Saturday, December 26, 2009
TAHNIAH BUAT GAYONG SERANTAU KELANTAN
Selamat mengunjungi blog gayong serantau kelantan di alamat www.gayongserantaukelantan.blogspot.com
Friday, October 30, 2009
MAKAN GERAK..............
Makan Gerak bermaksud diri bergerak serang berasaskan petua Penanda Gerak ke arah Ibu Gerak musuh sebelum Gerak berpucuk menjadi Sifat..............................
*mohon pendita tambah yang mana tidak cukup.................
Wallahua'lam
Wednesday, October 14, 2009
Blog PSSGM WPL
Pihak PSSGM WPL telah sepakat menghasilkan blog rasmi PSSGM WPL bagi menyampaikan info-info dan aktiviti-aktiviti semasa pihak PSSGM WPL. Sama-sama kita lawatinya.............
www.pssgmwpl.blogspot.com
Wassalam
Sunday, October 4, 2009
KERIS dan GOLOK
- kaedah pembuatannya - kredibiliti dan ketinggian ilmu tukang/pandai keris, jenis-jenis besi yang digunakan (tujuh PA), pemilihan hari. ukuran badan si pemakai dan wirid-wirid bacaan tertentu.
- bentuk fizikal - bilangan lok, corak pamor, ukiran hulu dan sarung, kepanjangan dan jenis kegunaan.
- penggunaannya - cara pakai/sisip keris, langkah, kaedah menikam, sasaran, pantang larang, adat memandikan keris dan cara simpan.
Wednesday, September 30, 2009
ROH #1

Berdasarkan ilmu dan kajian ahli-ahli ilmu kerohanian, ROH manusia terdiri daripada himpunan 9 jenis Roh. Setiap Roh ini mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti berikut;
- Roh Idofi - Roh Utama
- Roh Rabbani - Roh yang sukar ditemui. Bersifat diam dan tidak mempunyai apa-apa kehendak. Sifat kehambaan yang sebenar-benarnya.
- Roh Rohani - Roh yang berkaitan dengan nafsu
- Roh Nurani - Roh yang berkaitan dengan hati yang baik (nafsu mutmainnah)
- Roh Kudus - Roh berkaitan berhubungan dengan berbuat kebaikan
- Roh Rahmani - Roh yang mempengaruhi manusia bersifat sosial dan suka memberi
- Roh Jasmani - Roh yang menguasai seluruh darah dan urat. Roh yang menjadikan kita sakit dan seumpamanya. Sekiranya kita dapat menguasainya, ditusuk jarum pun tidak akan rasa sakit. Roh ini mudah dikuasai oleh nafsu amarah dan sifat kebinatangan buat manusia seperti suka makan,bersetubuh, malas dsb.
- Roh Nabati - Roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan fizikal
- Roh Rewani - Roh yang menjaga tubuh fizikal dan pemikiran. Bila tidur,roh ini yang keluar.
Sunday, September 27, 2009
BUNGA, WARNA DAN AURA #1
Kaedah Mandi Bunga merupakan antara kaedah rawatan tradisional bagi mengubati penyakit zahir dan batin yang telah dipelopori oleh nenek moyang kita. Apakah konsep yang digunakan dan bagaimana ianya dapat berfungsi merawat sesuatu penyakit?
Konsep Mandi Bunga
- Bunga mempunyai pelbagai jenis dengan pelbagai warna.
- Setiap warna mempunyai bentuk frekuensi getarannya yang tersendiri.
- Air merupakan suatu medium yang mampu merakam frekuensi getaran.
- Air juga mampu untuk merakam niat manusia.
- Anggota badan manusia yang sakit menunjukkan perubahan kepada frekuensi getaran asal. Ianya lebih kepada frekuensi yang lemah dan tidak harmoni.
- Penggunaan 7 jenis bunga agar frekuensi getaran yang dirakam oleh air dapat membetulkan frekuensi getaran lemah tubuh pesakit
- Penggunaan limau nipis bagi menambahkan sifat eloktrolit air.
Kini, konsep tradisional ini telah pun di komersialkan oleh pengkaji-pengkaji Barat dan telah banyak jurnal-jurnal dikeluarkan berdasarkan hasil kajian mereka. Maka terhasilnya produk-produk "color vibration therapy" yang berinovasikan dari Kaedah Mandi Bunga. Akhirnya, penggunaan produk-produk hasil kajian Barat ini telah meluas digunakan oleh masyarakat Malaysia termasuk yang pernah mengatakan yang Kaedah Mandi Bunga itu adalah karut dan menyesatkan! Sama-sama kita fikirkan.................
Wallahua'lam
Friday, September 25, 2009
SIAPA PANGLIMA HITAM?
Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu. Antara yang tersohor ialah;
- Panglima Hitam (Taiping) atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang pada abad ke -18
- Panglima Hitam (Kuala Selangor)
- Panglima Hitam (Jugra)
- Panglima Hitam (Muar,Johor)
- Panglima Hitam (Segamat,Johor)
- Panglima Hitam pada zaman Almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan Almarhum Sultan Muhammad iaitu Sultan Selangor yang ketiga.
- Panglima Hitam yang dikenali juga sebagai Daeng Ali iaitu pengawal peribadi Almarhum Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor yang keempat.
- Panglima Hitam di Muar yang bernama Baginda Zahiruddin berasal dari Padang Pariaman Minangkabau, Sumatera. Beliau merupakan pengasas kepada Silat Lintau pada abad ke-16.
- Panglima Hitam di Segamat yang merupakan pemimpin ketenteraan dan telah berjaya mengalahkan kumpulan pemberontak dalam perang Jementah yang berlaku di kawasan Segamat.
- Perak
- Pahang
- Kedah
- Terengganu
- Johor
- Selangor
- Melaka
Kesimpulannya, nama Panglima Hitam ini telah dipakai dan menjadi simbol kepada seseorang yang tinggi ilmu kependekaran selain mempunyai sifat berani dan setia kepada raja dan negara. Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa Panglima-Panglima Hitam ini terbukti apabila nama Panglima Hitam ini telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal),TLDM sebagai Kapal DiRaja(KD) Panglima Hitam. Selain itu, Kerajaan melalui Jabatan Muzium telah membina semula Makam Panglima Hitam di Taiping dan telah digazet dibawah akta pendaburba sebagai suatu simbol sejarah negara. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil ikhtibar daripada sejarah Panglima Hitam ini.
والله أعلم
PETUA #8
SENJATA PADA MUSUH #2
والله أعلم
Thursday, September 24, 2009
PETUA #7
- Jika musuh menumbuk dengan memakai cincin, tulang jari mereka akan retak atau patah disebabkan oleh hentakan balas yang kuat pada tulang jari tersebut (Hukum Newtons ke-3)
- Jika anda dapat menggenggam jari-jari musuh hingga tersepit, maka musuh akan menanggung kesakitan yang amat luar biasa!
والله أعلم
Saturday, September 19, 2009
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Biar semangat semakin tua,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar jauh kedudukan kita,
Biar jurang pangkat kita,
TETAPI JANGAN tergadai SILATURRAHIM antara kita........
"SELAMAT HARI RAYA......MAAF ZAHIR DAN BATIN"

والله أعلم
TENGGILING DAN LOMPATAN HARIMAU #2
- Melompat Gelung Api
- Melompat Gelung Tajam (dilekatkan pisau atau senjata tajam pada gelung)
- Melompat pagar daripada runcing buluh
- Melompat dari bangunan yang tinggi
- Melompat sebuah kereta (statik atau bergerak)

