Demonstrasi gaya permainan Gada-Gada oleh Ust Wan Abdul Halim
Gada-gada merupakan sejenis senjata berantai dan mempunyai logam pemberat di hujungnya. Rantainya berukuran sekurang-kurangnya 7 kaki dan pemberat dipasang dikedua-dua hujung rantai atau di salah satu hujungnya sahaja. Logam pemberat terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk seperti bebola dan ada yang berbentuk tirus. Gada-gada dimainkan secara MENGHAYUN dan MELEMPAR. Logam pemberat yang dipasang dihujung rantai akan bertindak sebagai pemusnah. Sasaran serangan adalah di KEPALA dan di DADA musuh. Untuk menghasilkan suatu serangan yang kuat, pengemudinya perlu mengayun dengan laju dan bijak melempar pada sudut dan masa yang tepat.
Menurut sumber lisan seorang Guru Tua, Gada-Gada berasal dari senjata Pemukul (diperbuat daripada kayu) yang dipanggil Gada. Senjata tersebut melalui zaman evolusinya sehinggalah terbentuknya gada daripada logam yang dipanggil cokmar, gada berantai ( ada hulu sebagai pemegang dan bebola hujungnya tajam @ berduri ) dan gada-gada ( hanya rantai besi tanpa hulu pemegang ).
Gada atau Cokmar yang banyak dihikayatkan dalam cerita2 dongeng Raja Hanuman
Kini Cokmar dijadikan simbolik kuasa
Gada Berantai (moden)
Kelebihan senjata Gada-Gada antaranya;
1. Dapat menyerang musuh dalam jarak yang sederhana jauh ( 7-12 kaki ).
2. Mampu menyerang musuh disebalik halangan seperti pokok atau tiang.
3. Kawalan benteng seluas 360 darjah (satu pusingan)
4. Mampu menyerang dengan logam pemberat dan bertahan dengan rantai yang dipegang (bertindak sebagai senjata Cendai).
manakala kelemahan ketaranya adalah sukar untuk digunakan dalam ruangan sempit dan banyak halangan. Namun dengan petua tertentu, ada kaedah untuk mengatasinya.
Kata GuruTua itu juga, Gada-Gada ini adalah pakaian bagi Panglima bergelar Harimau Berantai.......
Kata GuruTua itu juga, Gada-Gada ini adalah pakaian bagi Panglima bergelar Harimau Berantai.......
Gambar Kenangan
Peserta Kursus Kejurulatihan Gayong Serantau Kelantan siri ke-9
Dalam ilmu ninjutsu Jepun banyak permainan menggunakan senjata rantai seperti gada2 ni. Kalau google dlm internet, boleh dilihat senjata seperti Kusari-gama (sabit berantai),kyoketsu-shogei, tongkat berantai dll. Fakta yg menarik apabila terdapat banyak persamaan antara Seni Gayong dan ninjutsu sebab kedua-duanya perfected di dalam hutan - berimba2, berimau2, bergayong. Wallahualam.
ReplyDeletetahniah gayong serantau kelantan, ilmu ayahanda amin hamzah sgt luas dlm gayong. pelajaran gada-gada sgt jarang dikupas oleh guru-guru. semoga terus sukses.
ReplyDeletesalam... saudara Azizan dan saudara Wan Halim.. berbangga apabila gayong serantau caw, Kelantan mengadakan kursus senjata lama kepada anak-anak gayong semoga Gayong terus mantap dalam mengemaskini pelajaran Gayong. Teruskan usaha murni ini.
ReplyDeleteassalamualaikum wbt
ReplyDeletecikgu azizan menyatakan terdapat 21 jenis senjata di dalam seni gayong.. adakah ilmu bedil terdapat dalam ilmu gayong yang diperturunkan oleh Almarhum ADMAR..?
Yup ada.......
ReplyDeleteADMAR kan bekas Sarjan Polis dan memiliki pistol. Tentu sahaja beliau pandai menembak. Buah2 pistol(cara menghadapi lawan yang berpistol) memang ada diperturunkan oleh ADMAR.Pada saya, ilmu bedil tu lebih kepada ilmu menembak/memburu. Ketepatan menembak seperti yg dituntut oleh pemburu binatang. Kalau dah memiliki pistol, tentu ADMAR banyak petua2 utk menembak tepat...kalau diperturunkan kepada anak murid, siapa yg ada pistol utk praktikkannya? Mungkin senapang patah...
ReplyDeleteKalau ilmu bedil seperti yg dimaksudkan oleh sedara tu, xpernah diceritakan oleh Guru saya. Dalam Gayong sekadar menghadapi musuh mengacu senjata di beberapa bahagian tubuh kita. Bagi yang xmampu untuk mempelajari kaedah menembak secara fizikal, cukuplah dgn Ilmu Bedil Jarak Jauh yang diperturunkan oleh ADMAR. Terima kasih di atas perkongsian ilmu dari sedara. Wallahua'lam.
ReplyDelete