Saturday, July 14, 2012
Wednesday, July 11, 2012
ILMU PARANG TERBANG
Salamun Alaik;
Parang yang sedang terbang
Ilmu Parang Terbang merupakan salah satu diantara KEILMUAN PERANG yang diwarisi oleh Pendekar Melayu zaman berzaman. Ilmu ini sinonim dengan Pasukan Perang Selendang Merah.Namun ianya juga turut diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang juga mewarisi Ilmu dari Khazanah Ulamak Nusantara ini.
Ilmu ini sebenarnya bukan menjadikan pedang itu terbang, tetapi ianya lebih kepada amalan persediaan dan ketika turun berperang. Segala kelebihan ilmu yang dikurniakan Allah SWT pada saat dan ketika itu bergantung semata-mata atas keizinan dari_NYA jua. Tidak lebih dari itu. Apa yang penting, penghayatan dan tujuan berperang atas konsep JIHAD FISABILILLAH itu yang perlu disemai terlebih dahulu. NIAT dan TUJUAN adalah yang PALING UTAMA. Tiada istilah kalah atau tewas sbb mereka telah dijanjikan SYAHID.
Pedang Perang Melayu
Amalan Parang Terbang ini mempunyai 17 ayat yang dipanggil AMALAN PERANG AYAT 17 Kebiasaanya, ia diamalkan secara berjemaah yang digelar Majlis Zikir Perang. Dalam Amalan Ayat 17 ini juga turut terkandung Ayat 4 dan Ayat Hulubalang. Selain dari Amalan Ayat 17, Pengamalnya akan diijazahkan juga dengan Amalan Khusus ketika saat turun berperang. Antaranya;
Ketika Turun Melangkah;
Ketika sampai di lokasi perang;
Saat Pegang Senjata;
Saat Cabut Pedang (senjata);
Sepanjang Berperang;
Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberikan manfaat buat semua.
Wassalam.
Labels:
amalan,
Selempang Merah,
Selendang Merah
Wednesday, July 4, 2012
KEMENYAN DAN BERTEH
Salamun Alaik;
Berteh Padi
Kemenyan yang sedang diperasap
Benarkah penggunaan kedua bahan ini memberikan suatu gambaran sesuatu majlis tersebut bersifat khurafat dan syirik? Bagaimana pula kesnya dengan Majlis Istiadat Perlimau Sintuk Adat/Seni bagi Silat Seni Gayong yang sememangnya menggunakan kedua bahan diatas?
Jawapan penulis amat ringkas dan tegas, TIDAK SAMA SEKALI! Pesanan penulis, jangan mudah untuk menjatuhkan hukum tanpa ILMU dan jangan pula sesekali ambil alih tugas ALLAH SWT untuk mensyirikkan orang lain.
Penulis tidak berniat untuk menghuraikan satu per satu ASAL MUASAL kenapa setiap bahan yang digunakan dalam Majlis Perlimausintuk Tapak/Seni dalam Silat Seni Gayong terutamanya Kemenyan dan Berteh ini tetapi, cukuplah sekadar memberi cetusan akal untuk berfikir kenapa dan mengapa ia digunakan. Seringkali masyarakat yang kurang arif tentang hal ini memberi respon yang negatif.Itulah kebanyakan sifat bangsa Melayu. Mudah untuk mengaitkan sesuatu yang diluar pengetahuan dan logik akal mereka dengan unsur-unsur mistik yang bersifat khurafat dan syirik....... amat mendukacitakan sekali bilamana, ada ahli dalam perguruan yang mencanang cerita sebegini kepada masyarakat umum yg sememangnya jahil tentang adat Gayong itu sendiri. Tidak terkecuali, WAKIL MUTLAK yang menerimana AMANAT untuk menjalankan upacara ini pun ada yang was-was dan meraguinya. Persoalan yang penulis ingin lontarkan, bagaimana boleh seseorang itu terima AMANAT ini tanpa pengetahuan tersurat dan tersiratnya? adakah mereka terima secara SAH ataupun guru yang mengijazahkan itupun MEMANG "kosong" pengetahuannya?dan bagaimana pula boleh mereka ini mampu mengijazahkan kepada orang lain jika mereka sendiri "kosong" tentang maksud tersurat dan tersirat disebalik upacara Perlimau Sintuk ini?