UJIAN KETAHANAN DAN KEYAKINAN DIRI
- Ujian ketahanan mental
- Ujian keyakinan diri
- Ujian kelasakan tubuh fizikal
- Mandi Minyak
- Jalan terus atas bara api
- Lompat Gelung Api/kereta
- Lompat Kaca
- Tetak badan dengan parang
- Gantung diri
- Gelek lengan atau badan dengan kenderaan
- Hiris lengan dengan pisau
- Tempur bebas dengan mata tertutup
- Pemecahan batu sungai
- Bakar anggota badan dengan api
http://www.youtube.com/user/chulahitam#play/all/uploads-all/2/mYVj45TR9TY
http://www.youtube.com/user/chulahitam#play/all/uploads-all/0/PVAAVoYbErY
http://www.youtube.com/user/chulahitam#play/all/favorites-all/0/djRxVz6g7Co
Upacara dan ujian-ujian seperti ini HARUS dilaksanakan dan dikekalkan agar pesilat yang dihasilkan adalah benar-benar mantap dari semua aspek fizikal dan mentalnya. Oleh yang demikian kualiti ilmu dan penyambungan warisan ini akan terus terpelihara dan kekal hebat pada generasi-generasi akan datang!
والله أعلم
Friday, September 18, 2009
RAHSIA HURUF #3
Wallahua'lam
Thursday, September 17, 2009
RAHSIA HURUF #2
Apa yang AKU ciptakan sebagaimana halnya huruf, tidaklah mempunyai kemampuan hukum apapun atasKu dan tiada menyentuh sedikitpun atas Zatku.
Telah Ku katakan kepada huruf dengan gaya huruf itu sendiri, maka tiadalah lisan yakni penyalur huruf itu dapat menyaksikan Daku dan tiadalah Aku dikenal oleh huruf itu"
Wallahua'lam
Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 15, 2009
DEMO SILAT- GABUNGAN KEKUATAN DAN SAINS

- Memperkenalkan perguruan
- Menarik minat penyertaan masyarakat
- Menonjolkan warisan budaya
- Mempamerkan kekuatan dan semangat ahli-ahli silat
- Mewarnai persembahan-persembahan kebudayaan dalam majlis-majlis tertentu
- Memenuhi permintaan individu atau kumpulan tertentu seperti majlis perkahwinan
- Aliran silat tari (lembut) - akan mempamerkan seni tarian silat, empat tapang dan main pulut yang diiringi oleh kumpulan gendang silat.
- Aliran silat buah(keras) - akan mempamerkan teknik-teknik pertempuran seperti kuncian,pukulan dan tempur silat. Ada yang bertangan kosong sehinggalah dipersembahkan permainan senjata-senjata di alam Melayu seperti pisau, tongkat, parang, keris, lembing, kapak, kerambit dsb. Tidak terkecuali, aksi-aksi pemecahan atap genting, batu bata,tetak, lompat gelung api dsb.



والله أعلم
Sunday, September 13, 2009
TENGGILING DAN LOMPATAN HARIMAU #1


والله أعلم
SENI KUNCI DALAM SILAT #4
Teknik LAPIS KUNCI ini perlu dimahirkan sehingga setiap satu kuncian dari pihak lawan dapat ditangkis dan dilaksanakan kuncian balas mengikut situasi dan kesesuaiannya.
والله أعلم
Saturday, September 12, 2009
SENI KUNCI DALAM SILAT #3
- Menarik anggota yang sedang dalam proses dikunci
- Memusingkan tubuh
- Serangan dan tindakan dari anggota tangan dan kaki yang masih mampu bergerak bebas
- Saiz lawan terlalu besar
- Otot lawan terlalu kuat - sukar untuk melipat dan mengilas
- Fleksibiliti tubuh lawan terlalu tinggi
والله أعلم
Friday, September 11, 2009
SENI KUNCI DALAM SILAT #2

- Mesti dimulakan dengan elak pukul
- Melakukan buah-buah kunci setelah adanya ruang yang terbuka
- Melaksanakan dengan pantas dan tepat
- Melakukan buah kunci tanpa melemahkan musuh terlebih dahulu.
- Mendedahkan bahagian lemah pada tubuh kita terutamanya penyawa dan rambut yang panjang.
- Melaksanakan dengan teragak-agak
- Mengambil masa yang lama
والله أعلم
SENI KUNCI DALAM SILAT #1

Namun pada peringkat awalan, banyak petua dan rahsia kunci tidak diperturunkan kepada murid kerana menyedari seni kunci ini terlalu berbahaya dan merupakan permainan Guru.

