Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Saturday, January 19, 2019

MENYALAHKAN KEHENDAK LAWAN

Salamun Alaik;


Realiti pertempuran sebenarnya perlu  membezakan antara teknik yang berkesan dengan buah-buah latihan di gelanggang. Ia cukup berbeza. Tetapi untuk mendapatkan Teknik yang benar dan berkesan memerlukan latihan buah-buah tersebut digelanggang terlebih dahulu. Maknanya kedua2nya saling memerlukan.

Selain itu, antara pengetahuan yang penting sewaktu pertempuran dengan musuh adalah "perlu menyalahkan kehendak musuh". Apa sebenarnya kehendak musuh itu? Ianya adalah sesuatu yang kompleks tetapi ada beberapa tips dan petua.

Antaranya adalah bilamana berdepan dengan musuh yang biasa dengan martial arts, musuh memang mengharapkan kita berdepan dengan memasang kekuda yang universal, iaitu tarik kaki kanan belakang dengan gaya tangan dihadapan. Jadi senang untuk musuh mengagak serangan dan belaan kita. Oleh yang demikian, dalam Keilmuan Gayong itu sendiri ada mengajar pelbagai kaedah bertapak kekuda. Pasang kekuda mengikut gaya dan kaedah musuh. Kekadang kekuda Alif juga amat berkesan bila berdepan musuh yang mahir dalam martial arts kerana kita menyembunyi tindakan awal kita bila dalam kedudukan berdiri lurus. Gaya Tapak Songsang juga boleh menyalahkan kehendak lawan (antara kelebihan Silat Spelet).Itu diantara Ilmu yang didedahkan kepada anak-anak Gayong agar sikap dan perbuatan kita sentiasa MENYALAHI KEHENDAK pihak musuh!

Masih banyak yang perlu dibincang dan dikupas. Cukup dahulu dalam diskusi kali ini. Yang penting kita perlu faham, jangan sesekali kita guna ILMU kita untuk memudahkan pihak lawan menumbangkan kita. Sentiasalah MENYALAHI KEHENDAK & PERMINTAAN pihak musuh. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selebihnya akan ambo kongsi dalam Kursus-kursus Pembantu Jurulatih dan Jurulatih.

Wallahua'lam.

Tuesday, March 6, 2012

SENTUHAN MAUT

Salamun 'Alaik;
Allahyarham Dato' Dr Hj Ahmad bin Hj Lazim, antara yang tergolong dalam senarai Pendekar Gayong.
Seorang Pendekar walaupun tiada memiliki senjata, namun dengan ilmu yang digelar SENTUHAN MAUT, ianya mampu memberikan kecederaan yang melampau sehingga ke tahap boleh membunuh musuh hanya dengan Gerak Serangan yang ringkas dan bersahaja. Dengan hanya berbekalkan tenaga yang minima dan sedikit pergerakan atau hanya dengan sekali sentuhan, musuh terus rebah menyembah bumi (pengsan atau mati). Bagi mencapai kesempurnaan Sentuhan Maut ini, pengamalnya perlu menguasai Ilmu Anatomi Tubuh,  dan Ilmu Seni Saraf terlebih dahulu. (terdapat 49 titik lemah utama pada tubuh manusia).

Contoh serangan titik saeaf pada lengan. 
Dengan hanya sedikit sentuhan,kesan kesakitannya amat perit sekali
Terdapat 7 Sentuhan Maut yang UTAMA, tiga diantaranya;

1. Jantung
PERENTAK JANTUNG adalah sasaran utama bagi SENTUHAN MAUT
Dengan sentuhan yang tepat di bahagian jantung menyebabkan fungsi jantung berhenti seketika (sekitar 1-2 minit). Fenomena ini dipanggil Commotio Cordis iaitu kegagalan jantung berfungsi seketika yang tidak disertai kerosakan fizikalnya. Tetapi, sekiranya sentuhan yang dilancarkan tepat di kawasan PERENTAK JANTUNG dengan kadar melebihi 50km/jam, ianya boleh mengakibatkan jantung mengalami kerosakan teruk dan boleh menyebabkan kematian. 

2. Sisi Leher
Sasaran SENTUHAN MAUT pada Carotid Bifurcation
Di bahagian leher sebelah sisi terdapat satu saluran darah yang dipanggil Salur Arteri Karotid. Ianya berfungsi menghantar darah yang beroksigen ke otak. Pukulan yang kuat dan tepat pada saluran tersebut terutamanya di saluran arteri karotid sinus (yang bercabang) boleh menyebabkan kerosakan dan seterusnya menyebabkan kegagalan otak menerima oksigen. Kesannya boleh mengakibatkan lumpuh atau mati.