Isu Kemenyan dan Berteh ini sebenarnya senasib dengan isu MANDI BUNGA suatu ketika dahulu. Telah berkurun lamanya, isu mandi bunga telah digazetkan sebagai hal-hal yg khurafat oleh bangsa kita. tetapi setelah dibuat penyelidikan dan kajian saintifik oleh sarjana2 barat, maka mereka telah menemui kelebihan yang ada pada bunga2 tersebut yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit tanpa kesan sampingan (bersifat alamiah). Setelah produk-produk mereka diterima dan berjaya dipasarkan ke peringkat antarabangsa, maka senyaplah suara2 celupar selama ini yang menuduh perawat2 bangsa Melayu dan orang2 Silat ini. Malah,ramai juga diantara mereka menggunakan produk2 yang tanpa rasa malu(dulu tuduh bukan-bukan).Di sinilah kelemahan ketara kita, asal dari kita tetapi kita buang sebab kejahilan diri. kemudian ambil balik selepas bangsa lain dapat untung.
Bangsa Melayu amat rapat dengan Kemenyan, Berteh, Pulut, Asam Garam, Keris dsb nya. Silalah kaji sejarah bangsa yang berkaitan serta hubungan dengan bahan-bahan tersebut. Ada isu yang mungkin telah dilupakan dan sengaja dihilangkan dari sejarah bangsa. Kajilah juga kenapa berteh dijadikan syarat dalam petua asam garam Melayu. Bertanyalah kepada yang arif dalam soal mistik, kenapa kemenyan diperasapkan? Apakah asalnya untuk memanggil jin atau ada Rahsia lain yang tersirat?
Penulis sering mengatakan yang asal muasal nya adalah bersih. tetapi telah disalahgunakan oleh kumpulan2 tertentu yang jahil. contohnya; asal mandi bunga adalah baik untuk proses perawatan. Ianya adalah bersifat alamiah yang menggunakan konsep frekuensi yang terkandung pada warna-warna dan aroma bunga. Ianya tidak memerlukan apa-apa seruan dan bacaan. Cukuplah dengan bacaan Basmalah dan Selawat untuk mengambil berkat. Namun, orang yang jahil inilah yang mula menambah kekarutan seperti membaca mentera-mentera sesat dan jadikan ia suatu ritual pemujaan. Tindakan mereka ibarat "disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga".Ditegaskan kembali, asalnya tetap bersih dan tiada sama sekali unsur-unsur khurafat dan syirik. Begitu jugalah halnya dengan Kemenyan dan Berteh ini. Ada RAHSIA nya. Bergurulah dengan Guru sebenar Guru. InsyaAllah, segala yang kusut akan terlerai.Biiznillah.
Setakat ini sahaja yang mampu penulis kongsikan. Memang kehendak hati untuk berkongsi semuanya.tetapi JANJI dan IKRAR penulis dengan GURU membataskan perkongsian tentang isu ini. Sekadar membuka jalan untuk dikaji dan dinilai dengan rasional serta penuh berlapang hati. Diharapkan agar isu kemenyan dan berteh ini tidak lagi dijadikan isu diatas kejahilan diri kita. Jangan mudah menghukum tanpa kepastian.Elakkan menjilat air ludah sendiri di kemudian hari.......
Bangsa Melayu amat rapat dengan Kemenyan, Berteh, Pulut, Asam Garam, Keris dsb nya. Silalah kaji sejarah bangsa yang berkaitan serta hubungan dengan bahan-bahan tersebut. Ada isu yang mungkin telah dilupakan dan sengaja dihilangkan dari sejarah bangsa. Kajilah juga kenapa berteh dijadikan syarat dalam petua asam garam Melayu. Bertanyalah kepada yang arif dalam soal mistik, kenapa kemenyan diperasapkan? Apakah asalnya untuk memanggil jin atau ada Rahsia lain yang tersirat?
