Pejuang Warisan Seni Beladiri Melayu

SELAMAT DATANG KE BLOG GELANGGANG PERSANTA NALA

Thursday, February 3, 2011

PETIKAN DARI KITAB PATI RAHSIA #1

( NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA TINGGI )
Sa-nya Allah s.w.t. ada mempunyai – 3000 (Tiga Ribu) nama iaitu :
(1) Sebanyak – 1000 (Seribu) nama – Allah taala memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja.
(2) Sebanyak – 1000 (Seribu) nama – Allah taala memberi ketahui kepada Nabi-nabi sahaja
(3) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Taurat.
(4) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Al-Injil.
(5) Sebanyak – 300 (Tiga Ratus) nama ada teresebut didalam Az-Zabur.
(6) Sebanyak – 99 (Sembilan Puluh Sembilan) nama ada tersebut didalam Al-Qur’an.
Dan -1- (Satu) khas tersimpan dalam pengetahuan Allah s.w.t.
Sekalian makna nama-nama Allah taala yang – 3000 (Tiga Ribu) itu ada terkandung didalam ayat ( بسم الله الرحمن الرحيم ) dan jika siapa-siapa membaca بسم الله الرحمن الرحيم’ nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekalian nama Allah s.w.t. yang 3000 (tiga ribu) itu.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘بسم الله الرحمن الرحيم’ pada mana-mana perkara yang diahajati istimewa pula pada mendapatkan rezeki. Nescaya memudah Allah taala kepadanya dan mengurnia Allah taala hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya.
Siapa-siapa membaca: ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–21 (Dua Puluh Satu)- kali ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada Syaitan dan daripada kejahatan Manusia dan Jin dan daripada Kecurian dan Kebakaran, dan selamat daripada Mati Terkejut, dan terjauh daripada Bala’ dan Penyakit.
Jika dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-100 (Seratus) – kali selama (7) tujuh hari berturut-turut pada mana-mana Penyakit ataupun pada orang yang kena Sihir nescaya sembuh orang itu daripada Sihir dan Penyakitnya.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–113 (Seratus tiga Belas) – kali pada Jumaat ketika khatib di atas mimbar, kemudian berdoa’ bersama khatib, dan memohon daripada Allah Taala akan apa-apa hajat nescaya mengurnia Allah Taala apa-apa yang dipohonkan itu.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–313 (Tiga ratus Tiga Belas) Kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap Qiblat nescaya Mengurnia Allah Taala kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya.
Siapa-siapa banyak membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ – 787 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai akan dia oleh Allah Taala atau pada mencapai sesuatu hajat, atau hendak menjauhkan apa-apa bala’ nescaya dapat dan berhasil apa-apa yang dipohonkannya.
Dan yang terlebih elok dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’–sebanyak 787 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh) kali itu ialah dibaca ketika berpuasa ditempat yang suci (berkhalwat) selama (7) Tujuh Hari berturut-turut, kerana kaifiat yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati.
Siapa-siapa membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’– 2500 (Dua Ribu Lima Ratus) kali tiap-tiap lepas sembahyang Subuh, selama (40) empat puluh hari berturut-turut sertaingat kepada fadhilat-fadhilat (kelebihannya) nescaya dibuka Allah Taala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu.
Siapa-siapa sentiasa membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’– 1500 (Seribu Lima Ratus) kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia bersetuju dengannya.
Siapa-siapa sentiasa membaca: بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) kali pada tiap-tiap hari, mudahlah memperoleh apa-apa yang dikehendakinya.
Siapa-siapa membaca: بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) kali pada tiap-tiap hari dan malam, terlepaslah daripada Bala’ dan Kesusahan.
Jika dibaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’-1000(Seribu) pada suatu mangkuk air hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit matahari berturut-turut tujuh pagi, teranglah hatinya dan mudah ingat apa-apa yang dipelajarinya.
Siapa-siapa yang mengekali membaca : ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ketika memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur, makan, mengambil wudu’, menulis, membaca dan lain-lainnya lagi, nescaya mempermudah Allah Taala baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Munkar dan Nakir dan memperluas Allah Taala akan kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang gemilang, dan pada hari kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan dapatlah kebahagiaan dan kesenangan dan melalui titian dengan cepat seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga.
Siapa-siapa puasa 3 hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat, serta pergi ke masjid pada hari Jumaat dengan keadaan yang bersih dan bersedekah sekadar yang boleh, kemudian apabila selesai sembahyang Jumaat, berdoa dgn doa :
" اللهم انى اسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي لا اله الا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم واسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم, لا اله الا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم الذي ملاءت عظمته السموات والأرض واسألك باسمك بسم الله الرحمن الرحيم الذي لا اله الا هوعنت له الوجوه وخضعت له الرقاب وخشعت له الابصار – ووجلت القلوب من خشيته, ذرفت منه العيون, ان "(sebut apa yang dihajati) تصلي على محمد وعلى ال محمد وان تعطينى حاجتي...
Nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya: “ Allah Taala tiada menolak permintaan orang yang berdoa’ yang dimulai denganبسم الله الرحمن الرحيم “.
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya : siapa-siapa daripada kamu hendak menulis jadikanlah ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ pada awal tulisan kamu. Dan lagi sabdanya : siapa-siapa menulis ‘ بسم الله الرحمن الرحيم dengan tiada dihapus nescaya mengurnia Allah Taala kepada 1000 (seribu) kebajikan dan menghapuskan 1000 (seribu) kejahatan “.
Siapa menulis ‘ بسم الله الرحمن الرحيم dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allah Taala, nescaya mengampun Allah Taala akan dosanya.
Siapa mengutip kertas yang ada padanya ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ kerana takut terkena pijak, nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya masuk kumpulan al-Siddiqin.
Dan setengah daripada tanda-tanda kelebihan ‘ بسم الله الرحمن الرحيم ’ itu ialah surah-surah dalam Al-Qur’an dimulai dengannya.
Jika ditulis بسم الله الرحمن الرحيم’ – 21(Dua Puluh Satu) kali pada suatu kertas, kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu.
Siapa- siapa menulis بسم الله الرحمن الرحيم’ – 35 (Tiga Puluh Lima) kali pada suatu kertas, kemudian digantungkan dalam rumah, terpeliharalah rumah itu daripada Syaitan, Jin dan diberi kepadanya berkat yang banyak, dan memelihara oleh Allah akan hartanya dan usahanya serta terjauh daripada kesusahan.
Siapa- siapa menulis بسم الله الرحمن الرحيم’ – 101 (Seratus satu) kali pada kertas putih, kemudian tanamkan dalam kebun, nescaya subur tumbuh-tumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya. Wallahua'lam

