Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Saturday, March 6, 2010

BERTAPA........

Salam semua,

Amalan bertapa merupakan antara amalan2 para pendekar silam. Namun, ramai yang cenderung berpendapat yang amalan bertapa ini diragui "kesuciannya". Persoalannya sekarang, adakah amalan bertapa ini benar2-benar terpesong dari ajaran agama ataupun ianya "bersih" dan diharuskan?

Mengikut dari pengalaman saya sendiri, bertapa ini sebenarnya adalah suatu proses penebus diri atau peringkat persediaan diri utk menerima amalan2 kerohanian@kebatinan yang tinggi. Melalui kaedah bertapa,seseorang pesilat itu akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Antaranya;
1. Kesunyian (tinggal keseorang diri dalam tempoh masa tertentu)
2. Ketakutan (ancaman binatang buas)
3. Berlapar (berpuasa pati geni)
4. Gangguan (usikan oleh makhluk2 halus)
5. Kebosanan (hanya berzikir dan solat)

Sepanjang bertapa, pesilat itu akan berlepas diri dari kehidupan harian mereka spt bercakap2, bermain dgn rakan2 @ keluarga, berfikir tentang urusan kerja dan masalah kehidupan, melakukan maksiat seperti melihat aurat2 @ mengumpat dsb. Apa yang perlu dibuat hanyalah, berwirid dengan bilangan yg ditetapkan (teramat banyak), solat (sunat dan fardu), puasa(puasa hajat), muhasabah diri dan melakukan perkara2 yang positif.

Kenapa perlu buat sedemikian rupa? Semestinya kita tidak mampu untuk melakukan amalan2 tersebut jika kita duduk dalam persekitaran sekarang.....dikelilingi oleh keluarga, rakan2, hiburan, televisyen, dsb.........

Setelah berjaya mengharunginya, pasti seseorang pesilat itu telah mampu meningkatkan kekuatan jiwa, kesabaran, disiplin diri dan yang terpenting adalah bersedia utk menerima AMANAH ILMU. Harus diingat, kebanyakan amalan2 kebatinan (dalam silat), mempunyai getaran yang amat tinggi, sekiranya kurang persediaan, pastinya tubuh pesilat tidak mampu untuk menampungnya!

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga amalan2 bertapa ini dari sesetengah perguruan silat yang bertujuan utk mendapat dampingan dengan makhluk2 halus. Semoga amalan2 yang khurafat dan syirik spt ini dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita.

Wallahua'lam

37 comments:

  1. saya tidak mau berbincang jauh mengenai pertapaan..cuma agak keliru..baik... dalam islam kita di ajar supaya menghrmati jiran..bagaaimana kalau kita bertapa meninggalkan keluarga adakah kita dikira telah menjalankan tgjawab dengan keluarga bagaimana ada jiran yg susah kita tak dpt nak bantu sbb kita pergi bertapa jd mcmna ya? saya keliru bleh perjelaskan hal ini.

    ReplyDelete
  2. saya ingin penjelasan kenapa semasa kita mandi tapak kita si suruh membaca surah Al-Masad. kenapa Al-Masad tidak yang lain. apa kaitannya dengan ilmu persilatan Gayong

    kalau boleh cikgu send ke email saya nikiznan@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam kiaisepuh,

    Dalam konteks ini, ia umpama kita pergi menuntut sesuatu ilmu,sebagai contohnya,pergi ke luar negara utk mendapatkan ijazah atau master. Kadang2 perlu meninggalkan keluarga dan jiran2 sementara utk mendapatkan ilmu tersebut. Selepas tempoh tertentu,selepas selesai pulanglah kita seperti biasa. Namun,sebelum itu perlu selesaikan tugas kita terlebih dahulu sekiranya bekerja dan tinggalkan duit dsb utk keluarga,isteri anak anak2.....