Penulis sering mengatakan yang asal muasal nya adalah bersih. tetapi telah disalahgunakan oleh kumpulan2 tertentu yang jahil. contohnya; asal mandi bunga adalah baik untuk proses perawatan. Ianya adalah bersifat alamiah yang menggunakan konsep frekuensi yang terkandung pada warna-warna dan aroma bunga. Ianya tidak memerlukan apa-apa seruan dan bacaan. Cukuplah dengan bacaan Basmalah dan Selawat untuk mengambil berkat. Namun, orang yang jahil inilah yang mula menambah kekarutan seperti membaca mentera-mentera sesat dan jadikan ia suatu ritual pemujaan. Tindakan mereka ibarat "disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga".Ditegaskan kembali, asalnya tetap bersih dan tiada sama sekali unsur-unsur khurafat dan syirik. Begitu jugalah halnya dengan Kemenyan dan Berteh ini. Ada RAHSIA nya. Bergurulah dengan Guru sebenar Guru. InsyaAllah, segala yang kusut akan terlerai.Biiznillah.
Setakat ini sahaja yang mampu penulis kongsikan. Memang kehendak hati untuk berkongsi semuanya.tetapi JANJI dan IKRAR penulis dengan GURU membataskan perkongsian tentang isu ini. Sekadar membuka jalan untuk dikaji dan dinilai dengan rasional serta penuh berlapang hati. Diharapkan agar isu kemenyan dan berteh ini tidak lagi dijadikan isu diatas kejahilan diri kita. Jangan mudah menghukum tanpa kepastian.Elakkan menjilat air ludah sendiri di kemudian hari.......
Wallahua'lam.
Labels:
info
Sunday, July 1, 2012
SEJARAH AMALAN KEROHANIAN DALAM SILAT
Salamun Alaik;
Amalan kerohanian dalam Silat Melayu melalui sejarah yg panjang iaitu pada peringkat pertama kerohanian Silat Melayu tradisi dari amalan kepawangan yang berdasarkan kepercayaan animisme yang percaya kepada kuasa ghaib, nenek moyang, penunggu, sumpahan dan pemujaan. Bagi memperlihatkan hubungan baik, mendapatkan bantuan kuasa ghaib dan mempertahankan diri dari kecelakaan kuasa ghaib, pengamal kebatinan tradisi memakai beberapa petua dan syarat, tangkal azimat dari kayu, batu, tulang serta mantera jampi dalam bahasa Melayu.
Gambar Hiasan
Peringkat kedua ialah kebatinan berlatarkan pengaruh kepercayaan Hindu Buddhisme. Pada peringkat ini amalan animisme masih kekal diamalkan di samping mempercayai kuasa dewa dewi, keramat, bertapa, puasa, bersemadi, yoga, mandi keramat, nujum, kesaktian dan jampi mantera serta percaya pada tuah dan sial, memakai tangkal azimat dari besi, batu, kayu, tulang dan kulit binatang.
Wali Songo
Peringkat ketiga ialah pengaruh Islam. Oleh sebab Islam baru berkembang dalam masa yang singkat sebelum kerajaan-kerajaan Melayu diperintah oleh penjajah barat yang memandang Islam sebagai musuh, maka kerohanian Islam tidak dapat berkembang dengan sempurna dalam kerohanian persilatan Melayu. Pada peringkat ini kerohanian Islam dalam persilatan Melayu masih bercampur baur dengan pengaruh kepercayaan animisme dan Hindu Buddhisme. Pengamal silat percaya kepada kuasa Allah yang esa, tetapi masih dipengauruhi oleh kebatinan lalui dengan mewujudkan sandaran seperti malikat, sahabat, saka, jin, wali, keramat, roh panglima dan semangat binatang seperti harimau, helang, monyet dan sebagainya.yang dapat membantu ketika terdesak. Mengadakan semah gelanggang, mandi minyak, mewujudkan mantera jampi dengan kalimah untuk ilmu pendinding, kebal, penunduk, penderas, pengasih, pengunci, pelimun, petunang, pembisa dan pelali. Bermakna kerohanian Islam belum dapat
menyumbang kepada ilmu kepahlawanan Melayu sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat dan penglima Islam zaman Rasulullah SAW.
