Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, April 28, 2015

PESANAN GURU : BUKAN SEMUA ILMU GAYONG DIMASUKKAN DALAM SILIBUS

Salamun Alaik;
 

ILMU GAYONG ini terlalu banyak dan luas. Almarhum Mahaguru telah perturunkan ILMU beliau melebihi apa yang generasi sekarang dapat lihat dalam Silibus Pelajaran. Bagi pandangan saya, tidak cecah 50% pun ILMU GAYONG yang dimasukkan dalam SILIBUS PELAJARAN sekarang walaupun dah lulus ujian Hitam berchula-chula. Mana pergi Kebatinan dan Kerohanian GAYONG? Amat rugilah bagi yang hanya mengikut Pelajaran yang hanya tercatat dalam Silibus. Tak rugi datang mengadap Guru-Guru Kanan Almarhum yang dah semakin tua ni. Nak kata saya ada banyak tu tidaklah juga, tapi sepanjang 80-an hingga akhir hayat beliau sayalah APIT JINJANGnya dan juga diTAULIAH sebagai PANGLIMA SINGA MALAYA. Bukan saya yang minta tapi beliau sendiri yang menilai.

~ Ayahanda Cg Hj Amin Hamzah ~


Wallahua'lam

SUARA AMBO : HAK ILMU BUKAN SEMUA BOLEH DIAJAR SEMBARANGAN

Salamun Alaik;
GURU kenal dan tahu kepada siapa yang perlu diperturunkan ILMUnya

Ingat pesanan dan kata-kata GURU ambo, ILMU GAYONG ini ada HAK dan cabangnya yang tersendiri. Jangan pukul rata semua ILMU itu sama. Ada banyak bahagiannya seperti;

1. ILMU yang boleh diajar selepas Perlimau Sintuk Tapak.
2. ILMU yang boleh diajar selepas Perlimau Sintuk Seni
3. ILMU peringkat murid
4. ILMU peringkat GURU
5. ILMU khusus bagi HPCS
6. ILMU khusus atas pilihan Pemegang Amanah & Panglima Singa Malaya
7. ILMU yang boleh belajar dan boleh juga mengajar.
8. ILMU yang boleh belajar tapi tidak dibenarkan mengajar.
9. ILMU yang boleh belajar tapi tidak boleh dipamerkan dikhalayak umum (persembahkan).
10. ILMU yang diajar tetapi perlu RAHSIAkan dari pengetahuan sesiapa.
11. ILMU yang boleh belajar tetapi setelah amal dalam tempoh tertentu baru boleh perturunkan.
12. ILMU yang hanya 7 orang sahaja boleh belajar dan setiap seorang hanya mengajar pada 7 orang murid dan seterusnya.
Sentiasalah berdampingan dan berkhidmat untuk GURU

Diharapkan agar dengan pendedahan ini, anak-anak Gayong termasuklah Jurulatih faham akan kedudukan ILMU GAYONG. BUKAN SEMUA BOLEH KITA BELAJAR, BUKAN SEMUA KITA BOLEH MENGAJAR, BUKAN SEMUA BOLEH DIPAMERKAN DAN BUKAN SEMUA KITA BOLEH BAGITAU YANG KITA ADA BELAJAR. Semua ini ada HIKMAH disebaliknya. Kenapa dan Mengapa.

Wallahua'lam.


Monday, April 20, 2015

SUARA AMBO : UJIAN KEKUATAN UNTUK KENAIKAN HPCS

Salamun Alaik;
Ust Wan Halim dengan berat badan 77kg dan Ambo dengan berat badan 98kg

Bagi pihak Majlis Gurulatih Gayong Serantau Kelantan, telah diputuskan di dalam mesyuarat yang mana bagi Syarat kenaikan bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti akan ditambah syaratnya iaitu pesertanya perlu melalui UJIAN KEKUATAN. Berdasarkan PENGALAMAN Ayahanda Cg Hj Amin Hamzah bersama Almarhum Mahaguru, beliau pernah diuji untuk mengangkat suatu beban melebihi 100 pauns yg diperbuat daripada Simen konkrit. Mengambil pengalaman ini sebagai asasnya, pihak kami telah memutuskan untuk menjadikan ANGKATAN DEADLIFT sebagai ujiannya. Deadlift merupakan suatu latihan beban yang melibatkan hampir keseluruhan otot pada tubuh seseorang. Mengikut "standard strength chart", seseorang itu dikatakan KUAT apabila mampu mengangkat bebanan Deadlift ini sebanyak 2x beban tubuh kita. Ianya tidak mustahil untuk melepasinya sekiranya anda mengikuti latihan yang betul dan konsisten. Agak kelakar juga bila seseorang yang berbengkong HPCS tetapi tahap kekuatannya amat rendah. Ditambah lagi dengan kenaikan itu hanyalah sekadar "anugerah" semata-mata atas faktor senioriti.Maka, untuk menyahut syarat baru yang diperkenalkan oleh pihak Majlis Gurulatih Gayong Serantau Kelantan, ambo selaku Pengerusi Majlis Gurulatih dan Ustaz Wan Abdul Halim selaku Naib Pengerusi telah membuktikan KAMI MAMPU dan melepasi syarat yang kami tetapkan. Semoga ianya mampu memberikan lebih semangat untuk calon-calon yang layak menduduki Ujian Kenaikan ke peringkat Harimau Pelangi Chula Sakti nanti.

