Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Sunday, March 27, 2011

DOA NURUNNIYAH

Salamun Alaik,

Kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah;

"Aku bertemu Khidir a.s. pada suatu hari sehari sebelum peperangan Badar,lalu kataku kepadanya;

Ajarilah daku sesuatu agar daku dapat mengalahkan musuh-musuhku.

Lalu Saidina Khidir a.s. berkata: Katakanlah (Bacalah);



Wallahua'lam

AYAT 9 - Terjemahannya

Salamun Alaik,

Di sini saya kongsikan terjemahan AYAT 9 yg merupakan amalan bagi pengamal2 Silat Seni Gayong yang telah Khatam Qulhu sebanyak 70 ribu;

1. Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam
2. Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
3. Dan (Ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-NYA dan amatlah berat azab seksaan-NYA.
4. Salam ke atas Nabi Ayub AS.
5. Ya Allah, Tuhan Yang Bersifat Maha Melindungi
6. Sesungguhnya, Allah amat keras siksaan-NYA.
7. Wahai Tuhan Yang Menerima segala Permohonan
8. Dengan Rahmat Engkau Yang Maha Pengasih.
9. Salam (Tawassul)

* - Ayat ke-3 adalah sebahagian dari Surah An-Nisa'Ayat 84.
   - Dibaca 9x atau 17x
   - Ayat yg bersifat Pelindung/Pemecahan/Penawar
   - Untuk Penawar baca 49x
   - dan banyak lagi......perlu belajar secara bermusyafahah dengan Guru.

Wallahua'lam

Sunday, March 20, 2011

PERMINTAAN E-BOOK

Salamun Alaik......

TERKINI BERMULA PADA 30 SEPTEMBER 2013,
Harga Promosi sudah tamat selepas tempoh setahun. Jika masih ingin memiliki ebooks-ebooks ini, bolehlah dapatkan dengan harga RM20 bagi setiap E-Books.

1. Buku Keris dan Senjata Pendek (Rumi)
2. Kitab Tajul Muluk (Jawi)
3. Kitab Pati Rahsia (Rumi
4. Kitab Bintang 12 (Jawi)
5. Kitab Pagar Hikmah Tok Janggut (Rumi)
6. Kitab Tenaga Dalam - Penanda Gerak Tubuh (11 m/s)

Untuk Pembelian kesemua E-Books diatas (6 buah), harga istimewa diberikan dengan harga RM 90 shj  

dan  PERCUMA E-BOOKS 

1. Kitab Mat Kilau.
2. Kitab Peluru Petunang.
3. Kitab Kota Negara.

Segala urusan pembayaran melalui Akaun Maybank 165125132640 atas nama AZIZAN BIN IBRAHIM. 

Sebarang pertanyaan bolehlah SMS ke 0139229394. 

Langkah-langkah pembelian E-Books.
1. Masukkan wang mengikut harga yg telah ditetapkan ke akaun Maybank 165125132640.
2. SMS ke 0139229394 dan masukkan maklumat berikut;
    a. Waktu bank in.
    b. Jumlah
    c. E-Books yang ingin dibeli atau SET PROMOSI ( 6 E-Books dengan harga RM90 ).
    d. Alamat Email (untuk diemailkan E-Books tersebut)

Wassalam.


buku keris

bintang 12

pati rahsia

kitab mat kilau
Kitab Tenaga Dalam - Petanda Gerak Tubuh
Kitab Pagar Hikmah (Tok Janggut)
Kitab Kota Negara


Wassalam

Thursday, March 17, 2011

ILMU WAFAK - Antara Sumber Kitab Rujukan


Salamun Alaik......

Ramai yang bertanyakan dari mana ilmu Wafak ini boleh kita pelajari......Jawapan saya cukup mudah, melalui seorang GURU.....Kaedahnya, cari Guru dan menuntutlah dari Guru tersebut.....tapi jgn pula mudah lupa diri. Jangan sesekali MENDERHAKA pada Guru, nanti hilanglah berkat segala ilmu yg telah dipelajari.......