KHATAM NUBUWWAH & DOA NURUN NUBUWWAH

Salamun Alaik......

Inilah Tanda Kenabian pada belikat NABI SAW yang dipanggil KHATAM NUBUWWAH. Asal bentuknya seperti bujur telur(puyuh). Tertera Kalimah "Allahuwahdahula syarikalah, Muhammadan abduhu warosuluh", sementara di luar bingkai tu tertulis "Tawajjahu Haithu Syi' tu Fa Innaka Manshuurun". Banyak fadhilat sekiranya kita tahu kaedah menggunakannya...... paling tidak,bayangkan KHATAM NUBUWWAH tersebut, InsyaAllah banyak kelebihannya.........



DOA NURUN NUBUWWAH pula dikenali sebagai IBU DOA. Doa ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan niat bagi pengamal2nya.


Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Antara kelebihannya seperti;


(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.
(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.
(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.
(4) Dimuliakan orang
Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”
(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.
(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.
(7) Bertemu para nabi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.
(8) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(9) Mengubat dari kerasukan.
Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.
(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.
(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.
(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.
(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.
(14) Sulit bersalin.
Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.
(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.
(16) Penawar gigitan ular
Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(17) Raja Jin.
Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.
(18) Terhindar dari Kekufuran.
Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.
(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.
(20) Penyelamat siksa neraka.
Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.
(21) Ingin mimpi yang indah.
Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.
(22) Awet Muda
Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.
(23) Memberi keselamatan.
Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.
(24) Menjadi kuat
Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(25) Gigitan yang kuat
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(26) Penyeri wajah.
Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.
(27) Binatang menjadi patuh.
Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.
(28) Melamar wanita.
Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.
(29) Harta dunia.
Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.


Wallahua'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...