Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Saturday, June 23, 2012

SENI SENJATA #6 : APLIKASI PELAJARAN GAYONG DALAM MODUL LATIHAN TENTERA

Salamun Alaik,
Arwah Mahaguru bersama Gurulatih Kanan Gayong bergambar kenangan bersama tentera yang terlibat dalam Kursus TTS

Pada awal 70-an, Silat Seni Gayong telah ditawarkan untuk mengajar "Unarmed Combat" buat pasukan Polis dan juga Pasukan Tentera. Beberapa orang Gurulatih Kanan Silat Seni Gayong ketika itu seperti Arwah Cg Mat Lazim, Arwah Cg Kalsom, Cg Ahmad Ismail, Cg Awang Daud serta beberapa orang lagi telah dihantar sebagai Jurulatih di Pusat Latihan Polis dan Tentera.


Bermula dari situ, beberapa Pelajaran Senjata Gayong telah dimodifikasikan supaya ianya sesuai dan menepati piawai yang telah ditetapkan. Tidak terkecuali juga Seni Tangan Kosong (Pelajaran Tapak Gayong) terutamanya Pelajaran Gerakan, Elakan, Kuncian dan Kombat yang memerlukan penekanan falsafah "Gerak Pendek, Ringkas, Mudah dan Praktikal." Sebenarnya, sebelum itu lagi, Arwah Mahaguru sendiri pernah menjadi Jurulatih TTS bagi tentera Britsh di Royal Signal Corp, Gillman Barrack pada 1938 di Singapura.

Seni Lembing Gayong

Seni Lembing mampu diaplikasikan dalam Teknik Bayonet yang dipasang pada rifle

Hasil dari pengolahan pelajaran-pelajaran tertentu dalam Silat Seni Gayong tersebut, maka secara positifnya, ianya telah mengembangkan lagi pelajaran-pelajaran asal kepada pelajaran pecahan yang pelbagai dan menambah pelajaran-pelajaran baru terutamanya yang melibatkan senjata-senjata asas bagi Tentera/Polis  seperti T-Batton, Bayonet dengan Rifle, Dagger (pisau), Garotte (Tali), Gari (cuffing), Helmet, Pistol (di acu ) dsb nya. 
Seni Cendai dapat diaplikasikan dalam penggunaan "Garotte"

 
Seni Simbat Suk boleh diaplikasikan untuk Cota dan T-Batton

Secara asasnya, pelajaran Gayong sebenarnya bukanlah bersifat konvensional dan "rigid" tetapi ianya lebih dari apa yang dihidangkan buat pesilat-pesilat Gayong di dalam silibusnya. Ini bermakna, silibus Gayong   adalah bersifat merentasi masa, keadaan dan keperluan masyarakat seluruhnya! Ini bertepatan dengan  perisytiharan YAB Perdana Menteri yang meletakkan Silat Seni Gayong sebagai Barisan Ketiga Pertahanan Negara selepas Angkatan Tentera dan Polis DiRaja Malaysia.
Petikan Artikel Akhbar

Penulis bergambar kenangan bersama anggota Tentera Udara di Kem Membedai, Labuan 
yang mengikuti kelas Silat Seni Gayong di bawah seliaan Penulis sendiri

Wallahua'lam.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...