3. Belakang Tengkok
Bahagian tubuh yang paling berbahaya jika diserang, Mampu merosakkan Reticular Activating System bagi otak bila hentakkan tepat ke arah tulang belakang (atlas dan paksi) yang sarat dengan saraf yang menghubungkan otak dengan saraf tunjang. 

Begitulah hebatnya Ilmu Para Pendekar silam. Mampu mengaplikasikan teknik-teknik serangan 4 kerat ke arah bahagian-bahagian tertentu badan yang kesannya mampu memberi impak kecederaan yang maksima atau kematian buat lawannya. Walaupun di zaman kini rahsia SENTUHAN MAUT semakin dibongkar , namun RAHSIA SULIT nya masih tersimpan rapi sebagai pakaian Guru-Guru Tua yang bergelar Pendekar.

Wallahua'lam.

Sunday, February 19, 2012

PETUA SEGITIGA

Salamun Alaik,
Segitiga Napoleon
Dalam dunia persilatan, konsep segitiga sering dikaitkan dengan Tapak 3 atau dipanggil juga Tapak Laksamana (Tapak Serang). Sebenarnya, masih banyak lagi konsep segitiga ini yang berhubungkait dengan keilmuan silat. Antaranya adalah PETUA SEGITIGA. Ianya jarang dibicarakan kerana agak sulit dan menjadi pakaian para pendekar silam. 

Petua Segitiga ini jika dikaji, ianya amat saintifik kerana banyak menekankan aspek;
1. Keseimbangan 
2. Daya
3. Graviti
4. Momentum
5. Biomekanik
6. Tork
7. Biologi (Anatomi Tubuh Manusia)

Bagi yang mahir menyerapkan PETUA SEGITIGA ini sewaktu berpencak, tiada lagi kegusaran bila berdepan musuh kerana setiap gerak geri musuh sudahpun dibuat "kira-kira". Dengan menggunakan petua ini juga, sedikit sentuhan mampu memberi impak yang besar dan senang untuk merebahkan musuh. Bagi yang mahir pula, petua segitiga ini mampu menggantikan PETUA PENANDA GERAK dan mudah untuk dipraktikan dalam konsep MAKAN SEGERAK atau MAKAN GERAK DALAM GERAK dan amat berkesan dalam KUNCI GERAK dan MAKAN GERAK. Selain itu juga, petua ini mampu menjadikan pengamalnya seimbang dalam gerak langkahnya dan memaksimumkan jumlah daya bagi setiap bentuk serangan yang dilepaskan ke arah sasaran.
Bentuk Piramid adalah gabungan 4 segitiga.
Segitiga Bermuda yang penuh misteri.
Dalam aspek lain, SEGITIGA menyimpan pelbagai rahsia dan falsafahnya.Antaranya; hikmah Segitiga Khatamun Nubuwwah,  ilmu pengembangan tenaga dalam, tenaga piramid, bintang Nabi Daud as, ilmu falak konvensional dsbnya. Tidak terkecuali segitiga bermuda yang menyimpan pelbagai misteri. Sama-sama kita renungkan. Semoga memberi manfaat buat semua. Wallahua'lam.

Wallahua'lam.

Saturday, June 4, 2011

PETUA #11 TUJUH SASARAN MAUT

Salamun Alaikum,


Setiap serangan yang sempurna memerlukan KEPANTASAN, KEKUATAN DAN KETEPATAN. Ketepatan serangan pula memerlukan pengetahuan ke mana arah sasaran yang paling tepat untuk kita menyerang. Petuanya adalah berdasarkan 7 kawasan/daerah maut pada tubuh manusia;

       1. Buah Penyawa (Kemaluan)
       2.Ulu/sudu Hati
       3. Jantung
       4. Rusuk Kanan
       5. Rusuk Kiri
       6. Halkum
       7. Leher (Titik Saraf Karotid)

Wallahua'lam

Saturday, May 28, 2011

PETUA #10

Salamun Alaik;

Bila berdepan dengan musuh, HIDUPKAN (aktifkan) kedua2 tangan dan kaki anda hanya dengan merasai akan   adanya ia bersama kita. InsyaAllah, Tulang empat kerat anda akan melaksanakan tugas dengan baik sewaktu pertempuran berlaku.

