Terdapat pelbagai jenis bentuk serangan tangan seperti pancung dayung (back knife hand), selayang pancung (knife hand), setangkai padi (thumb knuckle strike), siku (elbow strike), tusuk (finger jab), sauk (uppercut), tumbuk layang (hook), telapak (palm strike), seligi (knuckles strike), hentak sepukal (backfist), genggam sepukal (hammer fist) dan sebagainya, namun PENUMBUK LURUS (straight punch) merupakan perbuatan yang paling asas ketika melakukan serangan tangan. Tumbuk Lurus ini pula mempunyai 3 gaya serangannya;
1. Tumbuk Langsung (terus)
Tumbukan yang dilepaskan daripada kedudukan sedia terus ke sasaran secara horizontal tanpa mengubah keadaan tangan. Kebiasaannya, tumbuk langsung dilaksanakan oleh tangan dihadapan (sewaktu gaya pasang).
2. Tumbuk Pintal Tali
Tumbukan dilaksanakan daripada kedudukan Kelek Anak (genggaman di rusuk), bergerak secara berpintal sebelum penumbuk sampai ke sasaran. Kebiasaannya, tumbuk Pintal Tali dilaksanakan oleh tangan dibelakang (sewaktu gaya pasang).
3. Tumbuk Dayung (Berkisar)
Tumbukan paras dengan gerakan tangan secara berkisar dari atas ke bawah secara pusingan Tawaf dan seterusnya bergerak secara horizontal ke sasaran.
Kaedah untuk melaksanakan Tumbuk Dayung
KELEBIHAN TUMBUK DAYUNG
1. Serangan jarak HASTA. Anda mampu memberikan impak yang kuat kepada sasaran maut musuh walaupun dalam jarak yang amat dekat berbanding Tumbuk Langsung.
2. Masa Reaksi lebih singkat berbanding Tumbuk Pintal Tali.
3. Mampu dilaksanakan dengan secara BERANGKAI secara tunggal (tangan yang sama).
4. Boleh mengubah haluan serangan dengan mudah tanpa mengurangkan impak tumbukan.
5. Merupakan serangan yang berbentuk pertahanan. Sambil menyerang sambil menangkis.
6. Menyembunyikan PUNCA GERAK(bahagian bahu)sewaktu mula bergerak dan keadaan ini menyukarkan pihak musuh membaca gerak pada tubuh kita.
7. Mampu untuk menyerang sambil mengubah tapak. Maknanya, ianya amat fleksibel dan mengikut rentak gerakan langkah. Sambil melangkah sambil menyerang.
Wallahua'lam
Eh ni macam penumbuk wing chun ke?
ReplyDeleteKenape dalam gayung ni banyak ilmu yg seakan martial lain, terutama gaya Kerate(tradisional) tapi gayung lebih lagi. Aneh bukan?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete