Salamun Alaik....
Bagi saya,Mentera Perang Gayong cukup tinggi maksud tersiratnya. Mentera ini mengajak anak2 Gayong untuk menjadi berani menegakkan ISLAM dan membantu sesama umat ISLAM sejagat. Di sinilah terbitnya slogan FISABILILLAH....... Hayatilah 2 baris Mantera Perang ini;
....
Aku berjuang Melindungi Agamaku
Aku berjuang Melindungi Umat Muhammad
....
*untuk mendapatkan Mentera Perang yang lengkap bolehlah mengambil ijazah dengan mana2 Guru Gayong yang berkelayakan
Wallahua'lam
Showing posts with label Mentera Gayong. Show all posts
Showing posts with label Mentera Gayong. Show all posts
Wednesday, March 2, 2011
Tuesday, February 8, 2011
MENTERA GAYONG - TIDUR
Mentera di baca sebagai doa dan salah satu kaedah bermuhasabah diri......kenal pengharapan hamba kepada KHALIK nya...........

Wallahua'lam
Labels:
Mentera Gayong
Monday, February 7, 2011
MENTERA GAYONG - MANDI
Salam semua,
Mentera Mandi bukan semata2 untuk dilafazkan sewaktu untuk mandi tetapi ianya diajar kepada anak2 Gayong agar memahami maksud/hakikat baris-baris ayat mentera tersebut. Sebenarnya, ia berkaitan dengan ilmu asal usul atau dipanggil hakikat insan.

Baris Pertama : Rahsia Kun Fayakun
Baris ke-2 : Berkaitan Hakikat Nur Muhammad
Baris ke-3 : Rahsia Huruf Ba' (Abu Basyar)
Baris ke-4 : Rahsia Huruf Lam Jalallah
Baris ke-5 : Rahsia Titik pada Ba'
Baris ke-6 : Rahsia Zauq/Fana Illallah
Baris ke-7 : Rahsia Asma' dan Sifat Allah
Baris ke-8 : Rahsia Makrifatullah
Wallahua'lam
Labels:
Mentera Gayong
MENTERA GAYONG - PULIH BADAN
Salam,
Mentera Pulih Badan dibaca ketika hendak melumur minyak panas@urut ke tubuh pesilat. Kebiasaannya dibaca sewaktu Upacara Mandi Minyak;

