Organisasi Jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri
Imam KhalifahSeorang dalam sesebuah negeri dalam satu masa, fungsinya ialah:-
i. sebagai penasihat dan pemimpin tertinggi Silat Seni Gayong di dalam sesebuah negeri.
ii. bertanggungjawab atas semua gelanggang dan murid di dalam sesebuah negeri.
iii. mengesahkan senarai nama penerima sandang kebesaran adat berjawatan peringkat negeri.
iv. menganugerahkan sandang kebesaran adat dan kehormat peringkat negeri jika diberi mandat oleh Lembaga Waris Amanah.
v. menduduki Majlis Imam Khalifah.
Timbalan Imam Khalifah
i. membantu tugas Imam Khalifah.
ii. memangku tugas Imam Khalifah di masa keuzurannya.
Pengerusi Lembaga Beradat Negeri
Seorang dalam satu masa yang dilantik daripada kalangan Khalifah Besar atau boleh dipegang oleh ahli Lembaga Waris Amanah. Tugas dan tanggungjawabnya ialah:-
i. mempengerusikan mesyuarat Lembaga Beradat Negeri.
ii. ketua eksekutif Lembaga Beradat Negeri dan wakilnya dalam Lembaga Beradat Kebangsaan.
iii. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran Lembaga Beradat Negeri dan perjalanan adat dan istiadat Silat Seni Gayong.
Khalifah Besar
Seramai empat orang yang mengetuai bahagian tertentu. Ia dilantik daripada kalangan Waris Beradat dan mempunyai sandang tersendiri atas jawatan itu. Selain mempunyai tanggungjawab kepada kesempurnaan perjalanan pentadbiran Lembaga Beradat, mereka mempunyai tugas secara khusus mengikut portfolio berikut:-
aa. Perhubungan
i. bertanggungjawab kepada Ketua Khalifah Besar (Perhubungan).
ii. merangka dan melaksanakan hubungan dengan mana-mana pihak dalam rangka memartabatkan Silat Seni Gayong.
bb. Istiadat
i. bertanggungjawab kepada Ketua Khalifah Besar (Istiadat).
ii. menjadual dan melaksanakan sebarang majlis adat berkenaan.
cc. Kegurulatihan
i. bertanggungjawab kepada Ketua Khalifah Besar (Kegurulatihan).
ii. memastikan disiplin guru dan jurulatih Silat Seni Gayong.
iii. membangun dan mentadbir hal ehwal Pusat Latihan Negeri.
iv. berganding bahu dengan Majlis Gurulatih Negeri dalam merangka program pembangunan, kebajikan dan kecemerlangan guru dan jurulatih Silat Seni Gayong dalam apa jua bidang yang berkaitan.
dd. Kewangan
i. bertanggungjawab kepada Ketua Khalifah Besar (Kewangan).
ii. berusaha merangka agenda penabungan dan pengurusan kewangan Lembaga.
Wakil Beradat
Tidak melebihi empat orang di dalam sesebuah negeri dalam satu-satu masa. Ia dilantik oleh Lembaga Waris Amanah atas syor Lembaga Beradat Negeri daripada kalangan Waris Beradat yang amanah dan berakhlak mulia. Pemegang amanah ini mempunyai sandangnya sendiri, tanggungjawabnya ialah:-
i. menjalankan upacara penerimaan murid Gayong di dalam kawasan yang ditauliah.
ii. memberi penerangan mengenai Silat Seni Gayong kepada yang hadir di dalam majlis perlimau.
iii. bertanggungjawab memastikan adat perlimau dipatuhi dan majlis disempurnakan dengan baik.
iv. menjaga amanah duit adat mengikut peraturan yang ditetapkan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.
Setiausaha
Seorang dalam satu masa, ia dilantik daripada kalangan Waris atau Ketua Beradat. Beliau mempunyai tanggungjawab seperti berikut:-
i. menjalankan sebarang tugas atas arahan Pengerusi atau Setiausaha Agung Lembaga Beradat Kebangsaan.
ii. mengurus, mengemaskini dan merekod sebarang dokumen Lembaga dan urusan surat menyurat.
iii. mewakili Pengerusi dalam sebarang majlis jika beliau keuzuran melainkan diarahkan sebaliknya.
iv. memanggil mesyuarat Lembaga atas arahan Pengerusi atau atas permintaan tidak kurang daripada empat orang Waris Beradat.
Penolong Setiausaha
Seorang dalam satu masa, ia dilantik daripada kalangan Waris dan Ketua Beradat. Beliau mempunyai tanggungjawab seperti berikut:-
i. membantu tugas Setiausaha dalam pengemaskinian rekod dan dokumentasi Lembaga Beradat dan lain-lain tugas yang diarahkan.
ii. memangku jawatan Setiausaha semasa keuzurannya.