    ReplyDelete
  4. CUKUP SYARAT BARU P..IBARAT NAK BUAT HAJI..CUKUP BELANJA UTK ORG2 YG KITA TNGGALKAN..TERJAMIN KESELAMATAN MEREKA..BARU LAH BOLEH..HANYA SATU PANDANGAN DAN CONTOH..HARAP TIDAK DISALAH TAFSIR.SEKIAN.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...mekasih kerana jawapan yg diberikan cuma ada satu persoalan lagi,,dalam era ini adakah menjadi satu kewajipan untuk bertapa? mohon penjelasan ye

    ReplyDelete
  6. salam, maaf tanya. biasanya bertapa ni buat di mana dan berapa lama masanya? tuan pemilik blog pernah bertapa?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. orang muda nak bertanya, biasanya jika bertapa,amalan apa yang dibaca ye?

    ReplyDelete
  8. wahabi lagi mengarut..

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Bertapa sebenarnya bukan hanya tertakluk di hutan2 shj (gua,bukit,gunung),tetapi kalau nak lebih pengalaman di sana lah tempat yg paling sesuai.

    Amalan zikirnya adalah terdiri drpd Ayat2 Al-Quran dan wirid2 yg muktabar.....tp solat tetap solat....ditambah dgn puasa dsb......

    Amalan bertapa ini bukannya suatu kewajipan tetapi kalau nak sesuatu yg berkehendakan utk bertapa,maka kena pergilah.Kalau xnak pun xpa......

    Kalau dah awal2 lagi kata mengarut,jadi xperlulah sedara baca bahan2 dlm blog ni.....ianya adalah sesuatu yg mengarut bagi pihak sedara. Bagi yg berfikir,akan ada hujah disebalik kata2.....

    Pasal Wahabi.....saya no komen.......

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  10. sorang kenalan saya penah cerita, waktu bertapa rang lain tak boleh nampak si petapa hanya ibu bapanya sahaja serta gurunya yang boleh nampak.

    maca Sunan Kalijaga .... betul ke?

    ReplyDelete
  11. maaf tumpang tanya,,...kalau semua p bertapa nanti mcmana soal pantadbiran negara?

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Tentang org yg bertapa itu hilang dari pandangan manusia2 lain itu di luar pengetahuan saya.....

    Sebenarnya istilah bertapa itu senang dan menjadi fahaman buat org2 kita (Melayu)....bagi org2 yang khususul khusus atau para wali yang pula istilah dan fahamannya....contohnya spt istilah "bersuluk"....

    ReplyDelete
  13. Salam kiaisepuh,

    Soalan sedara tu boleh juga diumpamakan spt "kalau semua rakyat Malaysia pergi belajar ke luar negara....??????? sedangkan tiada halangan utk melanjutkan pelajaran atau kerja di luar negara............Wallahua'lam

    ReplyDelete
  14. saudara kiaisepuh, jangan ganggu kami nak belajar! kami tak pandai maka kami tanya. tapi bukan soalan bodoh saja-saja nak pekena.

    apa saudara kiai boleh ajar saya sebarang ilmu bermanfaat?

    saya tak pernah kira siapa guru saya. sama ada saya suka atau tidak. sama dia baik atau tidak. kerana saya belajar kerana Tuhan, bukan kerana guru.

    kalau tuan pandai menulis A, ajarkan saya tanpa perlu tunggu ada ijazah pendidikan untuk boleh mengajar saya.

    ReplyDelete
  15. ish...sekali fakir al-banjari marah daa...adus! jgm marah bang..kita pun nak belajar jugak ni..cuma konfius ni dgn bertapa ni...ayoyo...mungkin pandangan kita berbeza..saya tanya yang kulit2 tuan tanya yang isi2...kasi la saya faham dulu mana ada nak pekena org pun...maaf la

    ReplyDelete
  16. tuan fakir utk pengetahuan tuan sy tak niat ooo nak pekena sapa2 ni...tuan azizan ni pun baru sy kenal dlm blog ni mana penah gaduh ngan dia...
    hehehe,...sebenarnya fakir yg bertanya itu lebih tahu sebenarnya...rasanya laa itupun melalui pancaindera saya yg keenam.hahah jgn marah aaa...oklah saya tanya soalan yg tak berapa nak mencabar sikit. kalau kita bertapa sorang2 memang kita bersolat tapi kita tak dpt solat berjemaah..mcmana ya...kan itu sunah nabi yg utama jugak...cabaran lain ialah berpuasa (pati geni) bagaimana puasa itu..adakah mengikut syarak...jgn salah tafsir pulak ni tanya nak tau bukan nak pekena tolong berbaik sangka la pada saya..ya..