Peringkat ke empat ialah pengaruh sekularisme yang menjadikan agama sebagai urusan peribadi dan budaya yang tiada berhubungan urusan keduniaan. Silat mula dipengaruhi pelbagai falsafah dan pemikiran yang bergantung kepada usaha manusia semula jadinya memberi bekas. Manusia mempunyai kekuatan mutlak melalui keupayaan fizikal, mental dan spiritual. Diperkukuhkan dengan latihan minda dan jiwa melalui amalan yoga, pernafasan, tenaga dalam, aura, syihir dan sebagainya yang bersumber daripada amalan pelbagai agama, ajaran dan kerpecayaan. Pengamal spiritual dapat memperlihatkan keupayaan amalan dengan memecah genting batu, mematakan besi baja, ketulan ais, menjilat besi panas, membakar tubuh, mandi asid, makan kaca, ditusuk dengan besi, tahan godam dengan kayu, rotan, buluh, besi dan lain-lain. Beberapa perguruan silat telah kembali melihat amalan-amalan dari kebatinan lalu untuk menyaingi persembahan yang dilakukan oleh pengamal spiritual.
Berbalik kepada persoalan sumbangan kerohanian Islam ke dalam ilmu persilatan Melayu ternyata masih belum pernah diusahakan dengan sempurna. Hanya beberapa orang ulamak Melayu yang mengajar silat sedar iaitu setelah pengamal silat meninggalkan amalan kebatinan Melayu tradisi dan pengaruh Hindu Buddhisme, berlakulah kekosongan pada ruang kerohanian dalam ilmu kepahlawanan Melayu. Tanpa pengisian adalah besar kemungkinan kekosongan tersebut akan diisi kembali oleh kebatinan lalu atau pengaruh amalan semasa yang bukan Islam. Mereka segera memperturunkan rahsia ilmu kerohanian Islam di samping mengekalkan amalan budaya Melayu yang tidak berxanggah dengan syarak. Pendidikan ilmu kerohanian Islam dimulakan dengan memperkenalkan ketokohan pahlawan Islam seperti Sayidina Omar al Katab, Sayidina Ali Abi Talib, Sayidina Hamzah, Khalid ibn Walid, Tariq bin Ziad, terutama ketokohan Nabi Muhammad saw. Pesilat dapat melihat Islam sebagai kerohanian dan ilmu yang dapat membentuk kekuatan rohani dan jasmani. Pesilat diperkukuhkan amalan syariat Islam meliputi hal yang bersangkutan dengan ibadah, aqidah dan pembinaan akhlak. Maka ilmu tasawuf berjaya memupuk kesuciaan hati melalui riadah kerohanian Islam yang bersumberkan beberapa aliran tarikat dari aliran sunnah wal jemaah muzahab Imam Syafie seperti tarikat Ahmdiah, Muhamadiah, Naqsabandiah, Qadariah dan yang lain-lain Ulamak Melayu memperturunkan beberapa bentuk aurad dan wirid yang diserta dengan syarat dan kaifiat sesuai dengan keperluan pengisi kerohanian silat. Tujuannya untuk membuka hijab pesilat agar dapat melihat kebesaran Allah dengan biji matanya sendiri. Usaha para ulamak tersebut berjaya mengisi kekosongan amalan kebatinan dalam ilmu persilatan Melayu dengan kerohanian Islam yang suci dan bersih.
Kesimpulannya, Malaysia boleh berbangga kerana diwariskan Silat Melayu yang lengkap pada zahir dan batinnya yang memudahkan mereka membentuk silat sebagai satu nama dan satu ilmu bela diri yang sempurna. Barang kali sesuai ungkapan di atas dilengkapkan iaitu `pandang satu pada yang banyak dan pandang banyak pada yang satu’. Setiap yang baharu ada mulanya, demikian juga dengan silat yang ada mula atau sebenih lalu berkembang kepada beberapa rumpun. Maka tidak mustahil ilmu silat yang telah berkembang disusun kembali menjadi satu ilmu. Usaha tersebut memerlukan pengorbanan bersama ke arah memartabatkan Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi yang tersenarai dalam Akta Warisan Negara dan sumbangan bangsa Malaysia kapada tamadun manusia. Sekian.
(dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Pendita Allahyarham Tn Hj Anuar Wahab)
Wassalam.
Labels:
info
Saturday, June 30, 2012
MANDI KERIS
Salamun Alaik,
Wallahua'lam.
Ayahanda Amin Hamzah sedang mengajar kaedah Memandikan Keris.
Dalam Keilmuan Gayong, selain mengajar pesilat kaedah berpencak menggunakan keris, pesilat-pesilat juga ditunjukkan cara bagaimana untuk MEMANDIKAN KERIS. Mandi Keris juga merujuk kepada kaedah untuk melindungi BESI pada Keris agar sentiasa bersih dan tiada berkarat. Ini kerana KARAT adalah MUSUH UTAMA bagi senjata yang berunsurkan BESI!
Terdapat pelbagai kaedah memandikan keris mengikut Keilmuan Ilmu masing-masing.Lain Guru lainlah juga tatacaranya. Kali ini, penulis ingin kongsikan kaedah mandi keris mengikut apa yang telah diperturunkan oleh Arwah Mahaguru buat Ayahanda Amin Hamzah. Perkongsian ilmu ini telah berlangsung di gelanggang SMK Pangkal Meleret, Machang Kelantan pada tahun 2008.
Bahan Asas yang diperlukan adalah;
1. Nenas (Boleh juga gunakan batang pisang jika karatnya terlalu banyak).
2. Limau Nipis 7 biji
3. Kemenyan.
4. Berteh.
5. Air Kelapa.
6. Air Bunga.
7. Buluh.
Kaedah mandi yang diperturunkan oleh Arwah Mahaguru mempunyai beberapa syarat. Antaranya;
1. Pilihan Hari.
2. Jenis dan Fungsi Keris - berbeza fungsi keris maka terdapat sedikit perbezaan kaedah mandinya. Contohnya; Keris untuk bertarung, Keris Adat, Keris Kuasa dsb nya.
3. Membaca Wirid dan mantera supaya menambah bisa dan mampu membatalkan ilmu hitam jika ia digunakan utk menikam musuh.
4. Tempoh masa merendam Keris dalam Buluh.
5. Perasap kemenyan supaya ianya sukar untuk berkarat dan memberikan bau harum pada bilah keris.
6. Bilangan bunga dan warnanya. Terdapat satu bunga yang WAJIB ada sebagai syarat utama.
7. Kekerapan untuk memandikan Keris.
Alhamdulillah, pada hari itu juga, Ayahanda Amin Hamzah telah sudi menurunkan ilmu bagaimana untuk "MENGAWINKAN KERIS" buat penulis dan Ust Wan Abdul Halim. Proses ini telah diajar oleh Arwah Mahaguru ketika mengawinkan keris PENDAWA LIMA dengan Keris milik Ayahanda Amin Hamzah untuk dijadikan Keris Adat Gayong. Namun kaedahnya tidak boleh dikongsikan di sini kerana menjaga ADAB BERGURU. Semoga beroleh manfaat buat semua.
Labels:
senjata melayu
Tuesday, June 26, 2012
SENI SENJATA #7 : Semua Objek Adalah Senjata
Salamun Alaik;
Wallahua'lam.
Salah satu kaki kerusi bersifat seperti sebatang Simbat
Pengamal Gayong yang telah mempelajari 21 jenis senjata Alam Melayu masih belum lengkap menguasai sepenuhnya Seni Senjata Gayong sehinggalah apa-apa sahaja yang berada di sekelilingnya di mana-mana sahaja boleh digunakan menjadi senjata ampuh dalam mempertahankan diri mereka. Itulah tahap tertinggi dalam menguasai Seni Senjata Gayong!
Dinding dibelakang mampu menjadi penghalang dari musuh serang dari arah belakang
dan mampu menjadi penahan serangan musuh yang tersasar.