Wallahua'lam
Labels:
Mentera Gayong
Tuesday, January 18, 2011
ISIM PENYEJUK API
Salam,
Bagi ikhtiar untuk menyejukkan api terutamanya dalam Majlis Mandi Minyak ketika berjalan atas bara api,Dalang akan membaca Isim ini pada segenggam pasir (7 kali senafas) dan melemparkan pasir tersebut ke atas bara api dengan isyarat "menjadi sejuk dengan IZIN ALLAH sebagaimana ALLAH menyejukkan api buat Nabi Ibrahim AS"
Surah Al-Anbiya' (69)
Bagi JAZAM amalan ini haruslah berpuasa (memutih) pada hari kelahiran kita pada permulaan amalan dengan membaca Isim tersebut sebanyak 1000 kali sehari selama ????? hari. Jika berjaya, InsyaAllah,amalan Isim ini akan sebati dengan diri dan boleh digunakan pada bila2 masa (biiznillah)............
Wallahua'lam
Bagi ikhtiar untuk menyejukkan api terutamanya dalam Majlis Mandi Minyak ketika berjalan atas bara api,Dalang akan membaca Isim ini pada segenggam pasir (7 kali senafas) dan melemparkan pasir tersebut ke atas bara api dengan isyarat "menjadi sejuk dengan IZIN ALLAH sebagaimana ALLAH menyejukkan api buat Nabi Ibrahim AS"
Surah Al-Anbiya' (69)
Bagi JAZAM amalan ini haruslah berpuasa (memutih) pada hari kelahiran kita pada permulaan amalan dengan membaca Isim tersebut sebanyak 1000 kali sehari selama ????? hari. Jika berjaya, InsyaAllah,amalan Isim ini akan sebati dengan diri dan boleh digunakan pada bila2 masa (biiznillah)............Wallahua'lam
Labels:
amalan gayong,
Mentera Gayong
Monday, January 17, 2011
ISIM PELEMBUT BESI
Salam semua,
Ini isim yang digunakan oleh pendekar2 Gayong dalam ikhtiar mereka "menguasai" besi. Menguasai besi di sini bermaksud boleh membengkok,melembutkan atau menahan diri dari tembus jika ditikam oleh sebarang objek/senjata daripada logam.
Namun,kaifiat amalan perlu adanya JAZAM terlebih dahulu seperti berpuasa dan mewiridkannya dalam jumlah yang tertentu. Ijazah amalan amatlah penting supaya kita mampu membaca dan menggunakan dengan kaedah yg betul dan sempurna........
*demo bengkok besi sekarang dah xguna amalan ni,hanya menggunakan kudrat pesilat dan helah semata.........
Wallahua'lam
Ini isim yang digunakan oleh pendekar2 Gayong dalam ikhtiar mereka "menguasai" besi. Menguasai besi di sini bermaksud boleh membengkok,melembutkan atau menahan diri dari tembus jika ditikam oleh sebarang objek/senjata daripada logam.
Namun,kaifiat amalan perlu adanya JAZAM terlebih dahulu seperti berpuasa dan mewiridkannya dalam jumlah yang tertentu. Ijazah amalan amatlah penting supaya kita mampu membaca dan menggunakan dengan kaedah yg betul dan sempurna........*demo bengkok besi sekarang dah xguna amalan ni,hanya menggunakan kudrat pesilat dan helah semata.........
Wallahua'lam
Labels:
amalan gayong,
Mentera Gayong
Saturday, January 15, 2011
PELANGKAH HULUBALANG & ISYARAT TUBUH
Salam semua,
Pelangkah Hulubalang & Isyarat Tubuh merupakan PETUA para pendekar silam untuk mendapatkan sesuatu ISYARAT melalui tubuh badan sendiri atau dipanggil FIRASAT. Sebelum mengamalkan ilmu Pelangkah Hulubalang,para pendekar akan membiasakan diri dengan amalan ZIKIR NAFAS dan MEDITASI (TAFAKUR) dalam kehidupan sehariannya.
Zikir Nafas - Berzikir setiap kali keluar dan masuk Nafas dengan zikir2 tertentu
Meditasi - Satukan diri dengan zikir yg mana lisan bertutur,minda menghayati dan hati meresap dengan serentak. Konsepnya sentiasa berada dalam kandungan Lam Alif (Lam Jalalah).
Dua amalan ini merupakan IBU KUNCI kepada ilmu Pelangkah Hulubalang & Isyarat Tubuh.
Antara Pelangkah Hulubalang yang sinonim dengan Ilmu Silat Seni Gayong seperti;
1. Gerisik di Pantai (Isyarat lengan @ telinga)
2. Pagar Raqib (Isyarat Kening @ Pintu Jamal)
3. Tunggul Rasulullah (Isyarat hidung)
4. Tongkat Langit (Isyarat Lidah)
5. Sauh Tunggal (Isyarat Jari)
6. Telur Dihujung Tanduk (Isyarat Jari - Ibu Jari & Telunjuk)
7. Balang Didalam Balang (Isyarat Bayangan)
InsyaAllah,dengan beramal dengan Petua Pelangkah ini, para pendekar mampu untuk mengetahui kitaran tubuh (kuat @ lemah), kedudukan atau kekuatan musuh, musibah yang akan berlaku di hadapan (melalui ilham dan tanda2) dan banyak lagi........

