Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, January 10, 2011

Huruf Hijaiyyah Pada Tubuh

Salam semua,

Merujuk kepada ilmu pendekar silam,terdapat suatu ilmu yang berkaitan huruf2 Hijaiyyah sebanyak 30 huruf yang mana 2 hurufnya bersifat bukan nyata. Setiap huruf mempunyai rahsia2 nya yang tersendiri dan mempunyai penjaga yang dinamakan Khadam Huruf.

Di dalam tubuh manusia juga,ada diisyaratkan akan huruf2 Hijaiyyah ini mengikut kefahaman dan ilmu guru2 terdahulu. Banyak kelebihan sekiranya kita tahu rahsia dan kaedah menggunakannya. Antara Ayat Pembuka/Pengaktif Huruf2 Hijaiyyah dalam tubuh kita adalah dengan membaca Surah Al-Fath ayat 29. Ini kerana ayat ini mengandungi kesemua Huruf2 Hijaiyyah di dalam ayatnya.

Dalam pengajian Hisab dan Falak pula, setiap huruf mempunyai sifir2 nya yang tertentu. Nilaian nya adalah seperti berikut;

ﺍ:1; ﺏ:2 ;ﺕ:400 ; ﺙ:500; ﺝ:3; ﺡ:8; ﺥ:600; ﺩ:4; ﺫ:700; ﺭ:200; ﺯ:7 ;ﺱ:60;ﺵ:300; ﺹ:90; ﺾ:800; ﻁ:9; ﻅ:900; ﻉ:70; ﻍ:1000; ﻑ:80; ﻕ:100; ﻙ:20; ﻝ:30; ﻡ:40; ﻥ:50; ﻫ:5; ﻮ:6; ﻱ:10;

Sifir2 ini wujud sebelum wujudnya nombor2 dalam tulisan Arab.


Wallahua'lam


11 comments:

  1. Salam, tuan bercerita sesuatu yang amat tinggi

    ReplyDelete
  2. Semoga ianya menjadi sekadar pengenalan ilmu di antara ilmu2 Allah Yang Maha Luas

    ReplyDelete
  3. langsung tak paham.. nak blajo la nanti.

    ReplyDelete
  4. tak faham takpe jangan buat2 faham sudah..2 la bahana intenet bila ilmu dah tergantung..blajo elok2..cari guru jangan belajar dengan buku je,,law tak guru kita mahaguru syaitan namanya..jangan sesat dalam nyata..belajar la ilmu untuk takut,mencintai,taat pada ALLAH bukan untuk menunjuk-nunjuk.

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum.
    Saya ingin bertanya..kalau belajar tanpa guru dikatakan berguru dengan syaitan.
    Bagaimanakah jika seseorang itu menerima ilmu dari ilham yang datangnya dari
    Allah SWT atau dikatakan ilmu laduni?
    Mohon penjelasan Tuan dan saya mohon ribuan kemaafan andai pertanyaan
    saya ini menyinggung hati semua pihak.
    Wasallam.

    ReplyDelete
  6. Ape motifnye ilmu ni, orang gune ilmu ni untuk ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu ni....hijaiyah...ilmu kalam....klu bljr hijaiyah ni bnykkn baca quran....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...