Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, April 24, 2011

WISMA GAYONG......BILA IANYA DAPAT DIREALISASIKAN?????

Salamun Alaik,

Wisma Gayong.......Suatu Penantian;


Semoga perancangan pembinaannya dipermudahkan oleh-NYA.

Wallahua'lam

Saturday, April 23, 2011

SIAPA SEBENARNYA WALI TUJUH ???

Salamun Alaikum,

Selain dari Wali 9 (Wali Songo), Wali 7 juga ada perkaitannya dengan Nasab Ilmu Silat Seni Gayong..... Persoalannya siapa sebenarnya Wali 7 ini? Dari mana asal dan sejarah kemunculan mereka?

Gambar Wali 7

Kepada yang mengambil ijazah ilmu2 kebatinan/kerohanian Silat Seni Gayong pastikan anda mengetahui susur galur ilmu tersebut.Tanya guru2 sedara supaya kita dapat kenal siapa Guru-Guru perantara ilmu tersebut dan  ianya juga dapat disampaikan kepada generasi2 masa hadapan agar sejarah mereka tidak pupus ditelan zaman.

Wassalam

Tuesday, April 19, 2011

SENJATA MELAYU - BUKU LIMA

Salamun Alaik,
Buku Lima jenis Genggam
Buku Lima ialah sejenis senjata berbentuk penumbuk yang mempunyai mata berbucu daripada logam (tumpul atau tajam) dan digenggam/disarung di tangan. Senjata ini digunakan secara tersembunyi/sulit tanpa pengetahuan musuh. Ianya bukan bertujuan untuk membunuh tetapi sebagai pukulan curi yang mampu memberi kecederaan parah kepada pihak lawan. Sasarannya utamanya adalah bahagian muka. Selalunya digunakan bila berdepan dengan lawan yang lebih besar atau kuat. Terdapat 2 jenis buku lima mengikut kaedah memegangnya; jenis yang digenggam dan jenis yang disarung.

Di bawah ini merupakan Buku Lima yang telah diinovasikan.......




Namun perlu diingat, di Malaysia, mereka yang menyalahgunakan Buku Lima dan mencederakan orang lain boleh didakwa mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Wassalam

Tuesday, April 12, 2011

PETUA #9

Assalamualaikum,

BACA GERAK

Dalam menguasai ilmu beladiri, kemahiran membaca gerak pihak lawan amat diperlukan supaya pesilat mampu untuk bertindak pantas dalam mematahkan setiap serangan dari pihak musuh. Secara asasnya, pesilat perlu berlatih membaca pergerakan tubuh lawan ketika saat mereka mula bergerak untuk melaksanakan serangan. Kalau serangan tangan, bagaimana liuk tubuhnya. Sama juga dengan serangan kaki. Kemudian, bezakan pula serangan menggunakan anggota kanan dan kiri. Itu adalah asas kepada ilmu BACA GERAK.

Dalam ilmu ini, terdapat banyak petua yang dijadikan formula BACA GERAK yang dipanggil PENANDA GERAK TUBUH. Yang paling asas adalah MELIHAT KEPADA PERGERAKAN BAHU MUSUH. Dengan mengguna Penanda Bahu ini, pesilat mampu mengagak dengan tepat serangan yang bakal dilepaskan oleh pihak musuh seperti;
  1. Bahu kanan ke depan - serangan tangan kanan
  2. Bahu kiri ke depan - serangan tangan kiri
  3. Bahu kiri jatuh ke belakang - serangan kaki kanan
  4. Bahu kanan jatuh ke belakang - serangan kaki kiri.
Walaupun nampak mudah, namun ianya perlu kepada latihan. Cuma, dengan berbekalkan PETUA ini, pesilat mampu untuk mematahkan serangan pihak musuh dengan lebih mudah dan tenang kerana setiap gerak awalan pihak musuh itu mampu dibaca oleh pesilat. Petua Baca Gerak ini pula terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap pelajaran pesilat. Penanda Bahu ini merupakan asasnya dan masih banyak lagi penanda-penanda yang lebih senang dan efektif.

Sebenarnya PETUA ini telah dijadikan pedoman oleh para Pendekar silam dalam teknik tempur mereka. Ilmu ini juga termasuk di antara ilmu-ilmu sulit yang dipanggil PAKAIAN PENDEKAR!


Wallahua'lam

AMALAN QULHU

Salamun Alaik,



Amalan Qulhu 70 ribu (Al -Ikhlas) merupakan antara pengisian utama bagi amalan kerohanian Silat Seni Gayong. Bilangan 70 ribu ini mengisyaratkan kepada 70 ribu liang roma pada tubuh seseorang manusia dan 70 000 HIJAB pada diri Insan. Selepas murid gayong berjaya menghabiskan pembacaan ini (minima 14x sehari semalam tanpa putus hingga capai 70 ribu) mereka akan menjalani suatu majlis adat yg dipanggil KHATAM QULHU. Kemudian, Guru akan mengijazahkan pula amalan2 wirid/zikir/doa tertentu sebagai pakaian diri buat anak2 Gayong seperti;

1. Ayat 4 (Ayat Perang)
2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh ( Seni Kipas Nandung )
5. Pedang QAF
6. Doa Kalimah 19
7. Doa Nurrunniyah ( Ayat2 Mutaqaat )

Kebanyakan Guru Gayong telah menetapkan seseorang murid perlu mengkhatamkan terlebih dahulu amalan Qulhu ini sebelum mereka diiktirafkan untuk kenaikan bengkong Pelangi Hitam.


