikin, ianya sekadar sindiran kpd murid gayong yang kini gah sebagai gurulatih tertinggi.....kami tahu sejarah anda!
Salam...
ReplyDeleteLangkah pendekar, langkah berani.
Bukan menikam dlm gelap, baling batu sembunyi tangan.
Saya amat berminat utk tahu siapa guru2 lama d perak. Siapa mereka? Semasa Cg. Amin tanpa keluh kesah mengajar dr gelnggang di Kuala Kangsar hingga ke Sabak Bernam 15 tahun dulu?
Siapa mereka semasa Cg. Amin menjalankan Program Hari Sang Sapurba nya? Siapa mereka, jika dibndingkan jumlah anak murid? Tidak cukupkah sumbngan2 ini? Saya amat percaya Gayong Perak dah lama berkubur tanpa Cg. Amin.
Kepada Cg. Azizan, abaikan kata2 mereka ni, kata2 pendekar bacul yang menikam dalam gelap, yang menjadi duri dlm daging kepada gayong.
Klu pendekar gagah berani dah tentu salam dijabat dengan bernama dan berasal.
Teruskan Perjuangan, saya akan sentiasa bersama Cg. Terima Kasih.
Bagus cikgu azizan... teruskan perjuangan... carilah lagi ibu gayong... carilah dan carilah... selepas anda jumpa buat diam je.. carilah dan carilah...
ReplyDeletekepada mereka-mereka yang sedap menghentam cikgu azizan dan cikgu amin, adakah anda benar-benar kenal mereka berdua?kalau setakat kenal di hujung-hujung ranting, xpyah lah berlagak hebat. banyak lagi yang perlu kau orang belajar tentang ilmu gayong. kepada yang bertanya adakah sudah jumpa IBU GAYONG, xpayahlah nak berlagak pandai dan hebat. aku sendiri nak tanya kau, apakah kau benar-benar tau apa itu IBU GAYONG? kalau setakat pandai sebut saja, tak payah nak berlagakla.
ReplyDeletekepada cikgu amin dan cikgu azizan, terus kan perjuangan anda, saya sentiasa menyokong anda dari belakang.kepada yang nak mengkritik dan mengata, biarkan mereka dengan omongan bodoh mereka. teruskan perjuangan gayong.
assalamualaikum.. saya ni orang muda, x layak nak komen guru-guru lama. cuma kadang-kadang saya terfikir, setiap pergaduhan pasti ada puncanya. Apa punca sebenarnya dan siapa puncanya? Mengapa semua ini harus berlaku? Saya orang muda jadi tak tahu pangkal ceritanya. Cuma sedih lihat abang-abang atau guru-guru segayong sekalian berselisih begini. Alangkah indahnya jika lihat Gayong bersatu kembali. Saya percaya semua orang akan pertahankan guru-gurunya,begitu juga saya. Cuma adakah cikgu-cikgu sedar bahawa kami orang muda yang langsung tak tahu menahu sedang memerhati guru-guru sekalian? Adakah cikgu-cikgu suka kami yang tak pernah mengenali ADMAR malah sesetengah guru-guru lama membenci sesama sendiri?
ReplyDeleteMaaf jika saya mengguris hati atau tersalah bicara. Saya sayangkan Gayong dan menghormati semua guru-guru sekalian. Semoga setiap tindakan guru-guru yang berjuang kerana Allah mendapat rahmat dan perlindungan dariNYA.
teringat pesan guru saya,
'Jadilah Hamba Allah, Bukannya Hamba Gayong'
Salam Gelojak_Jiwa,
ReplyDeleteSebenarnya itulah yang kita mahukan. Sebuah organisasi yang kuat dan bersatu padu. Ikatan Ukhuwah yang tinggi dikalangan ahli2 dan murid2 Gayong. Namun apa yg kita harapkan dan rancangkan tidak semestinya akan menjadi.
Memang benar kata sedara,ianya mesti ada punca utama. Saya tahu punca utama itu. Dan ianya hampir tidak boleh diselamatkan lagi.Kalau sedara nak tahu cerita sebenar, hubungi saya melalui email saya, chulahitam@yahoo.com
Secara ringkasnya, punca utama adalah disebabkan oleh kepentingan diri/jawatan/dendam kesumat/iri hati oleh satu pihak dan satu pihak lagi ditendang,dipijak,dan dibuang spt kain busuk seolah2 perjuangan selama 40 tahun mengembangkan Gayong langsung tidak dihargai.
