Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, April 12, 2011

PETUA #9

Assalamualaikum,

BACA GERAK

Dalam menguasai ilmu beladiri, kemahiran membaca gerak pihak lawan amat diperlukan supaya pesilat mampu untuk bertindak pantas dalam mematahkan setiap serangan dari pihak musuh. Secara asasnya, pesilat perlu berlatih membaca pergerakan tubuh lawan ketika saat mereka mula bergerak untuk melaksanakan serangan. Kalau serangan tangan, bagaimana liuk tubuhnya. Sama juga dengan serangan kaki. Kemudian, bezakan pula serangan menggunakan anggota kanan dan kiri. Itu adalah asas kepada ilmu BACA GERAK.

Dalam ilmu ini, terdapat banyak petua yang dijadikan formula BACA GERAK yang dipanggil PENANDA GERAK TUBUH. Yang paling asas adalah MELIHAT KEPADA PERGERAKAN BAHU MUSUH. Dengan mengguna Penanda Bahu ini, pesilat mampu mengagak dengan tepat serangan yang bakal dilepaskan oleh pihak musuh seperti;
  1. Bahu kanan ke depan - serangan tangan kanan
  2. Bahu kiri ke depan - serangan tangan kiri
  3. Bahu kiri jatuh ke belakang - serangan kaki kanan
  4. Bahu kanan jatuh ke belakang - serangan kaki kiri.
Walaupun nampak mudah, namun ianya perlu kepada latihan. Cuma, dengan berbekalkan PETUA ini, pesilat mampu untuk mematahkan serangan pihak musuh dengan lebih mudah dan tenang kerana setiap gerak awalan pihak musuh itu mampu dibaca oleh pesilat. Petua Baca Gerak ini pula terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap pelajaran pesilat. Penanda Bahu ini merupakan asasnya dan masih banyak lagi penanda-penanda yang lebih senang dan efektif.

Sebenarnya PETUA ini telah dijadikan pedoman oleh para Pendekar silam dalam teknik tempur mereka. Ilmu ini juga termasuk di antara ilmu-ilmu sulit yang dipanggil PAKAIAN PENDEKAR!


Wallahua'lam

AMALAN QULHU

Salamun Alaik,



Amalan Qulhu 70 ribu (Al -Ikhlas) merupakan antara pengisian utama bagi amalan kerohanian Silat Seni Gayong. Bilangan 70 ribu ini mengisyaratkan kepada 70 ribu liang roma pada tubuh seseorang manusia dan 70 000 HIJAB pada diri Insan. Selepas murid gayong berjaya menghabiskan pembacaan ini (minima 14x sehari semalam tanpa putus hingga capai 70 ribu) mereka akan menjalani suatu majlis adat yg dipanggil KHATAM QULHU. Kemudian, Guru akan mengijazahkan pula amalan2 wirid/zikir/doa tertentu sebagai pakaian diri buat anak2 Gayong seperti;

1. Ayat 4 (Ayat Perang)
2. Ayat Hulubalang
3. Ayat 9
4. Isim Budduh ( Seni Kipas Nandung )
5. Pedang QAF
6. Doa Kalimah 19
7. Doa Nurrunniyah ( Ayat2 Mutaqaat )

Kebanyakan Guru Gayong telah menetapkan seseorang murid perlu mengkhatamkan terlebih dahulu amalan Qulhu ini sebelum mereka diiktirafkan untuk kenaikan bengkong Pelangi Hitam.


Wallahua'lam.

JURUS WAJIB - Jurus Enam

Salamun Alaik,

Jurus Enam

Bersambung


Wassalam

JURUS WAJIB - Jurus Lima

Salamun Alaik;
Jurus Lima

Bersambung......


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...