Senjata yang 21 dengan 7 Gaya Gerak dan 7 Sifat Membunuh boleh dimanifestasikan kepada sebarang objek yang ada dipersekitaran kita untuk dijadikan senjata mempertahankan diri. Malah, sifat muka bumi dan keadaan persekitaran seperti batang pokok, dinding, longkang besar, lubang, cerun, sinaran cahaya, kawasan berpasir dsb nya juga mampu di jadikan sandaran untuk menumpaskan musuh.
Payung mempunyai 3 Gaya Gerak dengan 2 Sifat Membunuh
Ke arah mencapai tahap tertinggi dalam menguasai SENI SENJATA GAYONG ini, maka perlulah pesilat-pesilat mengadap GURU SEBENAR dan memahami setiap GERAK SIFAT SENJATA serta apa yang dikatakan 7 GAYA GERAK dan 7 SIFAT MEMBUNUH. InsyaAllah, dengan kefahaman yang jelas tentang konsep ini, maka tiada lagi istilah HAFAL BUAH dan KAKU DALAM GERAK. Malah gerak akan lebih mantap, efektif dan berbahaya berbanding gerak dalam SILIBUS yang diajar.
Wallahua'lam.
Labels:
senjata melayu
Saturday, June 23, 2012
SENI SENJATA #6 : APLIKASI PELAJARAN GAYONG DALAM MODUL LATIHAN TENTERA
Salamun Alaik,
Arwah Mahaguru bersama Gurulatih Kanan Gayong bergambar kenangan bersama tentera yang terlibat dalam Kursus TTS
Pada awal 70-an, Silat Seni Gayong telah ditawarkan untuk mengajar "Unarmed Combat" buat pasukan Polis dan juga Pasukan Tentera. Beberapa orang Gurulatih Kanan Silat Seni Gayong ketika itu seperti Arwah Cg Mat Lazim, Arwah Cg Kalsom, Cg Ahmad Ismail, Cg Awang Daud serta beberapa orang lagi telah dihantar sebagai Jurulatih di Pusat Latihan Polis dan Tentera.
Bermula dari situ, beberapa Pelajaran Senjata Gayong telah dimodifikasikan supaya ianya sesuai dan menepati piawai yang telah ditetapkan. Tidak terkecuali juga Seni Tangan Kosong (Pelajaran Tapak Gayong) terutamanya Pelajaran Gerakan, Elakan, Kuncian dan Kombat yang memerlukan penekanan falsafah "Gerak Pendek, Ringkas, Mudah dan Praktikal." Sebenarnya, sebelum itu lagi, Arwah Mahaguru sendiri pernah menjadi Jurulatih TTS bagi tentera Britsh di Royal Signal Corp, Gillman Barrack pada 1938 di Singapura.
Bermula dari situ, beberapa Pelajaran Senjata Gayong telah dimodifikasikan supaya ianya sesuai dan menepati piawai yang telah ditetapkan. Tidak terkecuali juga Seni Tangan Kosong (Pelajaran Tapak Gayong) terutamanya Pelajaran Gerakan, Elakan, Kuncian dan Kombat yang memerlukan penekanan falsafah "Gerak Pendek, Ringkas, Mudah dan Praktikal." Sebenarnya, sebelum itu lagi, Arwah Mahaguru sendiri pernah menjadi Jurulatih TTS bagi tentera Britsh di Royal Signal Corp, Gillman Barrack pada 1938 di Singapura.
Seni Lembing Gayong
Seni Lembing mampu diaplikasikan dalam Teknik Bayonet yang dipasang pada rifle
Hasil dari pengolahan pelajaran-pelajaran tertentu dalam Silat Seni Gayong tersebut, maka secara positifnya, ianya telah mengembangkan lagi pelajaran-pelajaran asal kepada pelajaran pecahan yang pelbagai dan menambah pelajaran-pelajaran baru terutamanya yang melibatkan senjata-senjata asas bagi Tentera/Polis seperti T-Batton, Bayonet dengan Rifle, Dagger (pisau), Garotte (Tali), Gari (cuffing), Helmet, Pistol (di acu ) dsb nya.
