Salamullah Alaikum;
Kita sering mendengar KALAM GURU yang menyebut "ALAH ILMU PADA PETUA, ALAH PETUA PADA RASA, ALAH RASA PADA SIRR, LENYAP SIRR DALAM NUR".
Kata-kata ini sebenarnya amat tinggi maksud yang ingin disampaikan yang merangkumi zahir dan batin diri seseorang. Cuma, dikesempatan ini, penulis ingin berkongsi akan maksud "ALAH ILMU PADA PETUA" sahaja. Biarlah yang selebihnya dikongsikan oleh Guru yang benar-benar ahli dalam keilmuan tersebut.
ILMU boleh didefinasikan sebagai suatu PENGETAHUAN @ KEPANDAIAN ATAU PERSEPSI YANG JELAS DALAM MENJELASKAN AKAN SESUATU HAL BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DITERIMA MELALUI PANCAINDERA YANG LIMA.Secara asasnya PETUA itu juga adalah ILMU. Namun begitu, PETUA ini adalah satu bentuk ILMU yang telah dibuat kajian atau pemerhatian berdasarkan pengalaman seseorang yang arif dalam sesuatu BIDANG ILMU. Dengan kata mudah, ianya dipanggil "KEPUTUSAN ILMU" atau "RAHSIA ILMU" yang mana ianya bersifat memudahkan kefahaman dan singkatkan tempoh seseorang dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu bidang atau disiplin Ilmu.
Dalam konteks Silat, seseorang pengamal Silat mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menguasai sesuatu pelajaran jika mengikut kaedah pembelajaran secara biasa.Tetapi jika mereka diajarkan dengan PETUA, InsyaALLAH, mereka lebih mendapat KEFAHAMAN DAN DAPAT MENGUASAI disiplin Ilmu itu dengan lebih cepat.
Begitulah bezanya antara ILMU DAN PETUA, walaupun membawa definisi umum yang sama tetapi secara spesifiknya amat ketara perbezaannya. Ini kerana setiap selok belok ILMU itu ada KESIMPULANNYA pada PETUA. Walau bagaimana hebat pun pukulan dan serangan ILMU, PETUA pasti ada penangkis dan pemusnahnya.
Bagi seorang Guru, mereka pastinya tidak "lokek" untuk mengajarkan Ilmu buat sesiapapun kerana itu adalah tanggungjawab mereka. Namun untuk memperturunkan PETUA, Guru tersebut perlu memilih yang benar-benar layak bersandarkan firasat dan keilmuan mereka.Langkah sedemikian amat penting kerana mereka menanggung suatu AMANAH yang tinggi untuk menurunkan PETUA ini hanya kepada MURID YANG BENAR-BENAR LAYAK dan sesekali tidak membocorkan RAHSIA ILMU @ PETUA ini kepada yang sebaliknya. Jika tersilap langkah, ianya boleh diibarat umpama mengalungkan rantai mutiara di leher seekor babi!!!
Untuk memastikan seorang Guru itu memilih kita sebagai PEWARIS bagi sesuatu Disiplin Ilmu, maka hiasilah diri kita dengan NIAT YANG SUCI dan sarunglah tubuh dengan PAKAIAN ADAB yang tinggi.
Semoga perbincangan yang sedikit ini mampu memberi kefahaman dan manfaat buat semua. Wallahua'lam.
Setuju dengan pandangan tuan
ReplyDelete