Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, November 24, 2010

MURID AYAHANDA AMIN HAMZAH YANG DIIKTIRAF MEMAKAI BENGKONG HITAM

Salam,

Baru2 ini,saya berkesempatan bersama dengan Ayahanda Amin Hamzah ketika majlis Gayong di Labuan dan Sabah. Beliau memohon saya menyenaraikan nama2 penerima bengkong hitam yang diiktiraf oleh beliau selama 40 tahun berkecimpung sebagai jurulatih Gayong. Alasan beliau kerana kebelakangan ini ramai yang menjual nama beliau dan ada juga yang telah dikelaskan sebagai BIADAP dan MENDERHAKA dengan beliau.

Barisan Murid Ayahanda Amin Hamzah.

Berikut adalah nama2 murid beliau yang diiktiraf pemegang bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti;


1. Mirza

-tahun 1998

-bengkong terkini HPCS 2

-sandang gurulatih: Panglima Chula Hitam



2. Radzi

- tahun 1998
-bengkong terkini HPCS 4

-sandang gurulatih: Panglima Chula Hitam






3. Azizan

-tahun 2004

-bengkong terkini HPCS 4

-sandang gurulatih:Panglima Pelangi Hitam




4. Aswad

-tahun 2006

-bengkong terkini HPCS 1

-sandang gurulatih: -



5. Amir Fadhli

-tahun 2007

-bengkong terkini HPCS 2

-sandang gurulatih: -



6. Wan Halim

-tahun 2008

-bengkong terkini HPCS 3

-sandang gurulatih:Panglima Chula Hitam





7. Faqrul Redza

-tahun 2009

-bengkong terkini HPCS 1

-sandang gurulatih: -

8. Kama
- tahun : 2009
-bengkong terkini : HPCS 1
sandang kegurulatihan : -
Senarai anugerah;


* Rosni (Labuan) menerima kenaikan hitam chula 2 dan Shaiful Hakim (France) menerima Sandang Pelangi Hitam pada tahun 2009 di Ipoh,Perak



Perhatian: Mana2 murid Ayahanda Amin Hamzah selain yang disenaraikan di atas (sehingga 24 November 2010) adalah tidak diiktiraf sebagai pemegang bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti........



Wassalam

89 comments:

  1. Ini satu usaha yang baik dalam sistem kawalan kualiti. tahniah

    ReplyDelete
  2. Gayong Seantau Kelantan mengeluarkan sijil dengan nombor bersiri mana2 murid gayong yg menjalani perlimau sintuk.......

    ReplyDelete
  3. camne ngan jai?bukan beliau terima ngan cg amin tahun lepas

    ReplyDelete
  4. Mohon tanya dengan Ayahanda sendiri sbb saya pun terima mesej yang sama.....hanya senarai 7 penama ini shj yang diiktiraf oleh Ayahanda.....

    ReplyDelete
  5. kamal mmg diiktiraf oleh Ayahanda amin.....sy sendiri dah tepon Ayahanda tadi.....nanti sy minta sedara chulahitam updatekan post ni.....

    ReplyDelete
  6. maaf bertanya , bagi pemegang bengkung hitam ada tak disyaratkan bilangan gelanggang yang perlu di pegang oleh seseorg bg melayakkan seseorng itu menerima bengkung hitam, t kasih

    ReplyDelete
  7. masih menunggu jawapan mengenai bilangan gelanggang yg perlu di pegang bagi pemegang bengkung hitam???

    ReplyDelete
  8. ada masa iktiraf ada masa tidak ke.

    ReplyDelete
  9. Adakah sesiapa yang tidak diiktiraf kerana BIADAP dan MENDERHAKA?
    Bagaimanakah mereka MENDERHAKA?

    Terfikir, boleh pulak dah bagi, tak iktiraf ye...

    ReplyDelete
  10. pengiktirafan dari Yang Maha Esa juga yang diharapkan..Allahualam..

    ReplyDelete
  11. Tak sampai lagi ilmu anda dalam gayong...

    ReplyDelete
  12. Apalah sangat setakat tarik semula anugerah bengkong tu sedangkan anugerah kurnian Datuk pun boleh ditarik semula..........lagipun terima bengkong tu pun bukannya atas dasar pelajaran,cuma sekadar anugerah semata.

    ReplyDelete
  13. Assalamualikum...sy ingin bertanya & memberi pendapat sedikit....
    mengapa sudah di beri bengkong tetapi tak di iktiraf?kalau sesorang itu tidak layak menerimanya mengapa perlu dianugerahkan bengkong hitam?setiap org perlu membayar dgn nilai2 tertentu untuk mendapatkan bengkong tersebut...adakah guru itu hanya inginkan bayaran tersebut dan selepas itu bengkong yg diberi tak diktiraf?
    setau saya ada ramai lg bengkong pemegang bengkong hitam di bawah ckgu amin tetapi kenapa mereka semuanya tak di iktiraf?kalau tak silap saya ada lebih 20 org...adakah hanya anak emas ckgu amin sahaja yg di iktiraf?
    jgn nilai buku daripada kulitnya..tetapi nilailah drp isinya..
    jgn nilai manusia drp paras rupanya,kedudukannya,harta bendanya,wang ringgitnya...tetapi nilailah seseorg itu drp budi bahasanya,akidahnya,akhlaknya,ilmunya...
    kita harus ingt bahawa bengkong ada banyak di jual di kedai & sandang pula hanya sehelai kain yg boleh di beli @ di tempah...
    tetapi ilmu tidak boleh di jual beli dgn wang ringgit kecuali belajar dgn seikhlas hati & niat kerana Allah...
    seorg guru dianggap berjaya apabila anak muridnya berjaya mendidik & mengajar org lain sehingga berjaya...
    dan seorg guru dianggap gagal apabila guru itu sendiri yg menjatuhkan anak muridnya @ tidak mengiktiraf apa yg di beri pada anak muridnya...
    apakah yg di maksukan dgn derhaka pula?hanya kerana membetulkan seorg guru yg ada membuat kesalahan?bagaimana pula status anak muridnya yg tahu akan gurunya membuat kesalahan tetapi dibiarkan & menyokong kesalahan yg dibuat guru tersebut?
    kita harus di ingat walau setinggi mana ilmu guru tersebut,di tetap manusia biasa ciptaan Allah s.w.t...tiada manusia yg sempurna...
    minta penjelasan drp yg berkenaan...
    sekian terima kasih...
    wallahualam....

