Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, January 18, 2011

ISIM PENYEJUK API

Salam,

Bagi ikhtiar untuk menyejukkan api terutamanya dalam Majlis Mandi Minyak ketika berjalan atas bara api,Dalang akan membaca Isim ini pada segenggam pasir (7 kali senafas) dan melemparkan pasir tersebut ke atas bara api dengan isyarat "menjadi sejuk dengan IZIN ALLAH sebagaimana ALLAH menyejukkan api buat Nabi Ibrahim AS"

Surah Al-Anbiya' (69)
Bagi JAZAM amalan ini haruslah berpuasa (memutih) pada hari kelahiran kita pada permulaan amalan dengan membaca Isim tersebut sebanyak 1000 kali sehari selama ????? hari. Jika berjaya, InsyaAllah,amalan Isim ini akan sebati dengan diri dan boleh digunakan pada bila2 masa (biiznillah)............

Wallahua'lam

8 comments:

  1. rasanya ISIM tak kena, patutnya amalan atau doa. ISIM lebih pada mentera. tapi kenapa cerita sini kalau taknak ijazah @ cerita penuh. ke saje jer????

    ReplyDelete
  2. Salam adibayor,

    Sebenarnya,amalan,doa,ayat,wirid,hizib,isim,mentera tu sama tapi xserupa.......ambil contoh antara doa dan isim. Bagi pandangan saya,doa kita boleh gunakan pada bila2 masa dan keadaan tanpa ada JAZAM atau kaifiat yg tertentu sebagai syarat untuk beramal manakala ISIM pula ada JAZAMnya atau kaifiat yg khusus....

    Amalan pula merupakan doa atau Ayat Al-Quran, yang kita menetapkan bilangan bacaannya pada waktu2 tertentu utk mendapatkan kelebihan2 tertentu.

    Wirid dan Hizib terdiri daripada gabungan Ayat2 Al-Quran dan Doa Muktabar yang kebiasaannya panjang dan di baca mengikut tertib dan secara berjamaah.

    Manakala,mentera merupakan Ayat2 Hakikat dan Seru Asal Usul yang diadunkan dengan Ayat2 Al-Quran.....

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. setiap amalan perlu ada pengijazahan supaya wasilah tidak putus dan berkat ilmu yang dituntut.Hemat saya penulis sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman

    ReplyDelete
  4. amalan malam pertama bersama isteri anda anda dapat ijazah ke? hahahahaha...jangan gila isim sudah

    ReplyDelete
  5. amalan malam pertama ngan isteri lom dapat tp ngan mak ko sudah.....hahahahaha....jangan mare yer......

    ReplyDelete
  6. Izinkan saya mgamalkanya, perlu ijzah atau tidak ? Jika prlu minx dijazahkan

    ReplyDelete
  7. Salam... tau ke isim tu mksud dia apa? Isim tu dtg dari perkataan arab "اسم" yg bermaksud nama.. jadi, pengamalan dengan mengulang2 atau membaca nama2 tu la yg dinamakan isim.. jgn samakan amalan agama terutamanya Islam dan adat.. kalau tgk ayat di atas (surah al-anbiya:69) tu, yg tu adalah doa.. dan SYIRIK andai dibaca, yakin bahawa ayat tu atau amalan tu yang bagi sejuk.. INGAT! yang bagi sejuk adalah Allah SWT.. bukan ayat tu.. datang ayat tu mmg dari Allah.. tapi yakin pada Allah, bukan pada ayat.. bukan juga yakin sbb orang lain pernah sejuk selepas baca.. tiap2 orang amalan dan tingkatan pada Allah x sama.. Allah SWT dah sebut dalam Al-Quran, "sesungguhnya yang paling mulia tingkatannya di sisi Allah adalah antara kamu yang paling bertaqwa" -dari surah Al-Hujurat:13

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallahu khairan kasira...Faizal..tepat tu..terima kasih

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...