Memang mudah utk memberi pendapat, kita sesama Islam jadi bermaaf-maafan lah di antara kita. Tapi kalau dah melibatkan maruah? Kalau ianya berlaku kepada ibu dan bapa sedara?
Sebenarnya,krisis ini bukan lagi melibatkan Gayong tetapi MARUAH DIRI. Bagi pihak kami, tiada apa yg nak direbut2 ngan jawatan atau kuasa,tetapi segala AMANAH ADMAR jgn sesekali dipermain dan diperkotak katikkan. Jgn lupa ikrar kta bersaksikan Al-Quran.
saya teringatkan Imam Hanafi yang memberikan kuliah agama ketika itu umur beliau baru berumur 9 tahun...sedangkan anak muridnya ada yang warga emas.
ReplyDeleteMenuntut ilmu tidak hanya ada pada orang tua saja, bahkan orang muda pun ada ilmunya. Allah s.w.t menganugerahi ilmu itu kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki. Bila membaca sejarah riwayat ADMAR kita akan melihat fakta yang dia pun dikalangan orang muda bukan dikalangan orang LAMA yang berguru dengan datuknya. Cikgu Majid kalau nak dikira bukan batch terawal Gayong, tapi pernah menjadi orang no 2 Gayong sebelum difitnah. Hentikanlah polemik Guru Tua dan Guru Muda. Tak ada Tua tak ada Muda, Tak ada Muda tak ada Tua.
Jadi apa masalahnya segelintir individu yang memandang serong kepada Cikgu Azizan dan Cikgu Amin. Walaupun saya dari PSSPGM dan bukanlah dari kalangan PSSGM namun saya merasakan sedikit sebanyak tersentuh bila melihat perkara ini..kerana saya Anak Gayong. SIAPA Gayong.. AKU Gayong ENGKAU pun Gayong. ini sumpah keramat buat kita bersama.
Saya kesiankan Cikgu Amin kerana Cikgu Majid selalu menceritakan kepada saya betapa peritnya difitnah dan dituduh yang bukan-bukan. Cukuplah sejarah Cikgu Majid itu dijadikan iktibar.DENGKI.GILA KUASA, GILA PANGKAT, GILA NAMA dan KEDUDUKAN itu sudah menjadi asam garam kehidupan.
Saya berpandangan puak Cikgu Amin adalah dari kalangan yang IKHLAS ingin memperjuangkan GAYONG, manakala yang dengkikanya. saya melihat lebih cenderung untuk mendapatkan NAMA,KUASA,HARTA dan KEDUDUKAN, sehingga sanggup mempolitikan GAYONG.
Dulu kenapa mereka tinggalkan Gayong, sekarang kenapa mereka nakkan kembali, adakah setelah melihat kejayaan anak-anak Gayong dibawah Cikgu Amin. Kejayaan Cikgu Amin adalah disebabkan KEIKHLASAN beliau memperjuangkan Gayong dan menuruti amanah ADMAR.
Buat kekanda AZIZAN dan ayahanda AMIN... teruskan perjuangan..lumrah dalam berjuang tidak sah kalau tiada tentangan.
Nik Iznan Musyahmi
www.khalifahgayong.wordpress.com
nikiznan@gmail.com
013-9923535
letih tengok sedara islam sendiri bergaduh..mmmm apa kata kita bermaaf-maafan...sbb hidup pun tak lama sampai masa kena balik kita balik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehanya orang yang berjuang sahaja dikritik.
ReplyDeletehanya orang yang yakin sahaja bertempur.
hanya orang yang tahu sahaja berkorban.
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
sebelum berani berkata-kata, datang dulu bersua.
tak kenal maka tak cinta. kalau setakat berani lempar batu sembunyi tangan, tu bukan anak jantan. perkenalkan diri, berdebat secara terbuka. jangan main sembur jer. kita orang Gayong, punya ilmu dan pusaka. kekanda azizan, kami bersama dalam perjuangan. sekali ku sumpah takkan ku ubah.
berani kerana benar, takut kerana salah. Lawan terang-terangan, itu lah pahlawan!!!!
SALAM... Ilmu Gayong yang ada perlu di ambil dengan bersih dan suci. Kepada yang masih belum mengetahui rahsia ilmu Gayong belajarlah dan kajilah. Jangan menghina Guru-guru lama kerana merekalah yang membantu ADMAR dalam mengembangkan Gayong. Kita generasi baru pegang janji anda semasa anda di perlimaukan dahulu.. ingat siapa kita dan dimana asal kita. Saudara Azizan teruskan perjuangan Gayong.
ReplyDelete