*anda boleh cuba sebagai latihan; minta partner anda menyerang secara bebas dan perhatikan apa refleks anda. Kemudian cuba aktifkan tulang empat kerat anda dengan PETUA di atas, dan rasai perbezaannya. Dengan sedikit kaedah PETUA,kesannnya adalah amat luar biasa sekali.

Wallahua'lam

Tuesday, April 12, 2011

PETUA #9

Assalamualaikum,

BACA GERAK

Dalam menguasai ilmu beladiri, kemahiran membaca gerak pihak lawan amat diperlukan supaya pesilat mampu untuk bertindak pantas dalam mematahkan setiap serangan dari pihak musuh. Secara asasnya, pesilat perlu berlatih membaca pergerakan tubuh lawan ketika saat mereka mula bergerak untuk melaksanakan serangan. Kalau serangan tangan, bagaimana liuk tubuhnya. Sama juga dengan serangan kaki. Kemudian, bezakan pula serangan menggunakan anggota kanan dan kiri. Itu adalah asas kepada ilmu BACA GERAK.

Dalam ilmu ini, terdapat banyak petua yang dijadikan formula BACA GERAK yang dipanggil PENANDA GERAK TUBUH. Yang paling asas adalah MELIHAT KEPADA PERGERAKAN BAHU MUSUH. Dengan mengguna Penanda Bahu ini, pesilat mampu mengagak dengan tepat serangan yang bakal dilepaskan oleh pihak musuh seperti;
  1. Bahu kanan ke depan - serangan tangan kanan
  2. Bahu kiri ke depan - serangan tangan kiri
  3. Bahu kiri jatuh ke belakang - serangan kaki kanan
  4. Bahu kanan jatuh ke belakang - serangan kaki kiri.
Walaupun nampak mudah, namun ianya perlu kepada latihan. Cuma, dengan berbekalkan PETUA ini, pesilat mampu untuk mematahkan serangan pihak musuh dengan lebih mudah dan tenang kerana setiap gerak awalan pihak musuh itu mampu dibaca oleh pesilat. Petua Baca Gerak ini pula terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap pelajaran pesilat. Penanda Bahu ini merupakan asasnya dan masih banyak lagi penanda-penanda yang lebih senang dan efektif.

Sebenarnya PETUA ini telah dijadikan pedoman oleh para Pendekar silam dalam teknik tempur mereka. Ilmu ini juga termasuk di antara ilmu-ilmu sulit yang dipanggil PAKAIAN PENDEKAR!


Wallahua'lam

Monday, January 10, 2011

Huruf Hijaiyyah Pada Tubuh

Salam semua,

Merujuk kepada ilmu pendekar silam,terdapat suatu ilmu yang berkaitan huruf2 Hijaiyyah sebanyak 30 huruf yang mana 2 hurufnya bersifat bukan nyata. Setiap huruf mempunyai rahsia2 nya yang tersendiri dan mempunyai penjaga yang dinamakan Khadam Huruf.

Di dalam tubuh manusia juga,ada diisyaratkan akan huruf2 Hijaiyyah ini mengikut kefahaman dan ilmu guru2 terdahulu. Banyak kelebihan sekiranya kita tahu rahsia dan kaedah menggunakannya. Antara Ayat Pembuka/Pengaktif Huruf2 Hijaiyyah dalam tubuh kita adalah dengan membaca Surah Al-Fath ayat 29. Ini kerana ayat ini mengandungi kesemua Huruf2 Hijaiyyah di dalam ayatnya.

Dalam pengajian Hisab dan Falak pula, setiap huruf mempunyai sifir2 nya yang tertentu. Nilaian nya adalah seperti berikut;

ﺍ:1; ﺏ:2 ;ﺕ:400 ; ﺙ:500; ﺝ:3; ﺡ:8; ﺥ:600; ﺩ:4; ﺫ:700; ﺭ:200; ﺯ:7 ;ﺱ:60;ﺵ:300; ﺹ:90; ﺾ:800; ﻁ:9; ﻅ:900; ﻉ:70; ﻍ:1000; ﻑ:80; ﻕ:100; ﻙ:20; ﻝ:30; ﻡ:40; ﻥ:50; ﻫ:5; ﻮ:6; ﻱ:10;

Sifir2 ini wujud sebelum wujudnya nombor2 dalam tulisan Arab.


