Soalan: Adakah Tapak Alif hanya digunakan oleh yang bertaraf Guru sahaja?
Jawapan : Tapak Alif atau Tapak Berdiri Lurus tidak semestinya pakaian bagi yang bertaraf Guru sahaja. Yang penting, sesiapa sahaja yang telah MENGUASAI Tapak-Tapak Silat yang lain termasuk PETUA nya, maka penggunaan Tapak Alif ini menjadi amat berkesan kerana Tapak Alif telah menyimpan dan BERSATU dengan kesemua tapak2 silat yg telah dikuasai. Sifatnya yang penuh bersahaja dan mampu menyembunyikan PETANDA2 GERAK AWALAN menyukarkan pihak musuh utk membaca GERAK GERI tubuh. Selain itu, Tapak Alif amat efektif kerana SUDUT GERAK nya yang fleksibel dan sifat kedudukannya memberi kesan EKONOMI dalam penggunaan TENAGA.
Terdapat perbezaan yang amat ketara diantara Tapak Alif yang penulis maksudkan dengan Berdiri Lurus (semata-mata). Perbezaan tersebut adalah Tapak Alif walaupun Posisi Awal adalah berdiri lurus, namun bilamana ia bergerak, tapak kekuda akan muncul kerana sifat lurusnya telah bersepadu dengan Tapak2 Kekuda yg lain sedangkan Berdiri Lurus (semata-mata) tiada sepadunya tapak kekuda lain, sifatnya hanya lurus semata2 tanpa kekuda( menguasai tapak kekuda).
Berdasarkan penerangan ringkas ini, boleh kita simpulkan tidak semestinya yang bertaraf Guru sahaja yang menggunakan Tapak Alif tetapi setiap yang bertaraf Guru akan menggunakan Tapak Alif sebagai "Pakaiannya".
No comments:
Post a Comment