    ReplyDelete
  14. Mohon kemukakan senarai 20 org yang sedara maksudkan sebagai penerima bengkong hitam dari ayahanda Amin Hamzah.

    Jgn hanya pandai berhujah dengan fakta2 yang sesat dan mengelirukan!

    Bila nak membetulkan guru,jgn samakan antara guru dengan rakan2......ada kaedahnya yang berhikmah.

    Bila dah guru terasa dan kecil hati,itu kesilapan kita sebagai murid,jd kenapa seorang pun dari pihak anda tidak datang berjumpa untuk memohon kemaafan dan cerita hal yg sebenar.Berani kerana benar beb! Jangan hanya pandai berkata,tapi bacul hakikat diri kalian

    ReplyDelete
  15. Guru tetap guru,murid tetap murid.........guna kebijaksanaan dlm menyelesaikan kes sebegini.

    ReplyDelete
  16. Setahu saya cuma 8 org sahaja penerima bengkong hitam dari Ayahanda Amin plus rosni labuan jadi 9 kesemuanya. Kalau ada fakta lain sila kemukaka.Jangan jadi pembohong besar dalam blog ini!

    ReplyDelete
  17. Khalifah Kanan PSSGM PerakJanuary 2, 2011 at 3:50 PM

    Alhamdulillah...kami di bawah pimpinan PSSGM Perak tidak mengalami masalah ini...kami bersepakat dan bermuafakat..selesaikanlah secara berhikmah...

    ReplyDelete
  18. nak naik hitam ada syarat gllgg ke

    ReplyDelete
  19. ttg syarat gelanggang saya tak pasti wajib ke tidak untuk naik hitam bg stp cikgu gayong, tapi cuba kita fikir secara rasionalnya apa guna sandang berjela-jela , bengkung bercula-cula tapi TIADA GELANGGANG?? apa nilai bengkung yg di pakai itu, lebih baik dari yang memegang bengkung hijau ttp ada gelanggang krn dgn adanya gelanggang dn anak murid pasti ilmu yg diberi oleh ALLAH S.W.T ini dpt disebarkan utk kebaikan seluruh masyarakat. umpama ada ilmu tapi tidak disebarkan , peranan gurulatih atau pembntu gurulatih atau pemerhati dr tepi gelanggang atau pengkritik yg pk dia bgus itu salah ini salah adalah berlainan sama sekali. terlupakah pd AMANAT MAHAGURU , 'stp anak gayong wajib mempelajari stp ilmu gayong dan menyebarkannya kepada masyarakat'. fikirkan lah ..kita harus bersifat spt GURU-GURU LAMA yg sggup merantau utk menyebarkan ilmu silat ini demi memenuhi AMANAT yg diberikan..maaf sekiranya terlanjur berbicara , ikhlas dari hati yg kudus ini...

    ReplyDelete
  20. bagaimana sedara jai,sedara hasnul & sedara black?
    bkn kah mereka juga pemegang bengkong hitam yg di anugerahkan sendiri oleh ckgu amin?
    mengapa mereka tak di iktiraf?
    sedangkan mereka sudah lama merantau membawa ckgu amin kemana2 mengajar silat?

    ReplyDelete
  21. Salam...sila uji tahap bengkung hitam kamu dengan saya...saya adalah pemegang amanah silat gayong yang sebenar...pemegang bengkung hitam cula 7

    Sharif Muhammad Arif
    0194536678
    Pemegang Bengkung Hitam Cula 7

    Bayaran kursus: RM400 sejam
    Tempat: Gelanggang Panglima , Manjung, Perak

    ReplyDelete
  22. Pemegang Bengkong Hitam Chula 7 bahagian kanak2 riang.......

    ReplyDelete
  23. hahaha...jgn mudah mencabar sesorang...
    jgn duga lautan yg dalam...
    jgn sangka air yg tenang tiada buaya...
    kelak nnt memakan diri sendiri...
    ingat...
    apa yg kita ikrarkan ketika kita di mandi tapak dan seni...
    jgn mudah lupa...
    itu ikrar kita..
    kita berikrar sambil memegang apa?
    cuba ingat kembali...
    salam...

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah...tau pun...bila anda memegang adakah anda membaca dan menghayatinya?

    wahai anonymous....kita pegang tapi kita lupa pada ikrar sebenar...

    ANDA TIDAK FAHAM....!

    ReplyDelete
  25. Boleh admin senaraikan jenis jenis penderhaka yang dimaksudkan?

    pening betul le gayong ni wei...

    oi budak-budak gayong...gi belajar silat lain le...baru korang tau hitam korang tu boleh pakai ke idak...pelik betul la budak budak gayong ni..jumud...

    ReplyDelete
  26. bukan setakat anak2 gayong,bapak2 gayong pun rasanya perlu pi tengok ilmu dalam silat lain..... terutamanya yang berbengkong hitam chula 6 anugerah.....wakakakaka

    ReplyDelete
  27. Bler "EGO" tidak dpt dipisahkn drp bdn.. cmnie la jdnyer..

    Msg2 xnk beralah.. baik yg MUDA & yg TUA..

    Asyik nk bergaduh je....

    Kalo sume pakat muafakat.. InsyaALLAH, setiap gelanggang boleh menjana pendapatan..

    Note : xder faedah kalo u all sume nie nk gaduh2.. buang masa tambah dosa...!

    regards,
    Anak Gayong
    1999 - forever

    ReplyDelete
  28. ya..gaduh lagi gaduh lagi..gaduh lagi..ya ya gaduh lagii gaduh lagi..ya yayayaya..gaduh lagi..tumbuk tumbuk...

    ReplyDelete
  29. hah elok la tue...yg tua slhkn yg muda yg muda slhkn yg tua...sibuk tunding jari salahkn org lain...smpi ble nk maju camni...

    ReplyDelete
  30. Selagi "EGO" tidak dpt dibuang jauh2 dlm diri..

    Selagi tu la asyik nk bergaduh..

    Msg2 sibuk ckp org nie salah.. org tu salah..

    hhmmm.... Gaduh Smpai Kiamat..