Wallahua'lam.

JURUS WAJIB - Jurus Enam

Salamun Alaik,

Jurus Enam

Bersambung


Wassalam

JURUS WAJIB - Jurus Lima

Salamun Alaik;
Jurus Lima

Bersambung......


Wassalam

Saturday, April 9, 2011

JURUS WAJIB - Jurus Empat

Salamun Alaik,
Jurus Empat
1. Langkah kaki kiri ke bawah (langkah kiri silang depan ) arah ke depan.
2. Siku kanan samping ( tarik kaki kiri serong ke belakang ).
3. Tangkisan kelit kanan.
4. Pukulan ke arah dahi tangan kiri.
5. Tangkisan potong bawah dan atas kiri dan tangan kanan mengepal kaki kiri maju ke depan serong.
6. Pukulan sangga kanan - alat penyasarnya pangkal telapak tangan dalam ke depan ( kaki geser sedikit kaki kiri ke depan ).
7. Tendangan T (samping ) kanan.
8. Kaki kanan tarik ke belakang - arah ke depan posisi langkah silang kiri depan.
9. Kaki langkah ke samping kiri menghadap ke depan, kuda-kuda tengah langsung menyiku kiri atas.


Wassalam

Friday, April 8, 2011

JURUS WAJIB - Jurus Tiga

Salamun Alaik,



Jurus Tiga
1. Pasang satu kaki kiri di depan, arah samping kanan kedua telapak tangan membuka.
2. Pukul lurus depan melangkah kaki kanan, melangkah kaki kiri.
3. Tangkis bawah tangan kiri atas tangan kanan.
4. Tendangan sabit kanan langsung silang belakang.
5. Tendangan samping ( T ) kaki kanan. Letakkan di depan.
6. Badan langsung diputar ( posisi silang kiri ).
7. Angkat kaki kiri diputar ( arah depan ).
8. Duduk melutut ( lutut kanan di bawah ).
9. Berdiri - angkat sedikit kanan.
10.Langsung angkat kaki kiri - tangan kanan tinggi di atas - tangan kiri di atas lutut kaki kiri arah masih ke depan.

Wassalam

Thursday, April 7, 2011

JURUS WAJIB - Jurus Dua

Salamun Alaik,
Jurus Dua
1. Langkah silang kanan belakang arah samping kiri.
2. Tarik kaki kanan ke belakang (posisi rendah ) langsung siku dgn kedua2 tangan.
3. Hentak bawah kaki kanan.
4.Baling bawah kaki kanan.
5. Tarik kaki kanan untuk silang duduk, berdiri tarik kaki kiri, tangan kanan menangkis kelit, jari terbuka.
6. Egos ( pertukaran letak kaki, menjadi kaki kanan di belakang ) tangan kiri menepis jari atas ke bawah, telapak tangan kiri terlungkup.
7. Tendangan sabit jejak arah kepala, kembali mundur langkah kaki kanan masih di depan.
8. Tangan kanan menangkis mengepal.
9. Egos arah ke samping kanan kaki kanan depan.


Wassalam

Wednesday, April 6, 2011

SAF PIMPINAN GAYONG SERANTAU KELANTAN

Salamun Alaik,



Dari kiri; ADMAR ( Mahaguru ), Ayahanda Amin Hamzah ( Penasihat ), Azizan Ibrahim ( Ketua Gurulatih ), Ust Wan Halim (YDP), Shujairi (NYDP 2), Isma Adli (Bendahari), Azuan Ibrahim (AJK), Hasmizi (AJK), Ust Atiq (NYDP 1), Ust Arif Fadli (Setiausaha)

Wassalam

JURUS WAJIB - Jurus Satu

Salamun Alaik,

Di sini saya kongsikan ilmu tentang Jurus Wajib yang dipertandingkan dalam kategori regu. Terdapat 12 jurus kesemuanya yang terdiri daripada 99 gerak.
 

Jurus Satu
1. Pasang satu, kuda-kuda kaki kiri di depan kanan di belakang (tangan kanan mengepal) ke arah depan.
2. Tangkisan gedig kanan ( kaki kuda-kuda tengah).
3. Pukulan samping kanan ( kaki kanan maju ke depan ).
4. Kaki kiri maju dan diangkat tangan posisi tangkapan.
5. Tangkisan siku kanan ke bawah, kaki kiri di depan, kaki kanan ditekuk.
6. Tendangan T depan kanan.
7. Siku tangan kanan.
8. Tangan kanan seluk ke depan, kaki kanan ke depan.
9. Tarik kaki kanan ke samping, tangan kanan membuka, angkat kaki kanan ke arah lutut kaki kiri.

bersambung,


Wassalam.