Sekiranya belum berjumpa guru dan sekadar untuk dijadikan bahan ilmiah sebagai pendedahan awal,bolehlah anda mendapatkan kitab2 lama yg banyak menerangkan selok belok Ilmu Huruf dan Sifir ini seperti Kitab;

1. Tajul Muluk

2. Bintang 12

3. Mujarrobat oleh Ibnu Arabi

4. Rahsia & Khasiat Huruf Hijaiyyah

5. Pati Rahsia

6. Senjata Sulit oleh Tok Janggut

7. Kitab Mat Kilau

8. Daya Kesaktian Batin

9. Rahsia Mujarobat Lengkap

10. Dunia Hikmah oleh Ali Zulfaqar

11. Syamsul Maarif Al Kubro

12. dan lain-lain

Bagi pandangan saya,Ilmu Wafak ini termasuk dalam bahagian ILMU FALAK. Sebagai contohnya,waktu yang sesuai untuk menulis Wafak dan Isyarat2 ketika menulis. Kenapa memerlukan masa2 yg tertentu? Sebenarnya itulah antara Rahsia2 Alam yg masih belum terbongkar. Bila orang barat tiada hujah tertentu secara saintifik,maka orang Melayu pun mengiyakan dengan mengatakan ilmu2 seperti ini karut dan sesat! Sebagai pengenalan kepada ilmu ini, kajilah peredaran bulan dan planet2 di dalam Sistem Suria kita dan apakah kesan peredaraan ini kepada Energi Bumi..... Contoh yg mudah, kenapa Sunnah berbekam sewaktu di pertengahan bulan Hijriah? Carilah jawapannya dan ianya ada perkaitan dengan ILMU ini........

* Ilmu Wafak juga merupakan antara Khazanah Ilmu dalam Silat Seni Gayong kerana Arwah Mahaguru pernah menunjukkan ilmu Wafak ini kepada Ayahanda Amin Hamzah sekitar 1980-an. 

E-Books http://chulahitam.blogspot.com/2011/03/permintaan-e-book.html

Wallahua'lam

Tuesday, March 15, 2011

KIRAAN FALAK - TSUNAMI DI JEPUN DISEBALIK AL-QURAN

Salamun Alaik......

Sekadar perkongsian maklumat yang dipetik dari FACEBOOK ISKANDAR ZULKARNAIN.

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam. 

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

Wallahua'lam

Monday, March 14, 2011

BUKU KERIS & SENJATA2 PENDEK

Salamun Alaik;

Dipetik dari buku Keris & Senjata2 Pendek terbitan DBP (1967) oleh Shahrum bin Yub.


Wassalam

Sunday, March 13, 2011

KAJIAN ILMIAH - KAEDAH MENDOKUMENTASIKAN SECARA AKADEMIK

Salamun Alaik......

Tesis Universiti yang berkaitan Silat Seni Gayong

Sudah sampai masanya segala ilmu dan hal ehwal sesuatu perguruan silat didokumentasikan dalam bentuk bahan2 bacaan ilmiah. Tidak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun spt Thesis, Jurnal, Buku Teks, Bahan Bacaan, Multimedia Interaktif dan sbg nya. Apa yang penting, ianya adalah rasmi dari Pertubuhan atau dari thesis Universiti yang mana segala isi kandungannya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang SAH.

