Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Wednesday, August 8, 2012

LANGKAH MELILIT

Salamun Alaik;
Rajah Panduan Langkah Melilit

Langkah  Melilit  ialah  kaedah  bergerak  dalam  bentuk  bulatan  atau lingkaran.  Sekiranya  dilakukan  oleh  dua  pesilat,  Langkah  Melilit  dilakukan dengan  kedua  pesilat  bergerak  bersetentangan  dengan  jarak  yang  tertentu seperti Lingkaran ke arah yang sama. Lihat rajah 1. Jarak kedua pesilat menentukan saiz besar atau kecilnya Lingkaran Langkah Melilit. Gerakan menghampiri lawan membuatkan lingkaran semakin mengecil.

i.           Gerak Lingkar Besar
Lingkaran besar berlaku ketika jauh daripada lawan. Ketika ini pesilat melakukan gerak pecah langkah dengan mengatur strategi serang belanya. Kedua-dua pesilat melakukan Langkah Melilit iaitu bergerak berputar sehingga bulatan atau lingkaran menjadi semakin kecil. Arah langkah ketika melilit boleh dilakukan secara maju atau mundur. Jenis langkah boleh disesuaikan mengikut keperluan. Gerakan dalam lingkaran yang besar ini membuatkan jarak kedua pesilat  jauh  dari  serangan  dilakukan  kerana  lawan  mudah  menghindarkan dirinya dari terkena serangan. Lihat rajah 2.

ii.         Gerak Jarak Jauh
Gerak   dalam   jarak   jauh   bermakna   kedua-dua   pesilat   berada   lebih daripada sepencapaian kedua tangan pesilat. Iaitu sekiranya dua pesilat berdiri berhadapan, mengangkat kedua tangan lurus ke depan dan menyentuh kedua hujung jari. Maknanya luas luas bulatan atau lingkaran lebih daripada jari-jari sepanjang lengan pesilat. Lihat rajah 3.

Jarak antara kedua pesilat mempengaruhi kaedah melakukan dalam serang dan bela. Misalnya lawan melakukan serangan sepak dalam jarak jauh, belaan elak sudah cukup untuk menghindarkan sasaran daripada serangan. Lihat rajah 4. Bermakna 'Jarak' merupakan satu hukum dalam menentukan   penggunaan   jenis   serang atau bela.

iii.        Gerak Jarak Hujung
Jarak hujung bermakna jauh kedua pesilat sepencapaian. Bermakna kedua lengan pesilat dapat bersentuhan ketika lurus. Biasanya dalam Silat kedua-dua pergelangan tangan selalunya bersentuh dengan  tujuan  menampan  serangan lawan. Lihat rajah 5. Gerak langkah melilit dalam Jarak Hujung ini dalam lingkaran berjari-jari dalam sepanjang satu lengan.

iv.        Gerak Jarak Tengah
Jarak tengah menunjukkan jarak antara kedua pesilat mengikut ukuran sepanjang siku. Bermakna ukuran jari-jari lingkaran sepanjang siku. Jadi kedua-dua pesilat akan bergerak maju atau mundur secara dekat yang menunjukkan pesilat terpaksa menggunakan teknik atau taktik serang atau bela jarak dekat Lihat rajah 6.

v.          Gerak Jarak Pangkal
Jarak pangkal adalah jarak paling dekat iaitu di mana kedua pesilat rapat bertemu bahu. Teknik dan taktik ketika jarak pangkal selalu berlaku ketika bergelutan,  bertangkapan  dan berkuncian. Walaupun ketika Jarak Pangkal kedua pesilat mestilah mahir menggunakan Langkah Melilit. Lihat rajah 7.

Demikian   4   jarak   yang   perIu   dimahirkan   dalam   melakukan   Gerak Langkah Melilit. Kaedah hukum 'Jarak' seperti yang telah dinyatakan di atas amat penting dalam menentukan teknik dan taktik yang akan digunakan dalam serang dan bela. Kaedah langkah Melilit merupakan gerakan penting ketika bertarung. Kemahiran ini dapat mematahkan serangan dan melakukan serangan balas yang mudah dan berkesan.

