Salamun Alaik;
Dalam melaksanakan TEKNIK MEMBANGKITKAN TENAGA DALAM, terdapat 7 elemen penting yang menjadi RAHSIA kepada keberkesanan dan kesempurnaannya. 7 elemen tersebut adalah;
1. Bayu Insan
2. Tongkat Langit
3. Bangkit Kersani
4. Cengkam Bumi
5. Cipta
6. Mantra (Zikir)
7. Dabus
Wallahua'lam
Monday, July 11, 2011
Thursday, July 7, 2011
AMALAN PENGUNCI DIRI
Salamun Alaik,
1. Sebut KAF dan lipat jari kelinking KANAN.
2. Sebut HAA dan lipat jari manis KANAN.
3. Sebut YAA dan lipat jari tengah KANAN.
4. Sebut 'AIN dan lipat jari telunjuk KANAN.
5. Sebut SOD dan lipat jari ibu KANAN.
Sambil GENGGAM TANGAN KANAN, niat dihati " Terbelalah Aku"

1. Sebut HAA dan lipat jari kelinking KIRI.
2. Sebut MIM dan lipat jari manis KIRI.
3. Sebut 'AIN dan lipat jari tengah KIRI.
4. Sebut SIN dan lipat jari telunjuk KIRI.
5. Sebut KOF dan lipat jari ibu KIRI.
Sambil GENGGAM TANGAN KIRI, niat dihati " Terpeliharalah Aku"
Dalam keadaan kedua2 Tangan Menggenggam, BACA AYAT di bawah;
"Wa Kul Jaaa Alhaqqu Wa za Haqal bathila Innal Baathila Kaa Na Zahuuqoo" baca 4 kali hembus ke depan, kanan, kiri, belakang. Jalan 7 langkah dan lepaskan GENGGAMAN TANGAN.
Wallahua'lam
Labels:
amalan
Thursday, June 30, 2011
ASAL USUL BESI
Salamun Alaik;
Mantera
Bismillahirrahmanirrohim
Hai besi bangunlah engkau si raja besi
Yang bernama si ganda bisa
Engkau duduk di kepala jantungku
Bersandar di tiang arasy
Ku minta tinggalkan insanku
Ku minta rendah insan sekalian
Berkat aku memakai wujud kudrat Sayyidina Ali
Bujur lalu melintang patah
Lalu juga kehendak Allah
Berkat Lailaha illallah
Muhammadar Rasulullah

