Salamun Alaik;
Ilustrasi Kaedah Galah Panjang
Apabila kedua-dua pesilat selesai melakukan kaedah Melilit, kedua-dua pesilat telah dalam keadaan kedudukan yang hampir kira-kira kedua-dua tangan pesilat boleh bertemu atau dalam Jarak Hujung. Kedua-dua pesilat menjaga jarak di antara antara mereka, jarak sentiasa dikekalkan. Di antara cara yang dapat digunakan ialah melakukan Kaedah Galah Panjang. Dalam Silat, Kaedah Galah Panjang boleh dilakukan bila-bila masa sahaja yang difikirkan sesuai. Sebaik sahaja selesai melakukan Galah Panjang, kedua-dua pesilat akan melakukan serang bela seni.
Cara Melakukan Kaedah Galah Panjang
i. Betulkan kedudukan pesilat supaya tidak sumbang. Terdapat 2 bentuk kedudukan badan dalam melakukan Galah Panjang iaitu:
Pertama, kedua-dua pesilat dalam kedudukan 45 darjah daripada lawannya sama ada pihak kanan atau kiri. Jarak kedua pesilat boleh dalam jarak jauh atau bertemu sebelah atau dua belah tangan. Lihat rajah
10.
Kedua, kedudukan badan kedua-dua pesilat sejajar, maknanya kedua-dua pesilat menghadapi satu arah dengan langkah kaki yang sumbang. Jarak kedua-dua pesilat boleh jauh dan sekiranya dekat boleh sebelah atau kedua belah tangan bertemu. Lihat rajah 11.
ii. Apabila pesilat telah mendapat jarak yang sesuai, pesilat akan memerhatikan gerak lawannya. Pesilat mestilah segera bergerak menurut gerak pasangannya sama ada bergerak maju atau mundur asalkan jarak kedua-dua pesilat tetap seperti asalnya. Lihat rajah 13.
iii. Setelah melakukan kaedah Galah Panjang, pesilat akan melakukan serangan dan belaan seni. Dianggapkan Galah Panjang sebagai lawan tidak memberikan peluang kepada pasangannya. Oleh itu lakukan pecah langkah untuk keluar daripada kaedah Galah Panjang.

Cara Latihan Galah Panjang
Pesilat melakukan Kaedah .Galah Panjang mestilah berpasangan.
i. Melakukan kaedah-kaedah Galah Panjang pertama seperti di atas.
Kedua-dua pesilat berhadapan dengan pasangan berada di hadapan 45 darjah kanan atau kiri. Lihat rajah 14. Angkat tangan yang hampir dengan lawannya, lihat rajah 15. Kuda–kuda kaki tidak sumbang.
ii. Kemudian bergerak, 4 langkah maju dan 4 langkah mundur. Lihat rajah 16. Ketika langkah maju atau mundur kedudukan tangan tetap pada asalnya, memberi peluang lawan mengambil kesempatan melakukan serangan.
iii. Lakukan pada aras yang tinggi iaitu meluruskan sedikit lutut dan aras dan aras yang rendah dengan membengkukkan lutut sehingga salah satu menyentuh lantai. Lutut yang menyentuh lantai ialah lutut yang berhampiran dengan pasangan. Lihat rajah 17. Sekiranya melakukan latihan kaedah Galah Panjang kedua seperti yang tersebut di atas.
iv. Kedua-dua pesilat berdiri sejajar menghadap satu arah, bahu bersententangan. Kedua - dua pesilat boleh melakukan jarak sejauh lurus sebelah tangan. Lihat rajah rajah 18. jarak paling hampir adalah bertemu kedua-dua belah bahu pesilat.
v. Angkat tangan selaku bersedia membela atau serang seperti rajah 20 tetapi dalam Seni Gayung Fatani lakukan kaedah Sagang sehala. Lihat rajah 21. Kemudian bergerak ke arah maju 4 langkah dan mundur 4 langkah. Lihat rajah 22.
vi. Lakukan pertukaran hala sagang dengan memusingkan badan menghala depan atau belakang. Lihat rajah 23. Aras boleh dilakukan dengan turun merendah dengan membengkukkan lutut sehingga menyentuh lantai. Seperti yang telah dinyatakan diatas. Lihat rajah 24.
[Petikan dari artikel yang ditulis oleh Allahyarham Tn Hj Anuar Wahab]
Wassalam.
No comments:
Post a Comment