    ReplyDelete
  17. ada lagi soalan sy konfius betol ni..jgn salah tafsir pulak ye.. kata2 di bawah saya ambil kata2 tuan azizan:
    Mengikut dari pengalaman saya sendiri, bertapa ini sebenarnya adalah suatu proses penebus diri atau peringkat persediaan diri utk menerima amalan2 kerohanian@kebatinan yang tinggi.
    persediaan diri untuk menerima amalan2 kerohanian dan kebatinan yg tinggi bagaimana yg dimaksudkan oleh tuan azizan..? minta tolong dijelaskan...

    dan yg terakhir katanya lepas berjaya mengharunginya bersedia utk menerima AMANAH ILMU. AMANAH ILMU bagaimana yg di maksudkan minta penjelasan ya...nak tau betul ni

    ReplyDelete
  18. ini baru soalan logik. mana munkin semua orang akan bertapa. belajar silat pun berapa kerat je Melayu yang buat. dalam beberapa kerat tu, berapa kerat pulak yang percaya dan pada bertapa. dalam yang percaya tu, berapa kerat yang minat. dalam yang minat tu berapa kerat yang sanggup?

    sebab tu saya kata soalan jika semua pi bertapa tu soalan bodoh dan saja-saja sebab tanya keadaan yang tak mungkin

    ReplyDelete
  19. mm.. logik...logik.. saya pun tak tau nak tanya apa.. nak tau jawapan je..

    ReplyDelete
  20. alaah.. korang semua tau dah.. saje nak bagi panas...

    eheh.. salam tuan rumah!

    p/s: aku malas nak main sama.. korang mainlah..

    ReplyDelete
  21. provokasi adalah salah satu cara supaya guru mengeluarkan ilmunya secara 'terpaksa'

    kalau nak tunggu je, dapat la ynag biasa-biasa sahaja

    ReplyDelete
  22. Salam semua,

    InsyaAllah,esok saya akan bagi jawapan kpd soalan2 yg dibangkitkan.....2 hari ni amat sibuk dengan persiapan menyambut Jubli Perak Sekolah....

    ReplyDelete
  23. Salam semua,

    Syeikh Ahmad Zaruq menyatakan khulwah adalah lebih khusus dari uzlah (menyendiri dgn Tuhan). Khulwah adalah jenis iktikaf kerana iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid. hadis menyatakan Nabi Musa berkhulwah 40 hari manakala Nabi Muhammad SAW sendiri berkhulwah selama 30 hari. (lihat Qawaid tasauf karangan Shyeikh Ahmad Zaruq halaman 39)

    Imam Ghazali menyatakan pula kaedah2 berkhulwah,peringkat2 dan maqam2 khulwah dengan katanya bahawasanya Syeikh Guru akan memilih tempat untuk muridnya berkhulwah dan menghantarnya wakil utk sedikit bekalan makanan halal kerana asal agama dari makanan halal. Pada ketika itu,Guru akan memberikan zikir2 utk diamalkan.......

    Dalil Al-Quran - rujuk Surah Al-Muzammil Ayat 8 ( boleh rujuk tafsir Abu Saud Jld 8 halaman 338....

    Wallahua'lam........

    ReplyDelete
  24. terima kasih tuan...nama2 yg tuan sebut adalah mereka wali2 Allah golongan sufi...cuma tuan tidak menjawab soalan yg saya tujukan...

