Salamun Alaik;
Tok Janggut, Syaikh Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas Bin Samad Bin Raja Bahar, ada berkahwin dan mempunyai zuriat. Hal ini ramai yang tidak tahu, malahan kali terakhir sang faqir bertemu dengan anak Tok Janggut, Haji Mad, adalah pada tahun 1996, bersama dengan ALLAHyarham Mat Kelubi yang ketika itu bertemunya mereka di rumah moyang sang faqir Yah Bt Adam, yang juga sepupu kepada Tok Janggut, di Batu 8, Nilam Puri, Kelantan. Kehadiran Haji Mad itulah membuatkan Mat Kelubi, membuka cerita penuh berkaitan hal Guru dan sahabat beliau itu, iaitu Tok Janggut.
Entah berapa kali, sang faqir bersuara, tentang hakikat dan sejarah sebenar seorang Ulama berjiwa pahlawan ini yang telah digelapkan oleh British yang sebelum itu telah berjaya menakluki fikrah pemikiran Mustapha Kamal AtTarturk.
Sehingga kini, masyarakat masih percaya bahawa tapak perkuburan di Pasir Pekan adalah tempat tertanamnya jasad Ulama ini. ALLAHu ROBBiy.
Rasa marah? Tidak sama sekali. Cuma terkilan dan ralat memikirkan betapa pejuang Agama, yang mana dari golongan Ulama yang pertama di Tanah Nusantara selepas Syaikh Daud Abdullah Al Fathoni, Syaikh Muhammad Arshad Al Banjari dan Syaikh Abdus Somad Al Falimbani, yang berjuang mempertahankan agama secara mengangkat senjata.
Seorang yang peroleh kepercayaan penuh dari Al Alim Allamah Syaikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Bin Wan Mustapha Al Fathoni (Tok Guru Wan Ngah) untuk mempertahankan Agama di Tanah Melayu, tidak akan mungkin begitu mudah dihina dengan digantung secara separuh bogel di khalayak, malahan diarak menjadi perhatian ramai.
Kenapa Tok Kenali membiarkan mayat tersebut digantung selama tiga hari tanpa berkata apa-apa?
Tahukah kalian kenapa Tok Kenali pulang selepas Guru tersayang beliau (Syaikh Ahmad Al Fathoni) berpindah alam? Kalau hendak boleh saja, beliau terus menetap di Makkah atau berhijrah ke Mesir. Tetapi beliau memilih untuk pulang ke Kelantan.
Hal ini adalah kerana Tok Janggut, Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas(Munah) dikenali sebagai cerminan Tok Guru Wan Ngah (Syaikh Ahmad Al Fathoni), itulah antara sebab utama mendorong Tok Kenali pulang ke kelantan, iaitu setahun selepas Tok Janggut pulang ke Kelantan dengan umur 63tahun, selepas peroleh perintah amanat dari Tok Guru Wan Ngah (Syaikh Ahmad Al Fathoni).
Dan Tok Kenali membiarkan mayat tersebut diarak serta digantung adalah disebabkan Tok Kenali tahu, itu bukan jasad Ketua Tholaahnya yang juga murid tua kepada Tok Guru Wan Ngah sewaktu di Makkah.
Banyak lagi bakal dibongkar di dalam buku sang faqir 'Tok Janggut Ulama Berjiwa Pahlawan', dijangka siap pada bulan Mac 2013, insyaALLAH.
Mayat "Benggali"?????
Kenapa mayat tidak diarak di Pasir Puteh? Takut masyarakat setempat kenal
mayat yg diarak ini bukanlah jasad Tok janggut.
Wallahua'lam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKalau lihat dari bentuk fizikal yang digantung rasanya kemungkinan besar bukan orang Melayu.. Mungkinkah ia mangsa pertempuran atau merupakan askar British yang tekorban..
Salam tuan..Hamba pun berfikiran begitu..Itu bukannya jasad Tok Janggut..Hamba pernah melihat foto jasad tersebut di satu blog yg lain berkaitan perjuangan Allahyarham Tok Janggut.. Dengan keilmuan yg tinggi..Tak mungkin Allayarham senang2 di tangkap penjajah dan di bunuh dengan tragis..Kita tahu Allahyarham mempunyai 6 perlindungan yg memungkinkan penjajah menangkapnya yg di kenali 6 pertapaan Tok Janggut..Wallahualam
ReplyDeleteAlhamdulillah, akhirnya tersingkap kebenaran, walau selama ini ada kesamaran. Rasa nak mengalir air mata mengetahui hal ini, syukur... terima kasih chula hitam, trima kasih... dan kepada guruku, ustaz wan asrul... tidak ternilai rasa penghargaan terhadapmu hanya dengan ucapan terima kasih kerana menyingkap kebenaran ini, rasa nak mengalir air mata mengetahui hakikat sebenarnya
ReplyDeleteTerima kasih guru kerana menjelaskan perkara yang benar
ReplyDelete