Thursday, June 21, 2012

SENI SENJATA #4 : Penggunaan Perisai Sebagai Alat Penangkis

Salamun Alaik;
Angkatan Perang Islam suatu ketika dulu juga pernah menggunakan Perisai ketika berperang.

Kemahiran berperang menggunakan senjata-senjata panjang yang melibas seperti Parang Panjang, Pedang,  Sundang dsb nya tidak lengkap jika tiada diajar bersama PERISAI sebagai alat penangkis. Mengikut sejarah dunia, hampir kesemua angkatan perang terhebat di dunia pernah menggunakan perisai ketika berperang. Antaranya; Aztecs, Roman Legion, Mamluk,Spartan, Ottoman, Persia, Vikings dan Knights.
 Spartan Warriors
Knight Warriors
Roman Warrior

Tidak terkecuali di Alam Melayu, perisai juga pernah menjadi sebahagian daripada senjata yang dibawa berperang. Terdapat pelbagai jenis perisai yang digunakan di Alam Melayu ini, antara yang popular adalah perisai Sarawak, perisai Acheh dan perisai Pattani. Pembuatannya ada sedikit perbezaan kerana ianya menggabungkan unsur kayu, rotan dan logam.

Pahlawan Sarawak dengan perisainya yang berbentuk heksagon.

Perisai Acheh yang diperbuat daripada unsur Kayu, Rotan dan Logam yang berbentuk bulat

Perisai Pattani berbentuk bulat dan dibuat sepenuhnya daripada rotan.

Ayahanda Amin Hamzah bersama Ustaz Wan Abdul Halim

Dalam Keilmuan Gayong, Arwah Mahaguru pernah mengajar beberapa orang murid beliau kaedah berpencak menggunakan Parang/Pedang dan Perisai ini pada pertengahan 80-an. Perisai yang diajar ketika itu adalah diperbuat sepenuhnya daripada rotan. Antara kelebihan Perisai Rotan ini adalah kerana sifatnya yang ringan, tahan lasak, tindakbalas yg bersifat lantunan dan ada ruang untuk mengintai (tidak menutup pandangan).

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. salam.... cuba bygkan cam ner Rasulullah & para sahabat Baginda berlawan dlm perang Badar & Uhud ya...kekuatan pasukkan Nabi sekitar 313 org menentang 1000
    org puak kafir musyrikin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ..Tuan hamba..
      Hamba berminat nak memiliki satu perisai rotan ini. Kat mana ya tempat tempahannya? Terima Kasih Tuan hamba. Wassalam.

      Delete