Tuesday, June 26, 2012

SENI SENJATA #7 : Semua Objek Adalah Senjata

Salamun Alaik;
Salah satu kaki kerusi bersifat seperti sebatang Simbat

Pengamal Gayong yang telah mempelajari 21 jenis senjata Alam Melayu masih belum lengkap menguasai sepenuhnya Seni Senjata Gayong sehinggalah apa-apa sahaja yang berada di sekelilingnya di mana-mana sahaja boleh digunakan menjadi senjata ampuh dalam mempertahankan diri mereka. Itulah tahap tertinggi dalam menguasai Seni Senjata Gayong!

 Dinding dibelakang mampu menjadi penghalang dari musuh serang dari arah belakang 
dan mampu menjadi penahan serangan musuh yang tersasar.

Senjata yang 21 dengan 7 Gaya Gerak dan 7 Sifat Membunuh  boleh dimanifestasikan kepada sebarang objek yang ada dipersekitaran kita untuk dijadikan senjata mempertahankan diri. Malah, sifat muka bumi dan keadaan persekitaran seperti batang pokok, dinding, longkang besar, lubang, cerun, sinaran cahaya, kawasan berpasir dsb nya juga mampu di jadikan sandaran untuk menumpaskan musuh. 

Payung mempunyai 3 Gaya Gerak dengan 2 Sifat Membunuh
Ke arah mencapai tahap tertinggi dalam menguasai SENI SENJATA GAYONG ini, maka perlulah pesilat-pesilat mengadap GURU SEBENAR dan memahami setiap GERAK SIFAT SENJATA serta apa yang dikatakan  7 GAYA GERAK dan 7 SIFAT MEMBUNUH. InsyaAllah, dengan kefahaman yang jelas tentang konsep ini, maka tiada lagi istilah HAFAL BUAH dan KAKU DALAM GERAK. Malah gerak akan lebih mantap, efektif dan berbahaya berbanding gerak dalam SILIBUS yang diajar.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment