Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Monday, July 6, 2015

SOAL JAWAB: KENAPA GURU TERLAMPAU BERAHSIA?

Salamun Alaik;
RAHSIA akan kekal Rahsia selagi SUMPAH SETIA ditaati

Berikut adalah soalan yang saya petik daripada sumber diskusi dari salah satu group dalam fb. Dan saya cuba jawab mengikut kefahaman dan pandangan saya terutamanya melalui disiplin dan adab Silat Seni Gayong.

Soalan: Kenapa kebanyakan Guru Silat secara umumnya terlalu berahsia berkaitan ILMU-ILMU TERTENTU. Siap digelar lagi Ilmu berkaitan sebagai SULIT, RAHSIA, PETUA, ILMU BISIK, IBU dan sebagainya? Kekadang bila kita perhatikan martial art lain takde pun Rahsianya. Siap open dalam youtube dan media sosial lain secara berleluasa. Adakah sifat "jumud" dan takut pada bayang-bayang sendiri menjadi puncanya. Ataupun, memang sembang jer lebih kira nak tunjuk hebat depan murid dan masyarakat?

Jawapan: Sebagai seorang MAHAGURU atau GURU UTAMA sesebuah PERGURUAN SILAT, semestinya ILMU mereka tidak boleh lagi dipertikaikan. Hampir kesemuanya pernah dipraktikkan samaada beliau sendiri atau GURU kepada mereka dan seterusnya. Apa yang diceritakan oleh mereka juga semuanya MEMANG ADA dalam PENGETAHUAN MEREKA. Namun untuk diajar atau diperturunkan ILMU tersebut bergantung penuh pada keputusan mereka mengikut ADAT dan ADAB yang mereka terima secara langsung dengan Guru sebelumnya.Ia dikenali sebagai HAK MAHAGURU!

Cerita-cerita yang didengari oleh generasi terkemudian ini yang rata-ratanya menerima cerita mulut ke mulut dari guru-guru mereka telah membangkitkan satu perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Lebih-lebih lagi kebanyakan penuntut ilmu dari golongan generasi kini bersikap terlalu gopoh dan gelojoh tanpa menghiraukan apa itu ADAT dan ADAB BERGURU. Apa yang menariknya, ada ssetengah  guru itu yang bercerita pun hanya pandai bercerita. bila di desak oleh murid mulalah keluar cerita-cerita dongengan yang melampau atau dicampur dengan cerita-cerita dari hasil bacaan (atau pengalaman dari silat lain). Ini menambahkan lagi kekeliruan dan haru biru terhadap ILMU-ILMU RAHSIA.

Dan rata-ratanya, yang paling banyak bersembang pasal ILMU-ILMU RAHSIA ini merupakan bukan "golongan pilihan" GURU. Firasat Hati Guru akan mengenal siapa yang patut diperturunkan dan kepada siapa untuk disembunyikan. Sebenarnya TIADA RAHSIA dalam GAYONG yang TELAH DIBONGKAR (Silat lain diluar pengetahuan saya). Yang dikatakan Rahsia itu bukanlah Rahsia. Ianya tidak lebih hanya sekadar Ilmu bagi Golongan Gurulatih sahaja. Bila disebut RAHSIA sebenarnya ianya tiada diketahui umum. Apa yang dimomok oleh kebanyakkan generasi kini hanyalah NAMA bagi ILMU-ILMU GURULATIH semata-mata. ILMU RAHSIA tetap menjadi RAHSIA antara GURU dan MURID YANG DIPERCAYAI. 

CENDAI, SUNDANG, YOI, BELIAN, KIPAS NANDUNG, GERAK BAYANG, IBU GAYONG, ILMU SEMAR (PASAK) dsbnya bukanlah ILMU RAHSIA. Ianya hanyalah ILMU PERINGKAT TINGGI BAGI KUMPULAN GURULATIH. Jika seseorang pertikaian kenapa mereka tiada diajar dengan Ilmu-Ilmu yang disenaraikan diatas, maka itu bukanlah kesilapan kepada GURU-GURU GAYONG tetapi bertanyalah GURU kalian sendiri. Jika GURU kalian pun masih belum terbuka untuk mengajar atau perturunkan Ilmu- Ilmu ini, maka bermuhasabahlah diri kalian diatas kekurangan diri sendiri. Banyak kemungkinan yang ada. Antaranya;

1. Mungkin kalian belum cukup mantap Ilmu Asas.
2. Mungkin kalian kurang dipercayai.
3. Mungkin kalian kurang ADAB dengan GURU.
4. Mungkin kalian kurang komitmen.
5. Mungkin kalian belum capai tahap atau peringkat.
6. Mungkin kalian jenis panas baran atau ada sifat yang seumpamanya.
7. Mungkin kalian kurang dalam berAGAMA (tidak solat dsbnya).
8. Mungkin kalian sedang DIUJI KESABARAN DALAM MENUNTUT ILMU.

Jika Ilmu Gurulatih pun belum tercapai hajat nak dipelajari masakan kalian sibuk untuk pertikaian kenapa ILMU SULIT menjadi begitu RAHSIA. Ianya bukan tahap kalian lagi untuk difikirkan. InsyaALLAH dengan BERKAT KESABARAN, KEIHLASAN dan ADAB yang tinggi memungkinkan kalian pula akan duduk sebagai GURU YANG BERAHSIA. Dan saya ulangi kembali;
"ILMU RAHSIA MASIH KEKAL RAHSIA dan sehingga ke hari ini 
TIADA ILMU RAHSIA DALAM GAYONG YANG TELAH DIBONGKAR "


Kenyataan ini saya petik hasil daripada temubual saya dengan APIT JINJANG MAHAGURU merangkap PANGLIMA SINGA MALAYA ALMARHUM MAHAGURU iaitu Ayahanda Tn Hj Cg Amin Hamzah.


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...