Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Friday, March 4, 2011

CARA MEMAKAI SELENDANG MERAH

Salamun Alaik,

Seringkali kita mendengar tentang selendang merah. Ia banyak merujuk kepada tentera Kiyai Salleh sewaktu peristiwa 13 Mei. Dalam Keilmuan Gayong pula,ianya dipanggil SELENDANG PERANG. Selendang Merah @ Selendang Perang ini dipakai sebagai tanda pengenalan diri dan untuk mendapatkan beberapa ilmu hikmah. Selain Ayat Perang (Ayat 4) sebagai amalan pengisian diri, pemakai selendang merah akan membaca beberapa potong ayat sebelum menyarung selendang tersebut ke tubuh mereka.

Ayatnya adalah seperti berikut;
1. Bismillahi majre'ha wa mursaaha 3X
2. Salamun 'ala Nuhin fil'alamin 3X
3. Salamun Qaulammir Rabbir Rahim 3X
4. Bismillahir Rahmanir Rahim.....Innallazi farado 'alaikal Qur'ana La raadduka ilaa ma'ad

Kemudian Pasak Diri dengan makrifat Kalimah;
1. Allah di dada
2. Hu di dada (bawah Kalimah Allah)
3. Lailahaillallah (La di bahu kanan,ilah di belakang tengkok, illa di bahu kiri dan Allah di leher hadapan)
4. MuhammadarRasulullah di sekeliling tubuh

Nota Penulis pada tahun 90-an
Pemakai Selendang Merah juga di syorkan mengamalkan zikir-zikir tertentu sebagai pakaian diri. Antaranya;
1. Ah ( Zikir Zat - Rahsia )
2. Hu ( Zikir Sifat - Nyawa )
3. Allah ( Zikir Asma' - Hati )
4 Lailahaillallah ( Zikir Af'al - Tubuh )
* setiap satu sebanyak 10 000X sehari semalam
Almarhum Mahaguru Gayong duduk di sebelah KANAN manakala Allahyarham Kiyai Salleh duduk di sebelah kiri.
Petikan gambar di atas membuktikan ADA HUBUNGAN diantara Almarhum Mahaguru Gayong dengan Allahyarham Kiyai Salleh. Jika ada antara AMALAN SELENDANG PERANG GAYONG dan AMALAN SELEMPANG MERAH sama atau ada persamaan, maka diharapkan pihak2 tertentu agar BERLAPANG DADA dan BERSANGKA BAIK. Itu adalah sebaik2 tindakan.

Amalan Selendang Merah  bersanadkan Allahyarham Kiyai Salleh dari Sheikh Fadhil Bentan manakala Amalan Selendang Perang bersanadkan Almarhum Tengku Daeng Meor Rahman dari Nenda sebelah Bonda beliau iaitu Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas yang dikenali juga dengan Tok Janai (Pendekar Pahang yang seangkatan dengan Dato Bahaman dan Mat Kilau) dari Daeng Ambok Solok yang berasal dari Jambi, Sumatera.

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...