Wallahua'lam


Friday, February 26, 2010

RAHSIA MATA #1

Salam semua,

Dalam ilmu Beladiri, Mata juga memainkan peranan yang amat penting. Daripada mata kita dapat mengenalpasti IBU GERAK musuh dan daripada mata juga kita dapat mengenalpasti kewibawaan dan keyakinan seseorang! Contohnya; mata yang selalu berkelip menunjukkan yang sikap seseorang itu kurang keyakinan dan serba salah.

Seseorang yang hebat dalam beladiri, sekiranya kita perhatikan akan mempunyai sepasang mata yang TAJAM dan penuh WIBAWA. Kenapa berlaku sedemikian? Kerana kekuatan MATA juga ada kaitannya dengan Ilmu Dalamnya ( Tenaga Dalam ). Kalau selama ini, Tenaga Dalam banyak difokuskan pada Ilmu Pernafasan, sebenarnya terdapat 2 lagi latihan utama untuk meningkatkan tenaga dalam seseorang selain ilmu pernafasan. Salah satunya adalah melalui Latihan Mata.

Dengan berlatih secara rutin dan kerap, InsyaAllah mata kita akan menjadi tajam dan wibawa. Akan terpancarlah tenaga wibawa itu menerusi JIDAT ( antara 2 kening ). Itulah antara Rahsia di dalam Gayong yang dipanggil TUNGGUL RASULULLAH......

Secara saintifiknya pula, setiap apa yang difikirkan dalam minda kita, otak akan menghasilkan frekuensi2 tertentu. Malah, frekuensi yang dihasilkan boleh dipindahkan. Sekiranya kuat frekuensinya, ianya mampu untuk menguasai dan memberi arahan kepada orang lain kerana otak mereka telah dikuasai. Bagaimana untuk melaksanakannya? Rahsianya adalah melalui JIDAT kita. Apa yang penting, JIDAT itu perlu dibuka terlebih dahulu.........Wallahua'lam

Thursday, January 21, 2010

RAHSIA NAFAS #1

Salam semua,

Di dalam amalan para pendekar, kaedah dan susunan NAFAS amat dititikberatkan. Sekiranya diamalkan aturan nafas ini secara rutin, ianya mampu untuk mengekalkan kesihatan,awet muda, menambah kewibawaan, tingkatkan keyakinan dan membangkitkan tenaga dalam dalam tubuh. Selain itu, zikir diterapkan untuk mengingati Allah yang dipanggil ZIKIR NAFAS. Setiap kali menyedut nafas di zikirnya "ALLAH" dan saat mengeluarkan nafas di zikirnya "HU". Dalam ilmu bernafas ini, ada 4 peringkat iaitu;
  1. Nafas
  2. Anfas
  3. Tanaffas
  4. Nufus
Secara saintifiknya pula, bila kita bernafas secara betul dam beritma, sel darah merah kita mampu untuk menerima isipadu oksigen yang lebih tinggi. Maka, isipadu oksigen ini mampu untuk diagihkan dengan secukupnya ke seluruh sel-sel badan terutamanya di bahagian sel otak.

*bersambung

Friday, October 30, 2009

MAKAN GERAK..............

Assalamualaikum,

Makan Gerak bermaksud diri bergerak serang berasaskan petua Penanda Gerak ke arah Ibu Gerak musuh sebelum Gerak berpucuk menjadi Sifat..............................


*mohon pendita tambah yang mana tidak cukup.................


Wallahua'lam

Sunday, September 27, 2009

BUNGA, WARNA DAN AURA #1

Assalamualaikum,

Adakah MANDI BUNGA itu khurafat? Ini adalah antara soalan-soalan yang sering diajukan oleh masyarakat buat pengamal-pengamal silat dan juga pengamal-pengamal perubatan. Mereka gusar sekiranya mereka terjebak dalam aktiviti ini, akidah mereka akan rosak kerana mempercayai kuasa bunga dan boleh jatuh syirik terhadap ALLAH SWT.

Kaedah Mandi Bunga merupakan antara kaedah rawatan tradisional bagi mengubati penyakit zahir dan batin yang telah dipelopori oleh nenek moyang kita. Apakah konsep yang digunakan dan bagaimana ianya dapat berfungsi merawat sesuatu penyakit?