Gaya Melakukan Langkah Melilit

Gaya melakukan  Langkah Melilit dapat dibahagikan kepada  4 perkara. Iaitu gerak Kaki, Gerak Badan, Gerak Tangan dan Gerak Kepala. Keempat-empat perkara yang tersebut di atas amat penting digunakan dalam mana-mana bahagian supaya gerak menjadi kemas dan keterampilan. Asas gerak yang terdapat dalam Gerak Langkah Melilit mempunyai hubungan yang rapat dalam mengembangkan teknik dan taktik serang dan bela.

a.          Gaya Kaki
Gaya kaki meliputi cara melangkah mengelilingi lingkaran. Cara langkah ialah berjalan dengan merendahkan sedikit badan dengan membengkukkan lutut hingga setinggi 75% dari tinggi biasa. Besar buka langkah   ketika   berjalan   mengikut   keperluan   dan   kesesuaian.   Jenis langkah pada asasnya seperti Langkah Satu maju dan mundur. Langkah Silang  seperti Langkah Enam dan buka silang seperti Langkah Tujuh dalam Bunga  Sembah peringkat satu. Tiga langkah ini dapat digunakan sehingga pesilat menghampiri pasangan atau lawan. Langkah  kaki  jangan  sumbang.  Sebaiknya  kedua  pesilat mempunyai    bentuk kuda-kuda yang sama. Misalnya kalau lawan atau pasangan dengan kuda-kuda kaki kanan depan, maka pesilat harus dengan kuda-kuda kaki kanan depan. Bermakna sekiranya kedua-dua pesilat bergerak lawan  perjalanan jam, kedua buku lali kanan bahagian dalam akan bersetentangan. Begitulah seterusnya. Lihat rajah 8.

b.         Gaya Badan
Gaya  badan  dalam  aliran  perguruan  ini  tegak  dengan mengukuhkan pinggang. Tunduk atau membengkukkan badan dilakukan ketika melakukan teknik menyusup atau menyalahkan serangan lawan. Gerak badan mengikut langkah kaki dan pergerakan tangan. Kedudukan badan tegak amat diperlukan dalam permainan dekat, jarak pangkal. Lihat rajah 9. Pesilat melakukan melilit dengan mengerengkan badannya sehingga salah satu bahu menghala kepada lawan.  Kedudukan  sendeng  atau  mengereng  menjadi  ruang  sasaran  atau  'alam' tertutup atau kecil.

c.          Gaya Tangan
Gaya  tangan ada hubungannya  dengan tujuan teknik dan tektik serang bela. Terdapat gerak tangan yang khusus yang telah   dirakamkan sebagai gerak yang dipertingkatkan kepada gaya seni. Dalam rajah 10 diperturunkan di antara beberapa gerak tangan sebagai panduan bagi kegunaan peringkat ini. Secara khususnya, tangan dari bahu yang menghala kepada lawan. Sebaik-baiknya hujung jari menghala ke arah membelah dada lawan. Kaedah demikian memudahkan pesilat menguasai gerak lawan.

d.   Gaya Kepala
Gerak kepala dilakukan dengan tujuan memandang gerak lawan. Kepala dipusingkan untuk memandang arah yang akan dihala oleh pesilat. Namun dalam Silat pandangan mata dan kedudukan muka kerap dirahsiakan. Misalnya pesilat lebih suka menggunakan jelingan dan pandangan ekor mata. Rajah 11 menunjukkan pesilat memandang ke arah rangkai pergerakan.

[Petikan daripada artikel yang ditulis oleh Allahyarham Tn Hj Anuar Wahab]

Wassalam.

Tuesday, August 7, 2012

TAPAK EMPAT DAN "MAIN" SILAT PULUT

Salamun Alaik;
Ilustrasi dipetik dari artikel yang ditulis oleh Allahyarham Tn Hj Anuar Wahab.
Main Silat Pulut selepas pesilat mengaksikan Tapak Empat.
 
Tapak Empat merupakan gerak persediaan dan suai kenal antara pesilat sebelum melakukan serang bela. Ketika ini bagi pesilat dari aliran perguruan yang sama tidak menimbulkan sebarang masalah dan ketika ini mereka dapat menampilkan kemahiran dengan sebaik-baiknya. Tetapi bagi pesilat   yang   mahir   walaupun   dari   perguruan   yang   berbeza   tetap   dapat melakukan kerana gerak-gerak berkenaan terdapat juga di dalam perguruannya.

