Jika cukup keempat-empat unsur ini, maka barulah dikatakan seseorang pesilat itu telah lengkap menuntut ilmu persilatan walaupun secara
hakikatnya TIADA PENAMAT dalam kita mempelajari sesuatu ilmu terutamanya ilmu Ketuhanan.
Kenapa 4 unsur ini?Saya menyatakan sedemikian kerana dalam seseorang itu menuntut ilmu persilatan, pesilat akan bermula dengan
ILMU JASMANI terlebih dahulu. Bagaimana kaedah untuk menyediakan fizikal diri sebelum pesilat belajar cara berpencak. Otot-otot, sendi, tendon dan ligamen perlu di regang secara sempurna bg mengelakkan berlakunya kecederaan manakala otot-otot utama mestilah diasuh agar ianya dibentuk menjadi pejal dan kuat supaya sesuai dengan watak seorang pendekar yang asasnya banyak menggunakan
KEKUATAN dan
KEPANTASAN.
Setelah tubuh fizikal sudah mantap dan bersedia untuk berpencak, barulah pesilat di ajar kaedah berpencak
menggunakan tulang empat kerat tanpa menggunakan senjata. Kaedah-kaedah asas silat seperti kaedah
MENYERANG dan
MEMBELA di samping
BERTAPAK sempurna akan diajar serta diasuh sehingga ianya benar-benar dapat dilaksanakan sesempurna yang mungkin.
Seterusnya,pergerakan dan teknik-teknik pencak tadi di aplikasikan pula dengan menggunakan
senjata-senjata di ALAM MELAYU seperti Keris, Lembing, Sundang, Pisau, Simbat/Tongkat, Golok, Parang, Kelewang, Kerewok, Lawi Ayam/Kerambit, Tekpi, Buku Lima, Tombak, Kapak, Sabit, Cendai/Kain, dan banyak lagi. Pesilat akan diminta utk menguasai setiap satunya supaya
SIFAT dan
GERAK senjata-senjata ini menjadi satu. Akhirnya pesilat yang benar-benar menguasai SIFAT dan GERAK ini dapat menjadikan setiap benda di sekeliling mereka sebagai senjata yang ampuh untuk mempertahankan diri apabila berhadapan dengan
pelbagai jenis musuh di pelbagai jenis LOKASI.Dan diperingkat penghujungnya, pesilat akan diturunkan dengan ilmu-ilmu berbentuk
KEBATINAN dan KEROHANIAN. Suatu ilmu yang amat besar nilainya dan yang menjadi
PAKAIAN PENDEKAR di zaman silam. Teringat pesanan arwah MAHAGURU saya,
" Jangan di cepuh darah di dulang,Anak Harimau mencari ibu,Jangan di pecah Rahsia Hulubalang,Nanti Harimau Hilang Kuku "Itulah sumpah para pendekar!Sebenarnya, bukan semua yang bernasib baik dan terpilih untuk memakainya. Hanya kepada yang benar-benar layak sahaja yang dapat mewarisinya. Semuanya bergantung kepada GURU. Guru sahaja yang kenal akan muridnya.
Mana mungkin ilmu yang amat besar nilainya ini dicurahkan kepada yang bukan layak. Ianya diukur dengan
KEPERCAYAAN, KOMITMEN, AMANAH, DISIPLIN, SAHSIAH dan KUAT AGAMANYA.Peringkat terakhir dalam penuntutan ilmu persilatan ini bolehlah dibagi kepada empat peringkat;
- Ilmu Pernafasan (Membangkitkan Tenaga Dalam)
- Bacaan Mentera (Keyakinan)
- Ilmu Kebatinan (Kelebihan doa,zikir,wirid dan ratib ayat2 Al-Quran)
- Ilmu Ketuhanan (Mengenal Diri dan Mengenal ALLAH)
Akhirnya, bila sampai di perhentian yang sebenarnya, Silat ini sebenarnya membawa pesilat-pesilat mengenal siapa sebenarnya dirinya dan akan menjadikan mereka sebagai hamba ALLAH yang sebenar-benarnya..............................
Kesimpulannya,
Hakikat ilmu itu akan membawa makhluk menghadap Sang PenciptaNYA..........Wallahua'lam
