السلام عليكم
Siapa sebenarnya gerangan yang dipanggil Panglima Hitam? Adakah beliau seorang yang benar-benar hebat sehingga nama Panglima Hitam ini menjadi suatu nama Lagenda dalam ilmu beladiri Melayu ini? Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya cuba untuk berkongsi fakta tentang Panglima Hitam ini setakat pada pengetahuan saya. Mungkin ramai di kalangan kita yang lebih arif tentang sejarah siapa sebenarnya Panglima Hitam ini. Harap ada yang sanggup berkongsi pandangan dan fakta yang saya rasakan perlu untuk kita orang-orang silat kenal siapa sebenarnya Panglima Hitam ini.
Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu. Antara yang tersohor ialah;
Kesimpulannya, nama Panglima Hitam ini telah dipakai dan menjadi simbol kepada seseorang yang tinggi ilmu kependekaran selain mempunyai sifat berani dan setia kepada raja dan negara. Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa Panglima-Panglima Hitam ini terbukti apabila nama Panglima Hitam ini telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal),TLDM sebagai Kapal DiRaja(KD) Panglima Hitam. Selain itu, Kerajaan melalui Jabatan Muzium telah membina semula Makam Panglima Hitam di Taiping dan telah digazet dibawah akta pendaburba sebagai suatu simbol sejarah negara. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil ikhtibar daripada sejarah Panglima Hitam ini.
والله أعلم
Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu. Antara yang tersohor ialah;
- Panglima Hitam (Taiping) atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang pada abad ke -18
- Panglima Hitam (Kuala Selangor)
- Panglima Hitam (Jugra)
- Panglima Hitam (Muar,Johor)
- Panglima Hitam (Segamat,Johor)
- Panglima Hitam pada zaman Almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan Almarhum Sultan Muhammad iaitu Sultan Selangor yang ketiga.
- Panglima Hitam yang dikenali juga sebagai Daeng Ali iaitu pengawal peribadi Almarhum Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor yang keempat.
- Panglima Hitam di Muar yang bernama Baginda Zahiruddin berasal dari Padang Pariaman Minangkabau, Sumatera. Beliau merupakan pengasas kepada Silat Lintau pada abad ke-16.
- Panglima Hitam di Segamat yang merupakan pemimpin ketenteraan dan telah berjaya mengalahkan kumpulan pemberontak dalam perang Jementah yang berlaku di kawasan Segamat.
- Perak
- Pahang
- Kedah
- Terengganu
- Johor
- Selangor
- Melaka
Kesimpulannya, nama Panglima Hitam ini telah dipakai dan menjadi simbol kepada seseorang yang tinggi ilmu kependekaran selain mempunyai sifat berani dan setia kepada raja dan negara. Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa Panglima-Panglima Hitam ini terbukti apabila nama Panglima Hitam ini telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal),TLDM sebagai Kapal DiRaja(KD) Panglima Hitam. Selain itu, Kerajaan melalui Jabatan Muzium telah membina semula Makam Panglima Hitam di Taiping dan telah digazet dibawah akta pendaburba sebagai suatu simbol sejarah negara. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil ikhtibar daripada sejarah Panglima Hitam ini.
والله أعلم






Assalamualaikum.. saya aminuddin, saya berasal dari indonesia
ReplyDeletekalau boleh,saya minta tolong kirimkan saya alamat dan number telphon yang bisa di hubungi,karena di kampung saya ada makam panglima hitam,tepatnya di pulau tidung jakarta indonesia. saya ingin mengetahui lebih lanjut kisah tentang almarhum panglima hitam dari bapak.
menurut kakek saya, kami juga masih keturunan almarhum panglima hitam.
atas perhatian dan bantuannya di ucapkan terima kasih.
Aminuddin
Email : aminuddin_mme@yahoo.com
assalamualaikum..saya maimunah..saya berasal dari kajang,selangor..kalau boleh saya ingin meminta pertolongan dari pihak berkenaan yang mengetahui tentang asal-usul panglima hitam yang berasal dari Minangkabau Sumatera..kerana dari mimpi yang datang..katanya,ada tujuh keturunan yang wujud sekarang ini..di atas kerjasama yang diberikan..diucapkan terima kasih..