TUNJUK AJAR GURU - SENI KERAMBIT

Salamun Alaik,

Sekadar perkongsian........





Wassalam

Tuesday, April 5, 2011

PENYELIDIKAN DALAM SILAT - Kaedah Mengumpul Data

Salamun Alaik,

DATA SAINTIFIK
Sesuatu data dikatakan saintifik apabila ia dikumpul secara teratur, bersistematik dan dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan latihan dan sebagainya. Data yang saintifik mempunyai 5 ciri;

1. Sistematik
2. Logik
3. Empirikal
4. Reduktif
5. Replicable

CARA-CARA MENGUMPUL DATA
Bagi membolehkan sesuatu data yang objektif dan tepat, instrumen yang digunakan hendaklah ada KEBOLEHPERCAYAAN dan KESAHAN. Sesuatu instrumen ada kesahan apabila ia boleh mengukur apa yang hendak diukur. Sesuatu instrumen dikatakan ada kebolehpercayaan pula ialah apabila ia konsisten dalam membuat pengukuran iaitu dalam apa keadaan atau di mana pun instrumen itu digunakan ia akan memberikan keputusan yang sama.

JENIS-JENIS KESAHAN
1. Kesahan Kandungan
    Apabila data berkaitan sesuatu ciri diperlukan,misalnya kebolehan membuat teknik sapuan, data yg dikumpul hendaklah relevan terhadap aksi membuat teknik sapuan.
2. Kesahan Konstruktif
    Data yang dikumpul mungkin sah dari segi kandungan tetapi untuk memberikan gambaran yang jelas terhadap lakuan itu, misalnya dalam menentukan samaada seseorang itu boleh melaksanakan tendangan, data yang dikumpul bukan sahaja berkaitan kemampuannya menendang tepat, tetapi juga keupayaan utk menendang dalam pelbagai arah dan aras. Ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas akan kemampuan seseorang itu melaksanakan tendangan.
3. Kesahan Semasa
    Data yang dikumpul hendaklah boleh disahkan oleh lain-lain instrumen yang ada dan digunakan pada masa yang sama. Contohnya; ujian larian 12 minit utk menguji kecergasan aerobik boleh disahkan juga menggunakan bleep test.
4. Kesahan Muka
    Pengumpulan data hendaklah dilakukan secara serius dan berobjektif.

Wassalam

PENYELIDIKAN DALAM SILAT - Konsep Pengumpulan Data

Salamun Alaik,

Sebagai seorang jurulatih,anda terpaksa membuat banyak keputusan seperti memilih atlit, jenis dan corak latihan yang sesuai untuk setiap atlet, strategi yang hendak digunakan dan sebagainya. Ianya merupakan sesuatu yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap perancangan seseorang jurulatih. Oleh itu sebagai jurulatih yang bertindak secara profesional, pendekatan yang saintifik dalam membuat sesuatu keputusan adalah amat perlu.

MENGAPA PERLU MENGUMPUL DATA?

Data memberikan maklumat kepada jurulatih untuk memudahkannya dalam membuat sesuatu keputusan serta perancangan. Ia membantu jurulatih dalam perkara2 seperti berikut;

1. Memantau kemajuan dan perkembangan atlet.
2. Memberikan maklumbalas yang berkesan kepada atletterhadap persembahannya.
3. Diagnos dan membaikpulih kesilapan2 serta kelemahan2 yang dikesan.
4. Merancang pogram latihan.
5. Merancang taktik dan strategi.
6. Memberikan motivasi kepada atlet.
7. Membuat pemilihan atlet yang sesuai untuk sesuatu taktik yang dirancang.
8. Menilai pogram dan pencapaian atlet.
9. Membina strategi dan konsep baru dalam latihan dan pertandingan.
10.Memberikan maklumat kepada pihak yang berkenaan seperti orang awam, penonton, media dan
sebagainya.


Wassalam.

Monday, April 4, 2011

BIO-MEKANIK DALAM SILAT

Salamun Alaik,

Setiap pesilat perlu menguasai pelajaran2 silat yang mana memerlukan pesilat bergerak dan melaksanakan setiap teknik2 silat tersebut dengan mantap dan sempurna. Bagi mencapai hasrat tersebut, pesilat perlulah memahami prinsip2 MEKANIK dalam setiap teknik2 (kemahiran2)yang di ajar. Prinsip-prinsip mekanik yang utama dalam pergerakan tubuh manusia ialah;
1. Imbangan
2. Gerakan
3. Daya
4. Momentum

Bersambung......


Wallahua'lam

Sunday, April 3, 2011

TANDA KALIMAH PADA CINCIN

Salamun Alaik,

Sekadar berkongsi dengan sedara2 semua,


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...