Mata merupakan salah satu daripada 5 organ deria yang ada pada manusia. Ia berfungsi sebagai penerima balikan cahaya daripada objek dan menghantarkan segala maklumat yang diterima ke otak untuk ditafsirkan melalui sistem saraf. Maknanya, mata manusia hanya berfungsi bila ada kehadiran cahaya, tanpa cahaya maka tiadalah kemampuan manusia itu untuk melihat. Sebagai contohnya, pada waktu malam yang gelap gelita, penglihatan manusia akan menjadi amat terhad dan kurang jelas. Jika dipejamkan mata pula, kita langsung tiada kemampuan untuk melihat sesuatu umpama melihat tanpa hadirnya cahaya.
Sebenarnya, seseorang manusia itu tidak hanya melihat dengan mata kasar semata-mata. Terdapat satu lagi kemampuan untuk melihat dan menilai akan sesuatu perkara dengan lebih halus dan mendalam iaitu melalui MATA HATI. Mata kasar manusia mudah ditipu dan sering diperdaya dengan pelbagai ilusi dan khayalan minda sedangkan MATA HATI lebih jujur dan ianya dipandu oleh GERAK NALURI INSAN yang luhur dan suci. Cahayanya berpunca dari sumber segala Cahaya. Begitu hebatnya penglihatan MATA HATI ini. Tetapi kenapa ramai manusia yang kurang berkemampuan untuk menggunakannya? Sama-samalah kita mencari jawapannya.
Di dalam Ilmu Persilatan pula, ada antara riadah/latihan nya iaitu berlatih bertempur (berpencak) dalam keadaan mata tertutup. Tujuannya adalah jelas, iaitu melatih pesilat-pesilat fokus kepada kekuatan "mata hati" mereka. Pada peringkat ini, tiada lagi pergantungan kepada mata, tetapi pesilat haruslah berusaha menangkis segala serangan musuh menggunakan GERAK RASA dan FIRASAT HATI yang lahir dari MATA HATI yang suci. InsyaAllah, dengan bimbingan GURU yang ARIF, pesilat mampu menguasai RIADAH MATA HATI ini dengan sempurna dan menyerap segala KERAHSIAAN lain berkaitan HAKIKAT MATA HATI ini.Bagi pengamal silat, kesempurnaan sesuatu tindakan adalah amat bergantung kepada berapa pantas diri kita memberi refleks kepada apa yang diterjemahkan oleh AKAL dan dinilai oleh HATI.
Apakah RAHSIA kepada Riadah Mata Hati ini?
Riadah Mata Hati diperkenalkan dalam Keilmuan Silat ini adalah semata-mata untuk mengenal dan membezakan antara AKAL dan HATI. Segala cabang ilmu yang HAK akan membawa pengamalnya mengenal kepada EMPUNYA ILMU tersebut. Perbezaan arah memandang menyebabkan terjadi perbezaan daya nilai dan daya rasa.
[petikan Al-Hikam]
Orang akal lebih cenderung kepada fahaman falsafah yang berdiri di atas kemanusiaan sejagat iaitu fitrah manusia. Keberkesanan hukum sebab-akibat membentuk formula-formula yang seterusnya melahirkan hukum logik yang dipegang oleh akal. Sukar bagi akal untuk melihat bahawa Allah s.w.t yang meletakkan dan menetapkan keberkesanan hukum sebab-akibat itu. Orang akal memerlukan masa untuk berfikir dan menimbang sehingga mereka melihat dan mengakui kerapian serta kesempurnaan hukum yang mereka pegang itu. Setelah sampai kepada pengakuan yang demikian baharulah mereka beralih memerhatikan apa yang datang dari Tuhan.
Orang hati pula terus menyaksikan Ketuhanan pada apa yang disaksikan. Mereka melihat perjalanan sebab dan akibat sebagai tadbir Allah s.w.t. Mereka juga mengambil sebab dalam melakukan sesuatu tetapi ketika mengambil sebab itu hati memandang kepada Allah s.w.t, meletakkan pergantungan kepada-Nya yang mentadbir sebab musabab itu, bukan bersandar kepada sebab semata-mata. Jika sebab gagal menghasilkan akibat menurut hukum logik, orang hati melihat kekuasaan Allah s.w.t mengatasi segala sebab. Orang akal yang berhadapan dengan keadaan yang demikian sering diganggu oleh kekeliruan dan mereka mencari formula baharu untuk mengembangkan logik.
Walaupun terdapat perbezaan cara memandang tetapi tidak seharusnya berlaku berselisihan di antara dua golongan tersebut. Satu golongan harus menghormati daya nilai dan daya rasa golongan yang satu lagi. Walau bagaimana pun orang akal harus sedar bahawa mereka sedang bergerak ke arah daerah orang hati kerana iman, ikhlas, berserah diri, takwa dan lain-lain nilai baik dalam agama adalah nilai hati yang mengeluarkan niat.

Wallahua'lam.
Assalammualaikum , Tuan , kalau saya tahu gerak tetapi kelemahan saya ialah mata saya yang kabur apabila ingin menangkap / menepis serangan musuh . jadi ia agak bahaya jika ia berterusan .
ReplyDelete