ReplyDeleteSaya mempunyai barang-barang dari panglima hitam yang dikatakan ditarik dari tanah...ini kisah turun temurun dari keluarga saya...sy mempunyai 2 bilah keris..satu keris picit...dan satu lagi keris sanggul...dan sy mempunyai 2 bentuk cincin yang juga dikatakan milik panglima hitam yang ditarik dari tanah...tapi saya tidak tahu kesahihannya dan panglima hitam yang mana...saya sangatlah berminat untuk mengetahui...
ReplyDeleteSlm! Satu lagi org yg dikenali sebagai Panglima Hitam adalah Adiputra, guru kepada Hang Tuah lima bersaudara. Nama asal beliau adalah Sayyid Thanaudin. Lihat link ini: nuranizahamzah.webs.com
ReplyDeleteWslm...terima kasih atas info yg dikongsikan.....
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteSaya firdaus...juga seorang anak Gayong...sekarang saya adalah mahasiswa Malaysia yang berada di Makassar, Sulawesi Selatan...Boleh saya minta maklumat yang lebih jelas tentang salasilah Daeng Kuning? Maklumat yang ada belum membantu hasrat saya untuk menjejak sejarah Gayong di sini...
assalamualaikum..saya amirul dari kedah.saya berhasrat bahawa pihak yang berkenaan dapat merungkai sejarah silam panglima hitam di kedah.setakat yang saya tahu,panglima hitam di kedah pernah berkhidmat di bawah tunku Annum di kedah.beliau juga telah memenggal berpuluh-puluh kepala penjahat siam.tetapi saya tidak dapat kepastian yang sahih.harap pihak berkenaan dapat merungkaikannya...
ReplyDeletesalam...saya nak tahu siapa panglima hitam @la banna to assa yang datang ke perak bersama daeng selili yang mana makam nya ada di belakang masjid ubuddiah kuala kangsar....minta penjelasan.
ReplyDeleteSaya adalah cicit kepada Al-marhum Engku Syed Dato Panglima Hitam,Orang Besar Jajahan Perak pada masa pemerintahan Al-marhum Sultan Iskandar shah dan Al-marhum Sultan Abdul Jalil.Saya ingin sangat mencari waris-waris keturunan Al-Marhum Engku Syed.salam hormat.Engku Syed Roselan Al-Idrus Al-marhum Engku Syed Muhammad Abdullah Hanafiah Al-Idrus Bt Engku Shariffah Saayah.email syed roselan@yahoo.com.my
ReplyDeleteAnak kepada Awangsijambul Lebat diasuh oleh Dato'Segedung Alam..begitulah dari mulut orang tua2 yg saya dengar di Terengganu
ReplyDeleteAnak kepada Awangsijambul Lebat diasuh oleh Dato'Segedung Alam..begitulah dari mulut orang tua2 yg saya dengar di Terengganu
ReplyDeleteas salam saya pernah di beritahu oleh seseorang bahawa saya ni susur galur dari panglima hitam yang berasal dari majidee.ingin tahu adakah khabaran itu benar.t.k
ReplyDeleteAslm.. adakah panglima hitam keturunan dari saka .. saya dari perak . 10 thn lepas saya pernah sakit buatan orang .. ayah saya keturunan bugis. setelah 10 bomoh n ustaz2 dtg ubat semua tak boleh baik . so ayah yg ubat kan saya .. melalui panglima hitam masuk ke badan nya.. skrg ayah dah meninggal hampir setahun.. adakah ianya akan turun menurun ke generasi seterus nya ?
ReplyDeleteHmmm... Siapa itu Pangkilam Hitam dah dijelaskan di atas oleh Cikgu Azizan dan pengunjung. Bab menurun dengan Panglima Hitam ni bab lain pula. Lebih tepat bukan kaetegori Panglima Hitam tu sendiri tetapi jin yang menyamar. Jangan risau bab keturunan. Cuma masalah jin yang menyamar sebagai Panglima Hitam tu menurun dalam badan allaahyarham ayahnada anonymous, maka kemungkin besar ia boleh menjadi 'saka' kemudia. Jadi cuba dapatkan ikhtiar rawatan. Sebaiknya melalui kaedah Islami. Namun semuanya adalah kuasa AllaaH swt. Jika AllaaH swt mengizinkan perkara sebenar diketahui, maka bersyukurlah. Jika tidak, maka bersyukurlah juga tanpa putus asa dan teruskan kehidupan dengan riang dan taqwa sambil mencari penyelesaian. WallaaHu a'lam.
