Salamun Alaik;
Di dalam Majlis inilah, Allahyarham Cg Ahmad Lazim telah berpesan kepada saya.
Soalan dari Sahabat:
Kenapa Tuan bernaung di bawah Gayong Serantau sedangkan ADMAR menubuhkan Gayong Malaysia (PSSGM)?
Jawapan dari saya:
Saya sebenarnya masih bernaung di bawah PSSGM di Labuan walaupun di Kelantan saya bernaung di bawah Gayong Serantau. Di Labuan, saya hanya membantu pssgm kerana di sana kurang kekuatan dari aspek pengurusan mahupun kejurulatihan. jika dah steady, saya bila2 masa akan daftarkan cawangan gayong serantau di sana. Kenapa dan mengapa saya bernaung di bawah Gayong Serantau, adalah kerana PESANAN dari Arwah Cg Ahmad Lazim pada tahun 2005 kepada saya dan berdasarkan Surat Wasiat daripada Arwah Cg Kalsom yang SAH dari sudut SYARIAH nya. Arwah Cg Ahmad Lazim berpesan kepada saya ketika Majlis Penyampaian Bengkong di Dewan PUO, Ipoh pada 2005 yang lalu;
Bantulah Cikgu Amin Hamzah dan jangan sesekali tinggalkan beliau.
Beliau telah menerima bermacam Ilmu dan Amanat daripada Arwah Mahaguru dan
juga ikutlah Cikgu Wan (Dato' Wan Ahmad Fauzi) kerana
beliau diamanahkan oleh Cg Kalsom(arwah) utk menggantikan KAMI.
Kedua mereka ini (Arwah Cg Ahmad Lazim dan Arwah Cg Kalsom) adalah sebagai Pemegang Amanah melalui surat wasiat(1989). Manakala jika merujuk pada surat wasiat (1987) dan Majlis Pentauliahan, Arwah Cg Kalsom telah ditauliahkan sebagai Waris Amanah Mutlak dan Arwah Cg Razali sebagai pemegang amanah bahagian pentadbiran. Maka dalam kedua-dua situasi, Arwah Cg Kalsom lah yang paling konsisten yang ditauliahkan sebagai Waris Amanah Mutlak. Walaupun, ada suara2 sumbang yang cuba menafikan kuasa dan hak Arwah Cg Kalsom sebagai Waris Amanah Mutlak, dan sekadar Waris Amanah Bahagian Wanita shj, namun semuanya adalah berdasarkan ANDAIAN dan KEFAHAMAN TAFSIRAN sendiri sahaja. Jika benar sekalipun, berdasarkan PESANAN Arwah Cg Ahmad Lazim kepada saya pada tahun 2005 supaya ikut Cg Wan (Dato') kerana Arwah Cg Kalsom telah melantik beliau sebagai penggantinya, maka jelaslah disini, Arwah Cg Ahmad Lazim sendiri juga MERESTUI LANTIKAN itu (mewakili Waris Amanah Bahagian Lelaki). Kesimpulannya; Kedua-dua Waris Amanah telah bersetuju melantik Dato' Wan Ahmad Fauzi sebagai pengganti mereka. Jelas di sini, tiada istilah MELAMPAUI BIDANG TUGAS oleh Arwah Cg Kalsom seperti mana PEGANGAN oleh sekumpulan pihak dalam PSSGM sehingga tertubuhnya Lembaga Waris Amanah PSSGM yang baru (lantikan syok sendiri).
Berdasarkan pegangan saya di atas, bila mana mereka berdua (Cikgu Amin Hamzah dan Dato Wan Fauzi) TERPAKSA bernaung di bawah Gayong Serantau di atas masalah politik pentadbiran,maka saya pun ikut serta mereka berdua di atas kapasiti Dato' Wan Ahmad Fauzi sebagai Waris Amanah Mutlak yang menggantikan Pemegang Amanah sebelum ini dan Cikgu Amin Hamzah sebagai GURU dan AYAH ANGKAT saya.
Harap sahabat yang bertanya berpuas hati dengan penjelasan saya.
Lampiran Dokumen Berkaitan;
*Bagi surat2 watikah yang wujud sebelum atau selepas daripada surat watikah di atas adalah TERBATAL sebagaimana mengikut "klause" berikut;
"Jika sekiranya ada perlantikan seumpama ini dibuat oleh saya kepada sesiapa sahaja
maka ia hendaklah terbatal dan tidak berkuatkuasa."
Kenapa wujudnya "klause" di atas? Kerana bila sahaja "mereka-mereka" ini telah mengetahui Arwah Cg Kalsom mengeluarkan surat watikah ini buat Cg Wan Fauzi (Dato'), maka datanglah "mereka-mereka" ini tanpa segan silu utk mendapatkan juga watikah tersebut daripada arwah dengan cara mendesak dan memaksa (siap dah tulis siap2 atas sijil dan minta arwah tandatangan sahaja!).
Sebelum ini juga telah wujud usaha-usaha jahat bagi menghalang surat watikah ini dikuatkuasakan. Antaranya, diwujudkan surat yang yang bertarikh 2006 pada tahun 2010 oleh golongan tertentu (Tandatangan Arwah juga DIKATAKAN PALSU jika dilihat atas faktor kesihatan/kemampuan arwah pada saat itu yang mana tidak mungkin sesekali mampu menurunkan tandatangan yang kemas dan sempurna). Antara isi kandungan surat tersebut adalah membatalkan kesemua surat2 watikah yang telah arwah keluarkan kepada Dato Wan Ahmad Fauzi. Namun, saksi yang DIPAKSA BERSUBAHAT telah pun membuat laporan polis setelah sedar kesilapan beliau bersubahat dalam kes ini.
Sama-sama kita renungkan.
Sama-sama kita renungkan.
Salam.Diharap bukti-bukti yang dikemukakan oleh saudara Azizan ini menjadi artifak yang berharga buat semua saudara gayong...
ReplyDelete