Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Tuesday, June 22, 2010

LATIHAN KHUSUS UNTUK KAUM HAWA

Salam semua,

Kita semua maklum yang kaum Hawa adalah lemah berbanding kaum Adam terutamanya dalam aspek tubuh fizikal dan kekuatan. Kini, dapat kita lihat, banyak bengkel dan kursus2 beladiri khas untuk kaum Hawa telah diwujudkan untuk memberi pendedahan secara ringkas bagaimana untuk mengenali penjenayah, modus operandinya, kaedah2 serangan yang sering digunakan dan kaedah2 asas beladiri utk bertindakbalas terhadap serangan penjenayah. Namun,adakah kursus singkat seperti ini cukup sebagai bekalan buat kaum Hawa?

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah "pesilat2 puteri kita yang menghadiri kursus seumpama itu menjadi KAKU dan tergamam dengan kaedah2 yang dipertontonkan oleh para fasilitator sepanjang kursus singkat itu berlangsung".Ini menunjukkan seolah2 mereka (pesilat puteri) tidak pernah belajar dan mempraktikkan teknik2 tersebut walaupun sebahagian besarnya pernah kita ajari dalam gelanggang2 silat. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?

Bagi pendapat saya dalam menyelesaikan masalah seperti ini, kita sebagai Jurulatih generasi baru perlu mengambil inisiatif dalam menggubal silibus khusus buat pesilat2 puteri kita. Biarlah kaum Hawa yang menyertai silat dihidangkan dengan teknik2 yang benar2 efektif dengan susuk tubuh dan kemampuan mereka serta diterangkan dengan jelas bagaimana untuk diaplikasikan dalam situasi yang sebenar.

Dalam Silat Seni Gayong sendiri perkara ini telah lama dipraktikan oleh Allahyarhamah Cikgu Kalsom yang mana kaedah elak-pukul, buah cekik dan cekak, kombat wanita,buah kuncian (13 biji utk puteri), dan permainan2 seni senjata seperti Kerambit,Mayang Gesit dan Seni Cendai yang sememangnya amat sesuai dipraktikkan oleh pesilat2 puteri. Namun apa yang menyedihkan saya, masih ada segelintir gelanggang yang menerapkan Silibus lelaki buat pesilat puteri mereka. Bayangkan betapa seksanya dan kurang enak dipandang bilamana seorang pesilat puteri melaksanakan Buah Kilas Sawa Berendam atau Patah Layar Perahu Karam.

Kesimpulannya, atas faktor2 di atas maka susunan silibus dan kaedah pengajaran & pembelajaran silat khusus untuk kaum Hawa perlulah dijadikan agenda utama supaya kaum Hawa mendapat sesuatu ilmu yang bermakna buat mereka apabila menyertai sesuatu pertubuhan Silat.
Antara latihan yang efektif buat kaum Hawa iaitu melambungkan kaki tepat ke arah
buah penyawa lelaki.Latihan memerlukan alat bantuan seperti pad target supaya dapat
melatih tendangan yang benar2 kuat,cepat dan tepat
pada sasaran........
Jurulatih akan menilai sendiri peningkatan kekuatan dan kepantasan pesilat2 puteri mereka....


Sekian, wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...