Wednesday, April 2, 2014

BENGKONG HITAM HARIMAU PELANGI CHULA SAKTI 6

Salamun Alaik;
Layakkah Bengkong Tertinggi ini untuk dipakai oleh empunya diri?

Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti 6 (HPCS 6) merupakan BENGKONG TERTINGGI yang layak dipakai oleh ANAK GAYONG. Ianya merujuk kepada seseorang GURULATIH yang PALING MAHIR dalam selok belok ILMU dan PELAJARAN SILAT SENI GAYONG.Semestinya merekalah yang akan menjadi sebagai SUMBER RUJUK UTAMA dalam soal pelajaran dan adat istiadat yg berkaitan ILMU Silat Seni Gayong.

Merujuk kepada istilah "PALING MAHIR" maka kriteria utamanya adalah;

1. Aspek Pelajaran
- Mempelajari dan Menguasai KESEMUA ILMU (paling banyak) yang merangkumi ILMU JASMANI, ROHANI, SENI TANGAN KOSONG DAN SENI SENJATA (21 keseluruhannya).
- Telah mendapat PENGIKTIRAFAN secara langsung oleh Arwah Mahaguru sewaktu hayatnya seperti peringkat bengkongnya (sekurang2nya Chula 3 dan ke atas),Sandang Kegurulatihan atau Gelaran Khas.
- Masih berupaya dari aspek fizikal dan ingatan untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.
- TAHU,FAHAM dan MENGUASAI setiap NILAI PELAJARAN (bukan sekadar pandai tunjuk dan ajar semata-mata).

2. Aspek Adat 
- Layak dan Mampu dalam melaksanakan Majlis Adat yang berkait dengan Pelajaran Gayong seperti Dalang Khatam Senjata (yg biasa dibuat hanyalah Keris dan Lembing shj).

3. Aspek Rohani
- Layak dan Mampu secara BERSANAD dalam mengijazahkan KESEMUA AMALAN GAYONG (Ilmu Hikmah, Wirid, Isim, Mantera, Doa dan Hizib)
- Menguasai selok belok setiap Amalan tersebut dan boleh dijelaskan secara tertib kaifiat,kelebihan dan pantang larangnya.
- Seorang yang amat MENGHORMATI ADMAR dan amat mementingkan ADAB BERGURU, ADAB BELAJAR dan ADAB DENGAN ILMU.

4. Aspek Amanah
- Seseorang yang cukup tinggi NILAI AMANAH dalam menjaga KETULENAN Pelajaran dan Ilmu Silat Seni Gayong dan tidak sesekali mencampur aduk Ilmu Persilatan lain atau menokok tambah atau mereka-reka cerita yang palsu dalam kesemua aspek Pelajaran dan Adat.

Dengan memiliki keempat-empat aspek ini, maka selayaknya seseorang itu memakai Bengkong HPCS 6 dan mereka inilah yang merupakan SIMBOLIK kepada Pemegang Amanah Pelajaran Silat Seni Gayong. Bilangan mereka yang memakai HPCS 6 ini cukuplah dengan JUMLAH YANG PALING MINIMA antara 1-5 orang sahaja. Jika ianya dipakai oleh berpuluh-puluh malah beratus Guru, maka HILANGLAH NILAI DAN SIMBOLIKNYA. Malah ianya akan menyukarkan keadaan dan menjadi carca marba.Masing-masing akan berpegang kepada pendapat masing-masing.

Situasi kini memang amat parah. Dengan bilangan Guru yang melebihi angka 50 yang memakai bengkong tertinggi ini, maka secara tidak langsung, punahlah sistem bengkong yang diamalkan sejak hujung 1960-an. Kerakusan untuk mengejar bengkong atas dasar pangkat dan jawatan yang memungkinkan "respect" dari masyarakat meruntuhkan sistem ini. Berdasarkan pemerhatian, MAJORITI yang memakai HPCS 6 kini tidak pun mencapai 20% daripada kelayakan seperti yang dibincangkan. Malah lebih memalukan, mereka ini Bengkong Kuning pun bukan diterima di zaman ADMAR apatah lagi Bengkong Hitam.

Kepada yang dah "TERPAKAI" Hitam Chula 6 tetapi tidak layak bolehlah kiranya menjawab soalan-soalan ini sebagai alat untuk muhasabah diri. Jika tidak mampu menjawab soalan-soalan ini dengan sempurna, maka wajarlah berfikir beratus kali layak ke atau tidak bengkong tertinggi ini dipakai oleh anda sekalian.

1. Dalam Ilmu Seni Kipas Nandung ada berapa Pecahan Ilmunya?
2. Apakah IBU AMALAN bagi HIZIB GAYONG?
3. Boleh senaraikan sekurang-kurangnya 100 PETUA GAYONG?
4. Dalam Seni Yoi, ada berapa TAPAK, ada berapa LANGKAHAN dan ada berapa KAEDAH BUNUH?
5. Dalam Seni Cendai ada berapa KAEDAH PAKAI dan senaraikan 12 SENI nya.
6. Apakah IKRAR dan SUMPAHAN bagi setiap SENJATA GAYONG. 
7. Bagaimanakah pula ADAT KHATAM bagi setiap 21 SENJATA GAYONG itu?
8. Berapa SENI dalam Buah Tapak Kunci Mati KILAS SAWA BERENDAM?
9. Boleh tunjukkan 7 IBU KUNCIAN yang menjadikan 21 buah tapak kunci mati.
10. Siapa Syeikh Ramli Abu Hanifah?
11. Ada berapa NAFAS dalam Aturan Nafas Gayong?

Rasanya cukuplah sekadar ini beberapa soalan daripada beratus soalan yang hendak penulis tanyakan buat pemegang bengkong HPCS 6. Dengan perkongsian ini, diharap dapatlah sedara seGayong semua menilai dan menilik diri sendiri sebagai cermin melihatnya ADAKAH KITA ATAU MEREKA LAYAK untuk memakai BENGKONG HPCS 6 ini?

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Subhanallah. Tahniah kerana cikgu Azizan cukup lantang dan berani mengupas isu ini.

    Alhamdulillah. Saya dibesarkan di bawah asuhan guru yang amat mementingkan kejituan pelajaran dan amanah bengkung.

    Hendak dipandang tinggi melalui bengkung. Hendak diangkat darjat melalui cula. Padahal apa pun tiada. Menjawablah mereka pada satu ketika nanti.

    ReplyDelete
  2. Aslkum kpda semua, sy mohamad hafizi bin hussin, Dsni sy ingin jelaskn kpda semua bhwa sy tiada kaitan langsung mahupun tdak langsung brkaitan artikel d ats mahupun komen d ats, sy tiada kaitan langsung dngn semua yg trjdi, sy tdak thu tntg kwjudan artikel ini, aptah lgi sy hndak komen, selama ini sy hnya berada d bwh seorag guru dan sy memprcayai beliau spnuh hti sy,,demi Allah sy tdak brkait dngn semua ni, in shaa Allah, kbenaran tntg ape yg trjdi akn trjwb, segala yg trjdi dngn izinnya, semoga semua nya trjwb,amin,, sekian dri sy, mohamad hafizi bin hussin

    ReplyDelete