Tetapi apa yang digusarkan, petua dan rahsia ini terus menjadi rahsia kerana guru tidak berkesempatan untuk menurunkan atas faktor ajal, belum sampai masa, kurang kepercayaan dan murid membawa diri (sebab dah rasa diri dah hebat!).

Sebagai permulaan bicara, saya tegaskan sekali lagi yang SENI KUNCI akan dapat dipraktikan dalam pergaduhan sebenar sekiranya kita benar-benar tahu petua dan rahsianya.

والله أعلم
SENI KAKI #8
السلام عليكم
TIPS MELAKUKAN TEKNIK SERANGAN KAKI
Sebelum melepaskan tendangan, anda seharusnya mengangkat lutut dengan paras yang tinggi. Keadaan ini memberikan kelebihan kepada anda dari segi;
Kekuatan yang berganda.
Tendangan dari sudut tinggi dan menjunam ke arah sasaran pihak lawan menjadikan pecutan tendangan bertambah kerana di bantu oleh daya tarikan graviti.
Ruang sasaran lebih luas.
Banyak ruang sasaran boleh dipilih berbanding paras lutut yang rendah.
Mengelirukan pihak lawan.
Apabila tendangan boleh dilepaskan dalam ruang sasaran yang besar, banyak pilihan boleh dilakukan dan ini menyebabkan pihak lawan menjadi sukar untuk mengagak arah tujuan serangan kita.
Banyak kombinasi tendangan yang boleh dilepaskan.
Momentum besar yang wujud pada tendangan pertama membolehkan anda melakukan serangan kaki susulan selepas refleksi.
Bertindak sebagai benteng pertahanan.
Apabila lutut diangkat, ianya boleh menjadi benteng kepada sasaran maut sekiranya pihak lawan terlebih dahulu melepaskan tendangan ke arah anda.
Thursday, September 10, 2009
TIPS #2 SAAT MUSUH MENYERANG
- Tarikan Nafas - nafas akan ditarik panjang
- Mata - mula banyak berkelip
- Gerakan kepala ke belakang - akan ada hayunan untuk lepaskan serangan tangan atau kaki
- Penumbuk dikepal erat
- Anak mata - melirik ke bahagian2 tubuh yang tertentu untuk mencari sasaran
- Suara - nada suara semakin tinggi
- Tubuh bergerak-gerak - terutamanya kaki belakang
Wednesday, September 9, 2009
GELANGGANG BERATAP LANGIT BERALASKAN TANAH
Kenapa para Guru lebih menggemari latihan silat diadakan di gelanggang yang beratap langit beralaskan tanah berbanding sebuah pusat latihan moden yang tertutup,berhawa dingin dan beralaskan mattres?
Sebenarnya, banyak kelebihannya jika berlatih di gelanggang beratap langit beralaskan tanah ini. Antaranya;
- Jika berlatih pada waktu malam, kecerahan yang samar-samar itu dapat melatih mata pesilat agar lebih fokus lagi.
- Jika berlatih pada waktu siang, dapat memberi lebih ketahanan kepada pesilat yang berlatih di bawah terik sinaran matahari.
- Kaki tanpa alas yang menyentuh tanah mampu mengeluarkan ion-ion negatif dalam badan terus menyerap ke dalam bumi.
- Prana bumi (tenaga dalam bentuk gelombang) akan mengalir masuk ke tubuh pesilat melalui tapak kaki yang tidak beralas.
- Melatih kelasakan tubuh badan pesilat itu sendiri.
- Mengingati asal kejadian dan tempat persemadian kita.
- Mengeratkan hubungan antara pesilat dengan alam.
Kesimpulannya, selain mendapat ilmu. berlatih di gelanggang yang beratap langit beralaskan tanah ini mampu menjadikan tubuh kita lebih sihat dan bertambah lasak.
Wallahua'lam