Bendahari
Seorang dalam satu masa, ia dilantik daripada kalangan Waris atau Ketua Beradat. Beliau mempunyai tanggungjawab seperti berikut:-
i. bertanggungjawab ke atas akaun dan keselamatan wang Lembaga.
ii. merencana dan mengawal perbelanjaan serta merangka belanjawan Lembaga.
iii. bekerjasama dengan Khalifah Besar Kewangan dalam pengurusan dan penabungan duit Lembaga.
iv. bertanggungjawab kepada Bendahari Agung.
Waris Beradat
Tidak melebihi 21 orang dalam satu-satu masa dalam sesebuah negeri termasuklah Timbalan Pengerusi, Khalifah Besar, Setiausaha, Pengerusi Badan Ibu Gayong dan 14 orang yang mempunyai kuasa eksekutif. Ia mempunyai tanggungjawab bersama-sama Pengerusi dan penyandang jawatan lain seperti berikut:-
i. menjalankan sebarang dasar yang diputuskan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.
ii. membuat polisi dan dasar adat di dalam negeri itu selama mana tidak bercanggah dengan ketetapan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.
iii. menguruskan pentadbiran segala urusan adat dan istiadat.
iv. mengawasi pentadbiran Majlis Gurulatih dan Jawatankuasa Negeri PSSGM.
v. menyelesaikan sebarang aduan adat serta boleh merujuk kepada Majlis Kehakiman Gayong.
Ketua Khalifah
Tidak lebih daripada lima orang dalam satu-satu masa. Ia dipilih dikalangan pemimpin kanan pentadbiran pertubuhan atau Majlis Gurulatih di dalam sesebuah negeri. Tugasnya ialah:-
i. sebagai penyelaras Khalifah, Imamah, Khalifah Muda, Imamah Muda, Imam Gelanggang dan Naqibah Gelanggang.
ii. mengawasi kesempurnaan kerja dan tugas Khalifah, Imamah, Khalifah Muda, Imamah Muda, Imam Gelanggang dan Naqibah Gelanggang.
iii. mengawasi disiplin serta tanggungjawab Guru dan Jurulatih Silat Seni Gayong di dalam sesebuah negeri.
Ketua Beradat
i. menjalankan sebarang tugas yang diputus oleh Lembaga Beradat Negeri.
ii. mengawasi perjalanan adat dan istiadat.
Khalifah / Imamah
Tiada had bilangan, ia layak dilantik dikalangan pimpinan Gayong Negeri, guru atau jurulatih atau mana-mana ahli yang mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang baik. Tanggungjawabnya ialah:-
i. mengawasi urusan pentadbiran di negerinya.
ii. memastikan adat istiadat dipatuhi di dalam negerinya.
iii. bertanggungjawab menjaga keselamatan murid Gayong di dalam negerinya.
iv. bertanggungjawab menjaga akhlak dan disiplin murid Gayong di dalam negerinya.
Khalifah Muda / Imamah Muda
Tiada had bilangan, ia layak dilantik dikalangan pimpinan Gayong Daerah atau cawangan tertentu dan mana-mana ahli yang mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang baik. Tanggungjawabnya ialah:-
i. mengawasi urusan pentadbiran di dalam daerah dan cawangannya.
ii. memastikan adat istiadat dipatuhi di dalam daerah dan cawangannya.
iii. bertanggungjawab menjaga keselamatan murid Gayong di dalam daerah dan cawangannya.
iv. bertanggungjawab menjaga akhlak dan disiplin murid Gayong di dalam daerah dan cawangannya.
Imam / Naqibah Gelanggang
Tiada had bilangan, ia dilantik dikalangan pimpinan Gayong gelanggang tertentu. Tanggungjawabnya ialah:-
i. mengawasi urusan pentadbiran gelanggangnya.
ii. memastikan adat-istiadat dipatuhi di dalam gelanggangnya.
iii. bertanggungjawab menjaga keselamatan murid Gayong di dalam gelanggangnya.
iv. bertanggungjawab menjaga akhlak dan disiplin murid Gayong di dalam gelanggangnya.
Wallahua'lam
assalamualaikum..
ReplyDeletesaya anak gayong,teringin nak tau..kalau dapat sandang khas mcm sandang panglima amanah sakti atau panglima gagah tu apa tugas nya??
wslm saudara afif,
ReplyDeleteutk sandang kegurulatihan,sila rujuk http://chulahitam.blogspot.com/2011/09/kriteria-dan-kuasa-sandang.html
Wallahua'lam.
salam.. silat dapat memberikan ketenangan mengawal diri.. dpat saudara Azizan memaparkan zikir@ untuk ketenangan... Pedang melayu
ReplyDelete