Konsep Mandi Bunga
  1. Bunga mempunyai pelbagai jenis dengan pelbagai warna.
  2. Setiap warna mempunyai bentuk frekuensi getarannya yang tersendiri.
  3. Air merupakan suatu medium yang mampu merakam frekuensi getaran.
  4. Air juga mampu untuk merakam niat manusia.
  5. Anggota badan manusia yang sakit menunjukkan perubahan kepada frekuensi getaran asal. Ianya lebih kepada frekuensi yang lemah dan tidak harmoni.
  6. Penggunaan 7 jenis bunga agar frekuensi getaran yang dirakam oleh air dapat membetulkan frekuensi getaran lemah tubuh pesakit
  7. Penggunaan limau nipis bagi menambahkan sifat eloktrolit air.
Merujuk konsep di atas ( huraian yang paling asas ), maka Mandi Bunga merupakan suatu kaedah rawatan yang boleh dihuraikan secara saintifik dan ianya langsung tidak ada kaitan dengan unsur-unsur karut dan khurafat. Mungkin yang menjadikan kaedah ini syirik dan khurafat adalah pengamal-pengamal perubatan atau silat yang tidak faham konsep sebenar bagaimana Mandi Bunga ini mampu mengubat pesakit.

Kini, konsep tradisional ini telah pun di komersialkan oleh pengkaji-pengkaji Barat dan telah banyak jurnal-jurnal dikeluarkan berdasarkan hasil kajian mereka. Maka terhasilnya produk-produk "color vibration therapy" yang berinovasikan dari Kaedah Mandi Bunga. Akhirnya, penggunaan produk-produk hasil kajian Barat ini telah meluas digunakan oleh masyarakat Malaysia termasuk yang pernah mengatakan yang Kaedah Mandi Bunga itu adalah karut dan menyesatkan! Sama-sama kita fikirkan.................


Wallahua'lam

Friday, September 25, 2009

PETUA #8

السلام عليكم

SENJATA PADA MUSUH #2

Bila memerhatikan kelemahan musuh, lihatlah pada RAMBUT nya. Sekiranya musuh memiliki rambut yang panjang, maka secara tidak langsung ia sebenarnya telah memberikan senjata buat kita. Anda hanya perlu menyentap tanpa teragak-agak. Keadaan ini boleh menyebabkan musuh akan mengikut arah sentakan dan anda bolehlah melakukan serangan susulan.


والله أعلم

Thursday, September 24, 2009

PETUA #7

السلام عليكم

SENJATA PADA MUSUH #1

Bila berhadapan dengan musuh, MATA perlu peka dengan setiap pergerakan musuh, persekitaran dan sebarang objek yang boleh dijadikan senjata. Antara objek yang boleh memakan diri musuh adalah pemakaian cincin pada jari-jari mereka. Jangan gusar atau kecut perut bila mana melihat cincin yang besar pada jari-jari mereka. Sebenarnya, cincin di jari mereka langsung tidak boleh membantu, malah akan memberi impak kemusnahan buat mereka! Antaranya;
  1. Jika musuh menumbuk dengan memakai cincin, tulang jari mereka akan retak atau patah disebabkan oleh hentakan balas yang kuat pada tulang jari tersebut (Hukum Newtons ke-3)
  2. Jika anda dapat menggenggam jari-jari musuh hingga tersepit, maka musuh akan menanggung kesakitan yang amat luar biasa!
* Kesakitan akan tetap terasa walaupun hanya memakai satu cincin. Selamat mencuba!

والله أعلم

Wednesday, September 16, 2009

SASARAN MAUT

السلام عليكم

Sasaran Maut merupakan bahagian/daerah pada anggota badan manusia yang dikategorikan sebagai bahagian paling lemah dan sekiranya serangan yang kuat dan tepat pada bahagian tersebut boleh mengakibatkan kecederaan serius atau boleh membawa maut!


والله أعلم


Sunday, September 6, 2009

BILA TUBUH BERBICARA


Salam semua,

Aspek spiritual bergerak selari dengan ilmu silat. Bila mana ianya disebut silat akan adalah unsur-unsur spiritual yang terkandung dalam ilmu silat itu sendiri.

Apa itu spiritual?
Spiritual adalah berkaitan agama, kejiwaan, roh, perkara-perkara ghaib dan sesuatu daripada Tuhan.

Seringkali kita katakan tentang firasat, "kata hati" dan pancaindera ke-6. Adakah ianya wujud dan bagaimana ianya berhubungkait dengan manusia terutamanya orang-orang alim atau orang2 yang berilmu?

Saya tidak berniat untuk mengupas panjang pada kali ini, cuma saya ingin berkongsi dengan sedara2 sekalian berkenaan "bila tubuh berbicara". Sedarkah kita bila mana ada salah satu anggota badan kita ingin berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu maklumat kepada kita? Jika kita benar2 menyelami dan mengambil kisah akan perkara ini, maka akan terbuktilah akan kebenarannya. Hal ini ada juga dikisahkan dalam agama kita sebagai contohnya diceritakan serba sedikit keadaan manusia yang akan menemui ajalnya. 100 hari apa yg di rasa, 40 hari sehinggalah kurang 24 jam dari saat kematian.