****************************************************
Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam al-Qur’an karena terdapat surat bernama al-Hadiid yang berarti besi. Allah berfirman:
“Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya.” (QS. al-Hadiid [57]: 25).
* Kata anzalna yang berarti Kami turunkan( merujuk kepada diturunkan dari atas atau dari langit).Pembentukan logam berat seperti besi, emas, platinum, uranium dan plutonium ada kaitan dengan kematian bintang di angkasa raya. Apabila bahan api bintang kehabisan maka tindakbalas nekleosentesis yang menukarkan silikon dan sulfur kepada besi akan berlaku pada teras bintang.
Besi mempunyai susunan nekleus yang paling stabil. Tenaga pembentukan atom besi sungguh tinggi. Besi tidak terbentuk di bumi tetapi dari bintang di ruang angkasa menerusi proses yang disebut tadi. Ledakan nukleosintisisis yang berlaku pada suhu yang tinggi akan menghamburkan besi ke ruang angkasa dan seterusnya di tarik ke permukaan bumi menerusi tarikan graviti.
Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu tatkala pada masa itu pengetahuan tentang alam terlalu cetek. Namun hanya pada zaman moden ini, ahli-ahli sains dapat merungkai persoalan tentang kewujudan besi di bumi walhal Al-Quran telah meceritakan akan hal ini lebih 1400 tahun yang lalu. Subhanallah!
Wallahua'lam
Labels:
Besi
Wednesday, June 22, 2011
Ringkasan Huraian SENI YOI
Salamun Alaikum,
Dipetik dari Buku Panduan Jurulatih Gayong Serantau Kelantan
- Seni Yoi merupakan salah satu cabang Ilmu Silat Seni Gayong.
- Ianya penting dan sesuai digunakan untuk;
1. Menghidupkan GERAK LANGKAH - mampu bergerak pantas dan stabil agar belaan & serangan
menjadi sempurna.
2. Mampu bertempur di PELBAGAI RUANG dan LOKASI..
3. Pertempuran yang melibatkan MUSUH YANG RAMAI.
- Seni Yoi terbahagi kepada 3 BAHAGIAN UTAMA;
1. Tapak Yoi
2. Buah Yoi
3. Amalan/Doa Yoi
- Seni Yoi juga menerapkan 7 ELEMEN bagi memantapkan setiap gerak yoi iaitu,
1. Jenis Tapak Kekuda
2. Jijak Bara (Jinjit Tumit)
3.Gaya Menanti (Kedudukan Tapak dan Kaedah Sambut )
4. Teknik Pernafasan dan Imbangan
5. Sudut/aras pandangan
6. Konsep Ruang dan Kedudukan
7. Kemantapan Gerak (Kekuatan/Kepantasan/Ketepatan)
- Latihan Yoi banyak diserapkan dalam;
1. Asas Gerakan (Berkisar Tapak-mengubah haluan serangan)
2. Gerakan Anak Harimau (Serangan & Belaan 4 penjuru)
3. Elak-Pukul (Masa pertembungan yang singkat)
4. Tapak Yoi (tapak 1,2,3,4,7,8,12,14,21)
5. Buah Serangan ramai (1vs 2, 1vs 3, 1vs 4)
6. Seni Tempur Gayong ( Makan Gerak, Makan Segerak, Makan Gerak dalam gerak, 3 Daun dll)
7. Serangan Bebas (Tangan Kosong & senjata)
* Apa maksud YOI? dan Kenapa ADMAR mengaitkan YOI ini dengan Ilmu Gayong?

Yoi
Sunday, June 19, 2011
SEJARAH BUGIS
Bugis
Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia,mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak, Menurut sumber secara lisan tidak bertulis yang lain pula sememangnya suku Bugis(buqis Kapal) dan suku Ugi dari kepulauan Sulawesi adalah berbeza. Bugis adalah berasal dari perkataan beribukan puteri Balqis(isteri kepada nabi Sulaiman)Permaisuri kerajaan Saba'(sheba). Mereka adalah pedagang rempah2, kemenyan atau kemian dan lain-lain di antara tanah Hadramaut, Yaman sehingga ke Tanah Ugi(Sulawesi) di Pandjung Luwuk semenjak beratus-ratus tahun sebelum Masehi lagi. Mereka adalah sangat berpegang teguh kepada ajaran Agama Islam sehingga salah seorang ketua kapal mereka yang terkenal Tuan Hj Besar Daeng Selili Pancung tanpa Tanya Matindro ri Kuala Kangsar telah dilantik menjadi mufti Perak(1745) dalam mengawal perlaksanaan hukum hudud di Negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (III) (1728-1756) oleh kerajaan Uthmaniyah Turki.
Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni(digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.
Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.
Pengislaman Bugis
Pada abad ke 16 Sulawesi telah mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
Bahasa Bugis
Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.
Dipetik dari Wikipedia.org
Wassalam
AYAT SUNDANG
Salamun Alaik;
Sundang tergolong dalam kumpulan senjata pedang. Ianya berasal dari Bugis. Ada yang Jantan dan ada yang Betinanya. Jantan lebih berat dan panjang berbanding yang Betina. Ada kaedah bermainnya secara memegang 2 tangan dan ada yang hanya bermain sebelah tangan di samping perisai. Letaknya di belakang bahu bila berdayung dan di sisi pinggang bila berjalan di darat. Terdapat juga yg berbentuk keris. Fungsi nya adalah untuk MELIBAS dan MENETAK, bukannya untuk MENIKAM. Di dalam Silat Seni Gayong, senjata Sundang diajar kepada guru2 Gayong yg berbengkong Pelangi Kuning Tinggi dan ke atas. Di sini, saya berkongsikan AYAT SUNDANG tetapi dalam bentuk terjemahannya. Untuk dapatkan AMALAN yg sebenar, perlulah mendapatkan IJAZAH dari Guru2 Gayong yg bertauliah.
" Basmalah
1. Kami dengan ALLAH, Kemuliaan kami,
2. bukan dgn gah dan pangkat,
3. PEDANG kami di dalam kata-kata kami,
4. Cukuplah bg kami ALLAH dan NABI."