Memang tidak dapat dinafikan yang Silat Melayu keterbelakangan sedikit berbanding Seni Beladiri luar dalam aspek ini yang sememangnya sejak zaman berzaman telah mendokumentasikan segala pelajaran,sejarah dan hal ehwal disiplin beladiri mereka. Bahan bacaan tentang seni beladiri luar banyak tersimpan di perpustakaan2  awam dan ianya juga banyak dijual di toko2 buku di seluruh Malaysia.
Siapa sebenarnya yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?Mahaguru...Guru Utama...Guru Tua..... Jurulatih.....ahli akademik......pelajar universiti......murid lama....murid baru.....orang awam......atau bangsa asing??????? Cukuplah sejarah bangsa kita yang telah diperkosa oleh bangsa panjajah! Banyak fakta yang telah disembunyi dan diputarbelitkan agar bangsa Melayu generasi baru merasakan yg bangsa Melayu ini lemah dan dungu.........Cukuplah sekali ianya berlaku pada maruah bangsa kita. Oleh yang demikian, tanggungjawab mendokumentasikan segala sejarah dan perihal Silat ini adalah terletak pada setiap kita yang berbangsa Melayu/Jawi. Ingatlah, dengan sedikit usaha kita pada hari ini, impaknya adalah besar buat generasi masa hadapan.

Berikut disertakan beberapa cover buku2 dan bahan ilmiah tentang Silat yang berada di pasaran;



Wallahua'lam

Wednesday, March 9, 2011

SALASILAH NABI/RASUL

Salamun Alaik

Sebagai panduan untuk kita semua.......




Wallahua'lam

Monday, March 7, 2011

HITAM TANDA BAYANG?????

Salamun Alaik......

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap manusia pastinya ada pilihan warna2 tertentu sebagai warna kegemarannya. Tak terkecuali juga,warna digunakan dalam menentukan konsep, meluahkan sifat, penampilan diri, mengindahkan sesuatu, dan juga sebagai panduan. Di dalam Al-Quran juga, ada warna-warna tertentu dinyatakan (7 warna semuanya kalau xsilap). Ini menunjukkan yang warna begitu sinonim dengan kehidupan. Jika merujuk kepada Sirah Baginda, Nabi Muhammad SAW begitu berhati hati dalam memilih warna pakaian. Sebagai contoh, Baginda SAW memakai serban berwarna hitam sewaktu pembukaan Kota Mekah,namun warna putih dan hijau tetap menjadi warna kesukaan Baginda SAW. Dan yang pastinya,"Tidak AKU jadikan sesuatu itu sia - sia".....


Tidak terkecuali dalam Silat Seni Gayong, warna dijadikan panduan kepada tahap bengkong seseorang pesilat berdasarkan peringkat pelajarannya. Sebanyak 5 warna dipilih dengan isyaratnya seperti;

1. Putih - Ibarat kain putih yg belum dicorak. Bersedia menerima ilmu-ilmu dari Gurulatih.
2. Hijau - Ilmu telah dipelajari namun belum matang ibarat pucuk dedaun yang menghijau.
3. Merah - Ilmu yang telah matang ibarat buah yang telah masak ranum.pesilat pd peringkat ini juga digambarkan mempunyai semangat yang merah membara.
4. Kuning - Ilmu yang matang disulami dengan adat - adat Melayu yang penuh berseni. Lebih bersifat tenang dan memimpin.
5. Hitam - Rahsia/ Bayang. Kenapa Rahsia dan kenapa Bayang? Sesungguhnya perumpamaan Bayang itu sendiri adalah Rahsia Ibu Gayong yang sebenar. Maka di sini lah bermulanya ilmu Gerak Bayang yang menjadi ILMU TERAHSIA dalam segala ilmu SILAT SENI GAYONG.........Bagaimana bentuk ILMU ini? Ayuhlah kita mulakan PENCARIAN. Semoga anda semua akan berjumpa HAKIKAT ILMU melalui wadah SILAT SENI GAYONG ini.........


