Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam semua,

Hari ini genaplah 52 tahun Tanah Melayu mencapai KEMERDEKAAN....kemerdekaan daripada belenggu penjajah. Ucapan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan yg tiada ternilai buat semua insan yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi kemerdekaan ini. Tidak lupa juga, buat PENDEKAR-PENDEKAR kita yg awal2 lagi bangkit menentang penjajahan demi mempertahankan tanah air yang tercinta. Segala pengorbanan, semangat juang, payah jerih dan tumpahan darah perlu dijadikan sebagai tangkal azimat buat generasi muda agar mereka tidak akan mudah lupa diri dengan kesenangan dan kemewahan yg dikecapi kini. Segala ILMU,PETUA dan AMALAN mereka juga perlulah diwarisi dan disemai supaya ianya tidak akan hilang ditelan zaman kerana ianya telah menjadi suatu khazanah bangsa. ADAT dan ADAB bangsa MELAYU perlu diperkasakan dalam semua aspek kehidupan bagi melambangkan jati diri sebenar orang-orang Melayu. Jangan hanya merdeka pada nama, tetapi merdekalah pada pemikiran, jati diri, corak hidup, politik dan segala-galanya supaya merdeka kita akan menjadi merdeka dalam erti kata sebenar............................

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum semua..............

Alhamdulillah,syukur ke Hadarat Ilahi kerana dengan Hidayah dan Inayah-NYA terhasilnya blog yg diberi nama GelanggangPersantaNala. Blog ini akan membincangkan semua yg berkaitan dgn ILMU,AMALAN,PETUA,TIPS,KISAH,INFO,PANDANGAN dan semua yg berkaitan dengan ilmu SILAT secara khususnya dan ilmu seni mempertahankan diri secara amnya. Semoga segala isi kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat buat kita semua.InsyaALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...