Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Thursday, September 3, 2009

ALAT PERTAHANKAN DIRI - Senjata apakah yang perlu dibawa bersama?


Salam semua,

Anda sebenarnya tidak perlu takut apabila terserempak dengan seseorang penjenayah walaupun anda tidak mempunyai pistol atau senjata – senjata berbahaya seperti pisau dan pedang. Ini kerana terdapat begitu banyak sekali benda yang ada pada diri dan di sekitar anda yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Antara benda dan alat yang boleh dijadikan senjata untuk anda adalah seperti berikut;
  1. Pen/Pensel
  2. Anak Kunci
  3. Beg Tangan
  4. Kain Tudung
  5. Payung
  6. Tongkat
  7. Tumit Kasut
  8. Gigi - utk menggigit
  9. Kuku
  10. Jari
  11. Belakang Kepala
  12. Tapak Tangan
  13. Siku
  14. Lutut


Kesemua teknik yang menggunakan senjata – senjata di atas adalah amat berkesan, tetapi anda mesti melakukan latihan secukupnya sehingga ianya menjadi suatu pergerakan yang lazim. Apabila ianya telah sebati dengan anda, selamanya ia akan bersama anda. Ke mana jua anda pergi dan di mana saja anda berada, ia akan tetap menjadi sahabat setia dan berfungsi sebagai senjata ampuh untuk diri anda. Percayalah.


Di pasaran pula, terdapat produk - produk pertahankan diri yang dijual khas untuk kaum wanita seperti;
  1. Pepper spray
  2. Streams
  3. Foams
  4. Dyes
  5. Penggera Peribadi
  6. Stun Guns
  7. Light Flashes

K
esemua produk ini mempunyai fungsi yang berbeza tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk membantu anda melemahkan atau mengejutkan penjenayah yang cuba menyerang anda. Sekiranya anda berminat menggunakan produk - produk ini, saya nasihatkan agar anda jangan mengharapkan kepadanya seratus peratus. Selain itu, pastikan yang anda benar – benar telah bersedia menggunakan produk ini pada bila – bila masa dan cekap menggunakannya. Jangan pula anda yang menjadi mangsa kepada produk anda sendiri!

Wallahua'lam

PRINSIP PERTAHANKAN DIRI

Lari lebih baik daripada dipukul,

dipukul lebih baik daripada dicederakan,

dicedera lebih baik daripada dibunuh

dan

bunuh lebih utama daripada dibunuh!


Perlu diingat bahawa pertahankan diri adalah hak anda, tanggungjawab anda dan keutamaan anda. Membiarkan diri anda berdiri kaku dan memejamkan mata apabila seseorang menyerang anda atau keluarga anda adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Sebaliknya, anda perlulah berikhtiar dan berusaha untuk menghadapinya dengan sedaya upaya anda.


Tetapi, janganlah terlalu mengikut nafsu atau hilang kawalan diri sehingga anda membunuh penjenayah yang menyerang anda. Ingatlah yang negara kita mempunyai undang – undang. Jangan biarkan diri anda pula yang terjebak dengan melakukan jenayah bunuh terhadap penjenayah anda.


Larilah sekiranya ada peluang. Jangan terlalu bongkak dengan menyahut pelawaan penjenayah untuk bertarung. Elakkan diri anda daripada terdedah dengan sebarang bentuk ‘body contact’ dengan penjenayah. Berkomunikasilah dengan bijak. Pasti perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.


Sekiranya komunikasi anda tidak berjaya dan anda dipukul secara tiba – tiba tanpa dapat anda atasinya, dan anda dibiarkan terlentang di lantai dengan dompet atau barang berharga anda dirampas, biarkan mereka berlalu pergi. Jangan sesekali anda mengejar mereka. Bersyukurlah kerana anda tidak dicederakan walaupun barang anda diambil. Buatlah laporan polis dan pastikan anda mengecam identiti penjenayah tersebut.


Namun begitu, jika penjenayah menggunakan senjata tajam seperti pisau dalam usaha mendapatkan wang dan barang berharga anda, berwaspadalah dengan mengelak bahagian jantung dan leher anda daripada serangan mereka. Jika anda perlu memegang bahagian tajam pisau, peganglah walaupun anda akan mengalami kecederaan jika itulah ikhtiar akhir anda. Sekurang – kurangnya anda masih lagi boleh bernafas!


Tetapi, sekiranya penjenayah memang bertekad membunuh anda dan tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri anda selain anda terpaksa membunuh mereka, bunuhlah mereka sebelum mereka berjaya membunuh anda. Contoh situasi maut yang membolehkan anda mengambil tindakan membunuh penjenayah adalah seperti berikut;

  1. Penjenayah mengacukan pistol ke arah anda sebagai usaha menembak anda.
  2. Penjenayah cuba menikam anda dengan pisau.
  3. Penjenayah secara ganas mencekik anda dengan niat untuk melemaskan anda.
  4. Penjenayah menghayun objek keras ke bahagian kepala dalam usaha untuk memusnahkan anda sama sekali.

Sebagai peringatan, jangan sesekali anda menyentuh atau memegang senjata milik penjenayah tersebut. Biarlah ianya mengandungi kesan cap jari mereka untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah kelak. Segera hubungi polis dan buatlah laporan yang selengkapnya.


Wallahua'lam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...