Salamullah Alaikum,
Hebatnya murid bergantung kepada betapa hebatnya ADAB mereka kepada GURUnya
Di akhir-akhir ini seringkali dapat diperhatikan PELAJARAN GAYONG diajar tidak lagi mengikut atur dan susunannya. Yang berbengkong asas telah mula memegang senjata, yang awan putih pula berpencak dengan senjata tinggi, apatah lagi pelangi hijau dan pelangi merah dengan pelbagai senjata tambahan yang dikhususkan untuk peringkat Gurulatih. Dengan 1001 ALASAN dan HUJAH sekadar PENDEDAHAN, jurulatih-jurulatih yang majoritinya generasi muda ini terus mengajar,mempamerkan Pelajaran-pelajaran Gayong ini tanpa segan silu malah berasa GAH di atas kehebatan mereka selaku seorang jurulatih berbengkong HITAM CHULA!
Wajarkah?
Merujuk kepada Apit Jinjang Arwah Mahaguru selaku PANGLIMA SINGA MALAYA, Ayahanda Amin Hamzah, beliau melontarkan pandangannya berkaitan isu ini dengan memetik kata-kata dan pesanan Arwah Mahaguru dikala hayatnya;
"DI ATAS SETIAP JURULATIH ITU TERKENDONG AMANAT DARI AKU, KEMBANGKAN ILMU GAYONG DI MANA SAHAJA BUMI DIPIJAK DAN LANGIT DIJUNJUNG TAPI BIARLAH IA DIAJAR MENGIKUT APA YANG TELAH DIGARISKAN ATAS ADAT GAYONG. SETIAP YANG RAHSIA AJARILAH TATKALA KAMU TELAH MENJUNJUNG UBAN BUAT MURIDMU YANG KAMU PERCAYAI........INGATLAH SETIAP ILMU GAYONG ADANYA IKRAR DAN SUMPAHANNYA!!!".
Begitulah peringatan yang disampaikan oleh seorang Guru yang SETIA menjaga AMANAT GAYONG. Janganlah kerana terlalu ghairah untuk menyampaikan pelajaran Gayong sehingga merobek Amanat seorang GURU. Ingatlah BERKAT ILMU itu ada pada ADAB kita kepada ILMU dan GURU. Alasan diberi datangnya daripada akal yang kekadang dipandu oleh nafsu sendiri. Berpautlah dengan Guru agar kita tidak terpesong dibawa arus yang yang menjerumuskan kita kepada gelaran DERHAKA.
Nasihat penulis selaku saudara seGayong, kita selaku Jurulatih sebenarnya hanya mengendong Amanah sahaja dan ianya bukan MUTLAK milik kita. Kita ada Guru, kita ada ADAT (peraturan), dan kita ada ADAB (akhlak kita dengan Guru, Ilmu dan ADAT) maka patuhilah dengan rendah diri tanpa banyak mempertikaikan kenapa dan mengapa.Bagi pendapat penulis, SEMUA SUDAH DIBEKALKAN, PELAJARAN DAN SUSUNAN PELAJARANNYA, CUMA TUNGGU KITA IKUT DAN BUAT SAHAJA. Jadikanlah GURU TUA sebagai rujukan, bukannya mudah untuk dapatkan sesuatu ILMU dari mereka. Ada yang mencecah lebih 10 tahun berGURU, kekadang baru dapat rezeki diperturunkan ILMU buat mereka. KENAPA dan MENGAPA? Tepuk dada dan carilah RAHSIA dari mereka.
Semoga pandangan dan teguran ini dapat memberi kebaikan buat kita semua.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment