9 sudut dan arah serangan senjata adalah pedoman bagi pesilat dalam mempelajari kaedah "ambil" atau "beli" bagi setiap jenis serangan senjata. Contohnya;
Pisau
Arah 1 - Pasak Jantan
Arah 2 - Radak Sula
Arah 3 - Pasak / Rembat Relang(luar)/hiris (amok) - sasaran leher/belakang/bahagian depan/buah pinggang
Arah 4 - Radak/ Rembat Keli (dalam) - Peha/buah pinggang/rusuk belakang
Arah 5 - Pasak / Rembat Relang (dalam)/hiris (amok) - sasaran leherbelakang/bahagian depan/buah pinggang.
Arah 6 - Radak/ Rembat Keli (luar) - Peha/buah pinggang/rusuk belakang
Arah 7 - Kelar/Simbat Lapah (luar) - sasaran leher (aras atas), dada (aras sederhana), peha dan ligamen lutut (aras bawah)
Arah 8 - Kelar/Simbat Lapah (dalam) - sasaran leher (aras atas), dada (aras sederhana), peha dan ligamen lutut (aras bawah)
Arah 9 - Tikaman Anak Sungai, Hentak, Tusuk - sasaran mata dan leher (aras atas), dada/perut (aras sederhana), penyawa (aras bawah).
Begitulah seterusnya untuk senjata-senjata lain. Namun,tidak kesemuanya bersifat menyerang dengan kesemua sudut dan arah yang sembilan ini. Maka, dari PETUA ini, pesilat akan berlatih Teknik Elakan berdasarkan kemampuan musuh mengemudi senjata mengikut 9 arah dan sudut serangan senjata ini.
Wallahua'lam.
Salam Tuan...
ReplyDeleteTerima kasih berkonsi maklumat tentang ilmu bela diri.
Insyallah ilmu ini bermanafaat dunia & akhirat.
Saya sebenarnya berhajat untuk belajar ilmu berkenaan Urat Saraf.
Boleh tuan syorkan coz saya sekarang ini tinggal di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
JazakAllah khair
Wassalam.
Azahar
Wslm,
ReplyDeleteCuba contact Kumbang Hitam Training Centre (KHTC) ataupun Kelab Silat Seni Gayong (KSSG). Boleh google kat laman web mereka.
http://www.kssgayong.com/
http://gayongworld.blogspot.com/
Salam Kembali Cikgu,
ReplyDeleteSubhanAllah
Alhamdulillah
Allah Huakhbar
Insyallah ALLAH s.w.t memberkati & memudahkan segala urusan Cikgu..
JazakAllah khair.
Wassalam..
Azahar
http://basteng3.blogspot.com