Seni Cendai dapat diaplikasikan dalam penggunaan "Garotte"
Seni Simbat Suk boleh diaplikasikan untuk Cota dan T-Batton
Secara asasnya, pelajaran Gayong sebenarnya bukanlah bersifat konvensional dan "rigid" tetapi ianya lebih dari apa yang dihidangkan buat pesilat-pesilat Gayong di dalam silibusnya. Ini bermakna, silibus Gayong adalah bersifat merentasi masa, keadaan dan keperluan masyarakat seluruhnya! Ini bertepatan dengan perisytiharan YAB Perdana Menteri yang meletakkan Silat Seni Gayong sebagai Barisan Ketiga Pertahanan Negara selepas Angkatan Tentera dan Polis DiRaja Malaysia.
Penulis bergambar kenangan bersama anggota Tentera Udara di Kem Membedai, Labuan
yang mengikuti kelas Silat Seni Gayong di bawah seliaan Penulis sendiri
yang mengikuti kelas Silat Seni Gayong di bawah seliaan Penulis sendiri
Wallahua'lam.
Labels:
senjata melayu
Friday, June 22, 2012
SENI SENJATA #5 : HANYA MIRIP DAN BUKANLAH SENI SEBENAR?
Salamun Alaik;
Komen dan Pandangan Penulis
* bersambung.
Wallahua'lam.
Seni Cendai semakin ditonjolkan dan bukanlah menjadi RAHSIA lagi.
Kadangkala SENI yang dianggap RAHSIA dan SULIT dalam sesebuah perguruan adalah sekadar mainan asas dalam perguruan yang lain dan sebaliknya. Tidak terkecuali seni-seni sulit dalam perguruan Silat Seni Gayong yang mana hanya diajar kepada pesilat yang bertaraf jurulatih tetapi di perguruan lain atau dalam sistem martial arts mungkin diajar diperingkat murid dan secara terbuka.
Komen dan Pandangan Penulis
* bersambung.
Labels:
senjata melayu
Thursday, June 21, 2012
SENI SENJATA #4 : Penggunaan Perisai Sebagai Alat Penangkis
Salamun Alaik;
Dalam Keilmuan Gayong, Arwah Mahaguru pernah mengajar beberapa orang murid beliau kaedah berpencak menggunakan Parang/Pedang dan Perisai ini pada pertengahan 80-an. Perisai yang diajar ketika itu adalah diperbuat sepenuhnya daripada rotan. Antara kelebihan Perisai Rotan ini adalah kerana sifatnya yang ringan, tahan lasak, tindakbalas yg bersifat lantunan dan ada ruang untuk mengintai (tidak menutup pandangan).
Angkatan Perang Islam suatu ketika dulu juga pernah menggunakan Perisai ketika berperang.
Kemahiran berperang menggunakan senjata-senjata panjang yang melibas seperti Parang Panjang, Pedang, Sundang dsb nya tidak lengkap jika tiada diajar bersama PERISAI sebagai alat penangkis. Mengikut sejarah dunia, hampir kesemua angkatan perang terhebat di dunia pernah menggunakan perisai ketika berperang. Antaranya; Aztecs, Roman Legion, Mamluk,Spartan, Ottoman, Persia, Vikings dan Knights.
Spartan Warriors
Knight Warriors
Roman Warrior
Tidak terkecuali di Alam Melayu, perisai juga pernah menjadi sebahagian daripada senjata yang dibawa berperang. Terdapat pelbagai jenis perisai yang digunakan di Alam Melayu ini, antara yang popular adalah perisai Sarawak, perisai Acheh dan perisai Pattani. Pembuatannya ada sedikit perbezaan kerana ianya menggabungkan unsur kayu, rotan dan logam.
Pahlawan Sarawak dengan perisainya yang berbentuk heksagon.
Perisai Acheh yang diperbuat daripada unsur Kayu, Rotan dan Logam yang berbentuk bulat
Perisai Pattani berbentuk bulat dan dibuat sepenuhnya daripada rotan.
Ayahanda Amin Hamzah bersama Ustaz Wan Abdul Halim
Ayahanda Amin Hamzah bersama Ustaz Wan Abdul Halim
Wallahua'lam.
Labels:
senjata melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































