Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, September 1, 2009

PETUA#1

Salam

Sebelum melangkah keluar rumah/kediaman atau pergi berperang,gunakanlah PETUA LANGKAH HULUBALANG terlebih dahulu agar dapat TANDA dari gerak hati/firasat kita........

Ada pelbagai PETUA LANGKAH HULUBALANG ini, tetapi cukuplah dihuraikan 3 antara yang banyak itu;
  1. Rasa Roh
  2. Lihat Roh
  3. Dengar Roh

1. Rasa Roh: Mainkan hujung lidah ke lelangit,jikalau rasa geli maka teruskan......

2. Lihat Roh: Pejamkan mata dan bayangkan Wajah Ibu Kita,jikalau elok gambarannya maka teruskan..............

3. Dengar Roh: Telan air liur,jikalau ada dengar bunyi pada kedua-dua telinga kita maka teruskan................

Sekiranya salah satunya tidak berlaku,maka tangguhkan sementara niat tersebut selama kurang lebih 30 minit. Baca DOA HAIKAL 7X dan cubalah sekali lagi........................

Rasa nafas yang keluar dari rongga hidung, kanan atau kiri......Kalau kanan, teruskan perjalanan anda.....Bacalah, "Bismillahi Tawakkaltu 'alallah, La Haulawala Quwwataillah Billahil 'aliyil 'azhim....... Bismillahillazi La Ya Durru Ma'ash mihi Syaiun fil ardi wala fissamaai wahuwassamiul'alim"

Sebenarnya masih banyak lagi PETUA LANGKAH HULUBALANG ini, antaranya;

  1. Telur di Hujung Tanduk
  2. Pagar Raqib
  3. Balang di Dalam Balang
  4. Sauh Tunggul
  5. Gerisik di Pantai
  6. Tunggul Rasullullah
  7. Pasak Langit

Wallahua'lam

1 comment:

  1. Assalam.Pak Azizan.
    Ilmu Melayu Malaysia masih banyak kesamaan dengan Ilmu Melayu Sumatera Utara(Misal Batu Bara.
    Petuah Langkah Hulubalang "Dengar Roh" istilah Datok saya dahulu " Satu Ditanyo Duo Menyahut", bedanya beliau bacaan do'a langkahnya, memakai Surat Yasin ayat Inna Jaalna pi akna kihim aghlalam pahiya ilal askoni pahum mukmahun.
    Ashollahu ayyakkupa baksallazi nakaparu Wallahu asaddu baksaw wa asaddu tangkila.

    Dari: Putera Laut Sumatera Timur.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...