    Regards,
    AnakGajah

    ReplyDelete
  31. manusia zaman sekarang mmg pandai bagi komen dan nasihat sekadar di hujung jari......praktikalnya kosong......hampeh.....

    ReplyDelete
  32. kalau macam ini la gayanya,sampai bila-bila pun tak akan maju...
    sudah-sudah la tu nak tunding jari kat orang lain...
    tengok keadaan diri sendiri dulu..

    ReplyDelete
  33. dalam senarai berbengkong hitam yg di atas hanya mirza,radzi,kama dan aswad sahaja yg saya hormati...
    mereka mendapat bengkong hitam kerana ilmu yg mereka miliki...tetapi yg lain hanya tahu bodek sahaja sehingga mereka di anugerahkan bengkong hitam...
    maaf terkasar bahasa tetapi itulah hakikat sebenarnya...

    ReplyDelete
  34. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah

    woi...nak bengkung hitam? kat sini ada kedai martial art jual bengkung harga RM8 nak cula tambah 5 kupang...kira kalau nak cula 7 , darab je dengan 5 kupang...jadi semuanya RM 11.50....murah murah..sementara stok masih ada..karang korang kempunan pulak tak dapat bengkung...kalau dah bagi bengkung hitam tu kira dahb ikhtiraf la tu...yang nak tarik balik buat apa? klausa pertubuhan mana yang korang ambik ni...bengong bengong...(sambil geleng kepala) dah tu post pulak muka muka yang bengkung hitam nya diikhtiraf..mak ai...cakap je la korang nak promote muka korang satu dunia...yela...x dapat masuk TV kan...internet pun boleh...lawak lawak...yang best siap posing lagi...pergh hensem hensem..hahahahahah

    ReplyDelete
  35. yg paling kuat promote muka sendiri n siap posing lg tue sape eh....
    hahaha...
    macho la konon...siap rambut sikat tepi lg...

    ReplyDelete
  36. Harap korang semua xterbabas bila bg komen, biarlah ia berkaitan topik/tajuk yang diutarakan.

    Kalau xpuas hati tentang diri saya sebaiknya direct telefon atau sms di 0128686595.Kita bincang elok2....barulah mencerminkan seorang muslim yg baik. InsyaAllah xde masalah yg xboleh diselesaikan.

    Awal2 lagi sy dah maklumkan,post ini dipaparkan atas permintaan Ayahanda Amin Hamzah.Jadi sy cuma ikut amanah beliau (bodek???). Biarlah korang nak tuduh bodek dan sebagainya, itu hak saya dan ini pun blog peribadi saya. Apa yg penting fakta adalah betul. Maklumat juga tepat ( termasuk gambar ).Sekali sekala nak taruh gambar posing apa salahnya...bukannya gambar mendedahkan aurat.Asyik gambar silat jer,sekali sekala apa salahnya. Lagipun ni blog peribadi....ulang sekali lagi blog peribadi dan tidak mewakili secara rasmi mana2 pertubuhan silat gayong.Salah ke?kalau korang kata salah,sy mintak sedara tolong check hati sedara. Kena buat sket pembersihan.Banyak2 lah bermuhasabah diri.

    Sedikit pembetulan fakta oleh sedara darkcloud, semua yang menerima hitam di atas adalah diiktiraf sahsiah dan ilmu mereka kecuali saya. Sebab saya xmampu nak menilai diri saya sendiri. Siapa sedara yg keluarkan statement sedemikian. Saya cabar sedara keluarkan fakta yang selain 4 org tersebut,menerima hitam secara bodek (selain saya ler)...... dipersilakan kalau sedara ni benar2 anak jantan yg bermaruah.........

    Diharapkan selepas ini tiada lagi komen2 yang menggunakan fakta2 yang karut marut dan palsu. Ingat yg kita bertanggungjawab di atas setiap penulisan kita walaupun identiti korang dirahsiakan.

    Satu lagi minta difahamkan antara tidak diiktiraf dengan ditarik balik......mohon jangan keliru.......

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  37. Apabila namanya blog..maka bersedialah untuk menerima kritikan dan cadangan...inilah akibat merencana sendiri sistem gayong ikut kepaala hotak sendiri...hahahaha...

    Jom anak-anak gayong pakai ramai-ramai tinggalkan gayong...bukan gayong sahaja pelajaran silat yang ada di nusantara ini..

    Jemput sama-sama kita naikkan silat aliran pukulan pulak...Insya Allah...tiada masalah amanat...setiap persilat pegang amanahnya..dan setiap persilat layak untuk memiliki engkung hitam...

    ReplyDelete
  38. Sedikit maklumat bantuan buat darkcloud.....

    Sedara Ustaz Wan Abdul Halim mula menceburkan diri dalam dunia persilatan silat seni gayong pada 1996 di kelantan. Beliau lulus bengkong merah pd 2001 dan telah menjadi jurulatih bagi 5 gelanggang di sekitar Machang.Selain di Kelantan beliau juga aktif bersilat di Universiti Malaya dan lulus bengkong kuning pada 2003. Kini beliau bertugas sebagai ustaz di SK Pauh 5,Bachok dan mempunyai 2 gelanggang silat. Telah menjalani khatam keris dan lembing serta telah mengikuti kesemua 8 siri kursus kejurulatihan yg dianjurkan oleh pertubuhan di kelantan yg meliputi seni2 tertinggi dalam pelajaran silat seni gayong.Beliau juga telah menjalani khatam Qulhu (70ribu) dan telah menerima hampir 80% amalan2 kebatinan Silat seni gayong.......Kini beliau dilantik sebagai YDP Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia caw kelantan..........masih xlayak kah beliau memegang bengkong hitam wahai darkcloud????????

    ini baru sorang......yg lain2 akan menyusul.... tunggu!!!!!!

    ReplyDelete
  39. Mana2 silat pun sama sahaja...sekadar menjadi sebab utk manusia pandai mempertahankan diri. Ilmu sikit atau banyak merupakan perkara yg ke-20 bagi saya, tapi keberkatan Ilmu itu yg di cari.........segalanya atas izin-NYA.......

