Salamun Alaik;
Syarat dan Kelayakan bagi kenaikan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti bagi Silat Seni Gayong berbeza mengikut pertubuhan, negeri-negeri dan guru-guru secara individunya. Bagi Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Cawangan Kelantan, penetapan syarat dan kelayakan ini telah pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Gurulatih PSGSM kelantan pada Disember 2010 yang lepas. Syarat -syarat dan kelayakan untuk membolehkan seseorang jurulatih untuk diuji kenaikan ke bengkong Hitam HPCS adalah seperti berikut;
1. Telah menguasai kesemua PELAJARAN sehingga ke Bengkong Pelangi Kuning Chula 5 mengikut silibus Gayong Serantau Kelantan.
2. Telah menjalani kesemua Majlis Adat dan Upacara Khatam Senjata.
3. Telah tamat dan khatam Qulhu 70 ribu.
4. Mempunyai sekurang-kurangnya satu GELANGGANG SILAT dan aktif mengajar.
5. Telah menjadi Ahli Seumur Hidup bagi PSGSM.
6. Telah mengikuti Kursus Kegurulatihan yang dianjurkan oleh PSGSM / PSGSM Kelantan.
7. Menghantar Tesis/Kajian yang berkaitan dengan Silat Seni Gayong atau Silat secara amnya.
8. Betul bacaan Al-Fatihah (secara asas) dan menghafal sekurang-kurangnya satu Surah yang telah ditetapkan (Surah Yassin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Al-Insan, As-Sajadah, dll)
9. Tidak MENGHISAP ROKOK dan terlibat dengan DADAH dan seumpamanya (Ganja,Pil Khayal dll).
10. Tiada Rekod Jenayah (Sivil dan Syariah).
11. BMI tidak melebihi 28 (25.5 - 28 masih dalam pemerhatian).
12. Tidak terlibat dengan sebarang kumpulan Kongsi Gelap dan seumpamanya.
13. Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti dan gerakan Ajaran Sesat .
14. Berpengetahuan dalam ADAT Gayong.
14. Berpengetahuan dalam ADAT Gayong.
15. Di calonkan oleh Gurulatih berdasarkan PEMERHATIAN beliau.
16. Patuh kepada sebarang peraturan pertubuhan.
17. Mengakui dan menerima SURAT WASIAT Allahyarhamah Cg Siti Kalsom yang diberikan kepada Dato Wan Ahmad Fauzi sebagai pengganti beliau.
17. Mengakui dan menerima SURAT WASIAT Allahyarhamah Cg Siti Kalsom yang diberikan kepada Dato Wan Ahmad Fauzi sebagai pengganti beliau.
Semoga dengan penetapan syarat sebegini mampu untuk meletakkan kedudukan pemegang bengkong Hitam HPCS di kedudukan yang selayaknya sebagai Pandai Silat dengan nilai Agama, Etika, Disiplin, Ketrampilan, Berpengetahuan dan Adab yang tinggi. Selayaknya mereka ini mampu menjadi idola dan ikutan bagi anak-anak Gayong semuanya.Itulah harapan PSGSM Caw Kelantan. InsyaAllah Biiznillah.
Wallahua'lam
Tidak merokok dan menjaga BMI. tahniah!dah lama saya nak tengok guru-guru silat menonjolkan sisi sihat bersilat. maafkan guru-guru tua, ramai jurulatih yang sedang muda elok belum masuk 40an, tapi dah obes, sedangkan kita war-warkan yang silat itu senaman. penampilan penting, walaupun bukan yang terpenting. malu kalau ADMAR ada lagi..arwah masa muda, punyalah segak dan gagah...
ReplyDelete