    ReplyDelete
  25. Salam kiaisepuh,

    Penebus diri maksudnya,amalan yg kita amalkan utk persediaan menerima Amalan yg lebih tinggi. Merujuk pd kajian saintifik,setiap apa yg dibaca oleh kita,akan terhasil getaran2....Amalan pendinding atau amalan2 kependekaran,kebiasaannya menggunakan susunan Ayat2 Al-Quran yang berfrekuensi tinggi....Sekiranya diniatkan utk amalan sebagai pakaian diri dan dibaca dengan kaedah2 tertentu, getaran yang tinggi akan terhasil....Sekiranya tubuh kita belum bersedia utk menampungnya,dikhuatiri akan membinasakan diri. Tapi kena faham betul2......bukan Ayat2 Al-Quran itu yg menyebabkan kita binasa, tetapi susunannya yg tertentu itu boleh menghasilkan getaran2 yg teramat tinggi.....oleh itu,perlu ada persiapan diri spt yg saya sebutkan sebelum ini.......Wallahua'lam

    ReplyDelete
  26. Langsung Tak PandaiMarch 20, 2010 at 12:59 AM

    Assalamualaikum,

    Amalan bertapa pada zaman dulu ada dua cabang:
    Cabang 1: Bertapa bulat-bulat kerana Allah.
    Cabang 2: Bertapa nak dapatkan khadam Jin.

    Cabang 1 lebih kurang seperti Nabi Muhammad bertapa (berkhalwat) di Gua Hira' sebelum bermula kerasulan baginda. "Lebih kurang" di sini beerti dari sudut makna kasar dan perbuatan, dan bukan dari sudut hakiki kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana Rasullah berkhalwat dan beribadat di sana.

    Selain daripada befungsi sebagai "Tebus Diri" seperti yang dicadangkan Cikgu Azizan, amalan bertapa ini sebenarnya tahap penyucian spiritual.

    Semasa bertapa, si pertapa akan:

    (1) Memperbanyak amalan sunat seperti zikir, solat-solat sunat, puasa sunat dan sebagainya. Di hari lain selain hari pertapaan, si pertapa tidak punya masa untuk melakukan sedemikian.

    (2) Membuang rasa riak semasa beramal kerana tiada manusia yang melihatnya beribadat. Sifat syaitan biasanya akan mengganggu orang yang berzikir dengan menyuntik rasa riak di dalam hati, lebih-lebih lagi sekiranya ada orang lain di sekeliling.

    Secara ringkasnya, apabila rohani itu sudah bersih, darjat diangkat di sisi Allah. Orang yang tinggi darjatnya, hajatnya mudah diperkenan dan selalu dilindungi oleh Allah s.w.t.

    Kemudian setelah habis pertapaan, si pertapa akan dibenarkan untuk belajar terus dengan ilmu-ilmu yang lebih tinggi.

    Pertapaan tidak semestinya perlu mendaki gunung, dan tinggal di sana. Itu adalah tradisi kependekaran dan juga mengikut cara Rasulullah berseorang di Gua Hira', iatu satu tempat yang jauh daripada hubungan dengan manusia untuk mencapai matlamat di atas.

    ReplyDelete
  27. Langsung Tak PandaiMarch 20, 2010 at 1:22 AM

    sambungan...

    Kebiasaannya pertapaan banyak memerlukan seorang pertapa itu berzikir dengan pujian-pujian kepada Allah (contoh: Allahuakbar, Alhamdulillah, Astaghfirullah, Asma'ulhusna, dan sebagainya). Ada juga ayat-ayat "sejuk" lain yang digunakan seperti Surah Al-Ikhlas.

    Ayat "sejuk" mempunyai makna-makna yang memuji Allah dan makna-makna yang cantik. Sebaliknya, ayat "panas" pula banyak memberi makna kemurkaan Allah, tentang neraka, tentang pembalasan di dunia dan akhirat, dan sebagainya.

    Di sinilah lahirnya konsep ayat "sejuk" dan ayat "panas". Sejuk dan panas di sini bukan seperti meminum air Coca Cola ber ais atau tertumpah air kopi panas di peha. Tetapi bermaksud "panas" dan "sejuk" jiwa seseorang yang sukar diterangkan melalui rangkaian kata.

    Dalam ilmu persilatan, banyak ayat "panas" yang membawa makna pemusnah, pembakar, dan sebagainya.

