Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Saturday, September 5, 2009

PETUA#6 RAHSIA JENGKAL


Salam semua,

Apa itu RAHSIA JENGKAL? Sebenarnya ia merupakan petua untuk kita mengenalpasti sasaran- sasaran lemah ( target area ) pada tubuh pihak lawan.

Bagaimana kaedahnya? Mulakan dengan kawasan lemah yang pertama iaitu ulu hati. Kemudian ukur sejengkal dari ulu hati. Kalau ke atas adalah kawasan halkum, ke sisi adalah rusuk muda ( rusuk yang tidak bercantum dengan tulang dada -sternum) dan ke bawah adalah kawasan perut -solar plexus). Seterusnya,dapatkan kawasan yang sejengkal dari kawasan - kawasan tadi dan akhirnya anda akan dapat mengenalpasti kawasan2 atau daerah lemah pada tubuh seseorang manusia itu.

Namun begitu, ada 2 daerah yang paling diminati oleh pakar-pakar beladiri yang dipanggil 2 buah iaitu;
  1. Buah Halkum
  2. Buah Penyawa ( testis )

Wallahua'lam

PETUA#5 KUATKAN JEJARI

Salam semua,


Bagi menguatkan jari jemari anda, anda perlu dapatkan bekas yang diisi dengan pasir. Kemudiaan lakukan tusukan -tusukan yang padu ke dalam bekas yg berisi pasir tersebut. Amalkan sehingga jari-jemari anda menjadi kuat dan mampu melaksanakan tusukan yang mantap ke sasaran lemah pihak lawan.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan tekan tubi menggunakan jari. Mula-mula gunakan 5 jari dan bila dah agak mahir,kurangkan bilangan jari yang kepada 3 (ibu,telunjuk,hantu), 2 ( ibu dan telunjuk ) dan satu jari (telunjuk shj).Setiap set pastikan mampu melakukan kekerapan sekurang-kurangnya 30 kali.

Wallahua'lam

PETUA#4 MENGUATKAN CENGKAMAN TANGAN


Salam semua,


Bagi menguatkan cengkaman tangan, ambil surat khabar lama kemudian ramas menggunakan tangan sehingga gompolan surat khabar itu hancur. Amalkan selalu dan anda akan dapat rasakan otot-otot jejari dan tapak tangan akan menjadi kuat dan pejal serta mampu melakukan cengkaman atau cekak pergelangan lawan dengan mantap.


Wallahua'lam

PETUA#3 TAMBAH KEKUATAN PENUMBUK


Salam semua


Bagi menambakkan kekuatan pada penumbuk kita, ambik apa sahaja benda (kertas, rumput, batu kecil dsb ) letak pada tapak tangan dan genggam. Anda akan dapat rasakan kekuatan penumbuk anda bertambah "power".........


Wallahua'lam

PETUA#2 AIR SEBAGAI TERAPI


Salam semua,

Minumlah air masak dalam kuantiti yang banyak selepas sahaja bangun dari tidur ( pagi ). Ia sebenarnya dapat menjadi sebagai Terapi Kesihatan buat kita. Bersempena di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah2 kita sama2 bangun bersahur kerana bersahur itu ada padanya keberkatan yang berganda! Dan jangan lupa untuk minum air banyak2.


Wallahua'lam

BORANG INFO GELANGGANG


Salam semua,



Di dalam ruangan Info Gelanggang(sudut kanan di bawah sekali), ada saya masukkan borang untuk sesiapa yang ingin berkongsi maklumat tentang Gelanggang anda. InsyaAllah dengan mempunyai maklumat ini, sekiranya ada yang berminat dan bertanyakan saya atau rakan2 yang lain, bolehlah saya memberi khidmat menyampaikan maklumat gelanggang2 beladiri anda di kawasan2 yang berhampiran mereka.

Wasallam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...