Salamun Alaikum,
AlhamdulILLAH, dikesempatan awal Disember yang lepas, Ayahanda Hj Amin Hamzah telah perkenan menurunkan ILMU TEMPUR PANGLIMA BUGIS. Asasnya menggunakan 2 Senjata Utama iaitu PEDANG/SUNDANG dan KERIS secara serentak. Konsep pertarungannya adalah di atas Kapal Laut dan serangan musuh dari pelbagai arah. Adatnya hanya diperturunkan kepada 3 murid untuk 3 malam. Selebihnya adalah Rahsia Murid dengan Guru. Sesungguhnya ILMU SILAT SENI GAYONG cukup banyak untuk kita sama-sama pelajari dan terokai.
Wallahua'lam.
Adakah sundang senjata orang bugis?
ReplyDeleteAdakah gayong itu blh dikatakan permainan asal bugis?
Maaf bertanya hanya ingin belajar..
Terima kasih
Salam seGayong
Dlm gambar tu mna satu gambar tuan punya blog ni atau cg Azizan Ibrahim?
ReplyDelete