    Jika "panas" dan "sejuk" tidak diseimbangkan, maka jadilah sasau atau "gila isim". Orang Cina lebih awal menjenamankan hal ini dengan konsep Yin dan Yang mereka.

    Nabi Muhammad juga ada mengajarkan hal ini kepada umatnya, cuba tidak dijenamakan pengajaran ini sepertimana orang Cina lakukan dengan konsep Yin Yang mereka.

    Contohnya, amalan terlalu makan banyak sangat daging boleh membuatkan seseorang itu panas baran. Itu adalah kesan "panas". Rasulullah mengajar umatnya supaya tidak terlalu memakan daging. Secara sains, dalam daging itu terdapat protein yang boleh merangsang rembesan hormon badan kita dengan cepat. Tarlalu banyak protein ini membuatkan kandungan hormon tidak stabil, maka emosi juga begitu.

    Oleh sebab itu, dalam aktiviti pertapaan, elemen "sejuk" sangat dititikberatkan. Pertapa tidak akan makan daging, sebaliknya membanyakkan sayur. Puasa juga lebih baik daripada makan.

    Setelah habis bertapa, si pertapa akan diberikan ilmu tinggi persilatan. Ilmu tinggi persilatan bersifat panas. Pembisa, penderas, penggerun, dan sebagainya.

    Kesimpulannya, kalau daripada awal lagi tidak menanam elemen sejuk ini (zikrullah) di dalam hati, maka wujudlah orang silat yang tidak berapa cantik hatinya.

    Pernah marah?
    Zikirkan astaghfirullahalazim sambir urut dada dengan tangan kanan. Itulah dia penyejuk.

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Syukran.....semoga dgn perkongsian idea dan maklumat tentang pertapaan ini dapat memberikan manfaat buat kita semua..........

    ReplyDelete
  29. Begitu rupanya.. Terima kasih, saya sudah faham..

    ReplyDelete
  30. betul la saya pun sudah faham tq

    ReplyDelete
  31. soalan. wujudkan amalan bertapa yang membaca mentera tertentu yang bukan dari ajaran Islam?

    apakah gangguan makhluk halus yang tuan sebutkan pasti akan wujud dalam setiap aktiviti pertapaan?

    ReplyDelete
  32. Langsung Tak PandaiMarch 26, 2010 at 4:29 PM

    Assalamualaikum,

    Maaf, saya tidak mempunyai Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dirujuk makna perkataan "mentera". Pohon pertolongan anda semua untuk hal ini.

    Menurut akal saya yang daif ini, saya maknakan "mentera" itu sebagai "kata-kata permohonan bantuan daripada Allah (atau Jin/Syaitan) yang tidak terdapat daripada al-Quran dan Hadith tetapi diamalkan oleh ulama' terdahulu dan terbukti "jadi" atas izin Allah".

    Namun, saya juga ada terbaca hadith yang menunjukkan hukum HARAM mentera. Namun sekali lagi, ianya seolah-olah "dimansuhkan" oleh beberapa hadith yang mengatakan bahawa [lebih kurang buyinya begini] "berdoalah dengan apa cara sekalipun."

    Maknanya, "mentera" itu boleh jadi "doa" sekiranya difahami jelas maksudnya.

    Bagi saya, "mentera" itu luas maksudnya. Saya lebih suka meletakkan ia ke dalam 3 jenis:
    (1) Mentera hitam
    (2) Mentera putih
    (3) Mentera hitam tapi nampak putih

    Mentera hitam itu sudah tentunya disulam kata-kata seruan ke atas makhluk Allah bernama Jin atau Syaitan. Tidak kiralah betapa cantik namanya itu, contoh: Syeikh Haji Mahmud Al-Buniani, mereka tetap jin. Hukumnya tetap HARAM.

    Mentera putih banyak diamalkan oleh ulama'-ulama' terdahulu. Mentera jenis ini (seperti juga mentera-mentera lain) tidak terdapat daripada al-Quran dan hadith sohih. Maknanya jelas. Permohonan bantuan adalah bulat-bulat kepada Allah. Hukumnya HARUS.