Pernahkah sedara2 sekalian terasa salah satu anggota badan anda bergerak-gerak?dan ianya berlaku sekejap sahaja tetapi akan berulang-ulang sehingga beberapa hari. Sebenarnya ia sedang menyampaikan sesuatu kepada kita dan maklumat tersebut berbeza mengikut anggota badan itu sendiri. Sebagai contohnya;
  1. Ubun-ubun - akan memperoleh harta atau kebahagian.
  2. Dahi - akan memperoleh ilmu yg baik
  3. Kelopak mata bawah - akan berdukacita
  4. Hidung bahagian kanan / leher kiri - sembuh dari penyakit
  5. Telinga / bibir atas - akan bertemu seteru
  6. Ibu jari kiri - bakal jadi orang yang dihormati
  7. Perut kiri - akan didatangi musuh
Setakat ini sahaja dari saya dan akan saya ulas lagi di hari yang lain.

Wallahua'lam


Saturday, September 5, 2009

PETUA#6 RAHSIA JENGKAL


Salam semua,

Apa itu RAHSIA JENGKAL? Sebenarnya ia merupakan petua untuk kita mengenalpasti sasaran- sasaran lemah ( target area ) pada tubuh pihak lawan.

Bagaimana kaedahnya? Mulakan dengan kawasan lemah yang pertama iaitu ulu hati. Kemudian ukur sejengkal dari ulu hati. Kalau ke atas adalah kawasan halkum, ke sisi adalah rusuk muda ( rusuk yang tidak bercantum dengan tulang dada -sternum) dan ke bawah adalah kawasan perut -solar plexus). Seterusnya,dapatkan kawasan yang sejengkal dari kawasan - kawasan tadi dan akhirnya anda akan dapat mengenalpasti kawasan2 atau daerah lemah pada tubuh seseorang manusia itu.

Namun begitu, ada 2 daerah yang paling diminati oleh pakar-pakar beladiri yang dipanggil 2 buah iaitu;
  1. Buah Halkum
  2. Buah Penyawa ( testis )

Wallahua'lam

PETUA#5 KUATKAN JEJARI

Salam semua,


Bagi menguatkan jari jemari anda, anda perlu dapatkan bekas yang diisi dengan pasir. Kemudiaan lakukan tusukan -tusukan yang padu ke dalam bekas yg berisi pasir tersebut. Amalkan sehingga jari-jemari anda menjadi kuat dan mampu melaksanakan tusukan yang mantap ke sasaran lemah pihak lawan.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan tekan tubi menggunakan jari. Mula-mula gunakan 5 jari dan bila dah agak mahir,kurangkan bilangan jari yang kepada 3 (ibu,telunjuk,hantu), 2 ( ibu dan telunjuk ) dan satu jari (telunjuk shj).Setiap set pastikan mampu melakukan kekerapan sekurang-kurangnya 30 kali.

Wallahua'lam

PETUA#4 MENGUATKAN CENGKAMAN TANGAN


Salam semua,


Bagi menguatkan cengkaman tangan, ambil surat khabar lama kemudian ramas menggunakan tangan sehingga gompolan surat khabar itu hancur. Amalkan selalu dan anda akan dapat rasakan otot-otot jejari dan tapak tangan akan menjadi kuat dan pejal serta mampu melakukan cengkaman atau cekak pergelangan lawan dengan mantap.


Wallahua'lam

PETUA#3 TAMBAH KEKUATAN PENUMBUK


Salam semua


Bagi menambakkan kekuatan pada penumbuk kita, ambik apa sahaja benda (kertas, rumput, batu kecil dsb ) letak pada tapak tangan dan genggam. Anda akan dapat rasakan kekuatan penumbuk anda bertambah "power".........


Wallahua'lam

PETUA#2 AIR SEBAGAI TERAPI


Salam semua,

Minumlah air masak dalam kuantiti yang banyak selepas sahaja bangun dari tidur ( pagi ). Ia sebenarnya dapat menjadi sebagai Terapi Kesihatan buat kita. Bersempena di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah2 kita sama2 bangun bersahur kerana bersahur itu ada padanya keberkatan yang berganda! Dan jangan lupa untuk minum air banyak2.


Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...