    ReplyDelete
  40. "ini baru sorang......yg lain2 akan menyusul.... tunggu!!!!!!"

    wah...ganaz ganaz..takut le dengan korang ...ni tak boleh usik ni...cepat betul melatah ...lepas tu merajuk...lepas tu marah(kutuk ayah sor lagi)(siap buat dalam format pdf dan edar seluruh pelusuk internet) kadang kadang mencarut...wah wah wah.. yela korang memang yang terhebat...teruskan usaha murni anda...andalah PEWARIS SEBENAR....ANDALAH PEWARIS ILMU GAYONG SEBENAR..ANDALAH YANG KAMI TUNGGU...TERUSKAN PERJUANG TERUSKAN...

    ReplyDelete
  41. sapo ayah sor ni?sheikh ajaran tareqat mufaradiah ko?

    satu lagi nok tanyo,bukankah JAKIM telah menyenaraihitamkan tareqat mufaradiah ni.... ini bukan suatu tuduhan nok kata ajaran tareqat ni SESAT tapi sekadar ingin bertanya kebenarannya....

    ReplyDelete
  42. Setelah mendapat maklumat dari Pak Andak Majid dan Paksu Awang,ayoh sor ini hanya diiktiraf setakat bengkong merah sahaja. dan mereka berdua menafikan yg mereka menguji ayoh sor utk pelangi hitam. Persoalannya, lu fikir lah sendiri.........

    *bergurulah kalian semua dgn guru yg jujur dengan ilmunya........

    ReplyDelete
  43. ini kah dikatakan sbg pengamal beladiri?
    terlalu cepat melatah?
    adakah kerana pekong di dada sudah pecah?

    ReplyDelete
  44. Salam,

    Usah diungkit perkara2 lepas sekiranya ianya boleh mengeruhkan kembali suasana yg kian tenang. Kiranya hal tersebut kembali panas,saudara lah yg bertanggungjawab sbg dalang penghasutnya. Pendirian saya sama seperti apa yg telah saya sebarkan dalam mailing rasmi gayong sehinggalah ada permohonan maaf secara terbuka oleh pimpinan gayong kelantan terdahulu di atas segala tindakan mereka terhadap saya,guru saya dan murid2 saya (murid yg suatu ketika bernaung di bawah pertubuhan mereka).Kalau tidak tanggunglah di akhirat kelak.en.mansor tahu apa yg dia buat silap sepanjang mentadbir negeri kelantan tu. Itu sahaja komen saya agar ianya tidak menghangatkan kembali perselisihan tersebut. Buat masa sekarang,eloklah masing2 uruskan pertubuhan masing2......

    *banyak rahsia penyelewengan kamu yg kami belum bongkarkan.oleh itu jgn jolok sarang tebuan kalau takut disengat.......

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum,

    Semoga komen2 adalah bermanfaat kpd semua...

    p/s: syg sekali bila pemegang bengkung hitam selain 4 org itu dikatakan pembodek. syg,sungguh syg...

    -Gantungbernyawa-

    ReplyDelete
  46. Salam semua,

    Bagi pandangan saya,komen2 yang xtentu hala ini datangnya daripada golongan2 orang yang kecewa. Soal saya dikatakan pembodek dan sebagainya,bagi saya itu soal hati yg mana tiada makhluk pun yg mampu mengetahuinya. Perkara pokok yg jelas sekarang adalah mana2 murid Ayahanda yg telah menerima bengkong hitam tetapi tidak tersenarai dalam list ini cepat2 lah ambil tindakan yg sewajarnya.Itu sebenarnya kaedah yg tepat,kerana ilmu yg yg selama ini anda pelajari yg menjadikan anda kepada tahap sekarang pun bermula dari siapa? Carilah berkat guru dan buanglah sifat ego anda kerana guru tetap guru dan murid tetap murid. Jika ada perkara yg tak elok dari guru,gunakanlah kaedah yg paling berhikmah untuk menegurnya.Bukan dengan kaedah yg kurang ajar dan biadap!

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  47. seperkenalan saya..org2 pemegang bengkung hitam di atas tiada yg sombong,bahkan mereka menolak utk menerima bengkung hitam atas besarnya amanah di bahu mereka.
    Biarlah siapa pon yg pegang bengkung hitam...sudah diberi & diiktiraf. Yg penting sama2 penuhkan silibus,cari ilmu,bina jambatan silaturrahim dgn sahabat2 gayong dari semua cabang seni gayong.
    "padamkan lilin org lain x menjadikan nyalaan lilin kita terang. Sama2 jaga nyalaan lilin nescaya kegelapan hilang..."

    ReplyDelete
  48. Alhamdulillah....cukuplah sampai di sini dahulu...mohon admin wujudkan post yang baru

    ReplyDelete
  49. salam saudara shariff azman,ada ke Pemegang Bengkung Hitam Cula 7?? setahu saya cula 7 hanya milik mahaguru shj

    ReplyDelete
  50. hissshhhh ada......sorang dok di ULU KELANTAN....

    ReplyDelete
  51. salam.
    awan putih
    pelangi hijau
    pelangi merah
    pelangi kuning
    pelangi hitam
    kalau ada yg berminat blh la bgtau.bengkung sahaja rm15.satu cula rm 2.
    segala sandang turut dijual
    gelaran sandang boleh dipilih.
    harimay melaya
    singa malaya
    naga,siput,ikan,zirafah pun blh
    segala watikah pun ada.
    SEDARLAH ANDA2 SEMUA.BENGKUNG DAN SANDANG TU KAIN SEMATA.WATIKAH TU KAN SEKEPING KERTAS JE.KALAU KAIN N KERTAS TU YG DIKEJAR MUSNAHLAH SEGALA WARISAN MELAYU

    ReplyDelete
  52. WSlm,

    Kepada sedara penjual bengkong. Apa yang sedara utarakan mewakili setakat mana tahap pemikiran sedara. Asalnya peringkat bengkong dan sandang diwujudkn untuk mengelaskan murid2 gayong yang ramai ini kepada tahap2 tertentu agar ILMU GAYONG ini TERPELIHARA KEASLIANNYA. Dipimpin oleh org2 yg benar2 berkelayakan agar ianya tidak jadi punah.