    Mentera hitam tapi nampak putih: ini adalah jenis yang MELAMPAU banyak di alam Melayu. Mempunyai makna tidak jelas. Ada unsur seru menyeru. Diselitkan ayat-ayat Al-Quran dan Selawat memberi kekeliruan kepada pengamal.

    Ada juga jenis yang menyusun petikan-petikan daripada ayat al-Quran sehingga memberi maksud songsang. Ditambah pula dengan niat yang samar-samar kerana Allah. Jin lah pendampingnya. Hukumnya tetap HARAM.

    Dalam dunia pertapaan, perlu diingatkan, langit tak selalunya cerah. Masih ada di kalangan perguruan silat kita yang mengamalkan mentera-mentera yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

    Orang dahulu bersilat bermula dari kecil dan mula akil baligh. Diselitkan pelajaran silat itu dengan pelajaran agama. Bermula dengan Fardhu Ain yang wajib sehinggalah amalan-amalan sufi apabila seorang murid itu telah LULUS ilmu-ilmu asas agama sebelumnya. Maknanya, apabila mereka sampai dewasa, ilmu Fardhu Ain dan cabang-cabang lain ilmu Islam sudah berada di hati mereka.

    Berbeza dengan pesilat zaman sekarang, terus melompat masuk ke pelajaran kebatinan (yang banyak pengaruh sufi) tetapi Fardhu Ain ditinggalkan.

    Pesilat jenis ini gah bercakap tentang alam malakut, luh mahfuz, alam malakut, jin, iblis, aura itu, aura ini, khadam ayat itu, khadam ayat ini, malaikat itu, malaikat ini... tetapi apabila diuji tentang asas akidah, asas feqah, asas syariah, merapu meraban. Dan juga panas baran sebab hampir gila isim.

    Akibat daripada hal ini, mereka gagal membezakan mentera yang baik dan mentera yang buruk.

    Sekadar memberi pendapat. Sekiranya masih ada yang saya tidak tahu, saya pohon pencerahan.

    ReplyDelete
  33. bertapa... jgn tak bertapa. hati kena suci, fikiran kena tenang, nafsu dilanyak betul-betul, turun sebawah-bawahnya. niat dan cara bertapa kena betul.

    subhanallah... bnyak beza sebelum dan selepas bertapa. yang jadi kalut sekarang, dalam gayong atau mana2, bila orang silat hanya bersilat di "luar" sahaja. lagi teruk bila bersilat hanya atas kertas atau di meja pejabat. hebat orang silat kerana silatnya, permainannya, bukan sejarah waktu mudanya. hebatnya kita kerana yakin kita pada yang Maha Satu. bersih dari syirik, syaitan, dunia, hawa dan nafsu. kita bersilat tidak mengejar kuasa, jauh mngejar sandang atau bengkung, tapi kejar ilmu itu sendiri. alang2 belajar ilmu silat, biarlah sampai hakikat, kalau tak brupaya mencapai ma'rifat.

    bertapalah... bila sudah sampai waktu dan ketikanya.....

    teringat hamba kata2 guru hamba...satu dari 7 golongan yang akan berada di bawah bayangan Arasy Allah di hari tiada bayangan melainkan bayangan Nya, ia lah pemuda yang menyendirikan diri di tempat yang sunyi, mengalirkan airmatanya ketika berzikir pada Allah...

    waAllahua'lam...

    ReplyDelete
  34. saya melihat ada saudara disini sebenarnya ingin menguji kerana perasan dirinya tahu dan berilmu , ada juga yg sengaja buat soalan pelik sebenarnya ingin memberitahu bahawa dia lebih tahu walhal sebenarnya dia masih tak tahu ,

    kalau nak belajar kosongkanlah diri, anggap diri tidak tahu apa2 , jangan anggap diri dah tahu kerana jika itu dalam dada nescaya lain jadinya ..

    tahniah pada sang pemilik blog yang sudi berkongi ilmu dan pengalaman, juga pada beberapa saudara yg memberi komen bernas dan lojik sebagai ilmu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...