Wallahua'lam

Friday, March 4, 2011

CARA MEMAKAI SELENDANG MERAH

Salamun Alaik,

Seringkali kita mendengar tentang selendang merah. Ia banyak merujuk kepada tentera Kiyai Salleh sewaktu peristiwa 13 Mei. Dalam Keilmuan Gayong pula,ianya dipanggil SELENDANG PERANG. Selendang Merah @ Selendang Perang ini dipakai sebagai tanda pengenalan diri dan untuk mendapatkan beberapa ilmu hikmah. Selain Ayat Perang (Ayat 4) sebagai amalan pengisian diri, pemakai selendang merah akan membaca beberapa potong ayat sebelum menyarung selendang tersebut ke tubuh mereka.

Ayatnya adalah seperti berikut;
1. Bismillahi majre'ha wa mursaaha 3X
2. Salamun 'ala Nuhin fil'alamin 3X
3. Salamun Qaulammir Rabbir Rahim 3X
4. Bismillahir Rahmanir Rahim.....Innallazi farado 'alaikal Qur'ana La raadduka ilaa ma'ad

Kemudian Pasak Diri dengan makrifat Kalimah;
1. Allah di dada
2. Hu di dada (bawah Kalimah Allah)
3. Lailahaillallah (La di bahu kanan,ilah di belakang tengkok, illa di bahu kiri dan Allah di leher hadapan)
4. MuhammadarRasulullah di sekeliling tubuh

Nota Penulis pada tahun 90-an
Pemakai Selendang Merah juga di syorkan mengamalkan zikir-zikir tertentu sebagai pakaian diri. Antaranya;
1. Ah ( Zikir Zat - Rahsia )
2. Hu ( Zikir Sifat - Nyawa )
3. Allah ( Zikir Asma' - Hati )
4 Lailahaillallah ( Zikir Af'al - Tubuh )
* setiap satu sebanyak 10 000X sehari semalam
Almarhum Mahaguru Gayong duduk di sebelah KANAN manakala Allahyarham Kiyai Salleh duduk di sebelah kiri.
Petikan gambar di atas membuktikan ADA HUBUNGAN diantara Almarhum Mahaguru Gayong dengan Allahyarham Kiyai Salleh. Jika ada antara AMALAN SELENDANG PERANG GAYONG dan AMALAN SELEMPANG MERAH sama atau ada persamaan, maka diharapkan pihak2 tertentu agar BERLAPANG DADA dan BERSANGKA BAIK. Itu adalah sebaik2 tindakan.

Amalan Selendang Merah  bersanadkan Allahyarham Kiyai Salleh dari Sheikh Fadhil Bentan manakala Amalan Selendang Perang bersanadkan Almarhum Tengku Daeng Meor Rahman dari Nenda sebelah Bonda beliau iaitu Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas yang dikenali juga dengan Tok Janai (Pendekar Pahang yang seangkatan dengan Dato Bahaman dan Mat Kilau) dari Daeng Ambok Solok yang berasal dari Jambi, Sumatera.

Wallahua'lam

Wednesday, March 2, 2011

MENTERA GAYONG - AYAT PERANG

Salamun Alaik....

Bagi saya,Mentera Perang Gayong cukup tinggi maksud tersiratnya. Mentera ini mengajak anak2 Gayong untuk menjadi berani menegakkan ISLAM dan membantu sesama umat ISLAM sejagat. Di sinilah terbitnya slogan FISABILILLAH....... Hayatilah 2 baris Mantera Perang ini;

....
Aku berjuang Melindungi Agamaku
Aku berjuang Melindungi Umat Muhammad
....

*untuk mendapatkan Mentera Perang yang lengkap bolehlah mengambil ijazah dengan mana2 Guru Gayong yang berkelayakan


Wallahua'lam


Tuesday, March 1, 2011

MAKSUD DI SEBALIK LAFAZ "ZAT"

Salamun Alaik.....

Pernahkah anak2 Gayong semua terfikir di benak fikiran anda maksud kalimah "ZAT" yang sering dilafazkan sewaktu berGAYONG?Adakah ianya semata2 sebutan atau ada rahsia disebaliknya? Ayuh sama2 kita rungkaikan........


Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...