    Jangan cepat melatah bila ada antara kita begitu berhati2 dalam urusan bengkong dan sandang sebab ianya adalah dari amanat MAHAGURU yang tahu asal usul kenapa ianya dilaksanakan.Agar ILMU GAYONG ini benar2 terpelihara oleh yang berhak dan bukannya semborono seperti yg sedara fikirkan.

    Walaupun bengkong semurah RM5 tetapi nilai ILMU dan berkat guru itu yang menjadikan ianya tinggi.Sama juga seperti Sandang. Setiap sandang itu mewakili AMANAH yg dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh,panglima singa malaya mmg tanggungjawab beliau menjaga keaslian pelajaran gayong dan memastikan anak2 gayong yang benar2 berkaliber sahaja dilantik sebagai gurulatih. Kalau ada di pertengahan jalan seorang anak gayong itu engkar guru atau tidak amanah,maka ianya di bawah tanggungjawab seorang gurulatih atau pengarah gurulatih tertinggi bergelar panglima singa malaya untuk menegur.

    Kalau kuasa sandang tidak dihormati maka Silat Seni Gayong tidak ubah seperti kapal yg hilang nahkoda. Kalau tahap bengkong tidak dihormati pul ibarat gelanggang yang tiada Guru.

    Kebiasaannya,hanya org2 yg kecewa sahaja akan bertutur seperti sedara. Sbb sedara nak kan jawatan tetapi hampa. Belajar xpandai2 bagaimana nak dapat hitam.Kalau dapat hitam pulak perangai xberadab terutama dengan guru. Mana pegi nilai Agama yg mementing ADAB dalam BERGURU?

    Jangan persoal watikah dan kepimpinan sbb ISLAM sendiri mengajar kita bagaimana manusia itu perlu hidup dalam suatu organisasi yg perlu ada ketua dan pengikut yg taat. Contoh yg nyata melalui hikmah solat berjamaah. Makmum mesti ikut Imam selagi mana Imam tidak melakukan kesalahan2 yg besar yg engkar kepada rukun utama seperti bacaan Al-Fatihah yg betul tajwid dan makhrajnya. Kalau imam tersilap lebih kurang,
    makmum dipertanggungjawab menegur sebelum mufaraqah. Sungguh indah nilai yg diajar dalam ISLAM.

    Tanggapan sedara ini tidak ubah seperti siapa2 sahaja boleh diangkat menjadi guru atau pemimpin. Sbb sedara langsung tidak pedulikan tahap bengkong dan kuasa sandang. Jadi rasanya eloklah sedara buat kertas kerja bertajuk Silat Seni Gayong tidak lagi memerlukan sistem bengkong dan kuasa adat.Mungkin dengan cara ini WARISAN MELAYU ini terus dapat dipelihara.

    Bentuk pemikiran seperti sedara ini wujud bila mana anak2 gayong yang tidak layak mula memegang jawatan dan sandang2 tinggi dan juga murid gayong yg xlayak dari segi ilmu mula melilitkan bengkong2 tinggi terutamanya bengkong hitam. Siapa yg bersalah dalam hal ini?

    Kesimpulannya, jgn cepat melatah jika ada guru yg sanggup menjaga kualiti murid2nya....sbb dengan cara ini sahajalah kita dapat mengekalkan keaslian dan keilmuan WARISAN MELAYU ini. HAYATI dan FAHAMI lah nilai2 ISLAM dalam berorganisasi terutamanya dalam aspek KEPIMPINAN....semoga sedara mendapat pencerahan dalam hal ini. InsyaAllah.....Biiznillah....

    ReplyDelete
  53. kenapa la kite asyik nak bertengkar jer.....
    manalah semangat kita untuk bangunkan gayong.. patut la orang melayu x maju2.. asyik nak berbalah sesama sendiri jer.. allahuakbar.... apa la nak jadi...

    ReplyDelete
  54. Salam,

    Persoalannya di sini siapa yang bertengkar? Salah ke kalau ingin menyatakan kebenaran? ataupun kemajuan bangsa itu perlukan seseorang yg semata2 pak turut tanpa ada ruang untuk berkata yg benar.......butakan mata,pekakkan telinga dan bisukan mulut.....

    Bagi saya,yg benar2 tetap benar yg salah tetap salah......cukuplah ambil pengajaran dari post ini. Guru tetap guru...murid tetap murid.... nak tegur guru ada kaedahnya yg berhikmah....bila mengguriskan hati guru,pandai2 lah memohon maaf...tapi kalau dah tahu guru terguris tp selepas 4-5 bulan HARAM kelibat pun xnampak.... lu fikir lah sendiri.......

    *xpayah nak kecoh2....sebagai jawapan kepada bilangan murid Ayahanda Amin Hamzah yg dianugerah Hitam, semuanya sudah dinyatakan di atas kecuali SEORANG SAHAJA.....xpayah nak keluar fakta2 bohong....ulang sekali lagi.....cuma sorang tu jer.....ke sampai nak sebut nama?

    ReplyDelete
  55. salam.. saya yg tulis post diatas.. sy hanya seorang murid sahaja dan berkecuali dari semua pihak diatas.. marilah sama2 kita selesaikan masalah nie secara berhemah dan profesional... maaf kalu kate2 saya megguris hati..

    ReplyDelete
  56. "Bagi saya,yg benar2 tetap benar yg salah tetap salah......cukuplah ambil pengajaran dari post ini. Guru tetap guru...murid tetap murid.... nak tegur guru ada kaedahnya yg berhikmah....bila mengguriskan hati guru,pandai2 lah memohon maaf..."

    Inilah kaedah yg berhemah dan profesional..... yg diajar dalam ISLAM....... xkan nak suruh GURU yg datang melutut mintak maaf???????

    ReplyDelete
  57. salam semua saudara segayong.... usah kita bertelingkah siapa yang lebih siapa yang kurang. bengkong hanyalah sebagai pengenalan diri dan bukan untuk menunjukkan diri. Patuh kepada ilmu gayong yang anda pelajari.Bertapak dengan kukuh pada asas gayong yang di terima. Sepatutnya kita berkongsi ilmu tidak semestinya kita berada di bengkong tertinggi ilmu kita dikira lengkap. masih banyak yang perlu dipelajari walaupun telah lama bergayong. Saudara Azizan marilah kita sama sama membimbing anak bangsa kita supaya tidak lupa diri. Gayong bersatu .. Pedang Melayu

    ReplyDelete
  58. Bekas murid cikgu aminSeptember 6, 2011 at 5:00 PM

    Salam segayong...

    setelah membaca apa yg telah diluahkan di atas..tak sangka pulak smpi ke tahap ini jadinya..isu bengkung ni saya rasa seeloknya ayahanda/cikgu amin sendiri yang boleh dan layak untuk menyatakan sebab2 mengapa ada diantara anak2 muridnya yg memegang bengkung tertinggi gayong ada yang tidak disenaraikan sebagai pemegang bengkung yang layak sepenuhnya...itu yang terbaik saya rasakan..
    cuba kita renungkan zaman kegemilangan ADMAR di mana kes seperti ini berlaku bahkan lebih serius lagi iaitu kes PAK ANDAK MAJID yang mana ADMAR telah melucutkan pak andak sebagai ahli gayong kerana satu sebab dalam erti kata yang sama pak andak dibuang dari pertubuhan silat seni gayong malaysia dan serantau. sehingga kini pak andak tetap mengajar ilmu gayong yang sama cuma bezanya pada nama pertubuhan,walau apapon arwah dato tidak pernah mengharamkan atau tidak mengiktiraf ilmu yang pak andak ajarkan bahkan merestui apa yg pak andak majid laksanakan kerana pak andak majid dtg memohon keizinan dari ADMAR..(mohon betulkan jika terdapat kesalahan dalam cerita ini...)
    saya rasa dalam kes pemegang bengkung yang tidak di iktiraf oleh cikgu amin ni ada salahnya juga dikedua belah pihak...tetapi kita sebagai anak murid lebih perlu sedar akan ilmu yg kita perolehi dari guru kita..jika setinggi gunung ledang pon ilmu gayong yg dipelajari dari guru kita tetapi tidak dihalalkan dunia dan akhirat oleh guru tsbt maka sia2 dan tidak ada keberkatanlah ilmu yg dipelajari itu...
    bengkung ni mmg lah hanya secebis kain tetapi perlu diingat kenapa ianya diwujudkan..supaya dapat membezakan tahap penguasaan ilmu silat itu dan ada rasa hormat diantara seorang murid biasa dgn murid yg lebih lama.
    jika gelaran dato didalam k'jaan malaysia dan juga zaman kegemilangan melayu lama boleh ditarik balik atas kuasa sultan maka didalam pertubuhan silat juga perlu ada perkara yg sama supaya kita sedar kenapa ianya berlaku...adakah atas sebab tidak menjalankan tangungjawab atau melanggar tatacara didalam adat2 silat itu sendiri..
    isu bengkung ini tidak boleh diambil mudah begitu sahaja sebab ianya boleh menyebabkan perpecahan.lagi pulak boleh juga dikatakan ianya melibatkan maruah seseorang itu...
    cuba sebagai contoh pertubuhan silat seni gayong malaysia atas kuasa KIPAS EMAS mengeluarkan kenyataan yang semua pemegang bengkung hitam cula sakti tingkatan I-V akan di selaraskan tingkatannya kepada HCSP-IV, apa yg akan berlaku kepada guru2 yang telah memiliki HCSP-V, semestinya tidak akan berpuas hati kerana cula tsbt ada yang diberikan oleh ADMAR, bahkan ada juga mendapat pengiktirafan/anugerah dari pemegang amanah @ waris amanah mutlak yg mana berkuasa penuh dalam organisasi dan adat istiadat gayong...bahkan ada juga yg mendapat daripada guru latih mereka sendiri yg memegang HCSP-IV...apa yg akan berlaku? apakah yg kita rasa akan berlaku jika ianya berlaku kepada cikgu azizan dan juga cikgu amin serta gurulatih lain?saya rasa cikgu azizan mungkin tiada masalah sebab beiau mungkin sedar kedudukan beliau tetapi bagaimana dgn cikgu amin yg setelah sekian lama didalam gayong...semestinya beliau tidak akan terima kan..?
    jadi dlm soal bengkung ni saya rasa cukuplah berbalah sesama sendiri.takkan ada titik noktahnya pon...saya hanya meluahkan apa yg saya rasa..harap maaf jika terkasar bahasa

    ReplyDelete
  59. salam saudara Azizan ...setiap hari pelbagai rencana Gayong di paparkan. Ini satu kemajuan baik untuk anak Gayong. Suka saya membaca rencana tentang adat istiadat Gayong yang masih belum di ceritakan .. tentang hormat Gayong, Taraf peningkatan Bengkong dan Gurulatih. Harap Saudara Azizan menulis banyak cerita Gayong berdasarkan kepada pengalaman menimba ilmu daripada Guru-guru lama agar dapat menjadi tatapan anak Gayong. Semoga di berkati ilmu yang disebarkan .. Pedang Melayu.

    ReplyDelete
  60. Salam saudara segayong.. apabila kita memperkatakan ilmu Gayong yang kita pelajari... melangkah kita ke gelanggang permulaan hendaklah di niatkan diri kita untuk menuntut ilmu kerana Allah swt. Sama sama kita berkongsi pengalaman yang telah kita lalui semasa bersama Guru-guru lama. Hormatilah mereka yang telah lalui segala ujian pahit manis dalam Gayong. Apa yang di utarakan di dalam Gayong adalah Ilmu Keikhlasan yang datang daripada Allah swt. Saudara Azizan...teruskanlah untuk membuka minda kita dalam mempelajari Rahsia dalam Gayong yang kita belum banyak terokai. kepada anak-anak Gayong pandanglah ke hadapan, lihatlah tinggalan Gayong yang amat berguna pada masa hadapan. Ingatlah penjajahan dan pemberontakan yang dilalui oleh orang-orang terdahulu perlu di ambil ikhtibar. Zaman sekarang walau ada senjata api ditangan belum tentu boleh di miliki semua.Ambillah tinggalan Silat yang masih banyak perlu di pelajari. Jangan sampai kawasan kita di cerobohi oleh ancaman luar baru kita sedar untuk mempelajari Seni Silat. Kepada anak-anak Gayong yang masih baru... setelah menyarungkan pakaian Hitam.. Berbengkung tunaikan amanah anda untuk menyebarkan ilmu yang telah dituntut. Jauhi Hasad dengki dan kuatkan semangat Gayong untuk bersatu.. Pedang Melayu.

