Kenangan tahun 2001 di Pulai Chondong, Machang bersama sahabat Jurulatih
Secara umumnya Buah Pukulan merujuk kepada contoh pergerakan dalam menghadapi serangan pihak lawan samaada pihak lawan yang memulai serangan atau sebaliknya. Contoh-contoh pergerakan inilah yang akan diajar dalam sesuatu silibus. Kemudian, buah pukulan yang telah dihafal dan dikuasai pergerakannya akan dikupas dalam bentuk yang lebih fleksibel dan ringkas. Setelah itu, pesilat akan menilai sendiri setiap pergerakan tersebut mengikut kesesuaian diri dan akan disimpan sebagai "pakaian" mereka. Daripada proses pembelajaran ini, maka wujudlah pelbagai nama, bentuk dan konsep bagi buah pukulan ini berdasarkan tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran seseorang Guru. Bagi Silat Seni Gayong, Buah Pukulan ini dipanggil dengan nama;
1. Buah Pukulan Maut ( Asas )
2. Buah Kombat / Buah Serangan Maut ( Ringkasan )
3. Buah Super Kombat ( Rumusan )
4. Seni Serangan Bapak Harimau ( Rahsia )
Selain daripada 4 peringkat Buah Pukulan ini, terdapat juga elemen-elemen SENI yang lain sebagai PELENGKAP teknik Buah Pukulan ini bagi menghadapi serangan dan seterusnya memusnahkan musuh. Diantara seni-seni tersebut seperti;
1. Seni Seligi
2. Seni Siku dan Lutut
3. Seni Kaki
4. Seni Selayang Pandang
5. Seni Serangan Harimau Kumbang
6. Seni Serangan Helang Rajawali
7. Seni Yoi
Namun begitu, ASAS bagi Buah Pukulan ini perlulah kukuh dan mantap terlebih dahulu, Pesilat perlulah melalui PROSES PEMBELAJARAN yang telah digariskan iaitu perlu menguasai;
1. Senaman Gayong (Persedian fizikal untuk kesemua aspek terutamanya kekuatan, daya tahan otot, keseimbangan dan kelenturan)
2. Asas Gerakan
3. Gerakan Gayong 349
4. Asas Elakan
5. Elak Pukul / Elakan Maut (termasuk pecahannya).
Untuk lebih faham tentang Buah Pukulan ini, sebenarnya terdapat TUJUH FASA yang perlu pesilat ambil perhatian dan menguasai setiap satunya.
FASA 1: Fasa Menanti
a. Sikap pasang yang paling sesuai mengikut keperluan;
b. Perletakkan ARAH PANDANGAN.
b. Perletakkan ARAH PANDANGAN.
c. Bilangan musuh (seorang atau berkumpulan)
d. Faktor geografi dan persekitaran (licin, cerun, pakaian, longkang,dinding, cahaya, dll)
e. Bersenjata atau tidak (senjata pula perlu diagnos juga kumpulan senjata tersebut)
f. Perwatakan musuh dan fizikalnya (gemuk,pendek,ganas,penakut dll)
g. Jarak pertempuran.
h. Keluasan medan tempur.
FASA 2 : Fasa Pra-Permulaan Serangan
a. Baca PETANDA Gerak Musuh (ikut peringkat masing2, asasnya pada mata, bahu atau abdomen)
b. Serangan ACAH atau yg sebenar.
c. Baca TAPAK musuh dan susun aturnya.
d. KUNCI GERAK musuh agar GERAK pesilat tidak mudah di"makan" musuh.
d. KUNCI GERAK musuh agar GERAK pesilat tidak mudah di"makan" musuh.
e. Susun Nafas agar lebih tenang (tidak diganggu oleh kesan adrenalin).
FASA 3 :Fasa Permulaan Serangan
a. Elak, Gelek, Tangkis mengikut kesesuaian.
b. Disusuli dengan serangan balas tepat ke sasaran.
c. Waspada dengan serangan susulan musuh.
d. Patuhi Petua Kunci Tapak.
e. (Bagi pesilat yg menyerang dulu akan dikongsikan kemudian)
FASA 4 : Fasa Serangan Susulan (Musuh)
a. Aturan tapak mesti sistematik (Seni Yoi)
b. Perlu kuasai Lapis Elak (2 Daun atau 3 Daun).
c. Tubuh mesti bersedia menerima serangan musuh (patah sayap bertongkat paruh)
...........................
FASA 7 : Fasa Bunuh @ Musnahkan Musuh
a. Patahkan sendi utama (Seni Kuncian)
b. Rosakkan organ dalaman (Kipas Nandung)
c. Pecahkan saluran saraf utama (Seni Seligi)
d. Musnahkan pandangan (Seni Serangan Rajawali)
e. Patahkan Batang Tengkok (Seni Serangan Harimau Kumbang)
f. Mengoyak tubuh dan sendi (Seni Serangan Bapak Harimau)
* Penerangan yang lebih lanjut dan mendalam akan dikongsikan dalam Kursus-kursus Kegurulatihan anjuran pihak Gayong Serantau Kelantan.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment