Salamun Alaik;
Berteh Padi
Kemenyan yang sedang diperasap
Benarkah penggunaan kedua bahan ini memberikan suatu gambaran sesuatu majlis tersebut bersifat khurafat dan syirik? Bagaimana pula kesnya dengan Majlis Istiadat Perlimau Sintuk Adat/Seni bagi Silat Seni Gayong yang sememangnya menggunakan kedua bahan diatas?
Jawapan penulis amat ringkas dan tegas, TIDAK SAMA SEKALI! Pesanan penulis, jangan mudah untuk menjatuhkan hukum tanpa ILMU dan jangan pula sesekali ambil alih tugas ALLAH SWT untuk mensyirikkan orang lain.
Penulis tidak berniat untuk menghuraikan satu per satu ASAL MUASAL kenapa setiap bahan yang digunakan dalam Majlis Perlimausintuk Tapak/Seni dalam Silat Seni Gayong terutamanya Kemenyan dan Berteh ini tetapi, cukuplah sekadar memberi cetusan akal untuk berfikir kenapa dan mengapa ia digunakan. Seringkali masyarakat yang kurang arif tentang hal ini memberi respon yang negatif.Itulah kebanyakan sifat bangsa Melayu. Mudah untuk mengaitkan sesuatu yang diluar pengetahuan dan logik akal mereka dengan unsur-unsur mistik yang bersifat khurafat dan syirik....... amat mendukacitakan sekali bilamana, ada ahli dalam perguruan yang mencanang cerita sebegini kepada masyarakat umum yg sememangnya jahil tentang adat Gayong itu sendiri. Tidak terkecuali, WAKIL MUTLAK yang menerimana AMANAT untuk menjalankan upacara ini pun ada yang was-was dan meraguinya. Persoalan yang penulis ingin lontarkan, bagaimana boleh seseorang itu terima AMANAT ini tanpa pengetahuan tersurat dan tersiratnya? adakah mereka terima secara SAH ataupun guru yang mengijazahkan itupun MEMANG "kosong" pengetahuannya?dan bagaimana pula boleh mereka ini mampu mengijazahkan kepada orang lain jika mereka sendiri "kosong" tentang maksud tersurat dan tersirat disebalik upacara Perlimau Sintuk ini?
Isu Kemenyan dan Berteh ini sebenarnya senasib dengan isu MANDI BUNGA suatu ketika dahulu. Telah berkurun lamanya, isu mandi bunga telah digazetkan sebagai hal-hal yg khurafat oleh bangsa kita. tetapi setelah dibuat penyelidikan dan kajian saintifik oleh sarjana2 barat, maka mereka telah menemui kelebihan yang ada pada bunga2 tersebut yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit tanpa kesan sampingan (bersifat alamiah). Setelah produk-produk mereka diterima dan berjaya dipasarkan ke peringkat antarabangsa, maka senyaplah suara2 celupar selama ini yang menuduh perawat2 bangsa Melayu dan orang2 Silat ini. Malah,ramai juga diantara mereka menggunakan produk2 yang tanpa rasa malu(dulu tuduh bukan-bukan).Di sinilah kelemahan ketara kita, asal dari kita tetapi kita buang sebab kejahilan diri. kemudian ambil balik selepas bangsa lain dapat untung.
Bangsa Melayu amat rapat dengan Kemenyan, Berteh, Pulut, Asam Garam, Keris dsb nya. Silalah kaji sejarah bangsa yang berkaitan serta hubungan dengan bahan-bahan tersebut. Ada isu yang mungkin telah dilupakan dan sengaja dihilangkan dari sejarah bangsa. Kajilah juga kenapa berteh dijadikan syarat dalam petua asam garam Melayu. Bertanyalah kepada yang arif dalam soal mistik, kenapa kemenyan diperasapkan? Apakah asalnya untuk memanggil jin atau ada Rahsia lain yang tersirat?
Penulis sering mengatakan yang asal muasal nya adalah bersih. tetapi telah disalahgunakan oleh kumpulan2 tertentu yang jahil. contohnya; asal mandi bunga adalah baik untuk proses perawatan. Ianya adalah bersifat alamiah yang menggunakan konsep frekuensi yang terkandung pada warna-warna dan aroma bunga. Ianya tidak memerlukan apa-apa seruan dan bacaan. Cukuplah dengan bacaan Basmalah dan Selawat untuk mengambil berkat. Namun, orang yang jahil inilah yang mula menambah kekarutan seperti membaca mentera-mentera sesat dan jadikan ia suatu ritual pemujaan. Tindakan mereka ibarat "disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga".Ditegaskan kembali, asalnya tetap bersih dan tiada sama sekali unsur-unsur khurafat dan syirik. Begitu jugalah halnya dengan Kemenyan dan Berteh ini. Ada RAHSIA nya. Bergurulah dengan Guru sebenar Guru. InsyaAllah, segala yang kusut akan terlerai.Biiznillah.
Setakat ini sahaja yang mampu penulis kongsikan. Memang kehendak hati untuk berkongsi semuanya.tetapi JANJI dan IKRAR penulis dengan GURU membataskan perkongsian tentang isu ini. Sekadar membuka jalan untuk dikaji dan dinilai dengan rasional serta penuh berlapang hati. Diharapkan agar isu kemenyan dan berteh ini tidak lagi dijadikan isu diatas kejahilan diri kita. Jangan mudah menghukum tanpa kepastian.Elakkan menjilat air ludah sendiri di kemudian hari.......

Wallahua'lam.
Penemuan "sarjana Barat" dengan sarjana/ulama ISLAM mana satu agak2 bleh pakai utk org ISLAM? kalau setakat penemuan yang berdasarkan duniawi tanpa bersandarkan nas al-Qur'an dan hadis ianya dianggap bidaah dan termasuk dalam golongan Syirik..ibarat contoh ubat..sarjana dan doktor yahudi menemukan ponstan mampu megurangkan sakit kepala (migrain) bagaimanapun kesan sampingan jangka panjang(mcm rokok la, mana ada org isap rokok trus kena sakit jantung) ubat ini boleh membawa kepada kerosakan organ atau istilah hadis membawa mudharat yang mana dalam Islam dan doktor yahudi itu sendiri banyak menggalakan penggunaan habbattus sawda dan madu (yang ini ada terdapat dalam hadis)..so penggunaan ayat penemuan "Sarjana Barat" di sini sedikit kurang sesuai cikgu tapi yang lain2 tu wallahualam...
ReplyDeletehehehe...takde bersandarkan nas al quran dan hadis dianggap bidaah dan terus dihukum syirik...hehehe...dah deme baca blog...taip guna komputer...main internet tu...ada ke nas2nya dalam alquran dan hadis? kalau ikutkan...deme tu pun bidaah...sebab deme tu benda baharu...bukan qadim...bukan dari azali lagi dah ada...hehehe...
ReplyDeletedeme ni orang aswj ke tak? kan ada 4 : al-quran hadis ijma qias dalam aswj sabit penentuan fiqh...hohoho...agak2 le boss...jangan main pukul rata je bidaah tu boleh mengakibat syirik...
asalamualaikum..
ReplyDeleteadakah terlalu rahsia untuk memberitahu jawapannyer tuan berkenaan kemenyan dan berteh dll..dalam dunia Melayu itu?
kalau dikongsi bersama pasti lebih baik dr tuan 'bukak' tp 'penutup'nya tiada krn saya rase bende yg boleh mendtgkan was-was ni perlu dijelaskan penjelasannya
minta maaf tuan kalau soalan sya menyinggung tuan tp itulah soklan sya kpd tuan