Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, October 17, 2010

SENI BUNGA TANJUNG - Tersembunyinya Rahsia Konsep Tempur Gayong!

Salam semua,

Merupakan satu2 nya seni tari dalam Silat Seni Gayong selain Bunga Teratai yang lebih bercorakkan jurus. Seni ini sering kita lihat dalam setiap persembahan terutamanya ketika sambut para VIP sebagai pembuka seri majlis. Namun,dalam konteks pembelajaran tempur silat, Seni Bunga Tanjung ini seolah2 dipinggirkan. Hampir tiada tempat jika dibandingkan dengan pelajaran2 lain terutamanya yang popular seperti Buah Tapak Kunci Mati dan Buah Kombat. Ketika Ujian Kenaikan Bengkong pun, Seni ini langsung tidak diuji sedangkan Serangan Bebas (sparring) yang tidak mempunyai silibus tetap diuji dalam Ujian Kenaikan Bengkong.

Kenapa ianya berlaku sedemikian?Saya sebenarnya tidak berniat untuk mengupas panjang lebar apa Rahsia yang terkandung itu, cuma sekadar untuk membuka mata semua anak2 Gayong agar cuba sedaya upaya untuk menggali Rahsia di dalam Seni Bunga Tanjung ini kerana Khazanah Ilmu dan Rahsianya AMAT besar. Di sinilah tersoroknya Pembuka Ibu Gerak dan Rahsia Tempur Gayong yang menjadi KUNCI segala buah dan gerak Gayong sebagaimana yang terdapat dalam Silibus Silat Seni Gayong yang menjadi HAFALAN anak2 Gayong semua............


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...