* Rekod Dunia Angkatan Deadlift seberat 462kg manakala untuk Rekod Malaysia seberat 320kg.

Wallahua'lam.

Tuesday, April 7, 2015

PESANAN GURU : BERSIKAP JUJUR PADA ILMU

Salamun Alaik;
Ayahanda Cg Hj Amin Hamzah bersama anak-anak Gayong Kolej Matrikulasi Labuan

Dalam kita MENGAJI dan MENGAJAR, perlu ada SIKAP JUJUR PADA ILMU. Jujur ketika menuntut Ilmu dan  juga saat kita mengajar Ilmu tersebut. Jika kita tiada belajar jangan malu untuk mengatakan saya tidak tahu. Jangan memandai mereka-reka sesuatu pelajaran itu dan "claim" saya ada belajar dengan si polan bin si polan. Apatah lagi tanpa segan silu menggunakan nama ALMARHUM MAHAGURU dan ARWAH-ARWAH PEMEGANG AMANAH untuk mencipta nama dan pengaruh! 

Banyak yang saya lihat dalam media sosial dan you tube (melalui anak murid saya), pelbagai senjata ditonjolkan kepada umum. Wajarkah? mana perginya SIKAP JUJUR PADA ILMU? Inilah bahana nya bila belajar tanpa ADAT dan ADAB. Sekilas pandang, GURU-GURU TUA tahu ianya datang dari "belajar" atau direkacipta mengikut syok sendiri. Nasihat saya, jika tak tahu datanglah belajar, jangan sesekali hancurkan KETULENAN GAYONG. 

- Ayahanda Cg Hj Amin Hamzah -
Apit Jinjang Mahaguru merangkap Panglima Singa Malaya

Wallahua'lam

Monday, April 6, 2015

SUARA AMBO : BUANG EGO DALAM BERGAYONG

Salamun Alaik;
Buang EGO dalam BERGAYONG

 Sebahagian daripada anak-anak Gayong KML

Selepas anda semua selesai bergelanggang di sini selama setahun bersama saya, teruskanlah usaha untuk terus berGAYONG di hari-hari mendatang. Segala ILMU yang dicurahkan, simpanlah sebagai bekalan dan PEDOMAN. Saya yakin, segala ILMU yang anda semua belajar disini, secara DASARnya adalah ASAS kepada MENGENAL GAYONG. Fokus utamanya adalah menerapkan kemahiran asas mengikut SISTEM PELAJARAN GAYONG. TETAPI..............di gelanggang lain, jangan mudah melatah bila ada perbezaan. Sebenarnya berbezanya hanya pada luarannya sahaja, tetapi KONSEP dan SISTEM nya tetap juga sama. Itulah uniknya ILMU GAYONG. Jika ada Guru yang mencerca dan mempertikai apa yang kamu belajar, pedulikan semua itu, itu hanyalah kekurangan pada seseorang Guru yang juga sebagai seorang manusia biasa. BUANG EGO KAMU SAAT KAMU BERGAYONG. Jadikan dirimu sebagai bekas yang kosong. Tadahlah sebanyak ILMU yang termampu dari pelbagai GURU. JIka di akhirnya kamu sudah merasa cukup, perkembangkanlah ILMU GAYONG ini kepada generasi seterusnya sebagaimana saya memperturunkan ILMU ini kepada kamu semua. Jika anda rasakan belum memadai ILMU yang dipelajari, InsyaALLAH saya akan menambah apa yang kurang itu sekadar apa yang saya mampu. 

PADA SAAT DAN KETIKA INI, SAYA MENGHALALKAN SEGALA PERKONGSIAN ILMU SAYA BERSAMA KAMU SEMUA. SEMOGA IANYA BEROLEH MANFAAT BUAT KITA DUNIA DAN DI AKHIRAT.

*Petikan ucapan ambo di Majlis Penutupan Perkhemahan Silat Gelanggang Kolej Matrikulasi Labuan baru-baru ini.


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...