    ReplyDelete
  61. Salam Ukhuwah Gayong,

    Amat berterima kasih di atas kata2 nasihat dan pembakar semangat buat anak2 Gayong yang mengikuti blog persantanala ini. Semoga kita semua beroleh manfaat dan diberkati segala usaha yg kita usahakan. Amin.

    ReplyDelete
  62. bekas murid cikgu amin said..

    salam segayong..Apakata semua kita tutupkan topic/isu bengkung dan sama2 kita fokuskan kepada masa depan orang melayu...
    zaman sekarang terlalu banyak dugaan dtg ke melaysia hingga menyebabkan anak2 muda terutamanya anak MELAYU menjadi lalai kepada perkara2 yg boleh menyebabkan runtuhnya akhlak dan sifat sopan santun kita org2 timur...malu3x...orang2 bukan melayu sekarang ini ntah apa perancangan yg sedang mereka rencanakan bahkan sudah lama menyesatkan anak2 melayu seperti mana yg dikatakan oleh Tun Dr Mahathir kita SEBAGAI "MELAYU MUDAH LUPA".
    mudah2an dengan adanya gurulatih/juulatih gayong bahkan pertubuhan2 silat di malaysia dapatlah sama2 membantu dalam membangunkan dan memartabatkan ilmu persilatan disetiap sekolah dan pelosok rantau di malaysia ini khasnya GAYONG....Hidup GAYONGGGGGGGGGG

    ReplyDelete
  63. Salam persilatan... rasanya kita anak melayu perlu menguatkan lagi cabang ilmu persilatan kita dalam membentuk kekuatan dalam menjadikan silat sebagai pembuka jalan untuk berjaya. apa yang perlu diketengahkan adalah menjadikan silat sebagai satu media untuk menyatupadukan persaudaraan silat. Melayu mudah lupa.. tetapi boleh balik semula ke pangkal jalan dengan melihat kembali kepada sejarah terdahulu. Jadikan pejuang-pejuang persilatan yang terdahulu sebagai pembakar semangat. Ilmu persilatan yang dituntut boleh membangkitkan semangat kemelayuan dalam mengangkat tinggi martabat maruah bangsa. Saudara Azizan ... perkemaskan ilmu Gayong yang dituntut untuk menjadikan Gayong di segani di mata dunia...khasnya untuk sesiapa yang ingin mempelajari seni silat Gayong dan memasuki gelanggang persilatan....Gayong bersatu.

    ReplyDelete
  64. adesss...si penjual bengkonggggggg.....hahaaa...bodohnye kamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heboh nak dapat kan bengkong. Semua nak nama je???

      Delete
  65. itulah silat gayong dari dulu sampai sekarang asyik gila pangkat bengkung sandang berjela2 .. padahal ilmu x tara mana .. Silat gayong Silat hantu raya ... Meor lahaanat bela jin nak tunjuk hebat ... Silat cekak silat Agama al marhum Ustaz hanafi pejuang silat melayu sebenar yg tak pernah tewas .. !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah la...korg ni sembang je kencang....cekak hanafi la gayong la....silat tak terkalah la...hantu raya la....beb org dulu bile dah dah tamat sesuatu ilmu, dia akan mengembara utk cari guru lain utk tambahkan ilmu dorg....lu org ilmu baru sket cam ni dah duk caci mencaci....klu lu org betul terer sgt ...tu pegi palestin...sudara kite tgh menderita tu....aku jamin...lu org yg kaki sembang kencang mcm ni...sekali dgr bunyi ak-47 org carbine hmmm terkencing nk balik mesia punye....lagi satu Nabi s.a.w masa nk meninggal banginda ade sebut umati...umati...umati...as solah....assolah..assolah....jadi lebih baik kite risaukan umat nabi ni yg byk jauh dr perintah allah terutama solat....lu org klu silat terbang terbang pun....tp syg pada saudara seislam tu xde...and tgk org xsolat xde rase sikit pun benci and kesian...baik xpayah la lu org nk debat kt sini ckp style panglima dulu yg penuh dengan maksud tersirat konon...PIRAHHH

      Delete
  66. kelakar melihat puak2 Piang Gayong hak tuihhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!! Saya Cabar Guru2 Gayong mai lawan ngan saya , kita tengok sapa tumbang dulu , hangpa nie butuh ja , tak hebat mana pun , cabai mulut kalian baru taw !! kikiki .. Mai jumpa saya kalau berani !
    - Ayahanda Pak Long Arab Peguam
    (Pengasas Kimmak 114 Simpang 3 Bangi )

    ReplyDelete
    Replies
    1. kudrat awak ka? pandai awak ka? awak kalahkan orang... awak kah yang kalahkan orang? kunfayakun... kata Allah awak mati ditampar seorang bayi, maka matilah awak ditangan bayi tersebut... sesungguhnya segala sesuatu atas izinNya....

      Delete
  67. Kimmak ingin membawa perjuangan 30 yang sebenar , dan melawan geng2 Piang macam gayong yg haram jadah ni , hoi piang kalau berani pi la jumpa Ayah pak long arab tu !!! takut ke ? kikikiki

    ReplyDelete
  68. Sape Ayah pak long arab tu? mesti lagi hebat dia punya caci maki nya.... kalau dah anak murid mulut cam longkang, gurunya mesti lagi power,... cam tong najis.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni piang jugak ka ? hang masuk bangi mmg kena pijak dgn dak2 Kimmak - Pak Long Arab

      Delete
  69. oh ye by the way....klu setakat pakai tongkat and rida' tu bertujuan nk kasi org tgk kite ni mcm org handal or tok tok guru silat....baik xpyh la....tongkat dan rida' tu sunnah Nabi s.a.w....nmpk cantik dan indah bile dipakai dgn ihlas...

