Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, April 18, 2012

RAHSIA DIBONGKAR #2 : Siapa Wali Kesakti dalam Pantun Rahsia Gayong?

Salamun Alaik,

Assalamualaikum Ya Rijalul Ghaib.
Ya Bolyan Ibni Malkan
Ya Qutubul 'Alam.

Merujuk Kitab Al-Hawi Lil Fatawi karangan Imam Sayuti, terdapat 4 Nabi yang masih HIDUP dan ditangguhkan Kematian mereka. 2 di LANGIT dan 2 di BUMI. Di Bumi adalah Nabi Khidir as dan Nabi Ilyas as. Nabi Khidir as inilah yang bergelar Qutubul 'Alam dan Khatamun Auliya'. Banyak Ilmu Hikmah adalah berpunca dari beliau, dan beliau jugalah yang bertanggungjawab menjaga Air dan mengawal Bumi. 

Begitulah secara ringkasnya SANAD ILMU bagi keilmuan Gayong (Ibu Gayong) ini. Memang sukar untuk dapatkan, apatah lagi untuk menguasainya. Ianya memerlukan disiplin, kesungguhan, keyakinan dan memiliki HATI YANG SUCI. InsyaAllah, dengan mendapat SANAD yang benar serta sentiasa BERADAB dengan GURU ( guru yang benar2 ada Sanad tanpa putus), jika ada rezeki, kita sendiri akan ketemui Nabi Khidir as ini secara mimpi atau bersemuka dengan IZIN-NYA ( beliau sering berjubah Hijau).


Wallahua'lam.

6 comments:

  1. Salam mohon maaf. Rasanya perlu diteliti balik penulisan ini. Mengenai 4 Nabi yang ditangguh kematiannya agak tidak tepat. Sila rujuk balik pandangan ulamak2 muktabar mengenainya dan sehingga kini hanya Nabi Isa pada asas akidah kita belum dimatikan dan akan dikembalikan.

    Begitu juga pandangan saudara mengenai Nabi Khidir sebagai penjaga Air dan mengawal bumi. serta kehadiran Nabi Khidir melalui mimpi bercanggah dengan pandangan mimpi orang telah mati dan para nabi.

    Jubah hijau hanya satu pandangan kenapa Balya bin Malkan digelar Khidir dan pandangan itu tidak boleh mengatasi pandangan lain juga kenapa ia digelar Khidir.

    Sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  2. Salam semua,

    Soal Nabi yang 4 ini banyak juga kisahnya dan tercatat dalam kitab2 muktamar. Oleh itu tidak boleh juga menafikan seluruhnya. Ikutlah pada pengajian masing2. Setiap pegangan perlulah ada hujah2 dan sandaran sendiri yg kukuh. Jika tidak percaya, anda berpegang kepada pengajian umum. tak ada masalah pun. Yang percaya, pastinya mereka ini ada sandaran melalui ilmu dan riadah amal mereka. Yang pastinya, perlu BERGURU.Wassalam.

    ReplyDelete
  3. http://www.muftins.gov.my/component/content/article/56-informasi-tarekat-tassawuf/307-pengenalan-tarekat-ahmadiah-al-idrisiah-al-rashidiah-al-dandarawiah

    http://www.ahmadiah-idrisiah.com/article-Yaqazah-pandangan-ulama.php

    http://www.ahmadiah-idrisiah.com/history.php

    ReplyDelete
  4. Ini pantun bukankah ADMAR yg tulis.jd mesti ada rahsia disebaliknya.bukan saje2 tulis.

    ReplyDelete
  5. Ambil lah ibu gayong dalam perguruan gayong maarifat..Mempunyai sanad yang sahih..ada rahsia kenapa perguruan itu berbaju hijau..... guru Utama sangat mengalu-alukan perguruan lain datang menemui beliau .....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...