amalan gayong
Saturday, June 4, 2011
PETUA #11 TUJUH SASARAN MAUT
Salamun Alaikum,
Setiap serangan yang sempurna memerlukan KEPANTASAN, KEKUATAN DAN KETEPATAN. Ketepatan serangan pula memerlukan pengetahuan ke mana arah sasaran yang paling tepat untuk kita menyerang. Petuanya adalah berdasarkan 7 kawasan/daerah maut pada tubuh manusia;
1. Buah Penyawa (Kemaluan)
2.Ulu/sudu Hati
3. Jantung
4. Rusuk Kanan
5. Rusuk Kiri
6. Halkum
7. Leher (Titik Saraf Karotid)

petua
Saturday, May 28, 2011
PETUA #10
Salamun Alaik;
Bila berdepan dengan musuh, HIDUPKAN (aktifkan) kedua2 tangan dan kaki anda hanya dengan merasai akan adanya ia bersama kita. InsyaAllah, Tulang empat kerat anda akan melaksanakan tugas dengan baik sewaktu pertempuran berlaku.
*anda boleh cuba sebagai latihan; minta partner anda menyerang secara bebas dan perhatikan apa refleks anda. Kemudian cuba aktifkan tulang empat kerat anda dengan PETUA di atas, dan rasai perbezaannya. Dengan sedikit kaedah PETUA,kesannnya adalah amat luar biasa sekali.

Sunday, May 22, 2011
Saturday, May 21, 2011
Friday, May 20, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Sunday, April 24, 2011
WISMA GAYONG......BILA IANYA DAPAT DIREALISASIKAN?????
Salamun Alaik,
Wisma Gayong.......Suatu Penantian;
Semoga perancangan pembinaannya dipermudahkan oleh-NYA.
Wallahua'lam
Labels:
pandangan,
wisma gayong
Saturday, April 23, 2011
SIAPA SEBENARNYA WALI TUJUH ???
Salamun Alaikum,
Selain dari Wali 9 (Wali Songo), Wali 7 juga ada perkaitannya dengan Nasab Ilmu Silat Seni Gayong..... Persoalannya siapa sebenarnya Wali 7 ini? Dari mana asal dan sejarah kemunculan mereka?
Wassalam
Selain dari Wali 9 (Wali Songo), Wali 7 juga ada perkaitannya dengan Nasab Ilmu Silat Seni Gayong..... Persoalannya siapa sebenarnya Wali 7 ini? Dari mana asal dan sejarah kemunculan mereka?
Gambar Wali 7
Kepada yang mengambil ijazah ilmu2 kebatinan/kerohanian Silat Seni Gayong pastikan anda mengetahui susur galur ilmu tersebut.Tanya guru2 sedara supaya kita dapat kenal siapa Guru-Guru perantara ilmu tersebut dan ianya juga dapat disampaikan kepada generasi2 masa hadapan agar sejarah mereka tidak pupus ditelan zaman.
Wassalam
Labels:
pandangan,
wali tujuh
Tuesday, April 19, 2011
SENJATA MELAYU - BUKU LIMA
Salamun Alaik,
Wassalam
Buku Lima jenis Genggam
Buku Lima ialah sejenis senjata berbentuk penumbuk yang mempunyai mata berbucu daripada logam (tumpul atau tajam) dan digenggam/disarung di tangan. Senjata ini digunakan secara tersembunyi/sulit tanpa pengetahuan musuh. Ianya bukan bertujuan untuk membunuh tetapi sebagai pukulan curi yang mampu memberi kecederaan parah kepada pihak lawan. Sasarannya utamanya adalah bahagian muka. Selalunya digunakan bila berdepan dengan lawan yang lebih besar atau kuat. Terdapat 2 jenis buku lima mengikut kaedah memegangnya; jenis yang digenggam dan jenis yang disarung.
Di bawah ini merupakan Buku Lima yang telah diinovasikan.......
Namun perlu diingat, di Malaysia, mereka yang menyalahgunakan Buku Lima dan mencederakan orang lain boleh didakwa mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Labels:
senjata melayu
Tuesday, April 12, 2011
PETUA #9
Assalamualaikum,
BACA GERAK
Dalam menguasai ilmu beladiri, kemahiran membaca gerak pihak lawan amat diperlukan supaya pesilat mampu untuk bertindak pantas dalam mematahkan setiap serangan dari pihak musuh. Secara asasnya, pesilat perlu berlatih membaca pergerakan tubuh lawan ketika saat mereka mula bergerak untuk melaksanakan serangan. Kalau serangan tangan, bagaimana liuk tubuhnya. Sama juga dengan serangan kaki. Kemudian, bezakan pula serangan menggunakan anggota kanan dan kiri. Itu adalah asas kepada ilmu BACA GERAK.
Dalam ilmu ini, terdapat banyak petua yang dijadikan formula BACA GERAK yang dipanggil PENANDA GERAK TUBUH. Yang paling asas adalah MELIHAT KEPADA PERGERAKAN BAHU MUSUH. Dengan mengguna Penanda Bahu ini, pesilat mampu mengagak dengan tepat serangan yang bakal dilepaskan oleh pihak musuh seperti;

- Bahu kanan ke depan - serangan tangan kanan
- Bahu kiri ke depan - serangan tangan kiri
- Bahu kiri jatuh ke belakang - serangan kaki kanan
- Bahu kanan jatuh ke belakang - serangan kaki kiri.
Walaupun nampak mudah, namun ianya perlu kepada latihan. Cuma, dengan berbekalkan PETUA ini, pesilat mampu untuk mematahkan serangan pihak musuh dengan lebih mudah dan tenang kerana setiap gerak awalan pihak musuh itu mampu dibaca oleh pesilat. Petua Baca Gerak ini pula terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap pelajaran pesilat. Penanda Bahu ini merupakan asasnya dan masih banyak lagi penanda-penanda yang lebih senang dan efektif.
Sebenarnya PETUA ini telah dijadikan pedoman oleh para Pendekar silam dalam teknik tempur mereka. Ilmu ini juga termasuk di antara ilmu-ilmu sulit yang dipanggil PAKAIAN PENDEKAR!
Wallahua'lam
Sebenarnya PETUA ini telah dijadikan pedoman oleh para Pendekar silam dalam teknik tempur mereka. Ilmu ini juga termasuk di antara ilmu-ilmu sulit yang dipanggil PAKAIAN PENDEKAR!
Wallahua'lam
Labels:
petua
AMALAN QULHU
Salamun Alaik,
Amalan Qulhu 70 ribu (Al -Ikhlas) merupakan antara pengisian utama bagi amalan kerohanian Silat Seni Gayong. Bilangan 70 ribu ini mengisyaratkan kepada 70 ribu liang roma pada tubuh seseorang manusia dan 70 000 HIJAB pada diri Insan. Selepas murid gayong berjaya menghabiskan pembacaan ini (minima 14x sehari semalam tanpa putus hingga capai 70 ribu) mereka akan menjalani suatu majlis adat yg dipanggil KHATAM QULHU. Kemudian, Guru akan mengijazahkan pula amalan2 wirid/zikir/doa tertentu sebagai pakaian diri buat anak2 Gayong seperti;
1. Ayat 4 (Ayat Perang)
Kebanyakan Guru Gayong telah menetapkan seseorang murid perlu mengkhatamkan terlebih dahulu amalan Qulhu ini sebelum mereka diiktirafkan untuk kenaikan bengkong Pelangi Hitam.
Wallahua'lam.

2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh ( Seni Kipas Nandung )
5. Pedang QAF
6. Doa Kalimah 19
7. Doa Nurrunniyah ( Ayat2 Mutaqaat )
Kebanyakan Guru Gayong telah menetapkan seseorang murid perlu mengkhatamkan terlebih dahulu amalan Qulhu ini sebelum mereka diiktirafkan untuk kenaikan bengkong Pelangi Hitam.
Wallahua'lam.
Labels:
amalan gayong
Subscribe to:
Posts (Atom)