    ReplyDelete
  70. Ikhlas adalah soal antara kita dengan Allah SWT shj.....jd ianya bukan urusan mana2 manusia. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  71. Saya setuju dengan saudara Azizan yang sentiasa berhemah dan menjaga segala tutur katanya..Jangan lah kita menuduh atau memeberikan fakta-fakta yang tidak betul tanpa kita membuat pemeriksaan yang teliti..Apa2 yang dilakukan hendaklah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah-Nya..Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  72. salam...
    dulu hamba pernah dgr ada akademi latihan gayong d kelantan..adakah akademi itu diiktiraf oleh pertubuhan?sesiapa yg tau,tolong jelaskan pada hamba..-pendekar ingin tau-

    ReplyDelete
  73. Wslm....
    Akademi Latihan Gayong di Kelantan merupakan akademi yg diiktiraf oleh PSSGM Kelantan di bawah pimpinan Hj Mansor suatu ketika dahulu. Sekarang, saya sendiri pun tidak ada maklumat terkini berkenaan perkembangan ALG. Disarankan sedara bertanyakan kepada pimpinan PSSGM Kelantan agar mendapat maklumat yg lebih tepat dan terkini. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sparring kalau berani !!!! jangan dok sembang serupa Piang !!

      Delete
  74. Salam......anak-anak gayong dan anak-anak murid cikgu amin......

    ReplyDelete
  75. assalammualaikum buat saudara-saudara sekalian..mohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa jika berbicara...sebaik2nya hendaklah kalian berdamai...bermaafan sesama kalian..jgn dicari salah siapa..kerana yg maha Esa telah mnyatakan didalam al quran bahawa setiap manusia itu tidak sempurna...di sini telah membuktikan bahawa kalian termasuk sy dendiri tidak sempurna...oleh demikian..bersama lah kita berkongsi ilmu-ilmu ISLAM sesama kita...kuat..gah..apa pangkat sekali pun kita...ianya hnya sementara..sekali tiupan tumbanglah segala2nya..punahlah segala2nya...x kira silat apa skali pun...yg pnting pegangan 30 juzuk dan dengan izinNya yg akan menjadikan sesuatu ilmu itu ampuh x ampuh..

    ReplyDelete
  76. sambungan......
    kepada saudara azizan..teruskan usaha anda membangkitkan semangat2 anak2 muda melayu untuk mendekati seni bela diri warisan kita...warisan melayu...dan kepada pelapis2 yang baru...bukan bengkung yang menjadi buruan..tetapi INTIPATI dan keindahan seni warisan islam dan melayu kita yang harus dibanggakan dan diketengahkan...x guna kita bertelagah sesama sendiri apabila ilmu itu telah kita pelajari dan miliki...tidak ada manusia yang hebat didunia ini...smuanya dengan kehendakNya...lupakanlah cabar mencabar antara kita..akan tetapi bersatulah demi anak2 bangsa kita yang semakin jauh tertinggal hasil dari bertikam lidah sesama kita sendiri...musuh x mati...kita yang mati kerana penyakit dalaman...akhir sekali jutaan ampun dan maaf kepada saudara azizan ibrahim..bukan niat dihati nak tunjuk pandai dengan komen sebegini di page saudara...namun kerana kita sesama islam dan wajib bg sy mententeramkan pergaduhan sesama islam...mohon ampun dan maaf dari semua..dari hamba Allah yang jahil lagi hina....-pjan-

    ReplyDelete
  77. woi gayong piang butuh haram jadah mangkuk ayun , kikiki .. saya Ayahanda Pak Long Arab / Shuib Peguam = Ayahanda Simpang 3 Bangi paling berkuasa mengistiharkan Gayong Malaysia dan pecahannya adalah Silat hantu Raya !!!! ,, Dengan ini saya selaku Ayahanda Pengasas Kimmak/palabut mengarahkan semua ahli2 pejuangan simpang 3 atau org2 30 keluar dari silat gayong hantu Raya !!!! ,,, Saya adalah cucu pengasas Ikhwanulmuslimin !!! jadi org2 30 wajib taat terhadap saya !!!! kepada Guru2 gayong yg ingin bukak gelanggang di bangi sila langkah mayat aku dulu !!! Kita tengok sapa yg kena !!!!! Piang hampa niih ,, butohhhhhhh kepalaButtt ,,, Kimak2 semua !!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kira la kau ni ayahanda 30 ke ape , sekali aku bagi kilas sawa baru kau tahu langit tinggi rendah !!! - HPCS 7 + 10

      Delete
    2. bukan pohon dedaluApril 24, 2014 at 2:14 AM

      Takbur sungguh makhluk y satu ni. Ank pak long arab ka..pak long arab ka y tulis ni pun tak tau..main petik je nama.

      Sempati dgn nasib makhluk y 1 ni. Perkenalkan diri pun tidak..apatah lagi tunjuk muka. Ader masalah jiwa kacau barangkali. AL FATIHAH

      Delete
  78. azizan..aruah mahaguru pernah berpesan..buatlah gayong jangan peduli apa orang nak kata..

    ReplyDelete
  79. Asslm wbkt...sedih bila baca blog ni sebab ramai duk gaduh pasal bengkung dan melalut smpi perkara lain...kepada saudara Azizan tahniah dan syabas sbb byk sediakan info serta maklumat terkini utk dikongsi bersama...semoga usaha saudara mendapat ganjaran besar disisi Allah SWT...amin ya Rabb...

    ReplyDelete
  80. huh..baru nak berjinak dengan gayong..sekali tengok semua terabur macam anjing dengan kucing..terus cancel la tak jadi join mana mana silat..sama sendiri pun bercakaran macamana nak jadi umat Melayu.. elok berlatih menembak buat jaga diri sendiri..nak harap pesilat hancur macam ni..kaum kafir makin kuat..pesilat makin berpecah
    Pasal bengkong jadi kucar kacir.. yang muda EGO dan yang tua tak boleh terima teguran.. cuma satu saya sokong..Guru tetap Guru... anak murid hannya boleh sanggah bila guru melampaui akidah dan syariat

    ReplyDelete
  81. Saya membaca dgn penuh adab. Tahniah kepada pemegang bengkung Hitam Chula Sakti. Hakikatnya kita semua saudara seGayung. Apa pun jangan bergaduh sesama kita. Macam aku Gayung juga. Tapi lebih tepat aku meniti ilmu Gayung di bawah payung Pusaka Gayung di Kedah dari Pak Andak Majid Mat Isa@ Dato Abd Majid Mat Isa. Kau Gayung, Aku pun Gayung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...