Tapak Empat memberi masa persediaan jasmani dan rohani pesilat, kerana gerak kerja Tapak Empat menggerakkan bahagian-bahagian anggota badan seperti bahagian sendi, otot, saraf dan keyakinan mental. Gerak tersebut memberikan kelonggaran, reganggan, kelembutan dan pernafasan. Persediaan tersebut secara langsung menjadikan Silat Pulut merupakan permainan tradisi yang memberikan kesegaran rohani dan jasmani. Dalam Tapak Empat terdapat asas dan dasar kaedah Silat iaitu terdiri daripada gerak badan, gerak langkah kaki dan kedudukan tangan dalam sesuatu aliran perguruan. Maknanya secara tradisinya ilmu Silat telah dilengkapkan dengan pengajaran dan pembelajaran yamg rapi untuk membentuk pesilat. Tapak Empat merupakan rangkaian gerak membentuk pesilat. Tapak Empat merupakan rangkaian gerak membentuk kemahiran keterampilan seni beladiri dalam silat.

(dipetik dari artikel yang ditulis oleh Allahyarham Tn Hj Anuar Wahab)

Wassalam

Thursday, August 2, 2012

VARIASI SENJATA

Salamun Alaik;
Penulis bergaya dengan Keris
Dalam mengenal kaedah guna atau mengemudi senjata, pengamal silat akan melihat kepelbagaian senjata tersebut dalam 7 aspek utama;

1. Senjata Jenis Menikam atau Menghiris.
2. Senjata Jenis Melibas, Menetak dan Menghayun.
3. Senjata Jenis Menjerut atau Menyentap.
4. Senjata Jenis Meraut atau Mengelar.
5. Senjata Jenis Melempar/Merejam/Membaling.
6. Kepanjangan Senjata (Pendek, Sederhana, Panjang).
7. Bentuk Hulu/Pemegang.

Begitulah Petua mudah untuk mengenal kaedah "main" bagi sesuatu senjata terutamanya senjata yang tidak pernah dilihat atau diajar oleh Guru. Apa yang penting, ASAS bagi ketujuh-tujuh aspek tersebut telahpun kita pelajari dan kuasai. InsyaAllah, dengan kefahaman dan latihan yang berterusan, pengamal silat akan mampu mengemudi apa sahaja jenis senjata termasuklah sebarang objek dipersekitaran yang bersifat hampir  sama dengan fizikal dan gerak mana-mana jenis senjata. Biiznillah.

Wallahua'lam.

Sunday, July 29, 2012

MENTERA IBU GAYONG

Salamun Alaik;

Basmalah

KUN kata Allah
FAYAKUN kata Muhammad
YA RABBIKUM kata Jibrail
KUN YA HU kata Aku.

Adam kata tidak mengapa
Muhammad kata tidak binasa
Allah kata tidak mati

Wakanallah HU
Ah! kata Allah
Hu kata Muhammad
tidak mati kata Allah
kini kata Muhammad

Suku yang bersifat yang bernyawa
menyembah akan maujudku
tunduk, lemah melihat kebesaran Allah pada diriku.

Aku duduk dalam kalimah LAILAHAILLALLAH
Aku hilang dalam Rahsia Allah.

Berkat Guru
Berkat Rasulullah
Berkat Kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH

ALLAHU AKBAR 3X - Tarik Nafas dan Pasang Niat

Wallahua'lam.

Tuesday, July 24, 2012

PELEPAS ELAKAN

Salamun Alaik;
Pelepas Elakan ketujuh

Bagi setiap pelajaran Elakan dalam Silat Seni Gayong yang merangkumi seni tangan kosong dan senjata, pesilat akan diajar juga kaedah mengatasi setiap elakan tersebut yang dipanggil PELEPAS ELAKAN.Pelepas Elakan penting kerana dengan adanya kemahiran ini, pesilat mampu mematahkan tindakbalas awalan musuh sebelum ianya terus hidup membentuk serangan-serangan yang lebih merbahaya seperti elak pukul, Elakan Maut, Kombat, Serangan Maut,Kuncian ataupun gerak bunuh (senjata).

Dalam menguasai pelajaran Pelepas Elakan, terlebih dahulu,pesilat perlu memahami konsep tindakbalas susulan bagi setiap jenis Elakan yang telah dipelajari (Pecahan Elakan). Kebiasaanya, pelajaran Pecahan Elakan ini diajar kepada pesilat yang mengikuti kursus-kursus pembantu jurulatih ataupun kursus-kursus jurulatih.

