Salamun Alaik;
Basmalah
KUN kata Allah
FAYAKUN kata Muhammad
YA RABBIKUM kata Jibrail
KUN YA HU kata Aku.
Adam kata tidak mengapa
Muhammad kata tidak binasa
Allah kata tidak mati
Wakanallah HU
Ah! kata Allah
Hu kata Muhammad
tidak mati kata Allah
kini kata Muhammad
Suku yang bersifat yang bernyawa
menyembah akan maujudku
tunduk, lemah melihat kebesaran Allah pada diriku.
Aku duduk dalam kalimah LAILAHAILLALLAH
Aku hilang dalam Rahsia Allah.
Berkat Guru
Berkat Rasulullah
Berkat Kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH
ALLAHU AKBAR 3X - Tarik Nafas dan Pasang Niat
Wallahua'lam.
Sunday, July 29, 2012
Tuesday, July 24, 2012
PELEPAS ELAKAN
Salamun Alaik;
Pelepas Elakan ketujuh
Bagi setiap pelajaran Elakan dalam Silat Seni Gayong yang merangkumi seni tangan kosong dan senjata, pesilat akan diajar juga kaedah mengatasi setiap elakan tersebut yang dipanggil PELEPAS ELAKAN.Pelepas Elakan penting kerana dengan adanya kemahiran ini, pesilat mampu mematahkan tindakbalas awalan musuh sebelum ianya terus hidup membentuk serangan-serangan yang lebih merbahaya seperti elak pukul, Elakan Maut, Kombat, Serangan Maut,Kuncian ataupun gerak bunuh (senjata).
Dalam menguasai pelajaran Pelepas Elakan, terlebih dahulu,pesilat perlu memahami konsep tindakbalas susulan bagi setiap jenis Elakan yang telah dipelajari (Pecahan Elakan). Kebiasaanya, pelajaran Pecahan Elakan ini diajar kepada pesilat yang mengikuti kursus-kursus pembantu jurulatih ataupun kursus-kursus jurulatih.
Peringkat Pembelajaran Elakan Gayong
1. Asas Elakan
2. Elak Pukul
3. Elakan Maut
4. Pecahan Elakan ( Merangkumi 7 konsep elakan seperti elak, tangkis, kelek, kalih dan seterusnya )
5. Pelepas Elakan ( Gerak Potong elakan pihak lawan sebelum tindakbalas susulan )
6. Elakan 3 Daun ( Gerak Lapis jika pihak lawan menggunakan pelepas elakan )
7. xxxxxxxxxx ( dirahsiakan ).
Wallahua'lam.
Peringkat Pembelajaran Elakan Gayong
1. Asas Elakan
2. Elak Pukul
3. Elakan Maut
4. Pecahan Elakan ( Merangkumi 7 konsep elakan seperti elak, tangkis, kelek, kalih dan seterusnya )
5. Pelepas Elakan ( Gerak Potong elakan pihak lawan sebelum tindakbalas susulan )
6. Elakan 3 Daun ( Gerak Lapis jika pihak lawan menggunakan pelepas elakan )
7. xxxxxxxxxx ( dirahsiakan ).
Wallahua'lam.
Labels:
kupasan pelajaran
Saturday, July 21, 2012
PELEPAS BUAH KUNCIAN
Salamun Alaik;
Wallahua'lam.
Penulis menunjukkan antara kaedah pelepas bagi kuncian 3.
Dalam mendalami Ilmu Kuncian, selain telah mempelajari Pecahan Kuncian yang mana setiap satunya dipecahkan kepada 7, Ilmu Pelepas Kuncian turut diajar bagi setiap satunya juga ada 7 kaedah pelepas. Pelepas buah kuncian ada diterapkan dalam Buah Tapak Kunci Hidup sebagai asasnya, tetapi akan diajar secara khusus sebagai pengisian dalam Kursus-kursus kejurulatihan.
Sebenarnya, dalam Keilmuan Gayong, terdapat SATU GERAK YANG MAMPU MELEPASKAN KESEMUA BENTUK KUNCIAN. Petua ini hanya akan diberikan kepada pesilat setelah mereka berjaya mencapai peringkat bengkong Harimau Pelangi Chula Sakti dan telah menjalani KHATAM BUAH KUNCI sebagai "pakaian" seorang Gurulatih.InsyaAllah, dengan menggunakan PETUA ini, segala bentuk kuncian akan mampu di"buka" dengan hanya menggunakan "satu gerak" sahaja. Begitulah tingginya nilai PETUA sebagai keputusan bagi segala ilmu yang dipelajari selama ini. Begitulah serba sedikit perkongsian berkaitan selok belok pelajaran kuncian dalam Silat Seni Gayong. "Masin Sebutan, Masin Perbuatan". InsyaAllah.
Labels:
seni kunci
MARHABAN RAMADHAN
Salamun Alaik;
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah....
Wassalam.
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah....
Wassalam.
Sunday, July 15, 2012
Saturday, July 14, 2012
Wednesday, July 11, 2012
ILMU PARANG TERBANG
Salamun Alaik;
Parang yang sedang terbang
Ilmu Parang Terbang merupakan salah satu diantara KEILMUAN PERANG yang diwarisi oleh Pendekar Melayu zaman berzaman. Ilmu ini sinonim dengan Pasukan Perang Selendang Merah.Namun ianya juga turut diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang juga mewarisi Ilmu dari Khazanah Ulamak Nusantara ini.
Ilmu ini sebenarnya bukan menjadikan pedang itu terbang, tetapi ianya lebih kepada amalan persediaan dan ketika turun berperang. Segala kelebihan ilmu yang dikurniakan Allah SWT pada saat dan ketika itu bergantung semata-mata atas keizinan dari_NYA jua. Tidak lebih dari itu. Apa yang penting, penghayatan dan tujuan berperang atas konsep JIHAD FISABILILLAH itu yang perlu disemai terlebih dahulu. NIAT dan TUJUAN adalah yang PALING UTAMA. Tiada istilah kalah atau tewas sbb mereka telah dijanjikan SYAHID.
Pedang Perang Melayu
Amalan Parang Terbang ini mempunyai 17 ayat yang dipanggil AMALAN PERANG AYAT 17 Kebiasaanya, ia diamalkan secara berjemaah yang digelar Majlis Zikir Perang. Dalam Amalan Ayat 17 ini juga turut terkandung Ayat 4 dan Ayat Hulubalang. Selain dari Amalan Ayat 17, Pengamalnya akan diijazahkan juga dengan Amalan Khusus ketika saat turun berperang. Antaranya;
Ketika Turun Melangkah;
Ketika sampai di lokasi perang;
Saat Pegang Senjata;
Saat Cabut Pedang (senjata);
Sepanjang Berperang;
Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberikan manfaat buat semua.
Wassalam.
Labels:
amalan,
Selempang Merah,
Selendang Merah
Subscribe to:
Posts (Atom)