ReplyDeleteSaif al-hazmi al_kalantani
Panglima Hitam di Melaka juga adalah Henry the black yang berjaya mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magelan. Malangnya bila Ferdinand mati di Filipina pelayaran diteruskan oleh Panglima Hitam ke Sepanyol...beliau telah membuat pusingan yang lengkap mengelilingi dunia ....malangnya beliau tidak dikenali sejarahnya oleh bangsanya sendiri....mengapa ini berlaku kelemahan orang Melayu dari dulu dan sekarang serupa tidak suka mencatat..termasuk budak-budak sekolah...akhirnya ilmu berlalu begitu sahaja
ReplyDeleteMinta maafla jika bertanya, ada versi menyebut Panglima Awang yg mana satu betul?? Panglima Awang atau Panglima Hitam??
DeletePanglima Hitam yg korang tengok dalam mimpi tu Jin la Bodoh !!!!!!!
ReplyDeleteengkau yg bodoh, baghal!
Deletesaya diberitahu mak saya yang keluarga saya daripada panglima hitam. tok saya pun ada cakap benda yang sama. mak saya dan kembarnya masa kecik² tinggal dalam istana kuning perak sampai umur berapa tahun. bila kahwin dgn bapak saya keturunan banjar terus keluar dari istana kuning perak.
ReplyDeletemak saya cakap tok ada kata dari susur galur meor.
lima hamba susun,berlapis lima hamba alas..
ReplyDeletebukan gelaran dipandang orang,Dia punca gelaran disandang..
semakin zikir semakin berdesing,
tidak diundang menyekat langkah,
garam segenggam bayu berpusing,
cicit panglima mula bertingkah..
hitam persalinan hitam gandingan,
keris dijunjung mendongak langit,
rentap bersilat 'zulfakar' di lengan,
salam panglima bisa tak sakit..
jika ada peluang dan ketika, ingin sekali hamba berkongsi cerita.
(tak pernah bersua,usahkan mendabik empunya jati)
Deletepanglima bukan sebarang panglima,
ratusan tahun jasad tak jumpa ,
manakah bukti pernah bersama,
jika berdepan berseni menyapa..
ruasnya gadang bersila di tapak,
kemerah-merahan seluruh lapisan,
terpegun memandang wajahnya segak,
aura bergumpal tujuh lapisan..
usah mendabik sedarah warisan,
esok kau malu tiada waad,
di tubuh bukti tanda dan kesan,
tak mungkin kenal tanpa jasad..
saya dari keturunan pawang hitam orang besar selatan perak... ada sesiapa tau kisah beliau dan silsilah beliau? beliau dikatakan keturunan dari panglima hitam....
ReplyDeleteadakah panglima hitam itu sendiri adalah orang yang sama tapi berlainan jasad..ilmu kependekaran yang tinggi dan alim dalam sufi sahaja yang mampu berbuat demikian...
ReplyDeleteKebanyakan komen yang saya baca, komen anda paling saya minati. :)
Deletesekiranya terdapat pewarisan dari panglima hitam janganlah mengatakan diri itu hebat tapi intai2 la ilmu yang terdapat pada beliau.itulah yang paling penting bagi kita orang melayu.orang2 melayu amat berbangga dengan waris lama tapi ilmu lama tidak mahu diwarisi.ingatlah wahai peribumi berbangsa melayu,hidupkanlah warisan ilmu yang diperturunkan dari nenek moyang kita.hilang ilmu hilanglah semua..maka dengan itu..tuntutlah ilmu itu sebelum berakhir hayat dikandung badan..kata2ku ini tidaklah membanggakan kamu tapi sebagai peringatan pada kalian.tiada pencipta tiadalah silat itu sendiri..pikir2kan wahai cucu2 pendekar melayu
ReplyDeleteSalam... Selawat ke atas Nabi saw... Saudaraku, boleh nyatakan asal usul saudara? Dari saudara sehingga sambungnya nasab kepada Panglima Hitam...
ReplyDelete