Peringkat Pembelajaran Elakan Gayong
1. Asas Elakan
2. Elak Pukul
3. Elakan Maut
4. Pecahan Elakan ( Merangkumi 7 konsep elakan seperti elak, tangkis, kelek, kalih dan seterusnya )
5. Pelepas Elakan ( Gerak Potong elakan pihak lawan sebelum tindakbalas susulan )
6. Elakan 3 Daun ( Gerak Lapis jika pihak lawan menggunakan pelepas elakan )
7. xxxxxxxxxx ( dirahsiakan ).

Wallahua'lam.


Saturday, July 21, 2012

PELEPAS BUAH KUNCIAN

Salamun Alaik;

Penulis menunjukkan antara kaedah pelepas bagi kuncian 3.

Dalam mendalami Ilmu Kuncian, selain telah mempelajari Pecahan Kuncian yang mana setiap satunya dipecahkan kepada 7, Ilmu Pelepas Kuncian turut diajar bagi setiap satunya juga ada 7 kaedah pelepas. Pelepas buah kuncian ada diterapkan dalam Buah Tapak Kunci Hidup sebagai asasnya, tetapi akan diajar secara khusus sebagai pengisian dalam Kursus-kursus kejurulatihan. 

Sebenarnya, dalam Keilmuan Gayong, terdapat SATU GERAK YANG MAMPU MELEPASKAN KESEMUA BENTUK KUNCIAN. Petua ini hanya akan diberikan kepada pesilat setelah mereka berjaya  mencapai peringkat bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti dan telah menjalani KHATAM BUAH KUNCI sebagai "pakaian" seorang Gurulatih.InsyaAllah, dengan menggunakan PETUA ini, segala bentuk kuncian akan mampu di"buka" dengan hanya menggunakan "satu gerak" sahaja. Begitulah tingginya nilai PETUA sebagai keputusan bagi segala ilmu yang dipelajari selama ini. Begitulah serba sedikit perkongsian berkaitan selok belok pelajaran kuncian dalam Silat Seni Gayong. "Masin Sebutan, Masin Perbuatan". InsyaAllah.

Wallahua'lam.

MARHABAN RAMADHAN

Salamun Alaik;

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah....


Wassalam.

Sunday, July 15, 2012

TEMPUR TANPA SENJATA : Buah Kuncian

Salamun Alaik;
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wassalam.

Saturday, July 14, 2012

TEMPUR TANPA SENJATA PSSPGM : Buah Pukulan

Salamun Alaik;

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 Wassalam.

Wednesday, July 11, 2012

ILMU PARANG TERBANG

Salamun Alaik;
Parang yang sedang terbang
 
Ilmu Parang Terbang merupakan salah satu diantara KEILMUAN PERANG yang diwarisi oleh Pendekar Melayu zaman berzaman. Ilmu ini sinonim dengan Pasukan Perang Selendang Merah.Namun ianya juga turut diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang juga mewarisi Ilmu dari Khazanah Ulamak Nusantara ini.

Ilmu ini sebenarnya bukan menjadikan pedang itu terbang, tetapi ianya lebih kepada amalan persediaan dan ketika turun berperang. Segala kelebihan ilmu yang dikurniakan Allah SWT pada saat dan ketika itu bergantung semata-mata atas keizinan dari_NYA jua. Tidak lebih dari itu. Apa yang penting, penghayatan dan tujuan berperang atas konsep JIHAD FISABILILLAH itu yang perlu disemai terlebih dahulu. NIAT dan TUJUAN adalah yang PALING UTAMA. Tiada istilah kalah atau tewas sbb mereka telah dijanjikan SYAHID.

Pedang Perang Melayu

Amalan Parang Terbang ini mempunyai 17 ayat yang dipanggil AMALAN PERANG AYAT 17 Kebiasaanya, ia diamalkan secara berjemaah yang digelar Majlis Zikir Perang. Dalam Amalan Ayat 17 ini juga turut terkandung Ayat 4 dan Ayat Hulubalang. Selain dari Amalan Ayat 17, Pengamalnya akan  diijazahkan juga dengan Amalan Khusus ketika saat turun berperang. Antaranya;

Ketika Turun Melangkah;


 Ketika sampai di lokasi perang;

Saat Pegang Senjata;
Saat Cabut Pedang (senjata);

Sepanjang Berperang;


Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberikan manfaat buat semua.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...