Thursday, January 13, 2011
AMALAN GAYONG
Salam semua,
Kali ini saya berminat untuk berkongsi ilmu dengan tuan2/puan2 sekalian berkenaan Amalan2 Gayong terutamanya yang berkaitan dengan amalan2 wirid@ayat sebagai ikhtiar dalam usaha mengisi diri@rohani kita.
Antara amalan2 yang tersohor dan rata2 anak2 Gayong semua ketahui adalah;
1. Ayat 4 (Ayat Perang @ Selendang Perang )
2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh
5. Pedang QAF
Namun,sebelum anak2 Gayong diijazahkan amalan2 ini,terlebih dahulu perlu mengkhatamkan 70 ribu Qulhu (Surah Al-Ikhlas) tanpa putus. Selepas menjalani KHATAM Qulhu, anak2 Gayong bolehlah mengamalkan Ayat2 di atas dengan syarat2 tertentu sebagai JAZAMnya agar mengetahui adakah Ayat2 di atas serasi dengan diri pemakai. JAZAM di sini bermaksud,anak2 Gayong perlulah melakukan wirid2 ayat di atas dengan bilangannya yang tertentu dalam sehari selama tempoh yang telah ditetapkan sebagai syarat. Jika tertinggal satu hari maka diulang2 sehingga berjaya mengJAZAMkan setiap ayat di atas.Selepas itu,barulah amalan itu benar2 boleh dijadikan pakaian diri.
AYAT 4 ( AYAT PERANG)
2. Wallahu gholibun 'ala amrih (Zikir Saidina Ali ) - 33x
3. Ya Hayyu Ya Qayyum
Ya ilahana wa ilaha Kulla syain ilahan wahida
La ilaha illa anta (Doa Asif Barqiya)
4. Ya Zaljalali wal ikram (Zikir Imam Ghazali) - 7x
AYAT HULUBALANG
1. La Tudrikul Absoru Wahuwa Yudrikul Absora Wahuwallatiful Khobir - 21x
2. Kammin fi atin Qolilatin gholabat fi atan Kasirotan Biiznillah - 3x
3. Wa Bi Haqqi; La Hau La Wala Quwwata Illa Billahil 'aliyyil 'azhim
Wa Bi haqqi; Kaf Ha Ya Ain Sod , Ha Mim Ain Sin Kof
4. Yu Hibbu Nahum KahubbILLAH wallazina aamanuu Asyaddu hubbalILLAH - 21x
Cukup setakat ini dahulu perkongsian kita,InsyaAllah akan disambung di lain waktu jika di IZIN kan.
*PERINGATAN:jangan cuba mengamalkan tanpa mendapat IJAZAH GURU.Setiap Ayat/Wirid ini ada syarat JAZAMnya sebelum dibolehkan beramal......yg paling penting SYARAT UTAMA adalah KHATAM QULHU terlebih dahulu.....
Wallahua'lam
Labels:
amalan gayong,
Mentera Gayong
Sunday, January 9, 2011
ILMU WAFAK dalam Silat Seni Gayong
Salam,
Ilmu Wafak merupakan suatu cabang ilmu yang berkaitan Huruf-huruf Hijaiyyah yang sebanyak 30 huruf. Banyak rahsia yang terkandung di dalamnya sebagaimana pendita2 dan pendekar2 silam menggunakan ilmu ini sebagai senjata ampuh untuk menentang musuh2 yang menggunakan teknologi moden. Tidak terkecuali juga, dalam ilmu Silat Seni Gayong, ADMAR ada menunjukkan kaedah menulis Wafak kepada ayahanda Amin Hamzah ketika hayatnya. Antaranya seperti tulisan wafak di bawah yang merupakan Wafak yg diberikan oleh ADMAR kepada Ayahanda Amin Hamzah dan kini ada dalam simpanan saya sebagai koleksi khazanah ilmu Silat Seni Gayong.

Subscribe to:
Posts (Atom)